Anda di halaman 1dari 7

Ke mana hilang perikemanusiaan?

- NURUL IZZAH - Sinar Harian 08/02/2018, 08(42

NURUL IZZAH
Ke mana hilang perikemanusiaan?
NURUL IZZAH ANWAR
6 FEBRUARI 2018

A- A+ (Ubah saiz teks)

GARA-GARA hanya kerana menangis, anak berumur dua tahun dibelasah ayah-nya
sendiri - lelaki dewasa 29 tahun yang waras, sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Apa yang mampu kita ungkap-kan? Syukur. Ya, syukur kerana anak kecil tersebut masih
hidup. Begitulah rendahnya tahap kemanusiaan kita berhadapan dengan jenayah terha-
dap kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi.

Tidak cukup dengan itu, ada juga situasi penderaan mental yang dialami, lalu membawa
tekanan keterlaluan buat anak-anak.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/nurul-izzah/ke-mana-hilang-perikemanusiaan-1.794195#.WnlQM3mCdmY.whatsapp Page 1 of 7
Ke mana hilang perikemanusiaan? - NURUL IZZAH - Sinar Harian 08/02/2018, 08(42

Sebagai seorang wanita dan ibu, saya amat terkesan dengan tindakan sadis yang
menimpa anak-anak berkenaan. Umur mereka yang terlibat, rata-ratanya hampir sebaya
dengan cahaya mata saya sendiri.

Tidak dapat dinaTkan, air mata saya menitis apabila mengenangkan nasib arwah adik Nur
Aina Nabihah yang kerap dibelasah dan dipijak ayahnya sendiri, sehingga ke hembusan
nafas terakhir.

Hati saya turut merintih, mendengarkan kisah adik-beradik perempuan di Ampang yang
beratus kali diserang secara seksual oleh bapa saudara mereka sendiri, walaupun mereka
masih kecil dan mentah.

Bagaimana pula dengan perla-kuan tidak senonoh seorang penjaga rumah anak yatim
(juga di Ampang), yang mengambil kesempatan ke atas beberapa anak perempuan
dengan mengambil gambar, men-cabul dan merogol mereka?

Tidak dapat saya gambarkan perasaan mangsa yang tiada tempat bergan-tung; yang
diharapkan dapat menjaga kebajikan mereka, rupanya hanyalah musang berbulu ayam.

Dan tentunya, seluruh warga Malaysia berduka apabila mendapat tahu tentang kematian
mendiang adik Vasantha Priya, seorang pelajar komited yang bertindak mengambil
nyawanya sendiri setelah dituduh mencuri telefon pintar gurunya.

Ini hanyalah sebahagian dari-pada beratus, atau beribu kes penderaan yang dilakukan ke
atas kanak-kanak di negara ini. Sekiranya kita ikuti perkembangan terbaru di arus perdana
dan alternatif, jelas dapat dilihat bahawa situasi kega-nasan melibatkan insan-insan cilik
masih berleluasa.

Menurut statistik yang dikong-sikan di Parlimen pada sesi perte-ngahan tahun lepas,
sejumlah 22,234 kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak berumur 18 tahun ke
!
bawah dilaporkan berlaku dari tahun 2010 sehingga Mei 2017.

Daripada jumlah tersebut, lebih 1,700 adalah kes sumbang mahram. Selain itu, lebih
2,200 kes penderaan Tzikal ke atas kanak-kanak yang direkodkan PDRM amat menggu-
sarkan saya.

Angka-angka ini adalah dapatan yang diperoleh hasil laporan yang dikemukakan; berapa
banyak lagi kes yang berlaku di luar sana, tetapi tidak diketahui pihak berkuasa?

Bukankah anak-anak kecil perlu dijaga, dididik dan dibentuk sebaiknya agar dapat
menjalani kehidupan dalam keadaan terbaik?

Ingin saya sarankan pada ibu bapa, janganlah jadikan anak-anak tempat meluahkan
perasaan atau rasa tidak puas hati. Jika ada sebarang perselisihan faham, selesaikanlah
http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/nurul-izzah/ke-mana-hilang-perikemanusiaan-1.794195#.WnlQM3mCdmY.whatsapp Page 2 of 7
Ke mana hilang perikemanusiaan? - NURUL IZZAH - Sinar Harian 08/02/2018, 08(42

dengan penuh hemah, hikmah.

Dalam usaha mendidik anak-anak pula, tekankan juga unsur psikologi dan emosi,
khususnya dari perspektif anak-anak itu sendiri. Sudah tentu anak yang degil dan kasar
perlu ditegur dan dibentuk, tetapi cara yang melibatkan penderaan Tzikal bukan sahaja
boleh mencacatkan pertumbuhan mereka, malahan boleh mendatangkan trauma mental
yang berpanjangan.

Guru dan masyarakat turut berperanan besar dalam mendidik anak-anak, serta
mendengar segala permasalahan mereka. Ada kalanya, isu-isu yang dialami, termasuk
penderaan Tzikal, seksual atau emosi hanya dapat diketahui melalui interaksi yang
mendalam setelah kepercayaan dapat dibina. Masalah yang diketahui pula haruslah
dilaporkan kepada pihak berwajib, dan tidak didiamkan.

Benar, pelbagai langkah diambil oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan kadar
penderaan ke atas kanak-kanak. Contohnya kewujudan Talian Nur untuk melaporkan kes
penderaan serta Pusat Aktiviti Kanak-Kanak, penggubalan Akta Kanak-Kanak 2001 dan
Dasar Persaranan demi memastikan kebajikan dan kesihatan mental Malaysia berada di
tahap terbaik.

1) Meningkatkan tahap pendidikan psikologi ibu bapa melalui kelas atau inisiatif
berterusan di bawah kendalian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat

2)Menyediakan perkhidmatan kaunselor rumah tangga di segenap pelosok negara bagi


mengurangkan potensi perselisihan faham dan krisis kekeluargaan (One Stop Health
Mental Care).

3)Menggalakkan komunikasi terbuka di rumah dan sekolah anak-anak-khususnya


berkenaan kesihatan mental dan emosi.

4) Menambah dana dan peruntukan di kawasan tertumpu seperti pusat komuniti rakyat,
rumah ibadat dan pusat rekreasi bagi menggalakkan aktiviti sosial yang positif dan
interaktif.

Saya terinspirasi dengan ucapan pembukaan Jacinda Ardern, Perdana Menteri New
Zealand yang menga-takan negara tersebut akan menerajui untuk mengukur tahap
kemajuan negara berdasarkan kemajuan sosial, budaya dan alam sekitar.

**YB Nurul Izzah Anwar ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Naib Presiden dan
Pengarah Pilihan Raya Bersama, Keadilan

http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/nurul-izzah/ke-mana-hilang-perikemanusiaan-1.794195#.WnlQM3mCdmY.whatsapp Page 3 of 7
Ke mana hilang perikemanusiaan? - NURUL IZZAH - Sinar Harian 08/02/2018, 08(42

Kongsi berita ini:

ARTIKEL BERKAITAN :
Bagaimana mahu disahut IR 4.0
30 JANUARI 2018

Tahap peduli kita pada miskin bandar


23 JANUARI 2018

Ugutan terhadap kakitangan awam


23 DISEMBER 2017

Ekonomi negara: Selari @ terbantut?


12 DISEMBER 2017

DISYORKAN by Taboola

Ulama tegur Mahfuz

Isteri tangkap suami bermesra dengan isteri orang

Jenazah 10 tahun masih sempurna

Terusan Venice kering

Misteri batu bersusun

Pelayan tak cukup kain, pemilik kafe berdepan penjara

http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/nurul-izzah/ke-mana-hilang-perikemanusiaan-1.794195#.WnlQM3mCdmY.whatsapp Page 4 of 7
Ke mana hilang perikemanusiaan? - NURUL IZZAH - Sinar Harian 08/02/2018, 08(42

22 tahun tinggal dalam istana pasir

Tergamak bayar pakai wang fotostat

Dulu 'Yana' kini Harry...

Mangsa 'haruan makan anak' bersalin

DARI SELURUH LAMAN WEB Sponsored Links

A Chef 's Honest Review Of HelloFresh


Popdust for HelloFresh

U.S. Cardiologist Warns: Stop Taking Probiotics Immediately


Gundry MD

TV Star's Stomach Problem Has Surprising Cause


ActivatedYou

It’s Like eBay, But Everything Sells in 90 Seconds.


Tophatter

Single in Atlanta? See Who’s on Match


Match.com

Meet the Awesome New Jeep Wrangler


Edmunds

How This App Teaches You Spanish in Only 21 Days


Babbel

http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/nurul-izzah/ke-mana-hilang-perikemanusiaan-1.794195#.WnlQM3mCdmY.whatsapp Page 5 of 7
Ke mana hilang perikemanusiaan? - NURUL IZZAH - Sinar Harian 08/02/2018, 08(42

Glasses-Lovers Are Going Crazy Over This Site


GlassesUSA.com

Play this for 1 minute and see why everyone is addicted


Throne: Free Online Game

Guess Who's About To Go Bankrupt In America


Stansberry Research

Sinar@Social & Video Sinar TV & %

SinarOnline ' SinarOnline '


@SinarOnline @SinarOnline

7h * ♥ ( 7h

+Antara
!
yang menarik di Sinar Harian $ " Antara
# yang menarik di Sinar Harian
edisi Selangor & KL esok: 'Ugut demo edisi Selangor & KL esok: 'Ugut demo
depan ROS','Harapan selesai agih 35 depan ROS','Harapan selesai agih 35 BACK TO TOP "
kerusi… kerusi…
https://t.co/rgNGPHGjnmhttps://t.co/juROoWCkG9
https://t.co/1DYjFQPqsQ
DAPATKAN BERITA https://t.co/qnCdeZivtg

SINAR HARIAN
SETIAP HARI DI EMAIL ANDA.

Sign Up
TENTANG KAMI
KERJAYA
PELABUR
SYARAT & PENAFIAN
SITEMAP

http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/nurul-izzah/ke-mana-hilang-perikemanusiaan-1.794195#.WnlQM3mCdmY.whatsapp Page 6 of 7
Ke mana hilang perikemanusiaan? - NURUL IZZAH - Sinar Harian 08/02/2018, 08(42

HUBUNGI KAMI
APPS
RSS
KLASSIFIED

© 2012 All Rights Reserved • Karangkraf Media Group


© 2012 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf

http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/nurul-izzah/ke-mana-hilang-perikemanusiaan-1.794195#.WnlQM3mCdmY.whatsapp Page 7 of 7

Anda mungkin juga menyukai