Anda di halaman 1dari 45

GXEX1414

TAMADUN ISLAM DAN


TAMADUN ASIA(TITAS)
GST:SATU RAHMAT ATAU BENCANA?

AHLI KUMPULAN: NO. MATRIK:

MIOR FIKRI HAZIQ BIN MIOR BADRUL MUNIR(KETUA) SER140021


NUR AFIFAZRI BIN NAZARUDDIN SEU140020
MUHAMMAD NAJMY BIN HASHIM SER140026
NURLIZA BINTI JAPLUS SER140033
AIDA SHAMEZA BINTI ZULKEPLI SER140002
IQABIHA BINTI SHUDIRMAN SEZ140011
MARYAM JAMILAH BINTI ABDUL RAHMAN SEP140025
LAM SIU FAI SEW140017
WONG WAN YING REA140026
SAW CHANG YEE SEP140053
NAMA PENSYARAH:PUAN WAN NOR ZEITI BINTI WAN ABDUL
ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka Surat

1. Pengenalan 3

1.1 Pelaksanaan GST 6

2 Objektif 9

3 Kajian Lepas 10

4 Metodologi Kajian 14

5 Dapatan Kajian 18

5.1 Analisis borang soal selidik

6 Perbincangan dapatan

6.1 Bagaimana GST dilaksanakan 24

6.2 Punca GST diwujudkan 27

6.3 Implikasi kajian 30

6.4 Salah faham tentang GST 32

6.5 Sudut pandangan Islam terhadap GST 33

7 Cadangan 36

8 Kesimpulan 42

9 Lampiran

10 Senarai Rujukan

2
PENGENALAN:APAKAH ITU GST?

GST merupakan ringkasan kepada Goods Services Tax iaitu cukai barang dan

perkhidmatan.Ia juga dikenali sebagai VAT iaitu Value-added Tax.Cukai kepenggunaan ini telah

dilaksanakan oleh 169 buah negara di seluruh dunia seperti Perancis dan Monaco. GST

merupakan satu nilai tambahan cukai yang dikenakan ke atas setiap transaksi jualan barangan

dan perkhidmatan yang meliputi pelbagai peringkat bermula daripada peringkat pengeluar

hinggalah ke pengguna terakhir sesuatu barangan dan perkhidmatan. Pelaksanaan GST sebanyak

6% merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada di Malaysia termasuk

barangan yang diimport mahupun yang dibuat di Malaysia. Walaubagaimanapun 6% itu adalah

kadar tetap dan tiada cukai berganda (multiple taxes). GST juga berperanan bagi menggantikan

cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang sedia ada melihatkan kepada kelemahan kepada

kedua-dua jenis cukai tersebut dan mempunyai skop terbatas. SST kebiasaannya dikenakan

kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai

berganda. Pelaksanaan SST juga tidak menyeluruh menjadikan ia tidak saksama.

Bil Negara Tahun Mula Dilaksanakan Kadar Semasa 6%

1 Indonesia 1984 10

2 Thailand 1992 7

3 Singapura 1993 7

4 Filipina 1998 12

6 Vietnam, Laos 1999 10

(Contoh negara-negara yang telah melaksanakan GST)

3
Oleh itu,Malaysia melihat dan mengkaji pengalaman GST di negara luar sebagai rujukan

untuk mebangunkan sistem GST di negara ini.Hakikatnya,cukai kepenggunaan bukanlah perkara

baru kerana ia telah diamalkan dalam system cukai jualan dan perkhidmatan sejak 1970-

an.Kehadiran GST telah menggantikan SST kerana ia dilihat lebih menyeluruh,telus dan mesra

perniagaan. GST lebih telus dan adil kerana jumlah cukai yang dikutip daripada pelanggan akan

dinyatakan dengan jelas pada invois cukai atau resit.Bahkan,GST akan memastikan setiap

individu akan membayar cukai kepenggunaan pada barang dan perkhidmatan yang dikenakan

GST. Pengguna juga dapat menyemak dan menentukan sama ada peniaga mengenakan cukai

dengan betul atau tidak. Pengguna sebelum ini tidak mempunyai maklumat ini semasa sistem

SST dijalankan kerana cukai telah diserap kedalam harga barangan. GST juga akan menutup

kelemahan pengurusan cukai SST seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion) dan

sebagainya. Lebih-lebih lagi, di bawah cukai sedia ada, iaitu cukai SST, pengguna dibebankan

dengan cukai bertindih (double taxation) menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga yang

lebih mahal. Hal ini bermakna GST mampu menjadikan harga barang lebih berpatutan dan stabil

kerana ia menghapuskan pengenaan cukai berganda dan cukai bertingkat yang terdapat dalam

SST.

Tambahan pula, GST dapat menjana sumber pendapatan tambahan kerana skop GST

yang luas.GST akan mengukuhkan kedudukan fiskal negara yang lebih berdaya tahan di samping

memperluas dan mempertingkat lagi sumber pendapatan negara. Hal ini kerana kadar kenaan

cukai GST adalah meluas iaitu kepada semua individu dan peniaga di Malaysia tanpa sebarang

pengecualian. GST akan menjadikan setiap lapisan masyarakat sama ada miskin, sederhana atau

kaya membayar cukai untuk menyumbang kepada pendapatan negara. Malah,pelaksanaan GST

menggantikan SST merupakan satu daripada pendekatan jangka panjang kerajaan bagi

4
meningkatkan hasil pendapatan negara. Cukai ini lebih komprehensif mencakupi hampir semua

barangan dan perkhidmatan berbanding cukai jualan dan perkhidmatan yang tertakluk kepada

paras nilai yang tertentu. Keadaan ini amat penting untuk menyokong pembangunan ekonomi

pada masa akan datang. Selama ini, hasil negara hanya bergantung pada cukai pendapatan

individu dan korporat serta dividen petroleum oleh PETRONAS. Bahkan,hanya kira-kira dua

juta orang sahaja yang membayar cukai pendapatan,manakala hasil petroleum pula semakin

berkurangan. Oleh hal yang demikian, sumber pendapatan melalui GST ini akan digunakan

untuk menggiatkan lagi projek infrastruktur dan pengangkutan awam,pendidikan dan pelbagai

lagi projek pembangunan.Cukai yang dikutip daripada rakyat akan disalurkan semula kepada

rakyat.

Di samping itu, GST dapat mengimbangkan semula jumlah pendapatan negara antara

cukai tidak langsung dan cukai langsung. Cukai tidak langsung termasuk cukai barang dan

perkhidmatan, duti import dan duti kastam. Cukai langsung pula termasuk cukai pendapatan

individu dan korporat. Selain itu, GST yang diperkenalkan mempunyai kelebihan kepada

peniaga apabila peniaga mengambil manfaat daripada pelaksanaannya. Salah satu faedah GST

adalah dapat membantu mengurangkan kos peniagaan apabila cukai jualan yang dahulunya tidak

boleh dituntut kini digantikan dengan cukai baharu ini. Peniaga yang berdaftar dengan GST

dapat memperbaiki rekod perniagaan mereka. Rekod perniagaan ini amat penting untuk proses

kutipan dan tuntutan cukai. Rekod perakaunan dan fail yang tersusun dan lengkap akan

membantu peniaga dalam urusan pentadbiran perniagaan mereka.

5
PELAKSANAAN GST

Idea pelaksanaan GST ini telah bermula pada tahun 1988 melalui cadangan pelaksanaan

VAT yang telah dikemukakan oleh Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan ketika itu) dalam

Bajet 1989. Kemudian, pada tahun 1992 , Datuk Seri Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan zaman

tersebut) telah mencadangkan pelaksanaan Cukai Jualan & Perkhidmatan (CJP) dalam Bajet

1993. Setelah itu, pada tahun 2004, idea pelaksanaan GST telah dibangkitkan semula oleh Datuk

Seri Abdullah Badawi (Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu) dalam Bajet 2005.

Seterusnya, pada tahun 2009,rang undang-undang berkenaan GST dibentangkan untuk kelulusan.

Namun, pelaksanaannya ditangguhkan. Akhirnya, pada 23 Oktober 2013, Kerajaan telah

mengumumkan pelaksanaan GST semasa pembentangan Bajet 2014 dan bersepakat untuk

menetapkan tarikh pelaksanaan GST ditetapkan pada 1 April 2015 setelah cadangan pelaksanaan

GST di Malaysia telah beberapa kali dibentangkan di parlimen.

GST yang dilaksanakan kerajaan adalah pada kadar rata 6% untuk setiap barangan dan

perkhidmatan. Walaubagaimanapun kerajaan akan mengecualikan GST ke atas barangan seperti

makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam seperti tiket bas, komuter, LRT dan juga

barangan seperti ubat-ubatan dan sebagainya. Dengan pengecualian ini kesan kenaikan harga ke

atas barangan dan perkhidmatan asas adalah minima (atau tiada). Perkara ini ada dinyatakan di

laman web Kastam DiRaja Malaysia tentang GST.

Secara globalnya GST bukanlah sistem cukai yang baharu. Pelaksanaannya sudah pun

bermula di Perancis pada awal tahun 1950an. Kini lebih daripada 169 buah negara sudah

melaksanakannya. Indonesia merupakan negara dalam rantau ASEAN yang mula-mula

melaksanakan GST. Hanya tinggal Brunei Darussalam dan Myanmar sahaja yang belum

6
melaksanakannya..Dalam konteks serantau pula,pelaksanaan GST akan memudahkan

penyeragaman sistem percukaian dalam kalangan negara anggota ASEAN yang akan

membentuk kesatuan ekonomi yang dinamakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menjelang

tahun ini. AEC bakal menyediakan pasaran terbuka yang membolehkan dagangan, pelaburan,

modal dan tenaga kerja bergerak dengan bebas dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Pada masa kini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai

Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan

yang kita beli iaitu, cukai jualan sebanyak 10% dan cukai perkhidmatan sebanyak 6%

menjadikan setiap barangan yang kita beli dikenakan cukai 16%. Cukai-cukai ini kadangkala

tidak disedari oleh kita kerana tiada dalam bil atau resit pembelian kita. Kedua-dua cukai ini

akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015.

Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja. Bahkan, pelaksanaan GST akan

membolehkan kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan tidak kira bagi individu mahupun

korporat dan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing bagi menarik pelabur-pelabur asing untuk

menanam modal di dalam negara ini.Selain itu,GST juga akan dilaksanakan secara self-policing

apabila setiap syarikat akan mengaplikasikan GST secara sendiri dan ianya mampu

mengurangkan karenah birokrasi serta meningkatkan pematuhan cukai dikalangan pengeluar,

pemborong dan pengedar barangan dan perkhidmatan.

Negara seperti Australia dan Singapura boleh dijadikan perbandingan dalam pelaksanaan

GST kerana mempunyai geografi, demografi, budaya dan sistem perundangan yang hampir

menyamai Malaysia. Di Australia pendapatan per kapita rakyatnya telah meningkat lebih tiga

kali ganda kepada AS$67,000 berbanding hanya kira-kira AS$20,000 semasa memulakan GST

pada 2000. Manakala pendapatan per kapita di Singapura pula, telah melonjak kepada

7
AS$51,000 sekarang daripada AS$18,000 semasa mula melaksanakan cukai itu. Menerusi GST,

rakyat akan memperoleh manfaat dalam bentuk nilai wang serta peningkatan taraf hidup yang

lebih selesa melalui pelbagai bentuk pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan seperti

penyediaan infrastruktur kemasyarakatan yang lengkap (Berita Harian, 2014).

8
OBJEKTIF KAJIAN

Baru- baru ini, Malaysia telah diperkenalkan dengan cukai baharu iaitu GST. Secara khususnya

dalam kajian ini terdapat empat objektif utama iaitu:

i) Memberi pengetahuan yang menyeluruh kepada mahasiswa terhadap pelaksanaan GST.

ii) Menambahkan kefahaman mahasiswa terhadap isu pelaksanaan GST.

iii) Menimbulkan kesedaran mahasiswa terhadap kesan pelaksanaan GST kepada kehidupan

seharian.

iv) Menbincangkan kelebihan dan kelemahan yang diperoleh rakyat masa kini melalui

pelaksanaan GST.

v) Membantu mahasiswa menilai baik dan buruk pelaksanaan GST terhadap ekonomi

negara dan masyarakat masa kini.

9
KAJIAN LEPAS

GST bantu jadi ekonomi berpendapatan tinggi

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah sebahagian strategi kerajaan untuk

menjadikan Malaysia sebuah ekonomi berpendapatan tinggi, kata Menteri Kewangan Kedua,

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Justeru, mengikut Ahmad Husni, pelbagai cara akan

sentiasa dicari untuk memperbaiki struktur percukaiannya supaya ia bukan sahaja lebih

kompetitif di peringkat serantau tetapi diharap dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi

yang mantap. Ahmad Husni berkata, kerajaan sedang merangka satu model GST terbaik dan

memastikannya tidak membebankan golongan berpendapatan rendah. Selain itu, beliau berkata,

di bawah system percukaian GST, kemungkinan berlaku kerugian akibat kegagalan mengutip

cukai dapat dielakkan kerana cukai dikutip pada setiap peringkat pengeluaran. 1

10
GST: Manfaat serta-merta

Rakyat dapat menikmati manfaat serta-merta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan

(GST) dengan menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barangan. Pengerusi Panel

Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussaian berkata, antaranya rakyat

hanya perlu membayar GST empat peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera

berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan sekarang. Kamariah berkata, pelaksanaan

GST membawa kesan penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan

perbelanjaan isi rumah. Beliau berkata, hanya terdapat barang tertentu yang akan mengalami

kenaikan atau kekal pada harga asal. Beliau menegaskan, dasar kerajaan tersebut bertujuan

mengatasi defisit fiskal Negara dan menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan

perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan Negara.2

1. Azli Ayob, 2010, p. 26.

2. Thomas Chong, 2010, p. 21.

11
Apa yang anda perlu tahu tentang GST

GST merupakan sesuatu cukai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan ke atas pengguna.

Harga sesuatu barangan atau perkhidmatan akan bertambah dan merangkumi harga asal

barangan tersebut dan profit yang dikenakan ke atas pengguna. GST perlu dibayar oleh rakyat

sebanyak enam peratus semasa berbelanja. Kebaikan pelaksanaan GST temasuklah cukai dapat

dikumpulkan dengan lebih efisien dan kerugian dapat dielakkan. Mengikut menteri kewangan,

perniagaan yang mendapat kuntungan sebanyak RM500,000 dalam satu tahun mesti mendaftar di

bawah GST. Barangan yang diimport dari luar negara dan barangan komestik pula dikenakan
3
GST.

12
Pelaksanaan GST mampu tingkat ekonomi Negara

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April tahun depan berupaya

meningkatkan pertumbuhan keseluruhan ekonomi Negara sebanyak 0.3 peratus lagi, kata

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. DIGEST akan diadakan bersama beberapa

lagi kumpulan sasar antaranya pemimpin pelajar, wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

utama, karyawan serta pertubuhan bukan berasaskan keuntungan. “Sektor eksport mampu

berkembang sebanyak 0.5 peratus lagi (selepas GST berkuatkuasa). Apabila sektor eksport

berkembang, maka ekonomi Negara akan menjadi lebih baik dan ia dikembalikan semula kepada

rakyat,” kata Ahmad.4

3. Kang Beng Hoe, 2010, p. 8.

4. Shahrizan Salian, 2014.

13
METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan

penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian.

Dalam sesebuah kajian atau penyelidikan yang dijalankan ianya memerlukan metod atau kaedah

dalam mendapatkan data atau dapatan kajian. Dengan data yang mencukupi barulah sesebuah

kajian itu dapat dijalankan dengan baik.

Untuk mendapatkan data yang baik ini, kaedah penyelidikan kajian tersebut haruslah sempurna

dan mengikut prosedurnya yang tersendiri.Ia bagi menjamin dapatan kajian yang dihasilkan nanti

benar-benar terjamin mutunya. Seseorang penyelidik yang cermat mesti memastikan metod

ataupun kaedah yang digunakan dalam mendapatkan data, sesuai dengan jenis penyelidikan yang

dijalankan.

Dalam metodologi kajian yang dilakukan, terdapat dua jenis kajian yang telah kami lakukan iaitu

lapangan dan perpustakaan.Bagi kajian lapangan, ianya terbahagi kepada dua iaitu soal selidik

dan pengalaman. Manakala bagi kajian perpustakaan, ianya merujuk kepada kajian yang

dilakukan melalui buku.

Metod Lapangan

(I) Soal selidik

Dalam kajian soal selidik ini, kami telah melakukan bancian mengenai pandangan

pelajarUniversiti Malaya tentang perlaksanaan GST. Kami telah mengedarkan 100 borang soal

selidik kepada para pelajar untuk mengenal pasti bagaimana reaksi mereka terhadap sistem baru

yang dikenakan oleh kerajaan. Hasil kajian kami mendapati, 100 orang pelajar UM kesemuanya

mengetahui tentang apa itu GST dan berapa kadar GST yang ditetapkan oleh kerajaan, dan

14
sebahagian besarnya iaitu sebanyak 72 orang merasakan GST sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Bukan itu sahaja, kebanyakan pelajar yang telah mengisi borang soal selidik ini mengetahui

bahawa pengecualian GST dikenakan terhadap makanan asas dan perkhidmatan asas sahaja.

(II) Pengalaman

Bagi pengalaman pula, kami telah melakukan kajian berdasarkan pengalaman yang dialami oleh

kami sendiri sebagai pengguna dan pembeli yang mengalami kadar kenaikan harga sebanyak 6%

disebabkan oleh GST.

Di sini terdapat beberapa pengalaman yang telah kami alami sebagai pelajar Universiti Malaya.

Hal ini dapat dilihat apabila kami menggunakan pengangkutan awam sebagai contoh , teksi

untuk pergi ke sesuatu destinasi. Ia melibatkan kenaikan kadar kepada 25 sen setiap 200meter,

berbanding kadar 10 sen setiap 115 meter sebelum ini. Kadar RM3 yang dikenakan sebaik

penumpang menaiki teksi bagaimanapun tidak berubah.

Berdasarkan kadar baru itu, kami telah melakukan congakan kasar bagi perjalanan teksi sejauh

11.6 kilometer dari Midvalley City ke Sunway Pyramid akan memberi jumlah tambang

RM16.26, naik

33% daripada kadar RM12.20 sedia ada.

Kadar tambang bas ekspres pula akan meningkat 22.6%, dari 9.3 sen sekilometer kepada

11.4 sen sekilometer.

Bukan itu sahaja, kami telah melakukan tinjauan ke kedai-kedai runcit untuk mengenal pasti

harga barang yang naik setelah GST dilaksanakan. Hasil tinjauan kami mendapati roti

gardeniar yang berplastik hijau telah naik sebanyak 0.20 sen. Harga lama ialah RM3.00, dan

harga terkini adalah RM3.20. Bukan itu sahaja, harga kicap cap kipas udang botol kecil

jugak telah meningkat sebanyak 0.20 sen. Harga lama ialah RM4.50, dan harga terkini

15
setelah GST adalah RM4.50.

Bagaimanapun, bukanlah semua barangan dikenakan GST. Barangan runcit yang melibatkan

bahan-bahan mentah seperti ayam, beras, cili kering, cabai, garam, gula pasir, kelapa biji,

beraneka rempah ratus dan banyak lagi adalah antara barangan runcit yang tidak dikenakan GST.

Harga adalah mengikut kuantiti yang dibeli oleh pengguna, contohnya harga ayam bersih

standard adalah RM 6.70 sekilo dan masih lagi dalam kawalan harga.

Metod Kajian Perpustakaan ( Buku )

Metod kajian perpustakaan ini merupakan satu teknik kajian yang telah kami lakukan dalam

kajian berkaitan dengan GST ini. Metod ini merupakan satu cara ilmiah yang dilakukan untuk

mendapatkan informasi-informasi yang lebih mendalam tentang sesuatu tajuk yang kami ingin

tahu dan ianya diambil dari buku-buku yang relevan dan sesuai dengan tajuk kami. Selain itu,

kami juga menggunakan metod ini kerana metod ini mempunyai jawapan yang berkaitan dengan

pendapat, tanggapan atau persepsi seseorang individu tentang GST.

Dalam metod ini, kami telah menggunakan buku yang bertajuk “ GST ( Untuk Bisnes & Peniaga

) karya Norsa'adah Ahmad. Buku ini menyenaraikan 40 soalan penting berkaitan GST khusus

untuk memberi pendedahan kepada peniaga dan mereka yang terlibat secara langsung dengan

pelaksanaan GST pada peringkat syarikat atau organisasi masing-masing. Buku ini juga ada

menyediakan contoh yang mudah difahami dan relevan bagi menjelaskan terma atau layanan

GST kepada perkara tertentu.

Buku ini juga menerangkan tentang apakah jenis barang dan perkhidmatan yang dikecualikan

GST, sebagai contoh tiada GST dikenakan untuk sembilan jenis perkhidmatan apabila sistem

GST dilaksanakan. Perkhidmatan tersebut ialah tanah untuk kegunaan am, bangunan kediaman,

perkhidmatan kewangan, perkhidmatan penjagaan kesihatan seperti hospital swasta dan klinik,

16
perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, pengangkutan awam termasuk

bas, bas sekolah, bas pekerja, tren, teksi dan feri, tol lebuh raya dan perkhidmatan

pengkebumian, perkuburan dan pembakaran mayat.

Metod kajian menggunakan buku ini adalah penting kerana seperti kita maklum, kekeliruan dan

kerisauan tentang pelaksanaan GST di Malaysia merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan

kerana suatu perkara baru tentunya memerlukan penerangan dan penjelasan secara berterusan.

Pelbagai juga reaksi dan kritikan diajukan kepada pihak kerajaan dan ini menunjukkan bahawa

rakyat mengambil berat tentang pelaksanaan GST dan kesannya kepada kehidupan harian kita.

17
DAPATAN KAJIAN

ANALISIS BORANG SOAL SELIDIK

Borang Soal Selidik Mengenai Pengetahuan Mahasiswa Terhadap GST Malaysia

SOALAN 1

Adakah anda tahu mengenai GST? Bil.(orang) Peratusan(%)


ya 100 100
tidak 0 0
TOTAL 100 100

SOALAN 2

Adakah anda rasa GST sesuai untuk Bil.(orang) Peratusan(%)


dilaksanakan di Malaysia?
ya 72 72
tidak 28 28
TOTAL 100 100

SOALAN 3

Bagaimana anda tahu mengenai Bil.(orang) Peratusan(%)


GST?
Surat khabar 20 20
Televisyen 12 12
Radio 6 6
Kawan 6 6
Laman sesawang 56 56
Lain-lain 0 0
TOTAL 100 100

18
SOALAN 4

Adakah anda tahu berapa kadar Bil.(orang) Peratusan(%)


GST yang ditetapkan oleh kerajaan?
4% 0 0
5% 0 0
6% 100 100
Lain-lain 0 0
Tidak tahu 0 0
TOTAL 100 100

SOALAN 5

Adakah anda tahu GST hanya Bil.(orang) Peratusan(%)


dikenakan semasa anda berbelanja
sahaja?
ya 98 98
tidak 0 0
tidak pasti 2 2
TOTAL 100 100

SOALAN 6

Adakah semua barang dan Bil.(orang) Peratusan(%)


perkhidmatan dikenakan cukai
GST?
ya 0 0
tidak 99 99
tidak pasti 1 1
TOTAL 100 100

SOALAN 7

Adakah anda tahu terdapat Bil.(orang) Peratusan(%)


pengecualian cukai GST terhadap
makanan asas dan perkhidmatan
asas?
ya 98 98
tidak 0 0
tidak pasti 2 2
TOTAL 100 100

19
ANALISIS BORANG SOAL SELIDIK

Borang Soal Selidik Mengenai Respon Mahasiswa terhadap GST Malaysia

Saya rela membayar cukai GST.

Saya rela membayar cukai GST


70
60
50
40
30
20
10
0
SANGAT TIDAK KURANG SETUJU SANGAT
TIDAK SETUJU PASTI SETUJU
SETUJU

Saya menerima peratusan cukai GST yang dikenakan kerana tidak membebankan

pengguna.

Saya menerima peratusan cukai GST yang


dikenakan kerana tidak membebankan
pengguna
80
70
60
50
40
30
20
10
0
sangat tidak tidak setuju kurang pasti setuju sangat setuju
setuju

20
Saya menyokong pelaksanaan GST kerana terdapat kesan kebaikan cukai GST terhadap

rakyat Malaysia.

Saya menyokong pelaksanaan GST kerana


terdapat kesan kebaikan cukai GST terhadap
rakyat Malaysia

sangat tidak
setuju
tidak setuju

kurang pasti

setuju

sangat setuju

Saya menerima pelaksanaan GST dengan hati terbuka kerana penerangan yang

secukupnya dibuat sebelum pelaksanaan GST.

Saya menerima pelaksanaan GST dengan hati


terbuka kerana penerangan yang secukupnya
dibuat sebelum pelaksanaan GST

sangat tidak setuju


tidak setuju
kurang pasti
setuju
sangat setuju

0% 50% 100%

21
Saya bersetuju dengan pelaksanaan GST kerana GST dapat mengembangkan ekonomi

negara.

Saya bersetuju dengan pelaksanaan GST kerana


GST dapat mengembangkan ekonomi negara

sangat tidak setuju


tidak setuju
kurang pasti
setuju
sangat setuju

Saya akan membuat perancangan dan berbanding harga dengan lebih kerap sebelum

berbelanja.

Saya akan membuat perancangan dan berbanding


harga dengan lebih kerap sebelum berbelanja

sangat tidak setuju


tidak setuju
kurang pasti
setuju
sangat setuju

22
Saya tidak akan berbelanja banyak selepas GST dilaksanakan.

Saya tidak akan berbelanja banyak selepas GST dilaksanakan

40

30

20

10

0
sangat tidak setuju tidak setuju kurang pasti setuju sangat setuju

(1)Saya akan mengubah cara perbelanjaan saya terhadap barangan mewah seperti rumah,

kereta, perabot dan produk elektronik selepas GST dilaksanakan.

(2)Saya akan mengubah cara perbelanjaan saya terhadap barang keperluan seharian

seperti ramuan memasak, pakaian, dan alat tulis selepas GST dilaksanakan.

(3)Saya akan mengubah cara pebelanjaan saya terhadap barangan berjenama (branded)

selepas GST dilaksanakan dilaksanakan.

100%
90%
80%
70%
60% sangat setuju
50%
setuju
40%
30% kurang pasti
20% tidak setuju
10% sangat tidak setuju
0%
mengubah cara mengubah cara mengubah cara
perbelanjaan saya perbelanjaan saya pebelanjaan saya
terhadap barangan terhadap barang terhadap barangan
mewah keperluan seharian berjenama (branded)

23
BAGAIMANA GST DILAKSANAKAN

KADAR STANDARD

PENGILANG PEMBORONG PERUNCIT PENGGUNA

GST akan dipungut berdasarkan nilai tambah pada setiap peringkat pengedaran

Peniaga boleh menuntut kembali GST yang dibayar keatas semua input peniagaan

MEKANISME GST

Pengiraan Cukai – Pembekalan kadar standard

Entiti Jualan (RM) Cukai Output Cukai Input Cukai kena


Perniagaan (RM) (RM) dibayar (RM)

Pembekal 10.00 0.60 0.00 0.60

Pengilang 50.00 3.00 0.60 2.40

Pemborong 70.00 4.20 3.00 1.20

Peruncit 100.00 6.00 4.20 1.80

GST dipungut oleh kerajaan 6.00

GST pada kadar 6%.

Pengguna akhir membayar RM106.00

24
KADAR SIFAR

PENGILANG PEMBORONG PERUNCIT PENGGUNA

GST dikenakan pada kadar sifar

Peniaga menuntut GST yang dibayar ke atas semua input perniagaan

MEKANISME GST

Pengiraan Cukai – Pembekalan kadar sifar

Entiti Jualan (RM) Cukai Output Cukai Input Cukai kena


Perniagaan (RM) (RM) dibayar (RM)

Pembekal 10.00 0.60 0.00 0.60

Pengilang 15.00 0.00 0.60 -0.60

Pemborong 20.00 0.00 0.00 0.00

Peruncit 25.00 0.00 0.00 0.00

GST dipungut oleh kerajaan 0.00

GST pada kadar 0%.

Pengguna akhir membayar RM25.00

25
KADAR DIKECUALIKAN

PEMBEKAL
HOSPITAL
PERALATAN PENGGUNA
SWASTA
HOSPITAL

GST dipungut berdasarkan aktiviti nilai tambah

Pembekal menuntut GST yang telah dibayar ke atas input

Tiada GST dipungut ke atas pembekalan

Hospital swasta tidak boleh menuntut GST yang dibayar ke atas input

MEKANISME GST

Pengiraan Cukai – Pembekalan kadar dikecualikan

Entiti Jualan (RM) Cukai Output Cukai Input Cukai kena


Perniagaan (RM) (RM) dibayar (RM)

Pengilang 40.00 2.40 0.00 2.40

Pemborong 50.00 3.00 2.40 0.60

Pembekal 70.00 4.20 3.00 1.20

Hospital 100.00 0.00 4.20 0.00

GST dipungut oleh kerajaan 4.20

GST pada kadar 6%.

Pengguna akhir membayar RM104.20

26
PUNCA GST DIWUJUDKAN

Idea pelaksanaan GST ini telah bermula pada tahun 1988 melalui cadangan pelaksanaan

VAT yang telah dikemukakan oleh Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan ketika itu) dalam

Bajet 1989. Kemudian, pada tahun 1992 , Datuk Seri Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan zaman

tersebut) telah mencadangkan pelaksanaan Cukai Jualan & Perkhidmatan (CJP) dalam Bajet

1993. Setelah itu, pada tahun 2004, idea pelaksanaan GST telah dibangkitkan semula oleh Datuk

Seri Abdullah Badawi (Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu) dalam Bajet 2005.

Seterusnya, pada tahun 2009,rang undang-undang berkenaan GST dibentangkan untuk kelulusan.

Namun, pelaksanaannya ditangguhkan. Akhirnya, pada 23 Oktober 2013, Kerajaan telah

mengumumkan pelaksanaan GST semasa pembentangan Bajet 2014 dan bersepakat untuk

menetapkan tarikh pelaksanaan GST ditetapkan pada 1 April 2015 setelah cadangan pelaksanaan

GST di Malaysia telah beberapa kali dibentangkan di parlimen.

Antara faktor yang mengundang kepada pelaksanaan GST adalah masalah penurunan

harga minyak di pasaran. Hal ini kerana, pengeluaran minyak Amerika Syarikat dan dunia

meningkat. Biarpun Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengawal

pengeluaran minyaknya, pengeluaran oleh negara-negara lain tetap meningkat. Sebagai contoh,

Amerika Syarikat sendiri menyaksikan peningkatan pengeluaran minyaknya. Data yang

dikeluarkan oleh Pentabdiran Maklumat Tenaga menunjukkan peningkatan hampir dua kali

ganda tong minyak mentah dalam masa sehari dikeluarkan di Amerika Syarikat berbanding pada

2005.The Washington Post juga mencatatkan bahawa Kanada turut meningkatkan pengeluaran

minyaknya daripada hanya lebih kurang 3,300 tong sehari pada 2009 kepada lebih 4,000 pada

tahun lalu. Rusia juga meningkatkan pengeluarannya daripada 9,900 tong sehari pada 2009

kepada 10,500 tong dalam tempoh yang sama. Sementara itu, Libya kembali mengeluarkan

27
minyak selepas operasi terhenti pada 2011 kerana krisis perang saudara. Hasilnya telah

mengakibatkan banyak minyak di luar sana untuk dibeli, yang memberikan kesan kepada

penurunan harga minyak dunia. Hal ini sekaligus menyebabkan salah satu sumber pendapatan

negara merosot.

Tambahan pula,biarpun Amerika Syarikat sudah mulai pulih daripada kemerosotan

ekonomi yang dialaminya beberapa tahun lalu, banyak negara lain belum berjaya keluar daripada

krisis yang sama.Hal ini terbukti apabila penggunaan petroleum di Eropah menurun daripada

14000 tong sehari pada 2010 dan 2011 berbanding 13000 tong sehari pada suku pertama 2014

dan hampir sama pada suku kedua menurut The Washington Post. Jepun juga pada masa itu

sedang bergelut dalam mengatasi krisis yang sama dengan megurangkan permintaan terhadap

minyak menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga. Namun, Pertubuhan Negara-Negara

Pengeksport Petroleum (OPEC) dalam mesyuaratnya memutuskan untuk tidak mengurangkan

pengeluaran minyak. Mesyuarat itu menjadi perhatian kerana ia adalah pertemuan yang dibuat

ketika dunia mahu tahu langkah yang akan diambil oleh OPEC untuk menghentikan kejatuhan

harga itu.

Seterusnya, masalah yang mengundang ke arah pelaksanaan GST termasuklah masalah

hutang yang dihadapi oleh kerajaan. Hal ini kerana, sejak tahun 2009 lagi, kerajaan telah

membelanjakan dana lebih daripada dana yang telah diperuntukan oleh bajet. Hal ini telah

menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung hutang yang berlebihan. Ini menimbulkan tanda

tanya seolah- olah perbincangan ke arah mengurangkan perbelanjaan kerajaan tidak berlaku

kerana setiap tahun perbezaan antara peruntukan sebenar dengan peruntukan yang digunakan

semakin besar. Hal ini terbukti apabila pada tahun 2009, sebanyak RM 18,711 juta perbezaan

28
yang direkod antara peruntukan sebenar dan peruntukan yang dibelanjakan. Hal ini berlajutan

dan meyebabkan kerajaan terpaksa membayar interest hutang tahunan sebanyak RM20 billion.

Dalam pada itu, Malaysia juga menghadapi masalah iaitu ‘mis-pricing trade’ apabila

secara mudahnya, harga barangan yang dieksport oleh negara telah ‘mark up’ beberapa kali oleh

beberapa pedagang yang berbeza, hingga harga akhirnya yang dijual di Amerika contohnya,

menjadi sangat tinggi berbanding harga yang dijual ketika mula-mula dieksport. Namun kita

tidak mempunyai rekod di atas kehilangan kenaikan ‘mark up’ tersebut. Oleh hal yang demikian,

Bank Negara sendiri telah mengeluarkan kenyataan pada Disember 2013 bahawa GST mampu

mengekang masalah pengaliran keluar modal negara akibat daripada ‘mis-pricing trade’ ini.

Maka dalam hal ini, mekanisma yang terbaik untuk mengatasi ‘mis-pricing trade’ ini adalah

dengan memperkenalkan sistem percukaian yang lebih efisyen iaitu GST yang mana melaluinya,

kita boleh merekodkan pengaliran wang keluar dari negara dan sekurang-kurangnya

mengurangkan masalah ‘mis-pricing trade’ yang amat merugikan negara.

29
IMPLIKASI KAJIAN

Semenjak GST mula dilaksanakan,banyak pendapat yang dikeluarkan oleh para ilmuwan

dalam bidang cukai ini. Sebagai contoh, seperti yang kita fahami kos barangan makanan seperti

beras akan dikecualikan daripada GST. Namun yang demikian,kita perlu sedar bahawa apabila

berbicara mengenai ekonomi, kesan sesuatu perubahan akan tetap memberikan kesan kepada

yang lain (domino effect). Hal ini demikian kerana,kos pembungkusan beras tidak terlepas

daripada cukai GST dan hal ini telah mendorong kepada kenaikan harga beras walaupun tanpa

GST dikenakan kepada beras itu. Hal ini bermaksud sekiranya tiada GST dikenakan sekali pun

terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan tersebut, maka ia tidak akan menghalang barangan

atau perkhidmatan tersebut daripada kenaikan harga akibat dikelilingi oleh barangan dan

perkhidmatan lain yang dikenakan GST.

Selain itu, banyak barangan yang tidak dikenakan cukai jualan dan cukai

perkhidmatan(SST) sebelum ini bakal dikenakan GST dan ini sudah semestinya akan

meningkatkan lagi harga barangan tersebut. Dalam hal ini juga, kita sudah sedia maklum bahawa

apabila GST dikenakan memang akan melibatkan semua peringkat iaitu pengeluar, pemborong,

peruncit dan pengguna. Namun, apa yang menyedihkan apabila sebenarnya kesemua jumlah

GST yang dikenakan akan ditanggung oleh pengguna akhir.

Secara kasarnya memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakkan barangan dan

perkhidmatan asas dikenakan GST berkadar 0% atau dikecualikan GST. Maka atas sebab itu,

golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah tidak akan terjejas akibat pelaksanaan

GST. Namun kita perlu sedar, GST merupakan sejenis cukai regresif (regressive tax). Cukai

jenis ini akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah akan

30
membayar GST dengan kadar yang lebih berbanding dengan golongan berpendapatan tinggi. Hal

ini dapat dikaitkan dengan situasi apabila keluarga yang berpendapatan rendah sebanyak

RM1000 sebulan terpaksa membayar cukai sebanyak RM60 setelah dikira(secara kasar). Hal ini

bermakna sebanyak 6% pendapatan mereka digunakan untuk membayar cukai. Namun

demikian,situasi ini berbeza pula bagi keluarga yang berpendapatan tinggi sebanyak RM10000

sebulan. Hal ini kerana,dengan menganggap barangan yang dibeli sama dengan keluarga

berpendapatan rendah,cukai yang dibayar juga adalah sebanyak RM60. Hal ini bermakna 0.6%

pendapatan mereka digunakan untuk membayar cukai.

Namun begitu, konsep cukai penggunaan (consumption tax) seperti GST adalah semakin

banyak anda membeli barang atau menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang

dibayar. Bermakna anda boleh mengawal perbelanjaan anda secara berhemah dan berjimat.

Mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar cukai lebih tinggi apabila mereka berbelanja

lebih berbanding mereka yang berpendapatan rendah yang hanya akan berbelanja mengikut

kemampuan mereka. Malah, GST juga secara tidak langsung akan menggalakkan rakyat

menyimpan untuk pelaburan dan berbelanja secara berhemah dan jika perlu sahaja.

31
REFLEKSI

SALAH FAHAM TENTANG GST

Masyarakat perlu perbetulkan pemahaman dan salah faham mengenai konsep GST

sebelum menganggap ia semata-mata akan menaikkan harga barang. Harga barang naik atau

mahal bukan disebabkan cukai, ia disebabkan monopoli apabila bekalan atau supply barangan

dipegang oleh orang-orang tertentu sahaja. Hal ini diburukkan lagi dengan system perbankan

yang bermasalah. Hal ini yang patut kita tentang dan bangkang. Beras dan gula semuanya

dipegang oleh orang yang sama. Jadi mari sama-sama kita tolak monopoli dan favoritisme oleh

kerajaan kepada tokey-tokey tertentu. Buka pasaran untuk persaingan sihat supaya akhirnya kita

berada dalam situasi menang-menang. Rakyat untung, peniaga untung.

Di samping itu,pemahaman yang kurang mendalam tentang ilmu cukai akan menjadikan

individu-individu tertentu tersalah tafsir, tersentak, malahan boleh menimbulkan kemarahan atau

protes terhadap kerajaan. Keadaan ini menjadikan cukai selalunya disalah-ertikan kerana kadar

pendedahan atau pendidikan tentang cukai kepada rakyat adalah tidak meluas serta tidak begitu

dititik-beratkan atau diberi perhatian secara serius. Hal ini terbukti apabila terdapat rakyat

Malaysia yang langsung tidak menyedari hakikat yang sebenarnya mereka sedang dan telah

melaksanakan tanggungjawab bercukai melalui perbelanjaan harian mereka, di mana unsur cukai

jualan 10% dan cukai perkhidmatan 6% sebelum ini telah pun diserapkan di dalam harga setiap

barangan atau perkhidmatan yang mereka gunakan. Tambahan pula, mereka ini selalu

beranggapan bahawa mereka tidak pernah dikenakan cukai. Anggapan yang salah sebegini telah

terbukti membawa kesan buruk kepada kerajaan apabila rakyat kelihatan sukar untuk menerima

kehadiran sistem cukai GST yang baharu ini yang lebih telus dan efisyen. Justeru itu, satu

32
mekanisma pendidikan khusus mengenai tanggungjawab bercukai hendaklah diwujudkan segera

bagi menangani salah tanggapan yang berlarutan mengenai cukai dalam kalangan rakyat

terutamanya generasi muda yang agresif dan sensitif.

Dalam pada itu,kebanyakan rakyat tersalah faham mengenai isu GST ini apabila mereka

beranggapan bahawa cukai GST yang baharu dikenakan ini akan menambahkan lagi jumlah

cukai yang dikenakan mereka. Rakyat perlu fahami bahawa GST diadakan bagi menggatikan

cukai jualan(10%) dan cukai perkhidmatan(6%). Maka,sepatutnya tidak ada isu bahawa GST

akan menambahkan bebanan cukai yang dikenakan kepada pengguna. Rakyat perlu memahami

bahawa, GST sememangnya dirumus untuk mengurangkan bebanan cukai terhadap rakyat pada

masa sekarang yang disebabkan oleh kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam sistem cukai

sedia ada.

Pada waktu yang sama,kebanyakan rakyat juga beranggapan bahawa cukai GST ini

hanya akan dikenakan pada peringkat pengguna akhir sahaja berbanding di peringkat-peringkat

lain seperti pengeluar,pemborong dan peruncit. Rakyat perlu tahu bahawa cukai GST ini

dikenakan pada semua perigkat tanpa sebarang pengecualian berbanding SST yang hanya

dikenakan pada peringkat jualan. Namun apa yang menyedihkan apabila sebenarnya kesemua

jumlah GST yang dikenakan akan ditanggung oleh pengguna akhir.

SUDUT PANDANGAN ISLAM TERHADAP GST

Menurut pendapat para ulama fiqh telah membahagikan hukum kerajaan dalam

mengenakan cukai kepada tiga kumpulan. Pertama, hukumnya haram sekiranya cukai tersebut

dilaksanakan secara mutlaq. Hal ini dapat dirujuk melalui firman Allah swt dalam surah Al-

33
Baqarah ayat 188 yang mengharamkan memakan harta sesama manusia secara bathil. Justeru,

pungutan cukai dianggap tergolong dalam pendapatan yang bathil kerana tanpa rela dan

keperluan mendesak. Sebagai contoh jenis cukai adalah jenis cukai yang difardhukan oleh

sebahagian pemerintah untuk bersenang-senang mereka dengannya dan penyokong mereka

walaupun menyempitkan rakyat mereka. Kedua, hukum cukai adalah harus sekiranya cukai

dilaksanakan secara sementara waktu ke atas si kaya pada kadar tertentu bila wujudnya

keperluan. Ketiga, hukum adalah harus dikenenakan pada sekadar memenuhi maslahat umum

pentadbiran Negara.

Di samping itu, kaedah fiqh ada menyatakan “Menolak Keburukan didahulukan dari

Membawa Kebaikan (tambahan)”. Justeru, jika benar tanpa pelaksanaan GST akan

mengakibatkan ekonomi negara terancam, kelangsungan negara menjadi longgar, oleh itu cukai

boleh berubah menjadi harus dan hal ini boleh dinilai dari masa ke semasa. Namun,

memperkenalkan cukai baru sedangkan kantung kewangan negara masih utuh dan perbelanjaan

awam masih boleh dikawal dan diperbetulkan, sudah tentu lebih cenderung hukumnya kepada

haram, kecuali jika ia bersifat sementara sebagaimana fatwa kumpulan kedua ulama. Berkenaan

GST pula, jika mampu dibuktikan sebagai penyusunan semula kaedah cukai dan seterusnya

mampu diurus dengan lebih baik, telus dan lebih kurang menekan berbanding sistem percukaian

SST sebelum ini, maka saya rasakan GST boleh disokong pelaksanaannya atas dasar, mengambil

kaedah Fiqh iaitu mengambil yang kurang mudarat di antara dua kemudaratan.

Sebagai seorang muslim kita diwajibkan membayar zakat. Zakat yang dimaksudkan

adalah zakat fitrah, zakat harta, zakat pertanian dan lain- lain. Hal ini akan menjadi beban kepada

umat Islam yang terpaksa membayar cukai berganda dan wujudnya ketidakadilan terhadap

individu bukan muslim. Hal ini menjadi bertambah buruk lagi kerana menjadi beban terhadap

34
rakyat yang berpendapatan rendah. Jadi, kerajaan haruslah menimbang semula kadar cukai yang

diberikan kepada rakyat dengan hanya mengenakan cukai kepada rakyat yang kaya dan

berpendapatan tinggi sahaja ataupun bersesuaian dengan pendapatan rakyat yang sederhana dan

rendah. Hal ini demikian cukai ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh sekaligus tidak

membebankan rakyat.

35
CADANGAN

Setelah GST dilaksanakan,pelbagai kritikan dilemparkan kepada kerajaan oleh rakyat.

Namun, pelaksanaan GST harus diteruskan juga demi menstabilkan ekonomi dan pembangunan

negara. Kerajaan haruslah memastikan GST dilaksanakan secara efisien dengan menilai

kelemahan dan kelebihan GST secara menyeluruh agar dapat mencapai objektif utama

pelaksanaannya. Oleh hal yang demikian,kerajaan hendaklah lebih professional untuk

mendengar pandangan dan suara hati rakyat mengenai pelaksanaan GST ini. Selain itu, kerajaan

perlu menjelaskan kepada umum berapa sebenarnya lebihan hasil akan dikutip daripada GST dan

bagaimana ianya dibelanjakan. Hal ini demikian bagi mengelakkan salah faham antara rakyat

dan kerajaan mengenai kemana arah tuju cukai yang rakyat sudah jelaskan dalam setiap

pembelian dan perbelanjaan mereka.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas,kerajaan perlu menjelaskan

mengenai harga barangan dan perkhidmatan yang telah dikenakan cukai jualan dan

perkhidmatan dan juga perubahan harga apabila menggantikan cukai-cukai tersebut dengan GST.

Hal ini demikian dapat menjelaskan kepada rakyat bahawa barangan yang mereka beli selama ini

telah pun dikenakan cukai tetapi dengan kadar yang berbeza dan tidak dinyatakan di dalam resit.

Fenomena kenaikan kos sara hidup telah berlaku sejak sebelum pengenalan GST lagi dan hal ini

bukanlah perkara baharu bagi rakyat. Lebih-lebih lagi fenomena ini bukan hanya berlaku di

Malaysia bahkan turut dirasai oleh negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Singapura dan

Amerika Syarikat.

Di samping itu, kerajaan perlu memastikan kawalan harga barangan dan perkhidmatan

bagi memastikan tiada kesempatan diambil oleh pengeluar, pemborong dan peruncit apabila GST

36
dilaksanakan. Inisiatif kerajaan dalam menangani isu ini dengan mengenakan tindakan undang-

undang seperti di bawah Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010 kepada peniaga yang cuba

menyeleweng GST adalah suatu tindakan yang sangat wajar dan adil. Hal ini bagi memastikan

bebanan yang ditanggung oleh pengguna akhir dapat dikurangkan di samping urusan berjual beli

dapat berlaku secara adil dan saksama. Bukan itu sahaja, kerajaan perlu mencipta suatu kaedah

atau mekanisma pengutipan cukai dimana ianya akan dikenakan terhadap pengeluar, pemborong

dan peruncit tanpa menjejaskan pengguna kerana semua cukai yang diaplikasikan ketika ini

majoritinya ditanggung oleh pengguna akhir secara langsung atau tidak langsung.

Seterusnya, kerajaan perlu mengkaji semula mengenai kewajaran kadar 6% sebagai kadar

permulaan GST. Dengan perkataan lain, kerajaan hendaklah mengambil contoh negara- negara

lain yang pernah mengalami permasalahan semasa permulaan GST dilaksanakan seperti

Singapura yang telah melaksanakan GST sebanyak 7% dan sudah pun merasai impak positifnya.

Malah, Indonesia dan Vietnam yang melaksanakan GST menunjukkan pertumbuhan ekonomi

yang sejak kebelakangan ini mengatasi kita. Mereka mengkaji kesesuaian kadar GST yang

ditetapkan dengan pendapatan rakyat agar tidak terlalu membebankan rakyat disamping dapat

menjana sumber pendapatan dan ekonomi negara mereka.

Tambahan lagi,kerajaan disamping melaksanakan GST perlu memperkenalkan pakej atau

program seperti bayaran tunai atau rebat kepada mereka yang berpendapatan rendah. Program

sekarang seperti BR1M boleh dijadikan contoh tetapi pelaksanaannya perlulah teliti dan lebih

sistematik agar bayaran tunai untuk menangani kos GST tidak tiris dan terdedah kepada

penyelewengan. Sebagai contohnya,wujudnya sesetengah orang yang tidak layak menerima

BR1M turut dapat dan mengambil kesempatan atas pemberian kerajaan demi kepentingan sendiri

tanpa rasa serba salah terhadap orang yang lebih memerlukan.

37
Dalam pada itu,kerajaan juga perlu mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu,

pembaziran, ketirisan yang menyebabkan peningkatan kepada kos mengurus kerajaan. Lihat

sahaja berbillion ringgit bocor, tiris dan dibazirkan setiap tahun seperti mana yang digambarkan

di dalam laporan Ketua Audit Negara. Hal ini kerana pengurangan kos perbelanjaan kerajaan

akan menyebabkan kerajaan hanya memerlukan hasil yang tidak terlalu banyak bagi menampung

kos yang sedia ada dalam mentadbir. Secara tidak langsung ianya akan mengurangkan bebanan

cukai yang terpaksa dikutip daripada pengguna dan seterusnya dapat mengurangkan beban yan

ditanggung oleh golongan yang berpendapatan rendah di negara ini.

Bertitik tolak daripada cadangan yang diberi, semua ini boleh dimulakan dengan

menstruktur semula perbelanjaan mengurus kerajaan. Langkah penjimatan juga perlu

dilaksanakan dengan mengurangkan bebanan kerajaan. Tambahan pula, perbelanjaan yang tidak

masuk akal dan yang tidak perlu dapat dikurangkan dengan meperinci secara teliti hasil laporan

Ketua Audit Negara. Pemimpin perlu sedar bahawa mereka sebenarnya berkhidmat untuk

rakyat,bukannya tuan kepada rakyat. Sesebuah kerajaan itu tidak akan wujud sekiranya tiada

rakyat. Pemimpin juga mestilah bijak membuat keputusan dan mengambil berat terhadap

kesusahan yang dirasai rakyat. Pemimpin tidak boleh melepaskan segala bebanan kepada rakyat

dan pada masa yang sama mereka hidup bersenang-lenang tanpa merasakan kesan keperitan dan

kesusahan rakyat. Walaubagaimanapun pembaharuan sistem cukai (tax reform) adalah sangat

perlu. Pemahaman saya adalah pihak pembangkang seperti Pakatan Rakyat tidak membantah

GST tetapi membantah waktu pelaksanaannya di mana masih ramai rakyat yang tidak membayar

cukai pendapatan yang bermakna pendapatan rakyat Malaysia masih rendah atau berkembang

secara perlahan dan juga bebanan cukai di Malaysia masih tidak meluas lantas menyebabkan

jurang pendapatan antara golongan miskin dan kaya semakin melebar.

38
Selain itu,mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat di negara ini

kebanyakannnya lebih gemar berhutang terutamanya dalam urusan jual beli jika dibandingkan

dengan golongan-golongan yang tidak berhutang. Walaupun sistem riba telah wujud di negara

ini sejak dari zaman dahulu lagi,pengamalan sistem riba dalam kalangan masyarakat masa kini

kian meningkat jika dibandingkan dengan masyarakat dahulu lebih-lebih lagi di zaman arus

pemodenan makin membangun ini apabila masyarakat sanggup berbelanja lebih dan berhutang

demi mencapai keinginan masing-masing. Masyarakat suka untuk berbelanja tetapi tidak

mempunyai wang,lalu mereka berhutang. Sepatutnya,masyarakat haruslah membantu

mengurangkan atau sebaik-baiknya elakkan amalan berhutang ini agar sistem riba di negara ini

dapat dikurangkan dan lama-kelamaan dihapuskan sepenuhnya. Oleh hal yang

demikian,masyarakat haruslah faham tujuan hidup di dunia ini kerana kehidupan adalah singkat

dan tak bermakna pun kemewahan yang sementara ini.Kita akan lenyap dari ingatan

manusia,namun kita akan kekal dalam catatan Allah. Masyarakat harus tahu bahawa pemikiran

berasaskan nilai kebaikan akan menggalakkan amal jka dibandingkan dengan amalan

berhutang,maka lama-kelamaan perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan akan berkurang juga.

Pada waktu yang sama,masyarakat juga jangalah hanya tahu mengkritik kerajaan secara

hentam keromo mengenai isu GST ini tetapi tidak mahu membantu untuk mengubah sifat-sifat

negatif yang ada pada diri sendiri seperti materialistik dan boros berbelanja. Sebagai rakyat,kita

perlulah memahami konsep GST itu sebelum kita membangkang membuta tuli tanpa fakta dan

asas. Sepatutnya kritikan yang diberikan haruslah bersandarkan kepada ilmu pengetahuan

menyeluruh mengenai GST, bukan hanya berdasarkan ilmu picisan yang dituntut dikedai-kedai

kopi atau dipetik dari cogan kata murahan di laman-laman sosial semata-mata.

39
Hal ini demikian kerana kebanyakan rakyat masa kini di negara ini apabila berbicara

tentang bajet yang diumumkan kerajaan pada setiap tahun hanya mementingkan bonus yang

mereka akan dapat nanti tanpa mempedulikan hutang kerajaan yang kian meningkat saban tahun.

Hal ini dikeruhkan lagi dengan sikap pemimpin-pemimpin yang menerajui urusan pentadbiran

negara yang menyangka dengan mebelanjakan banyak wang untuk rakyat,kerajaan akan terus

dapat sokongan rakyat. Hal ini terbukti apabila daripada jumlah penduduk (populasi) seramai 28

juta di Malaysia kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada

keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 11 juta di Malaysia peratusan yang membayar

cukai pendapatan (income tax) adalah lebih kurang 25%. Hal ini bermakna mereka yang

membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang menerima

manfaat daripada kerajaan seperti BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain.

Melihat pada scenario politik di Malaysia,sukar untuk kerajaan mengurangkan bajet kerana

perkara ini akan menyebabkan sokongan rakyat kepada mereka jatuh. Tambahan pula,Pak

Lah(Tun Abdullah Ahmad Badawi) pernah cubaa untuk mengurangkan belanja namun timbul

ketidakpuashatian dalam kalangan ahli politik.

Oleh hal yang demikian,rakyat haruslah mengamalkan sifat yang berjimat-cermat ketika

berbelanja dan mengikut kemampuan diri serta membelanjakan wang yang dimiliki kearah

kebaikan dengan mengukur baju dia badan sendiri. Persis kata cendekiawan bijak

membeli,menang memakai. Biar barangan yang dibeli itu mengikut kemampuan asal tidak

dibebankan dengan hutang yang berlebihan. Wang yang sedia ada selepas berbelanja boleh

disimpan untuk kegunaan kelak persis kata peribahasa melayu sedikit-sedikit,lama-lama jadi

bukit. Rakyat akan lama-kelamaan berubah menjadi pengguna yang lebih bijak dan berhemah

serta akan menguruskan perbelanjaan dengan lebih menggunakan pemikiran yang rasional.

40
Dalam masa yang sama, ianya akan mentransformasi cara berfikir rakyat agar standing dengan

pemikiran kelas pertama dalam soal membelanjakan wang.

Kesimpulan daripada cadangan yang dinyatakan di atas, kerajaan perlu meningkatkan

kecekapan pengurusan jabatan-jabatan yang terlibat, pemantauan yang teliti untuk mengelakkan

pengguna ditekan atau ditipu peniaga dan penerangan yang lebih jelas kepada rakyat

keseluruhannya. Kerajaan juga perlu memperkenalkan pakej atau program yang lebih mampan

untuk menangani kesan GST kepada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar.

Pelaksanaan GST tidak boleh dilaksanakan dengan terburu-buru dan perlu diadakan tempoh

percubaan (trial period) sepertimana ia dijalankan di negara lain. Di samping itu,kerajaan juga

sepatutnya menurunkan cukai pendapatan dan juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk

menangani kesan langsung daripada GST.

41
KESIMPULAN

Kesimpulannya, sistem percukaian GST ini ada kelebihan dan kelemahannya pada

peringkat awal pelaksanaannya di Malaysia. GST ini dilihat penting bagi menggantikan (tukar

dari SST kepada GST) sistem percukaian sedia ada iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan

yang dilaksanakan secara berasingan selama ini. Hal ini kerana ia dapat mendokong usaha

kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang lebih progresif, berdaya saing

dan menjamin pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mapan. Bahkan, pelaksanaan GST

merupakan sebahagian daripada transformasi sistem percukaian negara bertujuan meningkatkan

keupayaan, keberkesanan dan ketelusan dalam pengurusan cukai di negara ini. GST juga adalah

cara terbaik untuk mengatasi kelemahan yang wujud dalam SST seperti kebocoran dan ketirisan

hasil disebabkan berlakunya aktiviti pemindahan harga. Lebih-lebih lagi, GST adalah

perancangan yang dikemukakan oleh kerajaan untuk keseluruhan rakyat, dan ia bukanlah satu

perkara eksklusif yang hanya melibatkan kerajaan dan pihak yang berkepentingan sahaja.

Sebaliknya, rakyat khususnya golongan mahasiswa juga mempunyai peranan yang tersendiri

untuk merealisasikan serta memastikan GST dapat dilaksanakan di Malaysia dengan adil dan

sempurna. Hal ini kerana masih ramai rakyat yang tidak memahami bagaimana GST yang teah

dilaksanakan ini. Justeru, golongan mahasiswa boleh memainkan peranan yang penting sebagai

agen perubahan yang utama dalam sesebuah masyarakat dalam usaha membantu pihak kerajaan

mendapat kata sepakat dan sokongan rakyat terhadap pelaksanaan GST di Malaysia ini. Namun

yang demikian,rakyat juga perlu prihatin dengan isu ini dan berusaha untuk memahami GST

sepenuhnya daripada terus mengkritik kerajaan mengenai isu GST ini. Masyarakat perlu sedar

bahawa harga barang naik bukan semata-mata kerana GST tetapi punca utamanya adalah sistem

perbankan komersil yang bermasalah yang telah menggunakan mekanisma penciptaan hutang.

42
Bahkan,fenomena kenaikan harga barang dan kos sara hidup telah berlaku sejak sebelum

pengenalan GST lagi. Masyarakat harus berusaha untuk mengubah sistem ini. Oleh

itu,perubahan bermula dengan menanam nilai positif dalam masyarakat dengan mulakan usaha

untuk tidak berhutang dalam berbelanja. Sikap materialistik telah menggalakkan masyarakat

berhutang demi menikmati kemewahan yang sementara.

43
LAMPIRAN

44
RUJUKAN:

-Wawancara staf di Jabatan Penerangan Malaysia

-Menghadiri forum GST yang bertajuk “Sejauh manakah pelaksanaannya menyelesaikan

krisis ekonomi” di Dewan Kuliah A,Fakulti Sastera & Sains Sosial,Universiti Malaya pada

10 Mac 2015.

-Menghadiri ceramah GST yang bertajuk “Perlukah Mahasiswa Risau dengan GST?”

pada 28 April 2015 yang diceramah oleh Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail.

-Laman web http://www.gst.customs.gov.my/

-Laman web blog http://iqmalhisham.blogspot.sg/2013/12/gst-antara-kelebihan-dan-

kekurangan.html

-Laman web blog http://gst-m.blogspot.com/2013/07/pemahaman-mengenai-cukai-asas-

kepada.html

- Laman web http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1030-cukai-gst-hukum-a-

amanah.html

-Norsa’adah, A. (2015). GST untuk bisnes dan peniaga:40 soalan penting untuk memahami

GST dan pelaksanaannya di Malaysia(1st ed.). Selangor,Malaysia:True Wealth Sdn Bhd

-Palil, M. R., & Ibrahim, M. A. (2011). The Impacts of Goods and Services Tax (GST) on

Middle Income Earners in Malaysia. World Review of Business Research, 1(3), 192-206.

45

Anda mungkin juga menyukai