Anda di halaman 1dari 7

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 27 SMKA SEGAMAT 2017 TINDAKAN

MAKLUMAN UNTUK HADIRIN

PERTAMA
Diminta para hadirin untuk memenuhkan kerusi di bahagian hadapan dewan.

KEDUA
Diharapkan sepanjang majlis berlangsung, para hadirin meletakkan “mod
senyap” pada telefon bimbit masing-masing

KETIGA
Mohon kepada ibu bapa yang terpilih untuk mengisi borang soal selidik program
HIP untuk segera mengisi dan memulangkan semula kepada meja pendaftaraan.

KEEMPAT
Diharap para hadirin dapat berdiri sebaik sahaja pengacara memaklumkan
kehadiran Yang berbahagia Dato Syahrin Bin Mad. Jamaludin, Presiden Kelab
Generasi Ilmu Satu Malaysia Dan Barisan Pentadbir Smka Segamat

(Ketibaan tetamu kehormat)


Mengumumkan Ketibaan Yang berbahagia Dato Syahrin Bin Mad. Jamaludin,
Presiden Kelab Generasi Ilmu Satu Malaysia Dan Barisan Pentadbir Smka
Segamat
Nyanyian lagu BANGSA JOHOR
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

Dimulakan lafaz dengan nama illahi,


Dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian kepada allah dengan sebenar-benarnya puji,
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi

Yang berbahagia
Dato Syahrin bin Mad. Jamaludin,
Presiden Kelab Generasi Ilmu Satu Malaysia

Yang berusaha
Prof Madya Haji Ahmad Nawawi bin Yaakob,
YDP PIBG SMKA Segamat,

Yang dihormati
Tuan Haji Mohamad Sabri bin Satar
Pengetua SMKA Segamat, Sekolah Kluster Kecemerlangan,
Encik Baktiar Bin Hasnan Presiden Alumni SMKA Segamat
Ustaz jamil bin hussin Gpk pentadbiran
Ustaz sharifuddin bin sulaiman Gpk hal ehwal murid
Ustazah mariatul kaptiah binti mohd kassim Gpk kokurikulum
Ustazah hafiza binti abdul hamid GPK Tingkatan 6
Guru-guru cemerlang, kaunselor sekolah, guru-guru, AJK PIBG, Ibu bapa
seterusnya pelajar sekelian.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya dapat
kita bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SMKA Segamat Kali Ke-27
tahun 2018.Majlis dengan penuh hormat mengucapkan selamat dating dan terima
kasih atas kehadiran semua ibu bapa dan guru pada hari ini.

Hadirin hadirat

Untuk memberkati lagi majlis kita pada petang ini, dijemput Ustaz Haji Ismail
bin Rosli Al-Hafizi bagi mengetuai bacaan doa majlis mempersilakan.

-----------------------------bacaan doa------------------

Amin ya rabbal alamin, Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin hadirat

Majlis akan diteruskan dengan tayangan multimedia. Untuk pengetahuan semua


tayangan multimedia ini adalah berkaitan dengan pencapaian sekolah dan aktiviti
PIBG sepanjang tahun 2017.

-----------------multimedia-------------------------

Terima kasih diucapkan atas persembahan multimedia sebentar tadi.

(Ucapan penghargaan kepada ajk lepas)

Hadirin yang dihormati,

Saban tahun, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) akan menganjurkan
mesyuarat agong tahunan bagi memilih ahli-ahli jawatankuasa yang baru bagi
mengendalikan PIBG dan menjalankan aktiviti-aktiviti PIBG bersama sekolah.
Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan atas sumbangan tenaga
barisan AJK PIBG SMKA Segamat bagi tahun 2017.

(Ucapan pengetua)

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang dihormati Tuan Haji
Mohamad Sabri bin Satar Pengetua SMKA Segamat,bagi menyampaikan
ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-----------------------------ucapan pengetua--------------------------

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh Tuan
Haji Mohamad Sabri bin Satar Pengetua SMKA Segamat sebentar tadi

(ucapan YDP Pibg)

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selasih
Tampillah tuan kami merayu
Bersama ucapan pengikat kasih

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada YDP PIBG SMKA Segamat, . Untuk
itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang
berusaha Prof Madya Haji Ahmad Nawawi bin Yaakob untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan dan seterusnya melancarkan Tabung Projek Asramaku Syurgaku
SMKA Segamat . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-----------------------Ucapan Ydp Pibg & -pelancaran tabung---------------------

Terima kasih diucapkan kepada Prof Madya Haji Ahmad Nawawi, YDP PIBG
SMKA Segamat, atas ucapan beliau sebentar tadi. Untuk makluman hadirin
pelancaran tabung ini adalah bertujuan menaiktaraf dan mengecat 2 buah bangunan
asrama.kutipan bagi Tabung ini akan berlangsung selama sebulan bermula 1 mac
-30 mac 2018, kepada ibu bapa yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh lah
menyumbang di tabung yang telah disediakan di belakang dewan.
(ucapan perasmi )

Hadirin hadirat

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang berbahagia Dato Syahrin bin Mad. Jamaludin, Presiden
Kelab Generasi Ilmu Satu Malaysia untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMKA Segamat 2018.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

--------------------------ucapan perasmi -----------------------


Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia Dato Syahrin bin Mad.
Jamaludin, Presiden Kelab Generasi Ilmu atas ucapan yang berinspirasi dan
bermotivasi sebentar tadi.

(penyerahan Mock Check)

Hadirin hadirat

Majlis diteruskan dengan penyerahan replika cek hasil Kutipan Sumbangan


Kebakaran Pusat Akses Pelajar daripada Alumni SMK Agama Segamat. Untuk
makluman hadirin, pihak alumni telah mengadakan kutipan sumbangan ini sejak
Oktober 2017. Hasil kutipan adalah sebanyak RM tujuh ribu , dan bertujuan
membaiki dan menaik taraf Pusat Akses Pelajar SMKA Segamat.

Tanpa membuang masa majlis menjemput Encik Baktiar Bin Hasnan Presiden
Alumni SMKA Segamat bagi menyerahkan replika cek hasil Kutipan sumbangan
kepada Tuan Haji Mohamad Sabri bin Satar Pengetua SMKA Segamat.

-----------------------------penyerahan cheque------------------

Terima kasih diucapkan kepada Encik Baktiar Bin Hasnan dan Tuan Haji
Mohamad Sabri bin Satar Pengetua SMKA Segamat atas kesudian acara
penyerahan replica cek sebentar tadi.

Saya mewakili seluruh warga SMKA Segamat dan ibu bapa sangat bebrbesar hati
menerima sumbangan daripada pihak alumni. Jutaan terima kasih diucapkan.

(Persembahan pelajar)

Hadirin hadirat
majlis akan diteruskan dengan persembahan bacaan sajak Bahasa inggeris (poem
recital) oleh adik Eisya Nurzihan Bt tihan dan Izah Azizah binti Azman, dengan
tajuk The Sacrifice .

------------------------persembahan pelajar---------------------------------

Terima kasih diucapkan kepada adik ______________________________ atas


persembahan yang menarik sebentar tadi.
(sijil ajk 2017)

Hadirin hadirat

Sebagai tanda terima kasih atas kerja keras AJK PIBG 2017 ,pihak majlis
berbesar hati menyampaikan sijil dan cenderahati sebagai tanda penghargaan
kepada barisan ahli jawatankuasa PIBG yang telah menyumbang tenaga dan buah
fikiran sepanjang sesi 2017.
Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Prof Madya Haji Ahmad
Nawawi bin Yaakob , YDP PIBG SMKA Segamat bagi menjemput dan
mengiringi Yang Berbahagia Dato Syahrin bin Md. Jamaludin, Presiden
Kelab Generasi Ilmu Satu Malaysia untuk menyampaikan sijil dan cenderamata
kepada semua AJK PIBG 2017.

-------Senarai nama-------

Majlis turut mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK yang tidak dapat hadir
bersama kita pada hari ini iaitu

--------Senarai nama------

Terima kasih diucapkan kepada Prof Madya Haji Ahmad Nawawi bin Yaakob
dan Yang Berbahagia Dato Syahrin bin Md. Jamaludin atas penyampaian sijil
sebentar tadi

Majlis turut mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK yang tidak dapat hadir
bersama kita pada hari ini iaitu

Senarai nama.

sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan atas kesudian Yang Berbahagia


Dato Syahrin bin Mad. Jamaludin menyampaikan sijil dan cenderamata
tersebut, dijemput Tuan Haji Mohamad Sabri bin Satar Pengetua SMKA
Segamat untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Dato
Syahrin bin Md. Jamaludin Presiden Kelab Generasi Ilmu Satu Malaysia.

----------------------------------cenderamata vip---------------------------

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua dan Yang Berbahagia Dato
Syahrin bin Mad. Jamaludin .

(jemput jamuan)
Hadirin dan hadirat.

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang dihormati Tuan Haji Mohamad Sabri


bin Satar bagi mengiringi Yang Berbahagia Dato Syahrin bin Mad. Jamaludin
untuk sedikit jamuan ringan di ruang vip yang telah disediakan.Majlis turut
menjemput barisan pentadbir dan tetamu kehormat untuk menikmati jamuan
ringan.
Untuk makluman para hadirin, cabutan bertuah akan diberikan selepas mesyuarat
agung berlangsung

---------------------vip beredar-------------------------------

(mesyuarat agung)

Majlis diteruskan dengan mesyuarat agung PIBG tahun 2018 yang akan
dipengerusikan oleh Prof Madya Haji Ahmad Nawawi bin Yaakob, Yang
Dipertua PIBG Segamat. Dengan itu saya dengan hormatnya menyerahkan majlis
ini kepada yang Dipertua PIBG.

Mesyuarat……………….

Tuan-tuan dan puan-puan,


Demikianlah tadi mesyuarat PIBG tahun 2018, diharapkan dengan perlantikan
ahli jawatankuasa yang baru akan menjadikan kita semua lebih bersatu padu
demi membangunkan sahsiah dan meningkatkan tahap kecemerlangan anak-anak
SMKA Segamat.

Hadirin sekalian,

Seterusnya, saat-saat yang dinanti-nantikan iaitu sesi cabutan bertuah.


Dipersilakan Ustaz. Hj Jamil bin Hussin selaku GPK Pentadbiran SMKA
Segamat untuk mencabut _____ lagi nombor bertuah

Terima kasih diucapkan….

Seterusnya, dipersilakan Tuan Haji Mohamad Sabri bin Satar tuan pengetua
SMKA Segamat untuk mencabut 5 lagi nombor bertuah

Terima kasih diucapkan.

Yang terakhir, dijemput Prof Madya Haji Ahmad Nawawi bin Yaakob, Yang
Dipertua PIBG SMKA Segamat untuk mencabut __ lagi nombor bertuah…

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz. Hj Jamil bin Hussin, Tuan Haji
Mohamad Sabri bin Satar dan Prof Madya Haji Ahmad Nawawi atas kesudian
mencabut nombor bertuah itu tadi dan tahniah diucapkan kepada hadirin yang
bertuah pada hari ini.
Dengan cabutan nombor bertuah itu tadi, maka berakhirlah Mesyuarat Agung
PIBG tahun 2018. Saya mewakili jawatankuasa pelaksana mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua hadirin yang telah menyumbang secara langsung atau
secara tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Dengan penuh takzim, majlis turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas


kerjasama dan keprihatinan para ibu bapa yang sanggup meluangkan masa
sehingga majlis ini berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai