Anda di halaman 1dari 1

Jawatankuasa Biro Sukan,

Felda Sri Keembong Jengka Enam,


26410 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur.

Saharudin bin Lela,


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,
Felda Sri Keembong Jengka Enam,
26410 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur. 13 March 2017

Tuan,

PERMOHONAN PERUNTUKAN PERTANDINGAN BOLASEPAK TERTUTUP JENGKA 6

Merujuk perkara diatas, saya sebagai wakil jawatankuasa biro sukan Kampung Sri Keembong Jengka 6
ingin memohon kerjasama dan kehadiran pihak tuan bagi menjayakan aktiviti kami. Oleh itu, kami
memohon bantuan peruntukan untuk melancarkan dan memeriahkan aktiviti tersebut yang bakal diadakan
pada 18 Mac 2017 (Sabtu) bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di padang belia Jengka Enam.

2. Berikut adalah senarai perutukan yang diperlukan :

Bola Sepak ( 2 Biji ) RM 120.00

Jaring Gol ( Sepasang ) RM 200.00

Cenderahati RM 300.00

Bayaran Pengadil Perlawanan RM 100.00

Lain – Lain Perbelanjaan RM 50.00

RM 770.00

3. Semoga pihak tuan dapat memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti pertandingan bola sepak
tertutup Jengka 6. Hal ini dapat memupuk semangat kesukanan antara penduduk Jengka 6, di samping
dapat mengasah bakat-bakat muda dalam permainan bola sepak. Kerjasama dan bantuan pihak tuan
amatlah dihargai.

‘Majulah Sukan Untuk Negara’

Sekian , terima kasih.

Yang benar,

………………………………………

( ABDUL AZIZ BIN CHE AAT )

Ahli Jawatankuasa Biro Sukan


Felda Sri Keembong Jengka Enam

Anda mungkin juga menyukai