Anda di halaman 1dari 2

Tarian singa

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Kostum tarian singa selatan.

Tarian Singa (bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional
dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang
memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan
penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan
bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi
olehgong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

[sunting]Sejarah

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi
mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di
negara China, Taiwan,Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai
corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang
Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat
popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini
sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan
warna merah, jingga dan kuning(hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih
banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu
dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta
tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata
yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di
hadapan kepalanya.

[sunting]Pautan luar