Anda di halaman 1dari 3

PERBANDINGAN PRINSIP KAEDAH KODALY, PENDEKATAN ORFF DAN DALCROZE

Dalam pendidikan muzik awal kanak-kanak di sekolah rendah, prinsip Kaedah Kolady,
Pendekatan Orff dan Dalcroze telah lama diaplikasikan dengan luas. Kaedah dan pendekatan
ini memberikan maklum balas yang positif dalam mengenalkan dan mengajar murid tentang
dunia muzik pada tahap di mana mereka mudah untuk memahami. Konsep muzik dipelajari
melalui perlaksanaan aktiviti nyanyian, permainan alat perkusi dan pergerakan muzikal.
Falsafah dan konsep bagi setiap pendekatan mempunyai perbezaan dan juga persamaan.

Kodaly ( Zoltan Kodaly) Orff ( Carl Off) Dalcroze (Emile-Jacques Dalcroze)

 Isyarat tangan solfa  Berorientasikan peralatan  Mulakan dengan pegerakan


 Alat muzik tidak (perkusi, badan) badan
diperlukan  Suara  Tubuh badan sebagai alat
 Lagu atau muzik rakyat  Badan utama
adalah dalam bahasa  Alat muzik Orff  Bahan muzik sesuai dengan
ibunda  Pengalaman muzik aktiviti pergerakan
 Sebutan irama (ta, ti-ti,…) mendahului pemahaman  Solfa: fixed do
 Mula dengan nyanyian intelek  Pendengaran dalaman
 Pendengaran dalaman  Mulakan dengan  Bahan
 Solfa: ‘do’ bergerak (skel pertuturan berirama  Suara
pentatonik) (chant)  Bahan Manipulasi
 Suara  Solfa: ‘do’ bergerak (skel  Emosi manusia ditejemahkan
 Kepentingan improvisasi pentatonik) ke dalam pergerakan muzikal
melalui pengalaman  Pendengaran dalaman  Kepentingan improvisasi
muzikal  Kepentingan improvisasi melalui pengalaman muzikal
melalui pengalaman
muzikal

Jadual 1: Perbandingan ringkas Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze


Perbezaan

Secara umumnya, ketiga-tiga pendekatan ini adalah berbeza iaitu terdiri daripada
prinsip masing-masing. Bagi Kaedah Kodaly, ia lebih terkenal dengan pendekatan muzik
melalui isyarat tangan dan sebutan irama. Menurut Steven (2001) dalam bukunya Building
Choral Excellence, Isyarat tangan ini dimulakan oleh Curwen dan Glover tetapi kemudiannya
diubahsuai oleh Zoltan Kodaly di mana kaedah ini menggunakan isyarat tangan untuk
melambangkan solfa. Manakala pendekatan Orff pula berorientasikan peralatan iaitu lebih
kepada alat perkusi. Menurut William & Joy () dalam bukunya yang berjudul , Carl Off
bersetuju dengan Dalcroze bahawa irama adalah yang pertama sekali dipelajari dalam
pembelajaran muzik. Oleh itu, pertama sekali dalam mempelajari muzik, murid didedahkan
dengan bit, meter dan corak irama. Seterusnya, Pendekatan Dalcroze lebih mengutamakan
pergerakan dalam pengajaran muzik. Pengajaran Dalcroze bermula dengan pergerakan
semulajadi seorang manusia seperti berjalan , berlari dan melompat. Pelajar akan selaraskan
pergerakan mereka dengan muzik yang mereka dengar (Agnes Ku Chun Moi, 2006).

Persamaan

Walaubagaimanapun, ketiga-tiga pendekatan ini percaya bahawa proses pengajaran


dan pembelajaran akan lebih berkesan apabila murid diberikan kebebasan untuk belajar serta
memberikan pengalaman yang bermakna kepada mereka. Murid-murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dan membentuk rekacipta yang baharu dan kreatif.
Ini dikenali sebagai improvisasi. Improvisasi merupakan satu aktiviti yang boleh meningkatkan
imaginasi dan kreativiti pelajar. Sebagai contoh bagi Pendekatan Dalcroze, piano merupakan
alat muzik yang utama bagi improvisasi pendekatan ini kerana ia melibatkan penggunaan
anggota badan dan muzik seperti pergerakan jari dan tangan. Guru memainkan piano
manakala pelajar melakukan improvisasi pergerakan, bertindak balas secara spontan kepada
arahan lisan atau perubahan unsur muzik. Bagi pendekatan Kodaly pula, guru menekankan
soal dan jawab dalam corak irama dan frasa melodi. Sebagai contoh, guru akan menetapkan
bit dan murid diberikan kebebasan untuk mencipta irama tersendiri berdasarkan bit yang
diberikan. Bagi Pendekatan Orff pula, murid diberikan kebebasan untuk meneroka alat muzik
dan menggalakkan murid menggunakan bahan-bahan buangan. Penggunaan bahan-bahan
buangan ini menggalakkan pelajar meneroka pelbagai jenis bunyi dan menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

skel pentatonik (pic C D E G A)

Walaupun ketiga-tiga kaedah dan pendekatan ini mempunyai falsafah, konsep dan
komponen yang tersendiri, guru perlu bijak dalam menggunakan kaedah dan pendekatan
yang bersesuai dengan keperluan dan minat murid. Guru juga bertanggungjawab dalam
menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna serta memberi peluang
kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif agar pengalaman dan pengetahuan muzikal
mereka meningkat.

Steven M.Demorest (2001) Building Choral Excellence:Teaching Sight-Singing in the Choral


Rehearsel, New York: Oxford University Press.
Agnes Ku Chun Moi (2006), Teaching Musical Consepts, Sabah: University Malaysia Sabah.