Anda di halaman 1dari 4

Majlis Perasmian Penutupan Karnival Dakwah Sekolah-sekolah KPM Peringkat

Daerah Sipitang 2016

1 Mengumumkan ketibaan En, Pengarah Pembangunan Syiar Islam KETIBAAN


dan Budaya, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri
Sabah

2 Bismillahirrahmaa nirrahim......
Assolatuwassalamu ’ala asyrafil an-biyaae wal mursalin
Waala aalihi wasahbihi wasallam. Amma ba’

SALUTASI

1. Yang Berusaha, En Sabudin bin Dullah, Pengarah


Pembangunan Syiar Islam dan Budaya, Sektor Pendidikan
Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
2. Yang Berusaha En Abdul Razak bin Abdul Karim, Pegawai
Pendidikan Daerah Sipitang.
3. Encik Sabli bin Bagol, Pengetua SMK Padang Berampah
selaku tuan rumah.
4. Pengetua-pengetua, para guru besar, pegawai-pegawai
Pendidikan Daerah
5. Barisan panel hakim, ahli jawatankuasa pengelola,
6. Guru-guru, seterusnya para peserta Karnival Dakwah
Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat
Daerah Sipitang bagi tahun 2016.

Assalamualaikum WBKT,

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa


kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana
dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam
Majlis Perasmian Penutupan Karnival Dakwah Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Sipitang 2016
bersamaan 1437H pada hari ini.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian


En Sabudin bin Dullah, untuk hadir merasmikan Majlis Perasmian
Penutupan Karnival Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Sipitang 2016 ini.

Dengan tema kali ini, AL-QURAN ASAS PEMBINAAN ILMU DAN


PENYEMPURNAKAN AKHLAK , mudah-mudahan akan dapat
menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan
seterusnya mengekalkan martabat al-Quran di tahap tertinggi
yang sentiasa dijadikan rujukan utama dalam melahirkan ummah
yang cemerlang ilmu dan akhlaknya. InsyaAllah.....

3 Hadirin dan hadirat sekalian........ Lagu

Bagi memulakan acara kita ini, marilah kita sama-sama


menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku. Dijemput
para hadirin untuk berdiri.

Majlis mengucapkan terima kasih. Dijemput duduk.

Hadirin dan hadirat sekalian........ Doa

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Bagi memohon keberkatan majlis ini, marilah sama-sama kita


menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan
mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al
Fadhil Ustaz Mohd Hakimi Md Nawang untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

Dengan doa itu tadi, mudah-mudahhan majlis kita ini mendapat


keberkatan daripada Allah SWT. Majlis mengucapkan terima kasih.
5 Hadirin dan hadirat sekalian…..

Alhamdulillah semua pertandingan yang dirancang telah


dilangsungkan dengan jayanya. Pertandingan –pertandingan yang
dilangsungkan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat dan
kebolehan pelajar-pelajar dalam bidang yang berkaitan.

6 Hadirin dan hadirat sekalian....... Ucapan Alu-aluan


oleh :
Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam; PPD
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam

Majlis dengan ini mempersilakan En Abdul Razak bin Abdul Karim


selaku pengerusi pengelola karnival Dakwah Sekolah-sekolah KPM
Peringkat Daerah Sipitang 2016 untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada atas ucapan sebentar tadi. Terima


kasih.
7 Hadirin dan hadirat sekalian........
Ucapan
Daun semulur di pekan sari, Perasmian
Batang jerami rebah ke bumi; Penutupan
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Untuk itu, majlis dengan penuh hormat dan takzimnya, menjemput


dan mempersilakan En Sabudin bin Dullah untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Penutupan Karival Dakwah
Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2016. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih

8 Hadirin dan hadirat sekalian........


Persembahan
Kita serikan lagi majlis ini dengan menjemput kumpulan nasyid nasyid
____________________________________
untuk mempersembahkan nasyid mereka. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan itu


tadi.

9 Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Kita teruskan majlis ini dengan acara penyampaian hadiah kepada


para pemenang. Penyampaian
hadiah
Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Encik Abdul Razak bin Abdul Karim untuk
mengiringi En Sabudin bin Dullah, naik ke pentas dan seterusnya
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

(Lampiran)

10 Hadirin dan hadirat sekalian….. Penutup

Alhamdulillah… Dengan penyampaian hadiah dan cenderamata


sebentar tadi maka Karnival Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Sipitang pada kali pertama
ini sampai kepenghujungnya.

Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati.

Semoga kita berjumpa lagi.

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Karnival Dakwah Sekolah-


sekolah peringkat Daerah Sipitang 2016 merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama
dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Wabillahhitaufiq wal hidayah


Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai