Anda di halaman 1dari 5

Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:

a) Sediakan gambar ikan. b) Ambil kertas warna, potong panjang-panjang dan buat segitiga
kecil menggunakan pensel dan pembaris. c) Kertas warna yang sudah dibuat segitiga kecil,
dipotong ikut segitiga yang dibuat tadi. d) Letakkan gam pada separuh kertas warna segitiga
dan lekatkan di atas kertas gambar ikan pada bahagian badan ikan. e) Pada bahagian muka,
ekor dan sirip ikan, kertas segitiga digam penuh. Letakkan kertas hitam berbentuk bulat pada
bahagian mata. f) siap kolaj ikan
Bahan Bantu Mengajar:
Ketas gambar ikan, gam, gunting, kertas warna, pembaris dan pensil.

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid


Guru memperkenalkan alat-alatan untuk membuat kolaj ikan kepada murid satu persatu iaitu
kertas gambar ikan, gam, gunting, kertas warna, pensel, pembaris dan kertas hitam bulat.

Bahan-bahan membuat kolaj ikan.


Bahan-bahan membuat kolaj ikan.

Langkah Kedua
1. Guru terlebih dahulu menerangkan cara untuk membuat kolaj (demonstrasi) supaya murid
dapat mengikuti dengan mudah. 2. Guru cuba permudahkan langkah kepada unit yang lebih
kecil. 3. Guru meminta murid melihat dan mendengar dengan teliti demonstrasi guru. 4. Guru
buat daripada langakh 1 hingga akhir dengan meminta semua murid datang dekat guru.
Sambil buat, guru baca langkah analisis tugasan iaitu; a) Sediakan gambar ikan. b) Ambil
kertas warna, potong panjang-panjang dan buat segitiga kecil menggunakan pensel dan
pembaris. c) Kertas warna yang sudah dibuat segitiga kecil, dipotong ikut segitiga yang
dibuat tadi. d) Letakkan gam pada separuh kertas warna segitiga dan lekatkan di atas kertas
gambar ikan pada bahagian badan ikan. e) Pada bahagian muka, ekor dan sirip ikan, kertas
segitiga digam penuh. Letakkan kertas hitam berbentuk bulat pada bahagian mata.
Langkah-langkah membuat kolaj ikan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1. Guru menerangkan tentang buah-buahan tempatan. 2. Guru mengedarkan lakaran gambar
sebiji tembikai. 3. Murid menerima lakaran gambar buah tembikai. 4. Guru memberikan
labuci warna warni kepada setiap murid. 5. Murid menerima labuci. 6. Meletakkan atau
menyapukan gam di atas lakaran buah tembikai sedikit demi sedikit. 7. Melekatkan labuci
satu demi satu sehingga selesai. 8. Membentuk buah tembikai daripada tampalan labuci.
Bahan Bantu Mengajar:
Kad manila atau kertas lukisan, pensil, pemadam, gam, dan labuci.

Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:


1. Guru menerangkan tentang buah-buahan tempatan. 2. Guru mengedarkan lakaran gambar
sebiji tembikai. 3. Murid menerima lakaran gambar buah tembikai. 4. Guru memberikan
labuci warna warni kepada setiap murid. 5. Murid menerima labuci. 6. Meletakkan atau
menyapukan gam di atas lakaran buah tembikai sedikit demi sedikit. 7. Melekatkan labuci
satu demi satu sehingga selesai. 8. Membentuk buah tembikai daripada tampalan labuci

Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:


1. Gunting kertas warna secara menjalur. 2. Gunting kertas lukisan juga cara menjalur. 3.
Anyam kertas warna tadi ke atas kertas lukisan secara berselang-selang. 4. Kemaskan hujung
setiap anyaman tersebut.

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid


1. Guru menguji tahap intelek pelajar dengan menanyakan soalan yang memerlukan pelajar
berfikir iaitu; a. Guru meminta pelajar menyatakan langkah yang diperlukan untuk
menghasilkan anyaman kertas. b. Guru bertanya kepada pelajar bahan-bahan yang di
perlukan untuk membuat tikar anyaman kertas ini. 2. Guru juga meminta seorang pelajar
untuk menuliskan bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat anyaman kertas ini. 3.
Kemudian guru menerangkan bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat tikar anyaman
kertas ini berdasarkan jawapan murid supaya murid rasa di hargai. 4. Guru menerangkan
tentang langkah-langkah yang diperlukan untuk menghasilkan tikar anyaman tersebut adalah;
a. Pelajar perlu membuat garisan secara menjalur pada kertas lukisan dan kertas warna bagi
memudahkan mereka dalam kerja-kerja memotong. b. Pelajar perlu memotong kertas
pelbagai warna secara menjalur. c. Pelajar perlu memotong kertas lukisan juga secara
menjalur. d. Guru menunjukkan cara-cara menganyam kertas tersebut. e. Guru menunjukkan
cara menampak kertas tersebut agar tidak tercabut.
Langkah Kedua
Guru menerangkan mengenai langkah-langkah yang diperlukan untuk menghasilkan tikar
anyaman tersebut ialah; a. Pelajar perlu membuat garisan secara menjalur pada kertas lukisan
dan kertas warna bagi memudahkan mereka dalam kerja-kerja memotong. b. Pelajar perlu
memotong kertas pelbagai warna secara menjalur untuk mendapatkan sekeping kertas yang
panjang serta nipis. c. Pelajar perlu memotong kertas lukisan juga secara menjalur tetapi
kertas lukisan itu tidak perlu dipotong sehingga putus. d. Guru menunjukkan cara-cara
menganyam kertas warna ke atas kertas lukisan supaya anyaman itu teratur dan nampak
kemas.
Teknik anyaman
Langkah Ketiga
Pelajar melakukan aktiviti sambil di pantau oleh guru. 1. Pelajar membuat garisan secara
menjalur pada kertas lukisan dan kertas pelbagai warna bagi memudahkan mereka dalam
kerja-kerja menggunting. 2. Pelajar menggunting kertas pelbagai warna secara menjalur
untuk mendapatkan sekeping kertas yang panjang serta nipis. 3. Pelajar memotong kertas
lukisan juga secara menjalur tetapi kertas lukisan itu tidak perlu dipotong sehingga putus. 4.
Pelajar mula menganyam kertas warna ke atas kertas lukisan. 5. Setelah habis menganyam
semua kertas pelbagai warna ke atas kertas lukisan, pelajar mengemaskan setiap jalur kertas
warna agar nampak tersusun dan kelihatan kemas. 6. Bagi memastikan kertas-kertas warna
tadi tidak tertanggal pelajar boleh meletakkan gam pada hujung kertas warna yang telah siap
tadi.

Anda mungkin juga menyukai