Anda di halaman 1dari 8

Soalan Objektif : Kata Ganda

Berentak
Latihan Berformat UPSR ini bertujuan untuk
meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid
dalam soalan kata ganda berentak.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang


_________ itu.
A bengkang-bengkok C batu-batan
B kacau-bilau D haru-hiru

2 Kaki Bali _______ oleh kesan cakaran kucing


peliharaannya.
A punah-ranah C robak-rabik
B lekuk-kekak D calar-balar

3 Badan saya terasa _______ setelah mandi air perigi


yang sejuk itu.
A tawar-hambar C kusut-masai
B comot-momot D segar-bugar

4 Encik Lokman mengawasi anak-anaknya yang sedang


asyik ________ di pantai itu.
A mandi-manda C riuh-rendah
B mundar-mandir D kacau-bilau

5 Sifat ________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah


menyenangkan hati para tetamu.
A remeh-temeh C kelam-kabut
B ramah-tamah D keluh-kesah

6 Rambut Wenday _______ setelah bangun daripada


tidur.
A compang-camping C robak-rabik
B kusut-masai D huru-hara

7 Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____


terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.
A porak-peranda C lambat-laun
B remeh-temeh D serta-merta

8 Pak Dolah tahu ______ tentang isu politik negara


walaupun dia tinggal di kawasan pedalaman.
A lenggak-lenggok C serba-serbi
B simpang-siur D hiruk-pikuk

9 Musim kemarau telah menyebabkan kawasan tadahan


air itu _______.
A gembar-gembur C serba-serbi
B gundah-gulana D remuk-redam

10 Rumah Nenek Zaharah _______ dengan suara cucu-


cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.
A tunggang-langgang C riuh-rendah
B punah-ranah D calar-balar

11 Rendang itu sangat sedap kerana dimasak


menggunakan _____ yang istimewa.
A rempah-ratus C lauk-pauk
B sayur-mayur D saki-baki

12 Majlis itu dihadiri oleh semua rakan daan _____


terdekat Puan Dalila.
A saudara-mara C corat-coret
B limpah-ruah D kuih-muih

13 Keadaan ______ di Mesir menyebabkan semua pelajar


Malaysia yang menuntut di sana pulang ke tanah air.
A tunggang-langgang C riuh-rendah
B kacau-bilau D hiruk-pikuk

14 Hati Mei Ling _______ apabila mendapati komputer


ribanya hilang.
A compang-camping C remuk-rendam
B porak-peranda D kusut-masai

15 _______ ayng terhidang di atas meja itu sungguh


menyelerakan.
A Rempah-ratus C Lauk-pauk
B Batu-batan D Saki-baki

16 Mulut pelakon itu ______ menghafal skrip sebelum


penggambaran dijalankan.
A comot-momot C simpang-siur
B kumat-kamit D kusut-masai

17 Lori yang ________ di kawasan perumahan saya telah


mengakibatkan kerosakan jalan yang teruk.
A bengkang-bengkok C simpang-siur
B mundar-mandir D lalu-lalang
18 Halina bukan sahaja pandai menjahit malah mahir
membuat _______ tradisional.
A rempah-ratus C sayur-mayur
B tanah-tanih D kuih-muih

19 Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Harun dan


Puan Tina akan dilakukan secara ______.
A gotong-royong C riuh-rendah
B lintang-pukang D hiruk-pikuk

20 Rumah saya menjadi _________ apabila bekalan


elektrik terputus secara tiba-tiba.
A terang-benderang C kacau-bilau
B gelap-gelita D hiruk-pikuk

21 Puan Salina memerhati dua orang anaknya yang


sedang bermain ________.
A jongkang-jongket C riuh-rendah
B tanah-tanih D sorak-sorai

22 Pokok padi itu ________apabila ditiup angin.


A bengkang-bengkok C simpang-siur
B lenggak-lenggok D liang-liuk

23 Nasi itu _______ kerana api dapur terlalu besar.


A hangit-pengit C gelap-gelita
B hancur-lebur D haru-biru
24 Penjaja tanpa lesen itu lari _______ apabila diserbu
oleh pihak berkuasa.
A lintang-pukang C kucar-kacir
B simpang-siur D huru-hara

25 _________ para penyokong menaikkan lagi semangat


pemain-pemain bola sepak untuk menjaringkan gol.
A Sorak-sorai C Riuh-rendah
B Hiruk-pikuk D Jerah-jerih

26 Jason berasa curiga melihat seorang pemuda yang


berjalan ________ di hadapan rumah jirannya.
A lenggang-lenggok C mundar-mandir
B lintang-pukang D simpang-siur

27 Anita tidak _______ menceritakan rahsia peribadinya


kepada Jessica.
A selang-seli C lambat-laun
B segan-silu D teka-teki

28 Kamil mempelajari _______ perniagaan daripada


ayahnya yang lebih berpengalaman.
A lenggak-lenggok C serba-serbi
B lintang-pukang D selok-belok

29 Sesiapa yang dapat menjawab ________ itu akan


diberi hadiah oleh Cikgu Rahman.
A lekak-lekuk C selang-seli
B kotak-katik D teka-teki

30 Cikgu Nadia menegur pakaian Anand yang ________.


A lintang-pukang C punah-ranah
B serbah-serbih D kusut-masai
31 Keadaan di dalam kedai runcit itu ________ setelah
dimasuki pencuri pada malam tadi.
A tunggang-langgang C riuh-rendah
B kelam-kabut D hiruk-pikuk

32 Dalam keadaan _________, Rajesh terlupa untuk


memakai stoking semasa ke sekolah.
A tunggang-langgang C kelam-kabut
B lintang-pukang D kacau-bilau

33 Khemah itu akan disewa oleh penduduk kampung


setiap kali ________ diadakan.
A kenduri-kendara C sorak-sorai
B kering-kontang D beli-belah

34 “Ketumbuhan ini jika dibiarkan _________ akan


menjadi kanser,” kata Doktor Idayu kepada pesakitnya.
A umbang-ambing C keluh-kesah
B lambat-laun D dolak-dalih

35 Keadaan menjadi semakin _______ apabila penunjuk


perasan merusuh di tempat-tempat awam.
A tunggang-langgang C riuh-rendah
B lintang-pukang D huru-hara

36 Bintang yang berkerdipan pada waktu malam


menjadikan langit _______.
A terang-benderang C warna-warni
B senang-lenang D gelap-gelita

37 Salah satu tanda keracunan makanan ialah pesakit


akan mengalami ________.
A kusut-masai C huru-hara
B calar-balar D cirit-birit

38 Pendatang tanpa izin itu menyamar sebagai


pengemis dengan pakaian _________.
A tanggang-langgang C warna-warni
B compang-camping D kusut-masai

39 Bunyi jantungnya _________ sewaktu hendak


mengambil keputusan peperiksaan itu.
A lentang-lentung C riuh-rendah
B degap-degup D liang-liuk

40 Walaupun usahawan itu _______ namun dia tidak


sombong.
A kelam-kabut C kaya-raya
B kucar-kacir D hina-dina

Jawapan
1A
2D
3D
4A
5B
6B
7D
8C
9C
10C
11A
12A
13B
14C
15C
16B
17D
18D
19A
20B
21A
22D
23A
24A
25A
26C
27B
28D
29D
30B
31A
32C
33A
34B
35D
36A
37D
38B
39B
40C
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Anda mungkin juga menyukai