Anda di halaman 1dari 2

Pada tahun 1994, Seels dan Richey bersama Jawatankuasa Istilah dan Definisi Persatuan Komunikasi

dan Teknologi Pendidikan (AECT) mentakrifkan teknologi pengajaran sebagai aplikasi teori
pembelajaran dan teknologi baru dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan prestasi. Elemen
utama yang terkandung dalam definisi adalah spesifikasi lima domain asas, yang
menerangkan pengetahuan asas dan fungsi yang dilakukan oleh golongan profesional. Domain ini
adalah reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber
untuk menghasilkan pembelajaran.

REKABENTUK: Rekabentuk adalah proses menentukan syarat untuk pembelajaran. Domain ini
merupakan sumbangan terbesar teori teknologi pengajaran kepada bidang pendidikan yang lebih
besar. Tujuan reka bentuk adalah untuk menghasilkan strategi dan produk bersekala besar seperti
sesuatu program pengajian dan kurikulum, serta yang berskala kecil, seperti satu unit pelajaran atau
modul pembelajaran. Sebagai contoh, aplikasi teori pengajaran dan pembelajaran untuk reka bentuk
kursus atau kurikulum sekolah, analisis ciri-ciri pelajar dan konteks pembelajaran (Persekitaran
fizikal, keperluan, tugasan), perancangan strategi pengajaran, dan interaksi manusia-komputer /reka
bentuk antara muka untuk memudahkan pembelajaran.

PEMBANGUNAN: Pembangunan adalah proses menterjemahkan spesifikasi reka bentuk ke dalam


bentuk fizikal. Domain pembangunan merangkumi pelbagai teknologi yang digunakan dalam
pengajaran. Ia tidak terasing daripada teori dan amalan yang berkaitan dengan pembelajaran dan
reka bentuk. Ia juga berkaitan dengan pengurusan, penilaian, atau penggunaan. Pada asasnya,
domain
pembangunan mencakupi mesej yang terdapat dalam kandungan, strategi pengajaran yang
berasaskan teori P & P dan manifestasi fizikal teknologi seperti perkakasan, perisian dan bahan-
bahan pengajaran. Oleh yang demikian, teknologi cetak, teknologi audiovisual, teknologi berasaskan
komputer, dan teknologi bersepadu (seperti multimedia interaktif), boleh dibangunkan untuk tujuan
pengajaran jika proses pembangunan adalah berasaskan teori dan reka bentuk instruksional.
Pembangunan teknologi instruksional mungkin tidak lengkap jika proses itu tidak didasarkan kepada
teori.

PENGGUNAAN: Penggunaan adalah tindakan menggunakan proses dan sumber untuk pembelajaran.
Mereka yang terlibat dalam penggunaan adalah bertanggungjawab untuk menyesuaikan pelajar
dengan bahan dan aktiviti pembelajaran, menyediakan pelajar untuk berinteraksi dengan bahan-
bahan terpilih dan aktiviti, memberi bimbingan semasa pembelajaran, menyediakan penilaian
keputusan, dan menggabungkan domain penggunaan ini ke dalam prosedur
organisasi secara berterusan.

PENGURUSAN: Pengurusan melibatkan kawalan teknologi pengajaran melalui perancangan,


penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan. Individu dalam bidang ini kerap dipanggil untuk
menyediakan pengurusan dalam pelbagai keadaan dan persekitaran. Seorang pakar teknologi
instruksional mungkin terlibat dengan usaha seperti pengurusan projek pembangunan pengajaran
atau pengurusan pusat sumber sekolah. Matlamat sebenar untuk aktiviti pengurusan mungkin
berbeza mengikut keadaan, tetapi kemahiran asas pengurusan masih kekal tanpa mengira
persekitaran.
PENILAIAN: Penilaian adalah proses menentukan keupayaan dan kejayaan pengajaran dan
pembelajaran. Ia merupakan penentuan kualiti, keberkesanan atau nilai program, produk, projek,
proses, objektif atau kurikulum. Sebagai contoh, seorang pakar teknologi pengajaran mungkin
bekerja sebagai perunding, mengenal pasti jurang antara penilaian dan hasil pembelajaran sebenar
untuk sesuatu program atau produk dan mencadangkan perubahan dan penambahbaikan.

Anda mungkin juga menyukai