Anda di halaman 1dari 1

KISAH-KISAH KEAJAIBAN PENCIPTAAN ALLAH BERPANDUKAN AL-QURAN

‘WANITA SOLEHAH BERSAMA ULAR DAN JIN’

Kesunyian yang mencengkam seluruh ruang rumah seakan-akan tiada penghujung. Amrah
binti Abdul Rahman iaitu seorang wanita solehah sedang menanti detik ajalnya.

Bapa Amrah mendekatkan mulut ke telinga anaknya itu seraya membacakan kalimah
syahadah.

Sepasang bibir Amrah pun bergerak membaca kalimah itu. Kesedihan tiba ke kemuncak
apabila badan Amrah kaku dan matanya pula terpejam rapat.

Serentak itu, kedengaran suara keras dan menggerunkan. Tiba-tiba, seekor ular sebesar
batang pokok kurma jatuh dari bumbung rumah.

Ular itu berlingkar di tepi Amrahyang sedang terbujur kaku. Baru sahaja ular itu mahu
bergerak, tiba-tiba sehelai kertas putih jatuh di hadapan ular itu. Tercatat di kertas
itu:

"Bismillahirrahmamanirrahim. Dari yang menguasai Akib kepada Akib (Akib adalah istilah
untuk bahasa jin). Tiada hak untukmu menggangubanak-anak orang soleh."

Sebaik-baik sahaja membaca tulisan itu, ular tersebut terus hilang entah ke mana. Para
tetamu bagai terpukau menyaksikan kejadian aneh itu.

Anda mungkin juga menyukai