Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER JERNEH

24210 KEMASEK KEMAMAN TERENGGANU


TERENGGANU DARUL IMAN

KERTAS KERJA
TEMASYA SUKANEKA
SEjERNEH

TARIKH:
26 OKTOBER 2017
HARI:
KHAMIS
TEMPAT:
PADANG SK AYER JERNEH
1.0 TAJUK

Sukaneka.
Permainan:
1) Isi air dalam botol
2) Bawa bola menggunalan gelung rotan
3) Cari gula-gula dalam tepung
4) Lari dalam guni
5) Tiup belon sampai pecah

2.0 PENGENALAN

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-
kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka
mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan Jasmani bagi murid-murid di sekolah
rendah. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan para peserta, permainan
sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan para peserta.

Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti
yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah
beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat
memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu
pertandingan seperti ini.

3.0 MATLAMAT

Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,


persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktivit permainan
sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif dikalangan peserta
dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak
langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti
yang menarik dan produktif.
4.0 OBJEKTIF

1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.
3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.
4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing-masing.
5. Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui
aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan.
6. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan bertanggungjawab.
7. Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam penghasilan
kertas kerja.
8. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh
pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat
dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan.

5.0 CADANGAN TARIKH, HARI DAN TEMPAT

Tarikh : 26 Oktober 2017


Hari : Khamis
Tempat : Padang SK Ayer Jerneh

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6


7.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. Suzliyati Bt Md.Zaman (Guru Besar)


Pengerusi : En. Mohd Nazri Bin Mohamad (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi I : Pn. Fazidah Bt Othman (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : Pn. Norlia Bt Abdullah (PK HEM)
Penyelaras : Pn. Siti Aisyah Bt Jusoh

AJK PERALATAN
1. En. Mohamed Bin Yusof
2. En. Mohamed Affendi Bin Mohamed Sudin
3. En. Abdul Malik Bin Mat Nasir

AJK MAKANAN
1. Pn. Sharifah Bt Abdullah
2. Pn. Noraini Bt Omar
3. Pn. Aini Bt Mustapha

AJK HADIAH DAN CENDERAMATA


1. Pn. Zabidah Bt Yahya
2. Pn. Nor Hikmah Bt Mohamed Zaki
3. Pn. Nur Adila Bt Yahya
4. Pn. Zaharah Bt Ali

AJK DOKUMENTASI
1. Pn. Yusmawati Bt Yahya
2. Pn. Nur Umira Bt Mat Hanapi

AJK KESELAMATAN DAN KAWALAN MURID


1. Pn. Salina Bt Yunus
2. Pn. Siti Aishah Bt Jusoh
3. Pn. Mek Yah Bt Mat Ail

PENGADIL
1. Pn. Suzliyati Bt Md.Zaman
2. Pn. Fazidah Bt Othman
3. Pn. Norlia Bt Abdullah
4. En. Mohd Nazri Bin Mohamad

8.0 SENARAI NAMA PESERTA

-Rujuk Lampiran 1
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 Makan dan minum murid RM3.50 x 169 orang = RM 591.50

2 Hadiah RM 450
JUMLAH BESAR RM 1,041.50

10.0 PENUTUP

Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru
kepada para peserta. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat melaksanakan
setiap aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini dengan sempurna
supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat membentuk
kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan.

Selain itu, ia juga dapat membentuk diri para peserta menjadi seorang yang
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Permainan ini juga dapat
memberi kepuasan serta keseronokkan kepada para peserta. Mereka dapat
meredakan tekanan belajar di samping meningkatkan keyakinan mereka terhadap
kemampuan dan keupayaan masing-masing.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………. ……………………………………
(SITI AISHAH BT JUSOH) (MOHD NAZRI BIN MOHAMAD)
PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN PK KOKURIKULUM
SK AYER JERNEH SK AYER JERNEH

Disahkan oleh:

…………………………………………
(SUZLIYATI BT MD.ZAMAN)
GURU BESAR
SK AYER JERNEH

Anda mungkin juga menyukai