Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Kisah-kisah teladan yang berlatar belakangkan haiwan seperti Sang Kancil membentuk subgenre
popular dongeng di kalangan masyarakat Melayu. Kisah-kisah ini sangat menonjol dalam budaya
masyarakat Melayu dan dinikmati bukan sahaja di kalangan kanak-kanak malah juga orang dewasa.
Sang Kancil atau Kancil dengan nama saintifiknya adalah Tragulus javatticus adalah species yang paling
kecil dalam famili Tragulidae dengan berat sebanyak dua kilogram dan panjang hanya sekitar 45
sentimeter. Ia juga dikenal sebagai Pelanduk dalam kebanyakan masyarakat di Malaysia dan Indonesia
dan suka tinggal di hutan yang berbatu batan di Asia Tenggara. Kajian menyeluruh mengenai hikayat
Sang Kancil adalah penting bagi memastikan kesinambungan kisah ini ke generasi akan datang agar ia
tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Oleh itu, karangan ini adalah bertujuan untuk
membincangkan beberapa perkara tentang hikayat Sang Kancil yang meliputi (1) gambaran keseluruhan
kisah Sang Kancil berdasarkan sejarah, genre dan unsur-unsur sastera, (2) Membincangkan imej Sang
Kancil yang digambarkan dalam cerita. (3) Membincangkan fungsi cerita Sang Kancil dalam budaya
Melayu dan saranan aktiviti yang dapat meningkatkan minat kanak-kanak terhadap cerita Sang Kancil.

Anda mungkin juga menyukai