Anda di halaman 1dari 1

Ucapan Kem Pemimpin

Tarikh : 4 Mac 2018


Hari : Sabtu

Yang dihormati pengerusi majlis, …., Guru Kaunselor , …, Guru Pengawas , ,..., serta murid-murid
sekalian, selamat petang. Saya berasa amat bangga kerana dijemput memberi ucapan penutup majlis
pada petang ini.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
keran berusaha merancang dan melaksanakan program ini, semua terpaksa mengorbankan masa
bersama keluarg aynag tersayang pada hujung minggu, sebaliknya meluangkan masa untuk
mengadakan program ini untuk semua pelajar di sini, kerana semua guru di sekolah ini mempunyai satu
matlamat yang sama kerana hendfak mendidik , membimbing dan melatih kita semua menjadi seorang
pelajar yang berkaliber. Saya memohon semua murid di dewan ini berdiri dan memberi hormat serta
mengucapkan “ terima kasih cikgu”.

Kamu semua merupakan pemimpin murid yang dipilih daripada semua pelajat di sekolah ini, dengan itu
kamu harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada semua murid sama ada dari segi disiplin,
akademik dan juga aktiviti kokrikulum sekolah. Disamping itu, saya juga menyeru kamu semua akan
melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan penuh bertanggungjawab dan
bersungguh-sungguh.

Sebelum saya mengundurkan diri, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak
kerana telah berjaya menyempurnakan kem pemimpin pada hari ini. Sekian , terima kasih.