Anda di halaman 1dari 5

TANAMAN SAYURAN

5.1 PENGENALAN

1. Sayuran-sayuran merupakan sumber makanan yang berkhasiat dan dapat membekalkan


nutrien untuk kesihatan.
2. Ada pelbagai jenis sayuran antaranya adalah sayuran berdaun, jenis buah, akar, bunga,
dan kekacang.

(a) Sayuran jenis berdaun

kubis sawi putih bayam

(b) Sayuran jenis buah

Cili tomato terung

(c) Sayuran jenis akar

Sengkuang lobak putih

(d) Sayuran jenis bunga

Bunga kubis

(e) Sayuran kekacang

Kacang botor
3. Sayuran dapat ditanam sendiri. Memakan sayuran yang ditanam sendiri adalah lebih baik
berbanding dengan sayuran yang dibeli kerana:
(a) menjimatkan belanja;
(b) sayuran lebih segar dan bersih;
(c) dapat menggunakan masa lapang dengan berfaedah;
(d) menggalakkan penggunaan tanah yang terbiar;
(e) memperoleh pendapatan jika sayuran dijual.

5.2 PENYEDIAAN TAPAK


1. Tapak adalah lokasi utama yang perlu ditentukan sebelum anda menanam sayuran.
2. Tapak adalah tempat menanam sayuran.

5.2.1 Menyatakan Peralatan Perkebunan dan Kegunaannya

1. Aktiviti untuk menanam sayuran memerlukan peralatan perkebunan.


2. Peralatan perkebunan dapat membantu memudahkan kerja-kerja menanam,
3. Antara alatan tangan perkebunan yang diperlukan adalah seperti:
(a) tajak;
(b) cangkul;
(c) penyiram;
(d) sudip tangan;
(e) pencakar tangan;
(f) serampang tangan,
4. Rajah yang berikut menunjukkan alatan perkebunan dan kegunaannya,

(a) Sudip tangan (b) Serampang tangan (c) Pencakar tangan

 untuk menggemburkan  untuk merumput dan  untuk meratakan dan


tanah. menggemburkan tanah menggemburkan tanah

(d) Tajak (e) Cangkul (f) Penyiram

 untuk merumput dan  untuk merumput,menggembur


menggemburkan tanah  bekas untuk mengisi air
tanah, dan membina batas siraman
5.2.2 Mengenal Pasti tapak/ Kawasan yang Sesuai untuk Menanam Sayur-Sayuran

1. Tapak atau kawasan yang sesuai perlu dikenal pasti sebelum menanam sayur-sayuran.
2. Tapak atau kawasan yang sesuai untuk menanam sayur-sayuran adalah seperti yang
berikut:

Ciri-ciri Tujuan

(a) Tanahnya pamah dan rata • mudah dikerjakan dan kurang masalah
hakisan
(b) Tanahnya adalah dari jenis yang baik • tanah loam yang kaya dengan bahan
organik
(c) Berhampiran dengan sumber air • berdekatan dengan perigi, sungai, parit,
atau paip air
(d) Berhampiran dengan jalan perhubungan  memudahkan hasil pertanian dibawa
(jalan raya) keluar dan masuk
(e) Terletak di kawasan lapang tanpa  mendapat bekalan cahaya matahari
naungan secara terus
(f) Terhindar daripada haiwan perosak  tapak hendaklah jauh daripada tempat
pembiakan haiwan perosak dan pembawa
penyakit
5.2.3 Membersihkan Tapak
1. Tapak atau kawasan yang telah dikenal pasti untuk dijadikan kebun sayur perlulah
dibersihkan.
2. Kerja-kerja membersihkan tapak termasuklah
a) Menebang pokok dan menebas semak samun;
I. Kerja menebang pokok hanya dilakukan di kawasan yang baru dibuka
atau kawasan belukar. Biasanya, di kawasan sekolah tidak dilakukan.
II. Semak-samun biasanya terhasil dari kawasan yang ditinggalkan dalam
jangkamasa yang lama. Semak-samun perlu dibersihkan dahulu untuk
penanaman semula dengan memotong pokok-pokok kecil. Bagi
pekebun sayur, kerja-kerja ini biasanya dilakukan dengan penyemburan
racun rumpai.
5.2.4 Menggemburkan Tanah
1. Setelah tapak penanaman sayur dibersihkan, kerja penggemburan tanah perlu
dilakukan.
2. Menggembur adalah proses membalik-balikkan tanah bertujuan untuk:
I. Mengurangkan kepadatan tanah.
II. Memecahkan tanah.
III. Memusnahkan dan membuang saki-baki tanaman dan rumpai.
IV. Membaiki pengudaraan tanah.
V. Membaiki pengudaraan tanah.
VI. Membaiki penyerapan air di dalam tanah.
3. Menggemburkan tanah dilakukan dengan menggunakan mesin pembajak keci,
cangkul dan cangkul serampang.
4. Kedalaman tanah yang dicangkul adalah antara 20cm hingga 30cm.
5. Setelah tanah digembur dan dicangkul, tanah perlulah dirata bertujuan memecahkan
ketulan tanah menjadi lebih halus dan membaiki struktur tanah supaya seragam.
6. Tanah yang telah digembur hendaklah dibiarkan selama seminggu sebelum ditanam
supaya panas terik mantari dapat menghapuskan organisma tanah yang merosakkan
sayuran.

Menabur Kapur (Pengapuran)

1. Pengapuran dilakukan bertujuan mengurangkan kemasaman tanah supaya sesuai


bagi tanaman sayuran.
2. Kebanyakan sayuran hidup dengan subur di tanah yang mempunyai nilai pH 5.0 –
6.0.
3. Pengapuran boleh dilakukan apabila nilai pH kurang daripada 4.2.
4. Bahan pengapuran yang boleh digunakan ialah kapur halus (mengandungi 36% Ca)
dan batu kapur magnesium (mengandungi 21% Cad an 12% Mg)
5. Pengapuran boleh dilakukan dengan cara menabur kapur sebelum menggemburkan
tanah atau ketika proses meratakan tanah (penyikatan)
6. Setelah proses pengapuran dilakukan, tanah tersebut dibiarkan selama satu minggu
5.2.4 Membina Batas
1. Batas dibina setelah kerja menggembur tanah selesai dibuat.
2. Batas .