Selamat kembali ke sekolah daripada kami BTPN Selangor kepada semua warga pendidik.
Selalunya pada awal tahun cikgu-cikgu akan menerima para pelajar baru bukan ? Terutama
sekolah rendah yang mana para pelajarnya tahun 1 semuanya.
Kepada guru frog VLE ini merupakan satu masalah yang berulang ! Pengedaran ID Frog VLE
kepada para pelajar tahun 1 ini. Ada yang minta pelajar salin ke dalam buku tulis dan ada yang
membuat kad ID Frog. Cara yang paling mudah adalah Kad ID Frog malangnya membuat kad-
kad tersebut amat memakan masa jika para pelajarnya terlalu ramai .. nak kena taip satu persatu
!
Kami di sini ingin berkongsi tips bagaimana hendak membuat kad ID Frog dengan mudah dan
dapat menjimatkan masa cikgu.
Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
1. Senarai nama pelajar baru, ID dan Kata Laluan
2. PC atau Laptop
3. Pencetak
4. Cutter Board atau Gunting
5. Mesin Laminate
LANGKAH 1
Download senarai nama atau cikgu boleh dapatkan ID dan Kata Laluan Frog VLE daripada cikgu
admin frog senarai tersebut .. pastikan senarai nama tersebut dalam bentuk Microsoft Excell dan
mempunyai table berikut :
1. Nama Pelajar
2. ID
3. Kata Laluan
4. Tahun dan Kelas (ini untuk memudahkan cikgu edarkan mengikut kelas)
Save lembaran ini dan simpan di tempat yang mudah cikgu nak gunakan semula contohnya di
desktop terlebih dahulu.
1
Save untuk kita gunakan semula nanti
LANGKAH 2
Buka Microsoft Word dan buat beberapa kotak dengan menggunakan fungsi table. Contoh kami
gunakan 2×6 untuk ruangan kotak dalam contoh.
2
Gunakan fungsi insert untuk memasukan kotak
Klik menu Start Mail Merge > Step-by-Step Mail Merge Wizard
3
Satu menu sebelah kanan Microsoft Word akan keluar dan pilih Letters dan klik butang Next
4
Ikut tetapan di atas
Seterusnya pilih Use the current document dan klik lagi Next
5
Ikut jer lagi sekali tetapan yang diberi
Seterusnya satu lagi paparan akan muncul .. kali ini pilih browse
6
Klik link browse
Cari senarai fail Microsoft Excell yang cikgu buat sebelum ini dan save tadi kami
gunakan senarai nama frog.xlsx sebagai contoh
7
Pasatikan fail excell kita betul untuk digunakan nanti
Klik OK
Satu lagi pop-up akan keluar dan cikgu boleh nampak senarai nama pelajar tersebut jika betul.
8
Klik OK
Selepas itu pop-up akan hilang dan cikgu boleh gunakan data tersebut untuk mengisi. Klik pada
ruangan kita nak masukan data dan pilih maklumat yang hendak digunakan dengan klik
menu Insert Merge Field
9
Klik data yang hendak digunakan
Kita copy dan paste ke kotak-kotak seterusnya sehingga penuh satu paparan A4 dan jika tak
muat cikgu boleh padamkan kotak yang lebih
10
Copy Paste ke kotak selebihnya
Sampai ke tahap ini akan timbul masalah kerana apabila paparkan data untuk Mail Merge semua
kad akan mempunyai nama yang sama bukan ? Tengok contoh
11
Preview Result
Hmm bukan hasil yang kita nak capai .. Bagaimana hendak bezakan kotak pertama dan kotak
kedua dan seterusnya ? Cikgu gunakan langkah ini untuk memberi arahan rekod untuk data
berbeza setiap kotak
12
Klik kotak kedua dan klik Rules > Next Record
Seterusnya pastikan semua kotak mempunyai arahan <> kecuali kotak pertama seperti rajah
dibawah
13
Pastikan <> pada semua kotak kecuali kotak pertama sahaja
Kita preview lagi sekali hasil kita dan sepatutnya ia mempunyai set berbeza bagi setiap kotak ..
kalau menjadi maknanya kita telah berjaya
14
Klik Preview untuk lihat hasil
LANGKAH 3
Langkah ini langkah terakhir .. iaitu kita akan Print atau terus export ke dalam bentuk softcopy
15
Klik untuk mencetak terus ke printer
Satu pop-up akan keluar .. pilih berapa page nak cetak dan klik OK
Klik OK
Kalau cikgu pilih Edit Individual Documents Microsoft Word akan keluarkan senarai dalam bentuk
softcopy untuk kita edit manual jika ada kesilapan
16