Anda di halaman 1dari 3

Minggu Seni “Saya Berbakat” 2017

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR ISMAIL JAYA


KERTAS KERJA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
MINGGU PANITIA SENI 2017

1. TAJUK
Minggu Seni “ Saya Berbakat”

2. PENDAHULUAN
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya. Pendidikan
Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi
visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan
reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka
menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia
membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali
cita rasanya sendiri. Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti
ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat
penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh
koordinasi pancaindera secara seimbang.

3. OBJEKTIF

3.1 mengetahui bahawa seni merupakan salah satu cabang


keusahawanan.
3.2 melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis,
kreatif dan menyeronokkan
3.3 menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
3.4 mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni
visual.
3.5 memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan
bertanggungjawab,
3.6 menarik minat murid dalam bidang keusahawanan

4. PELAKSANAAN

Tarikh : 13 – 17 November 2017


Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : waktu pendidikan seni
Tempat : Kelas masing-masing

5. AJK PELAKSANA
Penasihat : Puan Hjh Maah bt Rosdin (Guru Besar)

Panitia Pendidikan Seni Visual 2107 1


Minggu Seni “Saya Berbakat” 2017

Pengerusi : Encik Azhar bin Ahmad


Penyelaras : Pn Nor Azlinda binti Abdul Azid
Setiausaha : Pn Hjh Noraziziah bt Abd Raffar
Hadiah : Pn Hjh Zuriwati binti Mohamad
Peralatan : Semua guru PSV

6. SASARAN
Semua murid Tahun 1 hingga 6

7. PELAKSANAAN / AKTIVITI
7.1 Pertandingan mewarna bagi murid Tahun 1
7.2 Pertandingan menghasilkan kolaj ikan bagi murid Tahun 2
7.3 Pertandingan menghasilkan kolaj lady bird bagi murid Tahun 3
7.4 Pertandingan menghasilkan corak mozek bagi murid Tahun 4
7.5 Pertandingan membuat corak montaj bagi murid Tahun 5
7.6 Pertandingan menghasilkan anyaman bagi murid Tahun 6

8. KEWANGAN
Sumber kewangan adalah dari akaun PCG sekolah
BI HADIAH KUANTITI RM
L

HADIAH INDIVIDU
1. Pertandingan mewarna Tahun 1
Tempat pertama – RM15 RM15 x 1 RM15.00
Tempat kedua – RM12 RM12 x 1 RM12.00
Tempat Ketiga – RM 10 RM 10 x 1 RM10.00
Sagu hati - RM 8 RM 8 x 7 RM56.00

JUMLAH RM93.00
2. Pertandingan kolaj ikan Tahun 2
Tempat pertama – RM15 RM15 x 1 RM15.00
Tempat kedua – RM12 RM12 x 1 RM12.00
Tempat Ketiga – RM 10 RM 10 x 1 RM10.00
Sagu hati - RM 8 RM 8 x 7 RM56.00
JUMLAH RM93.00
3. Pertandingan kolaj lady bird
Tahun 3 RM15 x 1 RM15.00
Tempat pertama – RM15 RM12 x 1 RM12.00
Tempat kedua – RM12 RM 10 x 1 RM10.00
Tempat Ketiga – RM 10 RM 8 x 7 RM56.00
Sagu hati - RM 8
JUMLAH RM93.00

Panitia Pendidikan Seni Visual 2107 2


Minggu Seni “Saya Berbakat” 2017

4. Pertandingan corak mozek


Tahun 4 RM15 x 1 RM15.00
Tempat pertama – RM15 RM12 x 1 RM12.00
Tempat kedua – RM12 RM 10 x 1 RM10.00
Tempat Ketiga – RM 10 RM 8 x 7 RM56.00
Sagu hati - RM 8
JUMLAH RM93.00

5. Pertandingan corak montaj


Tahun 5 RM15 x 1 RM15.00
Tempat pertama – RM15 RM12 x 1 RM12.00
Tempat kedua – RM12 RM 10 x 1 RM10.00
Tempat Ketiga – RM 10 RM 8 x 7 RM56.00
Sagu hati - RM 8
JUMLAH RM93.00
6. Pertandingan anyaman Tahun 6
Tempat pertama – RM15 RM15 x 1 RM15.00
Tempat kedua – RM12 RM12 x 1 RM12.00
Tempat Ketiga – RM 10 RM 10 x 1 RM10.00
Sagu hati - RM 8 RM 8 x 7 RM56.00

JUMLAH RM93.00
7. Banner dan Bunting RM150.00
JUMLAH KESELURUHAN RM708.00

9. Cadangan Hadiah
Hadiah individu
Tempat pertama – oil pastel 36 warna (6 X RM15)
Tempat kedua – oil pastel 24 warna (6 X RM12)
Tempat ketiga – oil pastel 16 warna (6 X RM10)
Sagu hati - oil pastel 12 warna (42 x RM8)

10. Penutup

Adalah diharap aktiviti ini dapat dijalankan dalam keadaan yang


menyeronokkan dan mempunyai input yang baik serta menyumbang
terhadap pembentukkan insan yang berketrampilan dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Disediakan oleh, Disahkan dan diluluskan oleh,

....................................................... ..................................................
(NOR AZLINDA BINTI ABDUL AZID) (PN HJH MAAH BT HJ ROSDIN)
Ketua Panitia PSV Guru Besar

Panitia Pendidikan Seni Visual 2107 3