Anda di halaman 1dari 15

Ulam Raja

Nama Saintifik Cosmos Caudatus


Nama Lain King Salad, Intan Berayun
Famili Asteraceae

Kegunaan dan Khasiat

Memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah dari bahan toksid. Ia


juga dikatakan dapat menguatkan tulang.

Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide,


stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat terencatkan
aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan
Bacillus subtilis dan juga E.choli.
Kacip Fatimah
Nama Saintifik Labisia Pumila
Nama Lain Mata Pelanduk hutan
Famili Myrsinaceae

Lokasi dijumpai Malaysia, Thailand, Indochina

Kegunaan dan Khasiat

Mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan


kecergasan selepas bersalin.

Membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.


Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan
dan kitaran haid wanita.

Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.


Boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile)
Merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), Gonorrhea.
Tongkat Ali
Nama Saintifik Eurycoma longifolia Jack
Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit,
payung Ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang,
Nama Lain tongkat rasul, setunjang bumi dan pasak bumi.
Famili Simaroubaceae

Kegunaan dan Khasiat

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks


(aphrodisiac). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat
beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya,
termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak,
kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal,
antiamebik, antimalaria dan antiradang.

Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah;


eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids)
yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci
mengenai hal ini sedang diselidiki. Penyelidikan menunjukkan
bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali
boleh meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan
untuk fungsi kelelakian).
Mas Cotek
Nama Saintifik Ficus Deltoidea

Nama Lain Sempit-sempit, Tabat barito, Mistletoe� fig, dan Kangkalibang


Famili Moraceae

Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna


emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan
ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih
daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea.

Kegunaan dan Khasiat

Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia


pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat
pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.

Antara khasiat dan kegunaannya ialah untuk mengecutkan rahim,


merawat masalah wanita, mengekal awet muda. Boleh mencegah dan
menyembuhkan penyakit paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi,
lemah jantung, cirit-birit, melancar peredaran darah , gout dan rawatan
sakit kulit, migraine, angina akhmar, memotong kolesterol.
Gandarusa
Nama Saintifik Justicia Gendarussa Linn
Nama Lain Daun Rusa(Melayu), Gendarussa(English
Famili Acanthaceae

Kegunaan dan Khasiat:

Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah,


rheumatik dan bisul. Cara penggunaannya , untuk tulang patah daunnya
yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk
ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada
kedudukannya yang betul.

Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih


dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api
hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh
digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot
muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit
kepala, mata dan telinga.
Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.
Kucing Galak
Nama Saintifik Acalypha Indica
Nama Lain Indian Copperleaf,India Acalypha
Famili Euphorbiaceae

Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar

Kegunaan dan khasiat:

Digunakan dengan meluas dalam perubatan haemopati. Dalam perubatan


tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah
yang mennyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia
juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin
Penyakit yang di ubati

1. Disentri
2. Batuk
3. Muntah Darah
4. Pendarahan & Luka Luar
5. Asma
6. Bronkitis
7. Menambahkan Tenaga Batin.
Cekur
Nama Saintifik Kaempferia galanga Kaempferia
Nama Lain Indian Copperleaf,India Acalypha
Famili Zingiberaceae

Kegunaan dan Khasiat

Meransang selera
Membuang angin
Ibu bersalin melancarkan buang air
Menghilangkan gatal tekak
Mengurangkan bengkak
Kapal terbang
Nama Saintifik Eupatorium odoratum Linn
Pokok Jepun, Pokok Jerman, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush
Nama Lain dan Baby Tea
Famili Asteraceae

Tumbuhan ini menutupi padang ragut dan kawasan lapang. Tumbuhan ini hidup di dalam pelbagai
jenis tanah, walaupun tanah berbatu, tetapi tiak dapat hidup di dalam kawasan pokok tebal di mana
kanopinya tertutup sepenuhnya. Kadang kala, pokok ini boleh memanjat, hingga ketinggian 4.5
hingga 6.0 meter (Bennett and Rao, 1968).

Sifat Asal Pokok Kapalterbang

Keseluruhan pokok ini beracun dan boleh memudaratkan. Bahan aktif keracunan adalah Alkaloid
pyrolizidin berserta dengan bahan-bahan pinen, cubebene, dan Angeloylretroneecine, intermedine,
riderine dan acetylrinderine.

Kesan Keracunan boleh menyebabkan kerosakan pada hati terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Keracunan ini boleh dipindahkan daripada ibu kepada anak dalam kandungan melalui uri. Sintom
keracunan dapat dikesan setelah beberapa hari dan biasanya dikesan dengan kejadian sakit perut
yang kuat, muntah-muntah dan bengkak hati.

Kegunaan dan Khasiat

Dari segi perubatan tradisional daun dan bunganya boleh dijadikan ubat penahan darah. Ianya
mesti digunakan secara luaran sahaja.� Boleh juga digunakan sebagai racun serangga.
Rujukan: http://naturecures.forestexplorers.com/pokokkapalterbang.shtml
Senduduk Putih
Nama Saintifik Melastoma malabathricum
Nama Lain Senduduk Putih
Famili Melastomaceae

Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun


terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah
tinggi seperti Cameron Highland. Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun
yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras. Daunnya mempunyai lebar sekira
2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm.

Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai
walaupun tumbuh liar disesetengah tempat. Ia mudah membiak jika menggunakan biji
benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan
rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya.

Kegunaan dan khasiat

Dari segi perubatan tradisional, senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai
nilai perubatan yang tinggi. Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat
mengubati batuk yang lama.

Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan


(lambat boleh bercakap). Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur
dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.

Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk
putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air

Pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau. Daun senduduk
boleh digunakan untuk menghilangkan parut.
Gelenggang Besar
Nama Saintifik Cassia alata Linn
Nama Lain Gelenggang Besar
Famili Leguminosae
Gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir
jalan dan belukar.Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25
kaki.Ia mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh
penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang.Daunnya
berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri,daunya akan tertutup
pada waktu malam.Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang
dan bijinya kecil berbentuk bulat.
Kegunaan dan khasiat

Tumbuhan Cassia alata Linn ini boleh mengubati penyakit kulit seperti
kurap, kudis dan panau dengan kaedah mengikis permukaan kulit yang
dijangkiti. Kemudiannya ramas daunnya bersama minyak tanah dan
kapur, lalu digosok pada bahagian yang terkena jangkitan.

Manakala daunnya juga boleh dimakan sebagai ulam bagi merawat


sembleit dan digunakan bagi membalut tungku bagi kegunaan selepas
wanita bersalin. Tumbuhan ini juga didapati mujarab untuk merawat
sembelit, penyakit cacacing serta ulser mulut (seriawan mulut)
Kajian sanitifik mendapati ia mengandungi chrysophanol, emodin, allo-
emodin, tannin dan rhein yang bersifat antifungal.
**Amaran, perempuan mengandung, menyusukan akan dan kanak-
kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini.
Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser
perut juga dicegah dari menggunakannya. Pengambilan daunnya
yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan
terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.
Patawali
Nama Saintifik Tinospora crispa(miers)
Nama Lain Akar seruntun, brotowali, batang wali
Famili Menispermaceae

Ianya adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar. Ianya
banyak terdapat menjalar dipagar-pagar dan dikawasan rumah lama yang agak terbiar. Seluruh
tumbuhan ini mempunyai rasa yang amat pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk
memudahkan bayi bercerai susu. Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi.
Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional.
Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai 6 mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian
akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda.
Kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakal akarnya mengandungi berberin dan
kolumbin.

Kegunaan dan Khasiat

Dari segi perubatan, batangnya yang berkerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat.
Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinngi, kencing manis
dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.

Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus
batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan
darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka.

Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis
bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam
malaria.

Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera
makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan(mengubat demam).

Malah di Filipina tonik ini digunakan untuk mengubat sakit jiwa atau tekanan mental. Air rebusan ini
juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal(boleh dicampur dalam minyak urut). Air
rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit
belerang. Daunnya digunakan untuk mengubat penyakit siflis.
Kadok
Nama Saintifik Piper sarmentosum
Nama Lain Sireh duduk
Famili piperaceae

Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan
melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk
sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicicah dengan sambal belacan. Ia mudah
ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup
liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat
dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun
rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim
panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau
di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan
batang.

Kegunaan dan Khasiat:

Merawat penyakit sembelit,sakit gigi,sakit malaria, cacing, lemah dan sakit dalam
tulang, batuk dan panau.

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya
pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya.
Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit
pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh
dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau tersebut.
Bangun-bangun
Nama Saintifik Solenostemon amboinicus
Nama Lain Ati-ati hijau, allspice
Famili Labiatae

Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa


ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan. Pucuk
mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan
ramuan untuk nasi ulam. Bangun-bangun senang membiak melalui
keratan batang dan daun. Medium pilihan ialah tanah gembur yang
mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya
matahari.

Kegunaan dan Khasiat:

Bangun-bangun terkenal dalam perubatan Melayu dan Cina terutamanya


untuk menjadi penawar kepada batuk, mual-mual , sakit kepala dan
masalah pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh
dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum.
Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis. Daun
nya yang dilumatkan dapat menjadi penawar gigitan serangga bisa dan
kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi
seperti pes pada bahagian yang terlibat.
Letup-letup
Nama Saintifik Physalis minima
Nama Lain Wild capegooseberry
Famili Solanaceae

Di Malaysia terdapat banyak jenis pokok yang dipanggil dengan nama vernakular letup-letup.
Nama panggilan ini berdasarkan sifat buah pokok-pokok ini yang akan meletup apabila matang
dan melepaskan bijinya kepersekitaran untuk pembiakan. Salah satu pokok yang dipanggil letup-
letup ini ialah physalis minima yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan-kawasan pertanian atau
kawasan tanah terbiar.

Ia tergolong dalam kategori rumpai. Ia selalunya tumbuh dikawasan bertanah poros(berpasir)


yang kaya dengan bahan organik. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba kecil dengan ketinggian
mencapai hingga 1.5 meter.

Tumbuhan ini mempunyai bau yang kuat. Daunnya berbentuk oval dan lembut. Baunya kuat.
Buahnya berbentuk beri dan tersimpan dalam kaliks yang mempunyai sepuluh kedutan dan
tercantum diatasnya. Apabila masak, buahnya akan berwarna kuning terang dan kaliks
disekelilingnya akan terbuka dan menjadi kering. Buahnya yang masak mengandungi jus yang
kaya dengan vitamin C dan boleh dimakan serta dijadikan jem.

Kegunaan dan Khasiat:


Pokok ini digunakan dalam perubatan sebagai ubat untuk
*pening
*sakit pinggang
*kanser .
Buahnya yang muda boleh dijadikan ulam. Buahnya yang masak dan dijadikanjus boleh
digunakan untuk merawat sakit kerongkong.

Anda mungkin juga menyukai