Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Obesiti merupakan satu keadaan dimana seseorang itu mempunyai berat badan
yang berlebihan dan tidak terkawal. Obesiti meningkatkan risiko untuk seseorang
mendapat penyakit kronik. Secara amnya, obesiti terjadi disebabkan oleh
pengumpulan lemak berlebihan di pelbagai bahagian tubuh seseorang sehingga
mengakibatkan pertambahan berat tubuh yang tidak normal. Tidak semua orang
yang obes makan lebih banyak daripada jumlah yang dimakan oleh individu yang
berat tubuhnya normal, tetapi yang pastinya ialah orang obes makan lebih
banyak daripada apa yang diperlukan oleh tubuhnya. Menyedari kesan daripada
obesiti panitia pendidikan Jasmani dan kesihatan Sk. Bukit Teh telah merancang
satu program pencegahan obesiti yang meliputi siri ceramah, mini pameran dan
demontrasi menyediakan sarapan (sandwish) yang sihat.

OBJEKTIF

Meningkatkan pengetahuan peserta mengenai kepentingan dan faedah


mengamalkan pemakanan sihat dan cegah obesiti.

SASARAN

Murid tahun 4 dan 5 Sk Bukit Teh.

AKTIVITI

1. Saringan BMI

2. Ceramah permakanan sihat

3. Pameran Pemakanan

4. Edaran panduan Pemakanan Kanak-kanak


JAWATANKUASA PELAKSANAAN

PENGERUSI : Tuan Haji Hashim Bin Abdullah

NAIB PENGERUSI : Pn. Siti Aishah Bt Mat Desa

SETIAUSAHA : En. Khairil Anwar Bin Muktar ( k/p PJ/PK )

BENDAHARI : Pn Rosnani Bt. Ishak

PENYELARAS MAJLIS : En. Khairil Anwar Bin Muktar

AJK PENGELOLA :

Siaraya : En. Rizal Bin Ghazali

Tempat : En. Nazri Bin Ahmad

Jamuan : Pn Noor Fizah Bt Zainon

Pameran : Pn Rosniza Bt Mat Saad

Kawalan murid : En Hakimi Bin. Razak

Dokumentasi : Pn Erni Juliana Bt. Hussin

BAJET

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1. Bayaran penceramah RM 120 (1jam)
2. Jamuan jemputan RM 50
3 Bahan edaran RM 50
JUMLAH RM 220

Aturcara Majlis
8.45 – 9.45 pagi :Demontrasi menyediakan sarapan pagi yang sihat
(sandwish)

9.45 – 10.05 pagi : Rehat (minum pagi)

10.05 – 11.05 pagi : Ceramah cegah obesiti.

11.05 – 11.35 tgh : lawatan mini pameran.

11.35 : Bersurai

PENUTUP

Program cegah obesiti merupakan program tahunan panitia pendidikan jasmani


dan kesihatan yang telah dirangka supaya matlamat dan objektif program dapat
dicapai. Ia turut membawa misi panita pendidikan jasmani dan kesihatan bagi
merealisasikan pengetahuan berkaitan pemakanan yang seimbang dan sihat
bagi menjamin hidup yang sihat sepanjang hayat. Jestru itu pihak panitia amat
berharap agar program ini mendapat kelulusan dari pihak pentadbir.

Disediakan oleh

_________________

En Khairil Anwar Bin Muktar

S/U Program Pencegahan Obesiti Sk. Bukit Teh

Anda mungkin juga menyukai