Anda di halaman 1dari 5

i-THINK : PETA PEMIKIRAN vs PROSES

BERFIKIR
Seperti yang dijanjikan hari ini baru saya berkesempatan berkongsi 8 elemen PETA PEMIKIRAN
(Thinking Map) dan PROSES BERFIKIR ( Thinking Process) yang terangkum dalam Program i-THINK.
Sebelum ini para guru kebanyakannya hanya terdedah kepada penggunaan PETA MINDA ( Mind Map)
sahaja. Peta Minda tidak diklasifikasikan tujuan dan objektifnya melainkan untuk meringkaskan nota yang
pada kebiasaannya ditulis dalam bentuk ayat.
Melalui Program i-THINK, 8 PETA PEMIKIRAN yang diperkenalkan dengan tujuan dan objektif yang
berbeza di samping proses pemikiran masing-masing dapat diaplikasikan dalam proses Pengajaran Dan
Pembelajaran di dalam kelas mengikut topik yang bersesuaian dengan Peta Pemikiran yang dipilih.

Peta Bulatan digunakan bagi * menjana idea, *mengaitkan pengetahuan sedia ada, *membuat gambaran awal topik dan *membuat rumusan.
Peta Buih digunakan dalam *menjelaskan sifat sesuatu perkara dan hanya *menggunakan adjective / kata sifat

Peta Buih Berganda digunakan untuk * membuat perbandingan dari sudut persamaan dan perbezaan yang wujud bagi dua benda / perkara
Peta Pokok digunakan untuk *membahagikan kepada kategori tertentu, * memberi contoh-contoh, * membuat sub-topik dan * memberi huraian

Peta Dakap digunakan bagi * menyenaraikan komponen atau bahagian kecil sesuatu objek. Ianya * melibatkan objek yang nyata (fizikal) sahaja
Peta Alir digunakan dengan tujuan untuk * membuat aliran, susunan, kronologi, siri, kitaran, plot, proses sesuatu perkara

Peta Pelbagai Alir digunakan untuk * mencari sebab dan akibat bagi sesuatu perkara dan * menjelaskan kesan sesuatu perkara tersebut
Peta Titi digunakan untuk * mencari analogi yang boleh digunakan untuk menghubungkan pelbagai perkara, dan * memikirkan perkaitan yang
boleh diwujudkan bagi pelbagai perkara.

Anda mungkin juga menyukai