Anda di halaman 1dari 5

Sk AYER PA’ABAS

78000 ALOR GAJAH,


MELAKA

KERTAS KERJA

larian lestari
PERINGKAT SEKOLAH tahun 2018
2 MAC 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PA’ABAS


78000 ALOR GAJAH, MELAKA
LARIAN LESTARI PERINGKAT SEKOLAH

PENDAHULUAN

Larian lestari dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Pelaksanaannya bertujuan agar sukan
jenis ini akan mendapat tempat di kalangan murid. Ia juga harus dilihat sebagai wadah untuk
memenuhi tuntutan pendidikan masa kini. Di dalam lembaran ini digariskan beberapa cadangan
pelaksanaan larian lestari ini semoga dapat menjadi panduan ,rujukan dan maklumbalas pihak-pihak
yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.

MATLAMAT

Matlamat kejohanan Larian Lestari ini ialah untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru
ke arah kecemerlangan sukan khususnya dalam bidang balapan dan padang agar mereka dapat
menonjolkan diri di peringkat Daerah, Negeri dan Negara serta membudayakan sukan untuk
meningkatkan kecergasan serta memupuk hidup yang sihat

OBJEKTIF

Adalah diharapkan program ini akan dapat :


1) Mencungkil bakat dan mengesan kebolehan murid dalam acara larian.
2) Melatih murid supaya mempunyai disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi,
3) Memilih wakil MSS Alor Gajah dalam acara merentas desa.

SASARAN

Semua murid tahun 3,4,5 dan 6

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah(RM)

1. Hadiah –(medal) 40 x RM 4.30 RM 172.00

2 Minuman murid (air sabil) 2 x RM 12.00 RM 24.00

3. Minuman pegawai polis 4 x RM 2.00 RM 8.00

JUMLAH RM 204.00

PELAKSANAAN :

Larian Lestari akan diadakan seperti ketetapan berikut ;


Tarikh : 2 Mac 2018
Hari : Jumaat
Masa : 8.00-10.00 pagi
Tempat : SK Ayer Pa’abas

Tentatif Program
7.15 pagi : Murid berkumpul di dewan
- Mencatat kehadiran murid
- Aktiviti memanaskan badan
- Taklimat
7.45 pagi : Bacaan doa
( En. Mohamad Azmi bin Sabtu)
8.00 pagi : Larian lestari bermula

9.00 pagi : Larian Lestari berakhir
- Rehat
- Pengiraan markah
- Keputusan larian
9.30 pagi : Majlis penyampaian hadiah

10.00 pagi : Bersurai

JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Pn. Hjh. Hendon bt Said (Guru Besar)


Pengerusi : Pn Salmah bt Harun (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : En. Roslan bin Ngah (PK Pentadbiran)
En. Aziz bin Othman (PK HEM)

Pengurus Pertandingan: En Abzulnizam bin Omar (S/U Sukan)


Pen. Pengurus/ Setiausaha : En. Mohd Azlan bin Musa (S/U Koku)

Teknikal/Peralatan/Seranta
En Abzulnizam bin Omar ( K ) Check Point
En Khairudin bin Zainal CP1 – Pn. Halimaton Saadiah bt Abu Bakar
En Arif bin Samah CP2 – Pn. Norliah bt Harun
CP3 – En. Zainiakmal bin Abdullah
Juruacara CP4 – Pn. Nurul Hidayatun Halimi bt Mat Jani
Pn. Mas Elissa bt Wahit
Hakim Penamat
Buku Program L10 – Pn. Normala bt Maatan
Pn. Suriati bt Johari P10 – Pn. Nurul Akmal bt Zakaria
L12 – Pn. Mas Elissa bt Wahit
Siaraya P12 – Pn. Sabrina bt Bidin
En. Mohd Azlan bin Musa
Hadiah
Jurugambar/Dokumentasi Pn. Norlida bt Abd. Razah
Tn. Hj. Norafendi bin A. Samad Pn. Normala bt Maatan

Pertolongan Cemas
Pn. Noraznida bt Zurali Minuman Murid & Pegawai
Pn. Jamilah bt Ibrahim
Pn. Rozita
Pencatat/Perakam
L10 – Pn. Adibah bt Mohamed Penyelia Peserta
P10 – Pn. Norhayati bt Md. Noran En. Mohamad Azmi bin Sabtu
L12 – Pn. Hjh. Shamsiah bt Abu Talib
P12 – Pn. Halimaton Saadiah bt Abu Bakar Penanda Arah/Dokumentasi
En. Abzul Nizam bin Omar
En. Azrol
Keselamatan/Peronda En. Hairul Nizam bin Harun
En. Khairudin bin Zainal
En. Arif bin Samah
En. Ismail bin Bakar

PENUTUP

Adalah diharapkan Larian Lestari Peringkat Sekolah pada tahun ini mendapat kerjasama daripada
semua pihak dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga semua warga sekolah dapat
memanfaatkan program ini dengan sebaik mungkin dan diharapkan segala aktiviti yang dirancang
akan dapat mencapai matlamatnya serta memberi impak positif kepada warga SK Ayer Pa’abas.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”


Disediakan Oleh,

…………………………
(En. Abzul Nizam bin Omar)

Disahkan Oleh,

..............................................
(Pn. Hjh. Hendon bt Said)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Ayer Pa’abas
78000 Alor Gajah, Melaka