Guru dan ibubapa boleh membantu murid-murid yang mengalami gangguan emosi dengan membantu
mereka menguruskan emosinya secara berpatutan, kebijaksanaan dan menggunakan kecerdasan
emosinya. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah Guru boleh menggunakan
modifikasi tingkah laku
yang bersesuaian. Peneguhan positif diberikan kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang
diingini manakala hukuman dikenakan perlulah adil dan bersesuaian. Dalam hal ini, ibu bapa yang
arif dan berpengalaman dalam banyak perkara perlulah menjadi mentor iaitu pembimbing atau
penasihat serta jurulatih kepada anak-anak mereka pada setiap peringkat umur dan keadaan. Mereka
iaitu ibu bapa bolehlah menggunakan peristiwa-peristiwa emosi dalam kehidupan anak-anak seperti
marah, suka, duka, geram, irihati, takut, murung dan sebagainya dengan menjelas dan menyatakan
bahawa emosi-emosi sedemikian merupakan situasi yang normal. Tetapi ia perlu diseimbangkan
mengikut kesesuaian dan tidak menjejaskan diri dan individu yang lainnya.
Guru juga perlu bersikap
kepimpinan demokratik
terutama sama ada di luar kelas atau di dalam proses pengajaran pembelajaran. Sikap kepimpinan
demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid
berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan dan mendorong murid berinteraksi di antara satu
sama lain selain aktif melibatkan diri dalam kumpulan.
Kerjasama daripada ibu bapa
juga perlu diperolehi. Ibu bapa perlu diberi maklumat tentang masalah yang dihadapi anak-anak
mereka dan berusaha mencari jalan penyelesaian bersama melalui perbincangan dan pemerhatian
bersama guru dari semasa ke semasa. Selain itu, murid juga boleh dibantu dengan menggunakan
khidmat guru bimbingan dan kaunseling
di sekolah. Murid yang mempunyai masalah peribadi seperti penakut, dan pemalu perlu diberi
khidmat bimbingan daripada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang berkelayakan untuk
mengatasi masalah gangguan emosi. Manakala pihak sekolah juga boleh membantu dengan
menganjurkan
Program Bimbingan Kerjaya
. Program ini bertujuan mebantu mereka memahami bakat dan kelebihan yang ada pada diri dan
seterusnya dapat menanam keyakinan terhadap keupayaan diri sendiri. Dengan itu, murid akan
meningkatkan konsep kendiri yang lebih sensitif. Seterusnya,murid hendaklah didedahkan dengan
teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi
. Menurut Mayer dan Salovey pula, kecerdasan emosi adalah sejenis kecerdasan sosial yang
melibatkan kebolehan untuk mengawasi diri sendiri dan juga orang lain serta boleh membezakan diri
dengan orang lain. Ia juga menggunakan maklumat untuk membimbing ke arah satu pemikiran dan
juga tindakan. Individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu
yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk mencapai
matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalinkan persahabatan dengan
orang lain. Sementara individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang rendah pula akan
bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya dan mempunyai matlamat hidup yang
kurang jelas. Selain itu juga, individu tersebut kurang mahir mengurus perasaan negatif serta kurang
mahir dalam menjalinkan persahabatan dengan orang lain.
Murid-murid perlu diberi tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-masing. Selain itu,
guru perlu mahir dalam kawalan
bilik darjah
. Peraturan-peraturan perlu dijelaskan kepada murid. Guru perlu memastikan murid memahami serta
bersetuju dengan peraturan yang disediakan. Peraturan pula mestilah bersesuaian dengan peringkat
umur dan kumpulan murid. Murid juga perlu diberikan
peluang untuk mengenal pasti kesalahan tingkah laku
yang tidak diingini. Setelah mengenalpasti masalah sendiri, murid hendaklah diberi ruang untuk
menyelesaikan masalah mereka sama ada melalui perbincangn bersama guru atau diberi masa untuk
berubah. Guru dan pihak sekolah perlu berusaha untuk menyediakan bilik darjah yang kondusif
kepada murid-murid di dalam kelas. Salah satunya ialah susunan kedudukan murid di dalam kelas
iaitu dari komponen fizikal. Komponen fizikal meliputi semua keadaan fizikal seperti fizikal bilik
darjah, bahan-bahan pelajaran, kemudahan dalam alam persekitaran (Mok Soon Sang, 2008). Bilik
darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti pelajar (Azizi Jaafar, 2009). Bagi
menggalakkan pemikiran kreatif, suasana bilik darjah yang selesa perlu disediakan. Oleh itu, terdapat
berbagai-bagai cara penyusunan bilik darjah yang akan mencerminkan gaya pengajaran kita sebagai
guru. Antara cara penyusunan bilik darjah menurut Choong (2008) ialah Gaya Auditorium iaitu gaya
penyusunan tradisional di mana murid-murid duduk menghadap guru. Selain itu, Gaya Bersemuka
iaitu gaya murid-murid duduk menghadap satu sama lain di dalam kumpulan seramai enam atau lapan
orang. Manakala Gaya Off-Set memerlukan tiga atau empat orang murid-murid duduk pada meja
tetapi tidak menghadap sesama mereka. Murid juga boleh disusun mengikut Gaya Seminar iaitu
kumpulan murid-murid yang terdiri daripada 10 atau lebih orang duduk dalam bulatan, segiempat
sama atau berbentuk-U. Seterusnya Gaya Kluster yang terdiri daripada 4 hingga 8 orang murid duduk
dalam kumpulan yang dekat dan rapat
Menurut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait rapat dengan gangguan
emosi dalam kalangan murid, antaranya ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam
keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru, dan lain-lain lagi.