Anda di halaman 1dari 10

1

Kertas Kerja Cadangan


Seminar Keusahawanan:
Usahawan Borong ke Guangzhou
2

Momentum Kembara Sdn Bhd Creativity Trade Co. Ltd. (1855333)


(1022771-H) 606 Yuan Jing Zhong Xin,
No 23-2, Dataran Dwitasik, Jalan Dwitasik 2, 132 Dongfeng West Rd Liwan District, 510170
Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur Guangzhou China.
Tel: 0123803807 Tel: +86 20 81265589 Fax: +86 20 81265586 Email:
Email: momenbara@gmail.com hi@usahawanborong.com
Website: www.usahawanborong.com
3

RINGKASAN EKSEKUTIF

Nama Seminar Seminar Keusahawanan: Usahawan Borong ke Guangzhou


Anjuran Momentum Kembara Sdn Bhd dan Perdasama Putrajaya
Objektif Seminar • Memberi pendedahan dan pandangan baru mengenai selok belok cara
usahawan mendapatkan barangan untuk dijual melalui pasaraya atau kilang di
Guangzhou.

• Melatih usahawan perdasama berfikir secara global dan memiliki kemahiran


berniaga dengan cara bijak dan tersusun.

• Memberi tunjuk ajar langkah yang selamat dan proses memborong dari luar
negara khususnya Guangzhou, China.

• Berkongsi pengalaman perniagaan, kisah usahawan sebelum-sebelum ini dan


memberi idea untuk usahawan melihat trend terbaru pasaran niaga.
• Memberi nasihat niaga dan contoh perniagaan masa kini yang boleh diterokai.

Sasaran Peserta • Usahawan Perdasama atau usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan

Tempoh Seminar Tempoh masa cadangan:


• 4 jam

Penceramah • Encik Anas Muhammad Marwan Fattal @ Ma Mai Yi


Usahawan Muda dari Taiwan
4

TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak tuan/puan agar dapat
memberikan kami (Momentum Kembara Sdn Bhd) peluang untuk mengadakan Seminar Keusahawanan:
Usahawan Borong ke Guangzhou di bawah anjuran bersama dari pihak tuan/puan dan Momentum Kembara
Sdn Bhd.

Seminar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan sewajarnya bagaimana cara untuk membeli barang
secara pukal dari China dan proses penghantaran dijalankan. Kami juga akan mengupas dengan lebih lanjut
tentang risiko dan kelebihan memborong di China. Dengan ini kami ingin meminta kerjasama dari pihak
tuan/puan sekiranya dapat mengumpulkan usahawan yang berminat untuk berkongsi dan melalui
pengalaman berharga ini.

Dengan kerjasama ini juga dapat membangunkan usahawan dibawah naungan pihak tuan/puan dan kami
akan menjadi penasihat mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada. Pihak Kami juga ada
menyediakan pakej kepada usahawan yang berminat untuk mendapatkan pengalaman sebenar memborong di
China melalui trip perniagaan usahawan ke Guangzhou selama 4 hari 3 malam. (Rujuk butiran trip
perniagaan usahawan ke Guangzhou)

Diharap pihak tuan/puan dapat memberikan kerjasama dan peluang kepada kami untuk bersama-sama
menjayakan program ini.
5

PENGENALAN
Creativity Trade Co. Ltd. telah ditubuhkan pada tahun 2000 di Yiwu. Syarikat ini adalah sebuah syarikat
perniagaan eksport barangan China ke Timur Tengah dan Asia. Syarikat ini juga menjalankan perkhidmatan
seminar keusahawanan secara praktikal dan berpengalaman melebihi 15 tahun dalam bidang eksport serta
menyediakan perkhidmatan konsultan kepada usahawan-usahawan yang ingin mengimport barang dari
China.
Creativity Trade Co. Ltd. juga telah menganjurkan kursus berkaitan dengan pemborongan dari China yang
dismabut baik oleh usahawan-usawahan dari Malaysia.
Dengan adanya program seperti ini, syarikat ini berharap para usahawan dapat menyelami bidang
keusahawanan ini dengan lebih mendalam.

OBJEKTIF
Objektif seminar ini adalah untuk:

1. Memberi pengetahuan kepada usahawan Perdasama tentang selok belok cara perniagaan di Guangzhou
Kami memberikan perkhidmatan yang sempurna dan lengkap untuk setiap rombongan yang kami jayakan
seperti memberi pendedahan kepada usahawan mengenai cara perniagaan yang dijalankan oleh peniaga
atau pemborong di Guangzhou.

2. Memberi idea perniagaan yang bernas dan membentuk usahawan Perdasama yang berdaya maju

Kami memberikan nasihat dan idea tentang perniagaan apa yang harus mereka ceburi dengan modal yang
mereka ada dan sejajar dengan permintaan pasaran semasa supaya usahawan-usahawan yang mengikut
rombongan kami pulang ke Malaysia menjadi seorang usahawan yang berjaya.

3. Melahirkan usahawan Perdasama yang berdikari dan mampu meneroka sendiri ke China untuk
memborong Kami memberikan tunjuk ajar sepanjang mereka disana supaya mereka dapat memborong
dengan sendiri pada masa akan datang tanpa mengikuti mana-mana agen.

4. Membawa usahawan Perdasama ke pusat pemborong secara terus tanpa orang tengah
Para usahawan akan diperkenalkan kepada pemborong atau pembekal di China yang menjual barangan
pada harga yang jauh lebih murah jika mereka mengambil dari orang tengah. Dengan cara ini, usahawan
dapat menggandakan keuntungan perniagaan mereka berlipat kali ganda.

SASARAN PESERTA
• Usahawan sedia ada di Perdasama atau usahawan yang hendak memulakan perniagaan.

• Anggaran peserta seramai sekurang-kurangnya 200 orang dan sehingga 300 orang.
6

TOPIK SEMINAR
Topik Pertama
• Menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang pengarah syarikat iaitu Encik Anas Muhammad
Marwan Fattal @ Ma Mai Yi beserta latar belakang syarikat
• Memberi pendedahan kepada usahawan mengenai penubuhan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
syarikat

Topik Kedua
• Memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada para usahawan kenapa negara China menjadi pilihan pemborong
seluruh dunia
• Penerangan tentang pemilihan hub memborong di Guangzhou
• Perkongsian gambar-gambar dan video untuk menggambarkan dunia realiti tempat memborong yang menjadi
pilihan usahawan di sekitar Guangzhou
• Pendedahan senarai nama hotel,restoran halal dan tempat menarik yang boleh dilawati
• Perkongsian pengalaman dan contoh perniagaan yang berjaya melalui sistem memborong ini
• Pendedahan secara menyeluruh mengenai sistem perniagaan di setiap bangunan memborong

Topik Ketiga
• Pendedahan rahsia keuntungan yang diperolehi jika melalui orang tengah di Malaysia atau memborong terus
daripada kilang dan pembekal di Guangzhou
• Pengiraan jumlah modal yang perlu dibawa ke Guangzhou
• Penerangan mengenai langkah-langkah pembelian barangan terus melalui kilang dan secara terus melalui pasaran
dalam jumlah yang kecil atau besar
• SLOT BONUS : TEKNIK MEMBORONG JIKA TIADA MODAL
• : BAGAIMANA CARA PENGHANTARAN DUIT KE CHINA
• : MODAL YANG PERLU DIBAWA KE CHINA DENGAN PULANGAN UNTUNG

Topik Keempat
• Penerangan barangan yang berisiko dan yang memerlukan lesen untuk dibawa masuk dari China ke Malaysia

• Menerangkan langkah-langkah penghantaran (shipping)


• Memahami pengiraan kos penghantaran (shipping) dari kilang ke stor seterusnya ke Malaysia
• SLOT BONUS : KOSTERSEMBUNYI SHIPPING

Topik Kelima & Keenam


• Memberi sebab mengapa perlu memilih kami sebagai konsultan untuk pergi ke China
• Menerangkan pakej yang ditawarkan oleh kami
• Memberi pendedahan persediaan yang perlu dilakukan sebelum ke China
• Berkongsi idea dengan para usahawan dalam perniagaan yang dijalankan
• Sesi soal jawab
7

RINGKASAN EKSEKUTIF

Seminar : Seminar Keusahawanan : Usahawan Borong Ke Guangzhou


Anjuran : Momentum Kembara Sdn Bhd & Perdasama Putrajaya
Objektif : Memberi pendedahan dan pandangan baru mengenai selok belok cara usahawan
Seminar Perdasama mendapatkan barangan untuk dijual melalui pusat borong atau kilang di
Guangzhou
Melatih usahawan berfikir secara global dan memiliki kemahiran berniaga secara bijak
dan tersusun
Memberi tunjuk ajar dan langkah yang selamat untuk memborong dari Guangzhou
Berkongsi pengalaman perniagaan dan memberi idea untuk usahawan memborong
barangan mengikut trend pasaran terkini
Tarikh : Akan Ditentukan Kemudian(TBC)
Tempat : Akan Ditentukan Kemudian(TBC)
Sasaran : 200-300 orang usahawan Perdasama
peserta
Tempoh : 4 jam
Seminar
Penceramah : Encik Anas Muhammad Marwan Fattal @ Ma Mai Yi ( Usahawan muda dari Taiwan)
8

PROFIL PENCERAMAH: Anas Fattal


Anas Muhammad Marwan Fattal @ Ma Mai Yi atau lebih dikenali
sebagai Anas dilahirkan di Taiwan pada 12hb Jun 1984. Beliau
mendapat pendidikan awal di Dubai dan telah meneruskan pelajaran
di Syria. Seterusnya, beliau berhijrah ke Malaysia. Selama 6 tahun
beliau menetap di Malaysia, beliau telah melanjutkan pelajaran di
RIMA College dalam jurusan Diploma Sains Komputer. Kemudian,
beliau berhijrah pula ke Mesir selama 1 tahun dan ke Kanada untuk
melanjutkan pelajaran selama 2 tahun di Unicom Institution of
Technology, Bachelor Degree Computer Science.

Apa yang menariknya tentang beliau ialah beliau fasih berbahasa Arab,
Melayu, Mandarin dan Inggeris. Pada seawal 16 tahun, beliau telah
belajar menguruskan syarikat ayahnya iaitu Sundus International
Trading. Sambil menyelami ilmu perniagaan dengan lebih mendalam
Anas Muhammad Marwan Fattal ayahnya telah menjadi agen eksport ke 60 negara seluruh dunia seperti
@ Ma Mai Yi
Pengarah Syarikat Dubai, Saudi Arabia, Malaysia, Algeria, Syria, Korea Selatan, Mesir,
Turki, Thailand dan Singapura.

Melalui pengalaman itu, beliau telah menyumbang tenaga dan idea


dalam pembangunan dan operasi Syarikat Creativity Trade. Beliau
yang memegang prinsip bahawa setiap usahawan perlu berani
bertindak dan mencari pengalaman sendiri, telah menggalakkan
usahawan-usahawan di Malaysia untuk memborong terus di China.
Beliau merasakan dengan cara ini, usahawan-usahawan di Malaysia
terutamanya perniagaan usahawan Melayu dapat berkembang dan
berdaya saing.

Kini beliau telah mengendalikan “Seminar Memborong ke China”,


untuk membuka jalan kepada kita secara bersama. Sehingga kini, beliau
telah membawa lebih dari 1000 orang pemborong dan sebanyak 65%
yang berjaya mengembangkan perniagaan.
9

LAMPIRAN: Jawatankuasa Eksekutif

PENGANJUR
Perdasama Putrajaya

EVENT ORGANISER
Momentum Kembara Sdn Bhd
dengan kolaborasi
Creativity Trade Co. Ltd.

PENCERAMAH JEMPUTAN
Anas Muhammad Marwan Fattal
@ Ma Mai Yi

EKSEKUTIF PEMASARAN
(CHINA)
Ella Li Shu Fang

EKSEKUTIF PEMASARAN
(MALAYSIA)
Mohd Redza Bin Ab Malek
10

LAMPIRAN: Pakej Trip Perniagaan Usahawan ke Guangzhou


Trip perniagaan usahawan ke Guangzhou merangkumi:
• Guangzhou, China (4 hari 3 malam).
• Tiket penerbangan (pergi-balik).
• Makan dan minum (sarapan, tengahari, malam) pada setiap hari didalam pakej.
• Hotel selesa sehingga bertaraf 4 bintang.
• Pengangkutan semasa di sana, sama ada bas atau van.
• Keselamatan anda disana dilindungi Insurans AXA.
• Pemandu pelancong warganegara Malaysia (Boleh bertutur Bahasa Malaysia dan Mandarin)
• VISA (single entry)
• Simcard China.
• Melawat tempat-tempat yang menarik
• Seminar ringkas secara PERCUMA untuk para pemborong yang ingin mengetahui secara lebih lanjut
mengenai trip kami.

PENUTUP

Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan lancar supaya objektif yang dirancang berjaya tercapai.
Semoga dengan terlaksananya program ini dapat melahirkan para usahawan Perdasama yang berjaya dan
berinovasi tinggi, Insya-Allah.

Anda mungkin juga menyukai