Anda di halaman 1dari 1

Kata Ganti Nama Diri

1. Kata Ganti Nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk


menggantikan kata nama orang.

2. Terdapat tiga jenis kata nama ganti nama diri, iaitu:

a) Kata ganti nama diri pertama

Contoh : saya, aku, hamba, kami, beta, patik, kita

Contoh ayat : (i) Saya belajar di Tahun 3 Merah.

(ii) Kita mesti belajar bersungguh-sungguh.

(iii) ‘ Beta tidak suka rakyat yang merderhaka,’


titah Sultan Idris.

b) Kata ganti nama diri kedua

Contoh : anda, kamu, engkau, awak, tuanku, saudara

Contoh ayat : (i) Anda terpilih sebagai pemenang bertuah.

(ii) Kamu tidak boleh bising di perpustakaan.

(iii) ‘Adakah ini pensel awak?’ Tanya Liza


kepada Kuma.

c) Kata ganti nama diri ketiga

Contoh : ia, beliau, dia, mereka, baginda, -nya

Contoh ayat : (i) Dia berjalan kaki ke sekolah.

(ii) Beliau seorang guru yang berwawasan.

(iii) Fauzi dan Fazley bersahabat baik. Mereka


selalu pergi ke sekolah bersama-sama.

Anda mungkin juga menyukai