Anda di halaman 1dari 13

SURAT WASIAT

PENTADBIRAN PUSAKA

(NO K/P ____________________)

(TERMAKTUB PADA)
01 HARIBULAN JAN 2014
28 SAFAR 1435
SURAT WASIAT PENTADBIRAN PUSAKA

1. Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

2. Segala puji bagi Allah S.W.T yang kekal selamanya. Tiada tuhan melainkan Allah SWT, Nabi
Muhammad S.A.W itu adalah pesuruh Allah. Kematian adalah benar, kebangkitan semula adlah
benar, semua yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W ( semoga kesejahteraan dan rahmat Allah
S.W.T dilimpahkan terhadapnya, keluarganya, para sahabat dan pengikut-pengikutnya) adalah
benar, tiada keraguan bahawa hari Penghakiman akan tiba dan Allah S.W.T akan membangkitkan
semua yang di dalam kubur.

3. Saya, ______________________________ (NO K.P_____________) yang beralamat di


_________________________________________________________________________ dengan
rela hati, sempurna akal dan sihat tubuh badan, tanpa sebarang paksaan, dengan ini menarik balik
semua wasiat yang terdahulu yang dibuat oleh saya dan mengisytiharkan ini sebagai wasiat terakhir
saya.

4. Saya, dengan ini melantik Wasi dan Pemegang Amanah Pertama (selepas ini digelar “Wasi dan
Pemegang saya”) yang bertanggungjawab mengurus Harta Pusaka saya iaitu:

Nama :
No. K/P :
Alamat :

5. Dalam apa jua keadaan di mana Wasi/Pemegang Amanah Pertama di atas telah meninggal dunia
atau hilang upaya daripada menjalankan tannggungjawab sebagai Wasi, saya melantik (ANAK
KANDUNG SAYA / PEGUAM / MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR / AMANAH RAYA BERHAD ) sebagai
Wasi dan Pemegang Amanah Kedua bagi harta pusaka saya di bawah Wasiat saya ini (selepas ini
disebut sebagai “ Wasi dan Pemegang Amanah saya”)

6. Saya mengarahkan kepada Wasi dan Pemegang Amanah saya untuk mentadbir dan mengurus harta
pusaka saya dan melaksanakan arahan-arahan yang dinyatakan di dalam perenggan ini selama mana
ia tidak melanggar Hukum Syara’, iaitu :

6.1. Pembayaran Hutang dan Hak-Hak Yang Tergantung Atas Pusaka.


Hutang-hutang saya sebagaimana yang dilampirkan pada Surat Wasiat ini, termasuklah
gadaian-gadaian berhubung dengan harta tak alih, pengkebumian, lain-lain perbelanjaan
berkaitan yang yang dituntut syarak.

6.2. Pelaksanaan Wasiat Pemberian Selepas Kematian.


Dengan niat beramal jariah, saya berwasiat agar 1/3 daripada keseluruhan nilai bersih harta
pusaka saya terutamanya dari harta alih saya iaitu simpanan atas nama saya juga atas nama
syarikat perniagaan saya disedekahkan untuk pembangunan dan manfaat Yayasan Dakwah
Islam Malaysia / Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia / Asrama Anak Yatim dan
MAKNA.

6.3. Pelaksanaan Pembahagian Harta Pusaka.


Tanpa menafikan hakikat Hukum Faraid sebagai cara pembahagian pusaka yang ditentukan
oleh Allah S.W.T dan waris-waris saya adalah pihak yang berhak dan berkuasa penuh untuk
membuat persepakatan dalam pembahagian harta pusaka saya. Namun saya sebagai Pemilik
dan Pemegang Amanah Allah ke atas saya selama di dunia ingin membuat cadangan terhadap
cara pembahgian Harta Pusaka saya iaitu :

Setelah membuat penjelasan hutangdan mengeluarkan wasiat pemberian 1/3 dari nilai bersih
harta saya sebagaimana dinyatakan di para 6.2 di atas, saya memohon agar ahli waris dapat
melaksanakan pembahagian pusaka dengan cara berikut :

6.3.1. Serahkan bahagian tertentu dari harta-harta tertentu kepada isteri saya
_________________ (No K/P : ______________) sepertimana yang telah saya nyatakan
dalam surat Pengisytiharkan Harta Sepencarian untuk isteri saya. (Sila rujuk surat
tersebut).
6.3.2. Serahkan harta hibah yang telah saya hibahkan untuk anak-anak saya seperti yang saya
nyatakan dalam Surat Pengisytiharan Hibah untuk anak-anak saya. (Sila rujuk surat
tersebut).
6.3.3. Kemudian keseluruhan baki dan Harta Pusaka saya dibahagikan kepada ahli waris saya
secara sama rata ataupun secara faraid.

7. Saya seterusnya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah saya agar dalam apa jua sebab harta
pusaka saya telah lewat diselesaikan melebihi Enam (6) bulan dari tarikh permohonan dikemukakan
dan walupun hutang saya belum selesai dibayar keseluruhannya, hendaklah membuat suatu agihan
pendahuluan pusaka dengan mengeluarkan suatu jumlah yang difikirkan munasabah sebagai nafkah
hidup mana-mana pihak di bawah tanggungan saya. Jumlah tersebut hendaklah kemudiannya
dipotong dari bahagian harta pusaka yanga akan diterima oleh waris saya semasa agihan akhir
dilaksanakan.

8. Tertakluk pada perenggan 7 wasiat ini, saya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah saya agar
mengekalkan kedudukan dan penjagaan semua harta tak alih sehingga tarikh pembahagian kepada
waris-waris saya.

9. Sekiranya sebahagian / keseluruhan cadangan pembahagian harta pusaka di perenggan 6.3 wasiat
ini telah tidak dipersetujui oleh waris- waris saya dan / atau mana-mana persepakatan pembahagian
telah tidak dapat dicapai oleh waris-waris saya, saya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah
saya supaya segala baki harta alih dan tak alih sata setelah menolak perkara di perenggan 6.1 dan
6.2 di atas, dibahagi-bahagikan di antara waris-waris saya yang berhak mengikut Hukum Faraid.

10. Saya mengarahkan Wasi dan Pemegang Amanah saya untuk memegang dan mengurus secara jujur
dan amanah, dengan sebaik mungkin mengikut kebijaksanaan serta budi bicara Wasi dan Pemegang
Amanah saya segala harta yang menjadi hak kepada waris-waris saya yang masih di bawah umur,
sekiranya ada, bagi faedah waris-waris bawah umur tersebut sehinggan mereka mencapai umut
dewasa atau umur yang difikirkan layak untuk menguruskan harta tersebut.

Semoga seluruh keluarhga saya sentiasa mendapat rahmat Allah S.W.T setelah pemergian saya.

Dicatat pada ______________ bersamaan _________________

Allah S.W.T adalah saksi terbaik, semoga Allah S.W.T mengampuni saya.

Ditandatangani oleh Pewasiat ]


dengan kehadiran kami yang ]
hadir pada masa yang sama diatas ]
permintaan beliau dengan kehadiran ]
beliau, antara satu sama lain ]

NAMA : __________________________________________________
NO K/P : __________________________________________________

SAKSI 1
Tandatangan :
Nama :
No. K/P :
Alamat :

SAKSI 2
Tandatangan :
Nama :
No. K/P :
Alamat :
SENARAI SEMAK LAMPIRAN
Bil TAJUK CATATAN
1. SALINAN KAD PENGENALAN PEWASIAT
2. SENARAI WARIS DAN NISBAH FARAID
3. SALINAN KAD PENGENALAN/ SIJIL KELAHIRAN WARIS
4. SENARAI HARTA
5. SALINAN DOKUMEN MILIKAN HARTA
6. SENARAI HUTANG
7. SALINAN DOKUMEN HUTANG
8. SURAT PENGISYTIHARAN HIBAH
9. SURAT PENGISYTIHARAN HARTA SEPENCARIAN
10. CATATAN / PESANAN TERAKHIR PEWASIAT

Asalah dengan ini diakui bahawa hanya lampiran yang bertanda  beserta mana-mana lampiran di
bawahnya seperti yang disenaraikan sahaja telah dikemukakan oleh Pewasiat setakat tarikh
semakan ini.
LAMPIRAN A

SENARAI KAD PENGENALAN PEWASIAT


LAMPIRAN B

SENARAI WARIS DAN NISBAH FARAID

BIL NAMA WARIS HUBUNGAN NISBAH KADAR


FARAID PEMBAHAGIAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.


LAMPIRAN C

SALINAN KAD PENGENALAN / SIJIL KELAHIRAN WARIS


LAMPIRAN D

SENARAI HARTA

BIL NAMA HARTA BUTIRAN HARTA CATATAN


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
LAMPIRAN E

SENARAI DOKUMEN MILIKAN HARTA

BIL NAMA HARTA NO. LAMPIRAN


LAMPIRAN F

SENARAI HUTANG
LAMPIRAN G

CATATAN / PESANAN TERAKHIR

Anak – anakku,
Jadilah anak yang beriman dan beramal soleh
Serta sentiasa mendoakan kedua ibu bapa

Janganlah sekali-sekali berselisih faham


Atau hingga membawa pergaduhan.
Tolong menolonglah dalam segala hal.

Berusahalah untuk sentiasa


meningkatkan ilmu dan amalan dunia
demi kebahagian akhirat.
Sekian, Wasalam.

Al-Fatihah