Anda di halaman 1dari 25

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

PENGHARGAAN 2

PENGENALAN 3&4

ASIMILASI 5 - 14

AMALGAMASI 15 - 22

RUMUSAN 23

BIBLIOGRAFI 24

1
PENGHARGAAN

Pertama sekali kami amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada
masa yang ditetapkan walaupun terdapat pelbagai cabaran yang kami hadapi.

Kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami, Cik Sarah
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan
tugasan ini dengan mudah. Sebenarnya, beliau telah memberi banyak tunjuk ajar kepada kami
semasa membuat tugasan tersebut dan menolong kami menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa masing-masing yang
memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan kami
segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan
tugasan ini.

Akhir sekali, kami tidak lupa untuk merakam jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu kami untuk menghasilkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan.

2
PENGENALAN

Usaha kerajaan ke arah pemupukan hubungan etnik sebenarnya telah bermula sejak 1957,
iaitu selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Berikutan itu, kerajaan berusaha dengan
lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan berikutan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang
melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat. Kemuncak usaha kerajaan ekoran peristiwa 13
Mei ialah terciptanya satu ideologi negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan
kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul
serta bertujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara
kaum.

Masyarakat berperanan dalam pemupukan hubungan etnik agar negara kita malaysia
sentiasa dalam keadaan aman dan selesa. Salah satu contoh peranan masyarakat adalah dalam
penerimaan budaya. Secara amnya, memang ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga-tiga
golongan rakyat di negara ini. Contohnya ciri-ciri hindu telah meresap masuk ke dalam
kebudayaan masyarakat melayu. Kesannya, ia menyatukan nilai pelbagai bangsa.

Jadi, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian kerana
pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia yang
bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa
prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan
keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui
perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan
semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin
kehidupan sejahtera yang berpanjangan.

3
Jadi, objektif soalan kami pada kali ini adalah untuk membincangkan tahap-tahap
asimilasi dan amalgamasi di negara kita. Tahap-tahap tersebut dapat dilihat melalui beberapa
bukti proses-proses ini berlaku di negara kita. Sejarah negara kita juga boleh digunakan untuk
melihat sejauh mana dua proses tersebut berlaku. Selain itu, dengan adanya faktor-faktor yang
menunjukkan tahap asimilasi dan amalgamasi, kita dapat lihat beberapa punca berlakunya proses
tersebut di negara kita. Di samping itu, kesan-kesan daripada dua proses tersebut dapat
menunjukkan perubahan yang berlaku daripada pelbagai aspek di Malaysia.

4
ASIMILASI

5
DEFINASI

Asimilasi adalah percantuman dua kebudayaan yang disertai dengan hilangnya ciri khas
kebudayaan asli sehingga membentuk kebudayaan baru. Suatu asimilasi ditandai oleh
usaha-usaha mengurangi perbezaan antara orang atau etnik. Untuk mengurangi perbezaan itu,
asimilasi meliputi usaha-usaha mempererat kesatuan tindakan, sikap, dan perasaan dengan
memperhatikan kepentingan serta tujuan bersama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli
sosiologi) asimilasi ialah satu proses dalam mana etnik-etnik yang berfikir, berperasaan dan
bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari
segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam
hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minority.

Proses ini akan mewujudkan pula sebuah masyarakat yang dipanggil homogeneus.
Masyarakat ini tidak akan mempunyai perbezaan dan dapat dilihat sebagai satu masyarakat
sahaja. Apabila semua kumpulan etnik telah berasimilasi dengan sempurna, maka tidak wujud
lagi masyarakat pelbagai etnik. Jadi, asimilasi dapat dikatakan sebagai penghapusan perbezaan
etnik dan ras antara pelbagai jenis kaum yang terdapat di negara kita.

6
PERMULAAN ASIMILASI

Pada pertengahan abad ke-19, ramai imigran Cina datang ke Tanah Melayu, hasil
daripada kemasukkan tersebut budaya bercampuran antara kaum Melayu dan Cina semakin
berkembang melalui asimilasi dengan masyarakat Melayu atau masyarakat Baba Nyonya.
Menurut, Dr. Lee Su Kim, Professor Madya dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti
Sosial Sains dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, adat budaya unik masyarakat
Baba Nyonya terhasil daripada pertembungan budaya antara pedagang dari wilayah Fujian,
Tenggara China dengan masyarakat tempatan di Melaka hampir 700 tahun dahulu. Mereka
mengamalkan cara hidup orang Melayu dari segi percakapan, pakaian dan juga
makanan-makanan mereka.

Selepas itu, dari Melaka, kaum tersebut berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura.
Masyarakat Baba Nyonya Melaka bertutur dengan bahasa mereka sendiri iaitu campuran Melayu
dengan dialek Baba, manakala di Pulau Pinang pula mereka menggunakan dialek Hokkien.
Masyarakat Baba dan Nyonya juga mengamalkan sifat-sifat dan tingkah laku wanita Melayu
seperti peramah, suka melatah dan berbual-bual di kaki lima pada waktu petang.
Keseluruhannya, penyelidik tersebut mendapati daripada keputusan yang diperoleh melalui
penyelidikan yang dijalankan, didapati bahawa masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh
mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa
proses asimilasi telah berlangsung dengan pengamalan budaya-budaya kaum lain.

Lebih-lebih lagi, mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik mereka begitu
sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran
budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam masyarakat Baba dan
Nyonya telah membuktikan proses di mana kumpulan-kumpulan etnik mula mengamalkan
elemen-elemen budaya majoriti yang wujud di masyarakat Tanah Melayu, malah masih
mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.

7
Proses ini juga dapat dilihat dalam masyarakat mamak yang juga dikenali sebagai
masyarakat India-muslim. Masyarakat ini telah membawa masuk banyak perubahan kepada adat
asli masyarakat tempatan dahulu yang telah melahirkan masyarakat Malaysia yang boleh dilihat
pada zaman sekarang. Terdapat juga beberapa pemimpin Melaka yang merupakan ahli masyrakat
India-muslim sebagai contoh Tun Mutahir yang pada ketika dahulu merupakan Bendahara bagi
kerajaan Melaka. Masyarakat ini pada mulanya hanya tertumpu di Melaka tetapi kerana
perkembangan kerajaan Melayu Melaka campuran mereka juga berkembang. Terdapat juga
masjid-masjid kaum india-muslim yang boleh kita lihat pada hari ini. Selain itu, makanan kaum
mamak juga amat digemari oleh seluruh rakyat Malaysia seperti roti canai dan nasi biryani.
Kaum india-muslim juga merupakan antara unsur atau dorongan yang telah membawa agama
Islam ke tanah melayu.

8
FAKTOR-FAKTOR ASIMILASI

Asimilasi merupakan proses keempat antara tahap hubungan etnik yang terdapat. Proses
ini bukan berlaku secara kebetulan malah terdapat beberapa faktor yang mendorongnya untuk
berlaku. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa faktor yang menghalang proses ini untuk
berlaku di negara kita. Terlebih dahulu sebelum kita lihat kepada faktor-faktor tersebut terdapat
beberapa syarat bagi asimilasi.

Terdapat tiga syarat yang harus dipenuhi untuk membentuk asimilasi antaranya adalah
terdapat beberapa etnik yang mempunyai atau memiliki kebudayaan yang berbeza. Negara kita
memenuhi syarat yang pertama kerana kita merupakan sebuah negara yang terdiri daripada
masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum. Syarat kedua adalah, terdapat pergaulan antara
etnik-etnik tersebut secara intensif dan dalam waktu yang lama. Syarat ini juga kita dapat
memenuhi kerana berdasarkan sejarah, kita telah lama bergaul antara kaum sejak zaman akhir-
akhir penjajahan lagi. Pada hari ini juga dapat dilihat pergaulan kita sebagai contoh sekolah-
sekolah kebangsaan yang mempunyai para pelajar yang berbilang bangsa, bersama-sama belajar
dan berinteraksi. Akhirnya, kebudayaan etnik masing-masing berubah untuk menyesuaikan diri.
Contohnya, di kantin-kantin sekolah semua makanan yang dijual adalah halal menunjukkan
penyesuaian diri oleh kaum-kaum yang lain. Dengan itu jelas menunjukkan bahawa syarat-syarat
asimilasi telah dipenuhi di negara kita.

Selain daripada itu, faktor-faktor yang mendorong proses asimilasi terdiri daripada
pelbagai. Antaranya, nilai toleransi sesama etnik-etnik yang berbeza. Persefahaman antara satu
sama lain dapat mendorong sesebuah kaum untuk tidak melakukan perkara yang akan
menyinggung perasaan kaum lain. Contohnya, penganjur rumah terbuka akan sentiasa

9
memastikan makanan yang dihidangkan adalah halal dan boleh dimakan oleh semua kaum.
Seterusnya, kesediaan menghormati dan menghargai budaya orang lain dapat memupuk asimilasi
kerana ia menunjukkan bahawa sesuatu kaum tersebut tidak mempunyai masalah dengan budaya
kaum lain.

Di samping itu, sikap keterbukaan oleh setiap kaum dapat memastikan budaya-budaya
setiap kaum dapat diamalkan dengan situasi yang aman dan harmoni. Contohnya, sikap
keterbukaan kaum lain ketika perayaan Thaipusam jelas dapat dilihat apabila mereka tidak
mempunyai masalah dengan kesesakkan jalan raya. Justeru, persamaan dalam unsur-unsur
budaya juga mendorong percantuman dua budaya. Sebagai contoh, masyarakat agama Islam dan
agama Kristian mempunyai persamaan dari segi mereka pergi sembahyang di masjid dan gereja
sekali seminggu. Akhirnya, mempunyai musuh yang sama dan meyakini kekuatan masing-
masing untuk menghadapi musuh tersebut. Dengan adanya persamaan musuh ia
mempermudahkan terjadinya asimilasi kerana dua budaya yang berlainan akan bersatu untuk
menentang musuh tersebut.

Terdapat juga faktor-faktor yang menghalang proses asimilasi antara kaum. Antaranya,
kurang pengetahuan tentang budaya kaum yang lain dapat menjejaskan asimilasi kerana tidak
akan ada kefahaman antara kaum. Ini akan menyebabkan kaum lain tersinggung dengan
perbuatan seseorang yang negatif kerana kurang ilmu tentang kaum yang lain. Contohnya,
sekiranya mempunyai jiran yang beragama Islam, kita harus pastikan haiwan peliharaan seperti
anjing tidak menyusahkan mereka. Lantaran itu, prasangka negatif terhadap pengaruh
kebudayaan baru. Masalah ini dapat diatasi dengan meningkatkan fungsi lembaga-lembaga
kemasyarakatan agar mereka dapat memahami budaya orang lain.

Tambahan pula, perasaan bahawa kebudayaan etnik tertentu lebih tinggi daripada
kebudayaan etnik yang lain. Kebanggaan berlebihan ini mengakibatkan etnik yang satu tidak
dapat mengakui keberadaan kebudayaan etnik lainnya. Contohnya, terdapat beberapa negeri di
Malaysia yang tidak mengiktiraf perayaan kaum lain sebagai cuti awam. Selanjutnya, perbezaan
ciri-ciri fizikal, seperti ketinggian, warna kulit atau rambut juga menghalang asimilasi. Dengan
kategori-kategori sebegini setiap etnik tepisah antara satu sama lain dan dilabelkan. Perkara

10
sebegini hanya akan membawa kepada perasaan tidak puas hati kerana semua orang tidak suka
untuk dilabelkan melalui rupa fizikal mereka dan akan merenggankan budaya masing-masing.

Walaupun terdapat beberapa faktor yang mendorong dan menghalang asimilasi, kita
dapat mengatasi halangan-halangan tersebut kerana dapat dilihat di negara kita pada hari ini
bahawa terdapat percantuman antara budaya. Ini menunjukkan bahawa kita lebih terdorong
untuk bersatu dengan budaya-budaya yang lain.

11
JENIS-JENIS ASIMILASI

Proses asimilasi ini telah mendatangkan pelbagai jenis perubahan kepada setiap kaum di
negara kita. Kesan-kesan tersebut boleh dilihat daripada jenis-jenis asimilasi yang terdapat di
Malaysia yang terbentuk hasil daripada proses tersebut.

Pertama sekali adalah kesan daripada asimilasi budaya. Asimilasi ini merupakan proses
pengubahsuaian nilai, kepercayaan, ideologi bahasa dan sistem simbol dari suatu budaya etnik
atau lebih daripada satu bagi terbentuknya sebuah kandungan nilai, kepercayaan, ideologi bahasa
mahupun sistem simbol dari budaya etnik baru. Contohnya, di Malaysia, apa yang berlaku
kepada masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya dan India-Muslim merupakan contoh
berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya,
asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan penganutan kepercayaan atau agama.
Masyarakat cina Kelantan begitu fasih dalam bertutur dialek Kelantan dan masyarakat Baba dan
Nyonya juga telah menerapkan nilai-nilai dari budaya orang Melayu.

Selain itu, asimilasi struktural pula adalah proses penerapan kebudayaan dari suatu etnik
ke dalam kebudayaan etnik lain melalui etnik dominan seperti keluarga, teman dekat, dan
lain-lain. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang
menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah
disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Tambahan pula, contoh di negara kita pula
dapat dilihat apabila musim perayaan. Perkara seperti balik kampung, makan malam bersama
seluruh keluarga dan pergi bersembayang merupakan perbuatan etnik-etnik tertentu tetapi telah
diasimilasikan oleh pelbagai etnik ke dalam kebudayaan masing-masing.

Seterusnya, asimilasi fizikal yang amat terserlah di Malaysia adalah apabila masyarakat
Malaysia yang berlainan kaum memakai pakaian-pakaian tradisi kaum lain sama ada pada hari

12
perayaan ataupun pada hari yang biasa. Ini boleh dilihat di tempat-tempat kerja. Sebagai contoh,
kita dapat melihat gadis-gadis Cina dan India memakai pakaian baju kurung manakala kita dapat
melihat gadis-gadis Melayu memakai pakain kurti.

Akhir sekali, asimilasi psikologi dapat dilihat dari segi makanan. Di negara kita, boleh
melihat bahawa semua kaum tidak mempunyai masalah dengan makanan kaum lain seperti
contoh nasi lemak, mee kari dan kacang putih. Makanan sebegini dimakan oleh semua etnik di
negara kita dan juga telah diasimilasikan mengikut cita-rasa masing-masing. Asimilasi ini juga
telah menjadi sebuah tarikan pelancong kerana terdapat banyak jenis makanan kaum berlainan
yang boleh didapati di Malaysia. Walaupun, makanan yang dilihat di Malaysia adalah makanan
yang boleh diperolehi di negara-negara lain tetapi makanan tradisi di Malaysia telah ditukar
untuk memenuhi citarasa seluruh masyarakat Malaysia dan amat disukai oleh semua kaum.

Proses asimilasi telah memainkan peranan yang amat penting dalam menjaga perpaduan
di Malaysia. Masyarakat Malaysia yang dapat dilihat pada hari ini adalah hasil proses asimilasi
ini. Terdapat banyak penukaran budaya asli semua kaum yang telah menghasilkan sebuah
budaya yang baru iaitu budaya Malaysia. Budaya Malaysia kini disanjung tinggi oleh perdana
menteri kita kerana ini menunjukkan kesepaduan antara semua masyarakat Malaysia.

13
CONTOH-CONTOH ASIMILASI

Pergaulan antara kaum

Asimilasi budaya dan struktural

14
AMALGAMASI

15
DEFINASI

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk
formula A+B+C=D, disini A, B dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili
amalgamasi, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Sebagai contoh,
kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu
membentuk satu generasi baru atau budaya baru tanpa mengikuti budaya asal mereka. Kejadian
ini mencipta sebuah budaya dan ras hasil daripada penggabungan dua budaya dan ras yang
berbeza. Setiap kumpulan dan etnik menyumbang kepada pembentukan budaya baru.

Proses ini juga boleh dianggap sebagai proses ‘melting pot’ yang membawa maksud yang
sama. Dari segi maksudnya adalah melting pot ini membawa kepada wujudnya satu istilah yang
turut serta atau tidak boleh dipisahkan daripada melting pot, iaitu multiculture. Perkataan
multiculture ini membawa maksud kepelbagaian budaya yang teradun di dalam sesebuah
masyarakat yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Sememangnya melting pot dan
multiculture ini wujud di kalangan masyarakat di Malaysia pada hari ini dan membolehkan
penyatuan berlangsung. Dengan penyatuan ini, pelbagai bangsa dapat hidup bersama dan
berinteraksi antara satu sama lain dalam kehidupan seharian walaupun pada zahirnya mereka
berbeza dari segi ras dan keturunan masing-masing.

16
PERMULAAN AMALGAMASI

Proses amalgamasi telah mula berlagsung sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi
apabila berlakunya ikatan antara dua budaya dan ras yang berbeza, contohnya perkahwinan
Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah. Lebih–lebih lagi, kahwin campur di Malaysia
dipraktikkan lama lagi sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Pada masa itu, Malaysia
masih dikenali sebagai Tanah Melayu. Kesultanan Melaka, Sultan Mansur Shah telah menjalin
hubungan diplomatik dengan China, dan maharaja Yongle telah menghadiahi puterinya, Li Po
untuk dijadikan isteri sultan. Hang Li Po datang ke Tanah Melayu bersama dengan Laksamana
Cheng Ho dan 500 pengiring perempuan. Pengiring puteri menetap di Bukit Cina dan akhirnya
berkahwin dengan pengawai Sultan Mansur Shah. Maka, hasil kahwin campur antara kaum
Melayu dan kaum Cina pada masa itu dikenali sebagai baba-nyonya.

Selain itu, penghijrahan kaum India dalam jumlah yang besar ke Tanah Melayu berlaku
pada akhir kurun-19 semasa Tanah Melayu dijajahi oleh kuasa-kuasa asing seperti Portugal dan
Belanda. Oleh sebab orang Sikh amat pegang kuat kepada agama, maka pihak yang ingin
berkahwin dengan orang Sikh mestilah memahami serta memeluk agamanya. Perkahwinan
campur antara orang Sikh dengan orang Cina dan Kadazan telah mewujudkan sebuah komuniti
yang dikenali sebagai komuniti peranakan Punjabi. Di Malaysia juga terdapat komuniti India
muslim di Pulau Pinang yang membentuk Jawi Peranakan hasil daripada perkahwinan antara
lelaki India Muslim dari Selatan India dan perempuan Melayu di Pulau Pinang. Seterusnya,
komuniti Ceti yang menganut agama Hindu di Melaka hasil daripada perkahwinan pedagang
India Selatan dengan wanita pribumi.

Justeru, perkhawinan campur juga dapat membentuk satu genarasi baru seperti etnik
Portugis berkahwin dengan etnik Melayu maka wujud satu generasi baru yang dikenali

17
sebagai Papia Kristang. Antara tokoh yang lahir kesan dari amalgamasi seperti Tony Fernandes,
Tiara Jacquelina dan Hans Isaac.

Kesimpulannya, perkahwinan campur yang berlaku sejak dari zaman Kesultanan Melayu
Melaka jelas menunjukkan tahap amalgamasi yang berlaku di negara kita sejak dulu lagi. Oleh
itu, perkataan kahwin campur adalah tidak asing bagi rakyat Malaysia.

FAKTOR_FAKTOR AMALGAMASI

Amalgamasi merupakan proses terakhir antara lima tahap hubungan etnik yang terdapat.
Proses yang terakhir ini berlaku bukan sahaja kerana kesan daripada 4 faktor sebelumnya tetapi
juga dipengaruhi oleh beberapa faktor yang lain. Faktor-faktor ini yang membawa kepada
budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.

Antaranya, adalah faktor perdagangan. Seperti yang diterangkan di bahagian permulaan


amalgamasi di negara kita sebelum ini, faktor perdagangan menyebabkan pembentukan budaya
yang baru hasil daripada perkahwinan campur. Contohnya, perkahwinan Puteri Hang Li Po
dengan Sultan Mansur Shah jelas menunjukkan bahawa perkahwinan berikut berlangsung kerana
hubungan perdagangan yang berlaku antara Melaka dengan negara Cina. Lantaran itu, puteri
tersebut diiringi oleh pembantu–pembantu dari Cina yang menetap di Melaka dan berkahwin
dengan pegawai–pegawai di Melaka. Hasil daripada kahwin campur antara dua kaum yang
berbeza pada masa itu dikenali sebagai baba-nyonya.

Seterusnya, penyebaran agama. Perkahwinan campur juga merupakan satu cara untuk
menyebarkan budaya dan ras yang baru. Dari aspeknya, kahwin campur dapat menyebarkan
dakwah keagamaan, misalnya agama Islam. Hal ini kerana, apabila seseorang yang bukan Islam
ingin berkahwin dengan seorang Islam, beliau mesti menukar agamanya kepada agama Islam.
Dengan ini, penyebaran agama dapat dilaksanakan dan ajaran agama baru dapat dipelajari oleh
agama–agama lain. Secara tidak langsung anak-anak yang lahir dari hasil perkahwinan tersebut
akan dipengaruhi oleh budaya yang baru.

Faktor yang ketiga dan terakhir adalah imigrasi. Imigrasi merujuk kepada perpindahan
orang dari sebuah negara ke negara yang lain, di mana negara tersebut bukan negara yang dia

18
lahir. Lebih–lebih lagi, imigrasi berlaku kerana rakyat sesebuah negara ingin mendapat pekerjaan
yang boleh menyara kehidupan mereka, keadaan negara asal mereka yang huru – hara dan bagi
mengisi jawatan–jawatan kosong bagi pekerjaan yang tidak cukup tenaga buruh. Jadi, secara
tidak langsung imigran yang menetap di negara kita akan berkahwin juga dengan rakyat di
Malaysia. Akibatnya, dua budaya yang berlainan akan bercampur dan melahirkan budaya yang
baru.

KESAN – KESAN AMALGAMASI

Amalgamasi mendatangkan beberapa kesan kepada masyarakat Malaysia dan antara


kesan–kesan tersebut terdapat yang positif dan yang negatif. Antara kesan yang positif adalah,
rakyat Malaysia dapat mempelajari budaya dan bangsa orang lain. Perkahwinan campur yang
belaku membawa kepada penyatuan dua budaya dan bangsa yang berbeza, ini akan
menyebabkan dua orang pasangan tersebut terdedah kepada adat dan budaya kaum lain. Bukan
sahaja mereka malah ahli keluarga yang terlibat dapat mengetahui dan mempelajari bangsa dan
budaya lain juga. Contoh, perkahwinan antara dua kaum berbeza dapat menyatukan dua kaum
tesebut dengan lebih erat.

Selain daripada itu, gejala sosial dan maksiat dapat dikurangkan. Gejala–gejala social
seperti prejudis dan diskriminasi dapat disingkirkan dengan adanya amalgamasi. Dengan
penciptaan budaya dan ras yang baru, setiap orang tidak akan lagi diasingkan kepada budaya
mereka yang asal malah mereka akan bersatu kerana mereka sekarang mempunyai budaya yang
sama. Contohnya, melalui perkahwinan campur antara seorang Melayu dengan seorang Cina
masing – masing dapat megurangkan atau membuang tanggapan buruk mereka terhadap kaum
yang lain kerana dapat memahami budaya kaum tersebut dengan lebih mendalam melalui
perkahwinan mereka.

Di samping itu, demi memberikan kebaikan serta bagi memelihara perpaduan negara
dapat dipertingkatkan. Pemahaman antara kaum dapat dicapai melalui amalgamasi dengan
adanya pertembungan antara dua kaum berbeza yang disatukan melalui perkahwinan campur
melalui penerimaan unsur budaya serta tahap sosial yang berbeza. Dua kaum ini dapat
mempelajari unsur-unsur tolak ansur sesama kesejahteraan kedua belah pihak. Sebagai contoh,

19
seorang muslim yang berbangsa Melayu berkahwin dengan seorang India. Ini dapat mewujudkan
penyatuan antara dua buah kaum yang berbeza dari segi budaya, kepercayaan ataupun rutin
harian masing-masing.

Tambahan pula, cahaya mata yang dilahirkan melalui perkahwinan campur mempunyai
bakat yang lebih baik dan berkualiti. Disebabkan terdapatnya variasi dalam keluarga, bakat yang
dihasilkan akan lebih berkualiti dari segi fizikal dan mental. Ini akan menyebabkan mereka
bersikap lebih terbuka dan tidak bersifat rasisme. Contohnya, anak yang dipengaruhi oleh dua
budaya dapat memahami kedua–dua budaya tersebut dan tidak akan bersikap prejudis dan tidak
mendiskriminasikan budaya kaum lain.

Amalgamasi juga membawa kepada kesan–kesan yang negatif. Antaranya, akan wujud
masalah perbalahan kaum disebabkan oleh sikap etnosentrik dan prejudis terhadap kaum lain.
Tambahan lagi, jika terdapat halangan daripada keluarga, di mana keluarga pasangan tidak mahu
pasangan bertukar agama. Contohnya, hubungan kekeluargaan yang erat dianggap penting dalam
masyarakat Melayu justeru, mereka lebih gemar membina hubungan perkahwinan dalam etnik
mereka sendiri.

Seterusnya, risiko yang mungkin dihadapi juga adalah, peningkatan kadar penceraian dan
masalah sosial. Kesukaran untuk mengadaptasi perbezaan budaya, ditambah pula dengan
tiadanya tolak ansur di antara kedua-dua belah pihak boleh membawa kepada keruntuhan
perkahwinan antara mereka. Berkemungkinan juga akan timbulnya masalah komunikasi antara
pasangan dan ahli keluarga dan kadangkala akan timbul pula masalah kerana perbezaan budaya,
makanan, pakaian dan pantang larang. Kajian ilmiah yang dilakukan oleh beberapa ahli sosiologi
di negara ini antara 1995 hingga 1998 mendapati dalam setiap sepuluh perkahwinan campur,
hanya tiga berjaya.

Kesimpulannya, terdapat kesan yang baik dan buruk dalam proses amalgamasi ini. Walau
bagaimanapun, kesan yang positif lebih menyerlah berbanding dengan kesan yang negatif yang
boleh ditangani melalui pengambilan beberapa langkah seperti bertoleransi dan dengan
pemberian masa untuk membiasakan diri. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa tahap

20
amalgamasi di Malaysia yang berjaya. Tahap ini amat penting kerana melalui tahap ini
masyarakat Malaysia dapat hidup dalam suasana yang aman. Rasisme dapat diatasi dan
perpaduan antara kaum dapat dicapai. Terdapat juga ramai tokoh-tokoh Malaysia yang
merupakan hasil campuran antara beberapa kaum. Pada hari ini, kita dapat melihat sebuah
Masyarakat Malaysia yang tidak lagi mempunyai salah faham antara kaum lain dan amat
menghormati tradisi setiap kaum dan menghormati satu sama lain.

21
CONTOH-CONTOH AMALGAMASI

Jenis – jenis etnik yang wujud disebabkan oleh amalgamasi

Perkahwinan etnik Baba & Nyonya

22
Perkahwinan campur

Anak – anak perkahwinan campur

23
RUMUSAN

Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di
kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan
hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan
asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai
agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan
dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas
agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah
berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi wujud tanpa
mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, kita perlu bijak dalam membuat perancangan
agar dapat mengharungi cabaran yang akan datang. Keupayaan kita mengharungi cabaran-
cabaran dengan baik mampu menjadikan Malaysia sebaris dengan negara-negara maju yang lain.

Setelah semua yang telah dibincangkan mengenai tahap asimilasi dan tahap amalgamasi
di Malaysia, kita dapat lihat bahawa negara kita telah berjaya melalui dan berada di tahap yang
terakhir berdasarkan bukti-bukti seperti perkahwinan campur. Kita telah lihat maksud proses-
proses tersebut dengan formula bagi lebih mudah untuk memahami maknanya. Selain daripada
itu, kita juga dapat lihat sejak bila lagi negara kita melalui proses-proses tersebut dan berada di
tahap mana ketika tahun tersebut. Lantaran itu, beberapa faktor, bentuk dan kesan daripada
asimilasi dan amalgamasi juga kita telah lihat yang membuktikan bahawa proses tersebut berlaku
di negara kita dengan contoh-contoh yang bersesuaian.

Kesimpulannya, hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting untuk


melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis. Sekiranya hubungan etnik tidak ditanamkan ke
dalam jiwa generasi muda, bangsa dan negara kita akan terus ketandusan hubungan tersebut dan
keadaan itu boleh menjejaskan kestabilan negara. Negara yang penduduknya tidak mempunyai
hubungan etnik mudah dipengaruhi oleh kuasa asing. Bagi mengelakkannya, usaha untuk
mempertingkatkan hubungan etnik harus melibatkan semua pihak, iaitu kerajaan dan masyarakat
seluruhnya untuk membentuk masyarakat Malaysia yang saling bekerjasama, bersefahaman,
aman dan damai.

24
BIBLIOGRAFI

1. https://www.scribd.com/document/91178360/Asimilasi-Dan-Melting-Pot

2. http://haida1993.blogspot.my/2016/02/konsep-amalgamasi-asimilasi-akulturasi.html

3. https://www.slideshare.net/AhsanrazifRahman/amalgamasi-50675031

4. http://zahirzainudin.blogspot.my/2015/11/amalgamasi-antara-etnik-portugis-dan.html

5. http://andrew-sosiologi.blogspot.my/

6. http://zahirzainudin.blogspot.my/2015/04/perkahwinan-campur-antara-kaum-
melayu.html

25

Anda mungkin juga menyukai