Anda di halaman 1dari 9

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK PERINGKAT PKG

CHENEH BAWAH 12 TAHUN

1.0 NAMA PERTANDINGAN.

1.1. Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola sepak Bawah 12 tahun Peringkat
pkg cheneh

2.0 PENGELOLAAN.

2.1. Pertandingan ini dikelolakan oleh PKG Cheneh

3.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT.

3.1. Tarikh : 12 mac hingga 13 mac 2013 ( selasa - rabu )

3.2. Masa : 2.30 pagi Hingga 6.00 petang

3.3. Tempat : Padang Bola Sepak, SK. Felda Cherul

4.0 UNDANG-UNDANG.

4.1. Selain dari peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini


dijalankan mengikut Undang-undang MSS Terengganu , MSSM, FAM dan FIFA.

4.2. Pertandingan ini dijalankan selama 15-3-15

4.3. Bola : Bola saiz 4.

4.4. Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada keputusan

Jawatankuasa pertandingan

5.0 PENYERTAAN.

5.1. Setiap sekolah yang menyertai pertandingan ini boleh mendaftar sekurang-
kurangnya satu ( 1 ) pasukan.

5.2. Setiap penyertaan tidak dikenakan bayaran penyertaan.

6.0 KELAYAKAN PEMAIN.

6.1. Seorang pemain mestilah terdiri dari murid sekolah yang berkenaan di dalam
PKG Cheneh

6.2. Seorang pemain yang telah didaftarkan bermain dalam satu pasukan dalam

pertandingan ini tidak layak mewakili pasukan lain dalam siri pertandingan yang
sama.
6.3. Kelayakan umur pemain adalah seperti berikut :

6.3.1. Lahir pada tahun 2001 dan selepasnya.

6.3.2. Kiraan umur adalah 1 Januari tahun pertandingan.

6.4. Sebarang pertelingkahan atas hak atau status pemain akan diputuskan oleh
Jawatan kuasa Pengelola dan keputusannya adalah muktamad.

7.0 PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN

7.1. Semua pasukan mesti melengkapkan Borang Pendaftaran yang di sediakan dan
setiap pasukan hendaklah mengandungi 15 orang pemain.

7.2. Semua borang pendaftaran disahkan oleh Guru Besar atau GPK sekolah
berkenaan .

8.0 FORMAT PERTANDINGAN

8.1. Pertandingan akan dijalankan seperti berikut :

8.1.1. Pertandingan dimainkan secara liga sepusingan dalam kumpulan.

8.1.2. Undang-undang liga diguna pakai dalam pusingan awal. Tiga ( 3 ) mata
diberi kepada pemenang, satu (1) untuk keputusan seri dan kosong ( 0 )
diberikan kepada pasukan kalah.

8.1.3. Jika mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau gagal
melapor diri 15 minit selepas waktu pertandingan yang diisytiharkan oleh
pengelola, maka pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain (7 orang)
akan diberi kemenangan percuma dengan tiga ( 3 ) mata dan dua ( 2 ) jaringan
gol.

8.1.4. Jika terdapat pasukan menarik diri dari mengambil bahagian dalam siri

pertandingan ini, dengan apa sebab jua pun, mata dan jaringan gol yang masuk

dan kena dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidak diambil
kira.

8.1.5. Jika dua atau lebih pasukan dalam kumpulan mengutip mata yang sama,
maka perbezaan gol akan menjadi penentu iaitu pasukan yang mempunyai
perbezaan gol terbesar jaringan MASUK dengan jaringan gol BOLOS
hendaklah menduduki tempat tertinggi. Jika perbezaan gol masih lagi sama,
maka pasukan yang telah menjaringkan jumlah gol paling banyak hendaklah
menduduki tempat tertinggi. Jika jaringan gol masih sama, maka pasukan yang
pernah mengalahkan pasukan yang satu lagi, menduduki tempat tertinggi. Jika
masih seri lagi, maka keputusan hendaklah diputuskan oleh Jawatan kuasa
Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.
8.1.6. Pertandingan Suku Akhir – Johan dan naib johan setiap kumpulan akan
layak ke peringkat pusingan kedua. Perlawanan dijalankan secara kalah mati.
Semua pasukan yang menang perlawanan pusingan kedua akan ke peringkat
suku akhir. Semua pemenang peringkat suku akhir akan ke peringkat separuh
akhir.

8.1.7. Peringkat akhir – pemenang pada peringkat separuh akhir akan bermain
dalam perlawanan akhir manakala pasukan kalah pada peringkat separuh akhir
akan menentukan tempat ketiga dan tempat keempat.

8.2. Sekiranya dalam perlawanan kalah mati terdapat keputusan seri setelah tamat
tempoh masa bermain, maka pemenangnya akan ditentukan menerusi tendangan
penalti mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

8.3. Sistem sepakan penalti.

8.3.1. Hanya pemain yang berada di dalam padang permainan diakhir


perlawanan dalam masa sahaja dibenarkan membuat tendangan. Setiap
pasukan akan mengambil tiga ( 3 ) sepakan dari tanda penalti dengan

cara sepakan berselang seli.

8.3.3. Semua pemain lain hendaklah berada di dalam kawasan bulatan tengah
semasa sepakan penalti dijalankan.

8.3.4. Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa sepakan itu
dijalankan oleh pemain-pemain yang sedia ada di dalam padang permainan.

8.3.5. Sekiranya masih juga seri, sepakan akan diteruskan oleh pemain
berlainan secara berselang seli dengan sistem ‘sudden death’.

8.3.6. Sekiranya keputusan masih juga seri, maka Pihak Jawatan kuasa
Pengelola akan berbincang dengan kedua-dua Pengurus Pasukan untuk
menentukan pasukan pemenang.

9.0 JANGKA MASA PERLAWANAN.

9.1. Lima belas ( 15 ) minit bagi setiap separuh masa, 3 minit rehat pada semua

peringkat perlawanan.

9.2. Tiada mada tambahan sekiranya keputusan berakhir dengan seri.

10.0 PENGGANTIAN PEMAIN.

10.1. Semua pemain simpanan yang didaftar dalam satu pertandingan boleh diganti
hanya 3 orang pemain sahaja dalam sesuatu perlawanan .

10.2. Mana-mana pemain yang telah ditukarkan tidak dibenarkan bermain semula
dalam perlawanan yang sama termasuk tendangan dari tanda penalti.
11.0 PAKAIAN PEMAIN.

11.1. Semua pemain hendaklah memakai jersi yang didaftarkan dengan nombornya
mengikut nama pemain tersebut seperti dalam borang pendaftaran .

11.2. Kasut hendaklah mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Semua pemain mesti
memakai ‘shin – guard’.

11.3. Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang jelas pada lengan sebelah
kiri. Sekiranya digantikan, lilitan lengan hendaklah diberikan kepada pemain lain.

12.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

12.1. Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh
cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat hal-
hal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan dimainkan
semula pada suatu masa yang akan ditetapkan oleh Jawatan kuasa Pertandingan.

13.0 TINDAKAN TATATERTIB.

13.1. Jawatan kuasa Tatatertib Pertandingan akan berbincang perkara-perkara setelah


menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas dan pasukan-pasukan yang
terlibat. Pasukan yang membuat aduan dan pengadil bertugas tidak boleh mengambil
bahagian dalam perbincangan dan undian semasa perkara berkenaan
dipertimbangkan.

13.2. Bagi kesalahan berikut, Jawatan kuasa Tatatertib tidak akan bersidang dan
hukumannya adalah otomatis.

13.2.1. seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana berulang kali

melakukan kesalahan amaran – penggantungan dua ( 2 ) perlawanan

berikutnya.

13.2.2. seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan

kata-kata kesat, lucah atau menunjukkan isyarat lucah atau isyarat tidak

tertib dengan tidak mengira beliau telah atau tidak menerima amaran –

penggantungan tiga ( 3 ) perlawanan yang berikutnya.

13.2.3. seseorang pemain diperintah keluar padang kerana melanggar

keputusan pegawai pertandingan – penggantungan tiga ( 3 ) perlawanan

berikutnya.
13.3. Mana-mana pemain menerima dua ( 2 ) amaran dalam masa pertandingan
hendaklah dengan sendirinya digantung bermain satu ( 1 ) perlawanan selepas
perlawanan yang diterima amaran kedua.

13.4. Apabila seorang pemain menerima dua ( 2 ) lagi amaran selepas menjalankan

penggantungan satu ( 1 ) perlawanan, maka akan sekali digantung untuk satu ( 1 )

perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua.

13.5. Apabila seorang pemain menerima amaran keenam, hendaklah tampil ke


hadapan Jawatan kuasa Pertandingan untuk tindakan yang sewajarnya dan
keputusannya adalah muktamad.

13.6. Jawatan kuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain daripada
terus mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Jika tindakan yang lebih keras
dianggap perlu maka Jawatan kuasa Pertandingan perlu dimaklumkan dan apa
tindakan adalah tanggung jawab Jawatan kuasa Pengelola tersebut.

13.7. Kesemua keputusan Jawatan kuasa Pertandingan adalah muktamad dan tidak
tertakluk kepada sebarang rayuan.

14.0 BANTAHAN.

14.1. Sebarang bantahan terhadap keputusan atau tidak layaknya pemain mestilah
dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola dan hendaklah diterima dalam
masa tiga puluh ( 30 ) minit selepas perlawanan berkenaan berserta dengan bayaran
RM100.00 ( Ringgit Malaysia Satu Ratus sahaja ). Wang tersebut tidak akan
dikembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berjaya.

14.2. Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan
fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

15.0 ETIKA PEGAWAI DAN PERMAINAN.

15.1. Pengurus Pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan setiap pegawai dan

pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku yang

dihormati bedasarkan kepada semangat kesukanan yang tulin.

15.2. Tertakluk kepada pengesahan oleh Jawatan kuasa Pengelola MSSD Pasir
Gudang, Jawatan kuasa Pengelola boleh mengambil sebarang tindakan yang
bersesuaian terhadap mana-mana pemain, pegawai yang bertindak tidak mengikut
peraturanperaturan pertandingan atau objektif pertandingan keseluruhannya, dan
tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan,
pemain atau pegawai dari apa-apa penglibatan bagi sebarang jangka masa yang
ditimbang sesuai.
15.3. Sebarang penipuan dalam sebarang hal pendaftaran pemain sama ada sengaja
atau tidak, adalah dianggap sebagai kesalahan besar dan bertentangan dengan etika

permainan bola sepak.

18.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN.

Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan segala perkara yang berbangkit yang


tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini. Keputusan Jawatan kuasa Pengelola
adalah muktamad.
UNDIAN KUMPULAN

KUMPULAN A

A1 SK. SEBERANG TAYOL

A2 SK SUNGAI PERGAM

A3 SK. RKT SEBERANG TAYOL

KUMPULAN B

B1 SK. FELDA CHERUL

B2 SK. CHENEH BARU

B3 SK. AIR PUTIH

JADUAL PERLAWANAN 12 MAC 2013 ( SELASA )

1. 2.30 petang A1 LWN A2 -


2. 3.10 petang B1 LWN B2 –
3. 3.50 petang A1 LWN A3 –
4. 4.30 petang B1 LWN B3 –
5. 5.10 petang A2 LWN A3 –
6. 5.40 petang B2 LWN B3 –

JADUAL PERLAWANAN 13 MAC 2013 ( RABU )

1. 2.30 PETANG JOHAN A LWN NAIB JOHAN B


2. 3.10 PETANG JOHAN B LWN NAIB JOHAN A
3. 3.50 PETANG TEMPAT KE 3 DAN KE 4
4. 4.30 PETANG PERTANDINGAN AKHIR
KUMPULAN A

A1 A2 A3 JNG MATA KED. CAT


SKST SKSP SKRKTST

A1
SKST

A2
SKSP

A3
SKRKTST

KUMPULAN B

B1 B2 B3 JNG MATA KED. CAT


SKFC SKCB SKAP

B1
SKFC

B2
SKCB

B3
SKAP

A1- SK SEBERANG TAYOL (SKST)

A2- SK SUNGAI PERGAM (SKSP)

A3- SK RKT SEBERANG TAYOL (SKRKTST)

B1- SK FELDA CHERUL (SKFC)

B2- SK CHENEH BARU (SKCB)

B3-SK AIR PUTIH (SKAP)


BORANG PENDAFTARAN PASUKAN
PERMAINAN/SUKAN : BOLA SEPAK PKG CHENEH

NAMA SEKOLAH : ……………………………………………………………….

NAMA PENGURUS : ………………………………………………………………

NAMA JURULATIH ; ………………………………………………………………

WARNA JERSI : ………… WARNA SELUAR : …………….

BIL NAMA NOMBOR NO. S/B


JERSI
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
13
15

Pemain yang telah didaftarkan nombor jersi tidak boleh ditukar sepajang pertandingan ini.

Mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar


seperti dalam Borang PENDAFTARAN INI.

DISAHKAN OLEH

_____________________________ _________________________
PENGURUS PASUKAN/JURULATIH GURU BESAR/ GPK

Anda mungkin juga menyukai