Anda di halaman 1dari 3

Konsep Theorists

Theorists telah memperkenalkan teori yang kompleks namun logik


setelah mereka membuat aktiviti permerhatian atas kanak-kanak.
Mereka berfikir masalah secara logik dan terus terang, langkah demi
langkah. Mereka menerapkan fakta-fakta yang berbeza kepada
teori-teori yang berkaitan. Mereka adalah perfeksionis yang sentiasa
memastikan setiap perkara dalam keadaan yang rapi dan sesuai
dengan skema rasional. Mereka suka membuat analisis dan sintesis.
Mereka lebih cenderung kepada andaian asas, prinsip, model teori
dan pemikiran yang sistematik. Mereka berpegang teguh kepada
konsep rasional dan logik. "Sekiranya ia logik ia baik". Soalan yang
sering ditanya oleh mereka ialah: "Adakah ini logik?", "Apakah
andaian asas dalam perkara ini?" Mereka lebih cenderung kepada
objektif rasional berbanding dengan apa-apa yang subjektif atau
samar-samar. Mereka sentiasa menyelesaikan masalah secara logik.
Ini adalah pemikiran mereka dan mereka tegas menolak sesuatu
yang tidak logik. Mereka lebih suka dengan apa-apa yang dipastikan
dan berasa tidak selesa dengan penilaian subjektif, pemikiran sisi
dan apa-apa yang sia-sia.

Theorists akan belajar dengan paling efektif dengan aktiviti


yang:
- Apa yang diberi adalah berdasarkan sistem, model,
konsep dan teori.
- Mereka mempunyai masa untuk meneroka secara
metodikal tentang organisasi dan hubungan antara
idea, perkara dan keadaan.
- Mereka berpeluang untuk bertanya dan menyelidik
metodologi asas, andaian atau logik sesuatu. Sebagai
contohnya, melibatkan diri dalam sesi soal jawab.
- Mereka dapat berfikir secara intelek. Sebagai
contohnya, menganaliskan sesuatu situasi yang
kompleks, diuji dalam sesi tutorial.
- Mereka berada dalam situasi yang mempunyai objektif
yang jelas.
- Mereka boleh mendengar atau membaca idea dan
konsep yang menekankan rational atau logik dan
pandai berbahas.
- Mereka boleh analisis dan memberi sebab tentang
sesuatu yang berjaya atau tidak berjaya.
- Mereka memberi idea dan konsep yang bernas
walaupun mereka tidak melibatkan diri secara
langsung
- Mereka perlu memahami dan terlibat dalam situasi
yang kompleks
Theorists akan belajar dengan paling kurang efektif dengan
aktiviti yang:
- Mereka dikehendaki untuk terlibat dalam situasi yang
menekankan emosi dan perasaan.
- Mereka terlibat dalam activiti yang kurang
berorganisasi.
- Mereka diminta untuk bertindak atau membuat
keputusan tanpa berdasarkan prinsipal atau konsep.
- Mereka mendapati bahawa subjek tersebut kurang
jelas atau samar-samar.
- Mereka berasa dirinya telah diasingkan daripada orang
lain.
Antara ciri-ciri kebaikan:
- Pemikiran yang logik
- Rational dan objektif
- Pandai untuk menyelidik soalan
- Berdisiplin
Antara ciri-ciri kelemahan:
- Dihadkan dalam pemikiran sisi
- Kurang sabar dan toleransi terhadap ketidakpastian,
tanpa tersusun dan sebagainya
- Kurang sabar terhadap apa-apa yang subjektif atau
intuitif
- Penuh dengan “perlu, sepatutnya dan mesti”
Soalan penting untuk Theorists
- Adakah saya berpeluang untuk bertanya?
- Adakah objektif dan program untuk aktiviti ini
mempunyai struktur dan objektif yang jelas
- Adakah saya harus menghadapi idea dan konsep yang
kompleks yang mungkin meregangkan saya

Anda mungkin juga menyukai