Anda di halaman 1dari 3

KISAH NABI ADAM DI SYURGA

Assalamualaikum W.B.

Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Kisah Nabi Adam Di Syurga


Tajuk cerita.( lagu)

Nabi Adam a.s ialah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah dari tiga jenis tanah iaitu tanah
kering, tanah liat dan saripati tanah.

ٖ ُ‫ۡمنۡ َح َم ٖإۡ َّمسن‬


ۡ ۡ٢٦ۡ‫ون‬ َ َٰ ‫صل‬
ِ ‫ص ٖل‬ َ َٰ ‫َولَقَدۡۡ َخلَقنَاۡٱ ِۡلن‬
َ ۡ‫سنَۡۡ ِمن‬
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal
dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. ( surah al Hijr, ayat : 26)

Setelah ditiupkan roh, Allah menempatkan Nabi Adam di dalam syurga.

Indahnya Syurga tidak terperi


Begitulah anugerah daripada ilahi. (Pantun)

Ya Kawan-kawan,
Manusia diciptakan sebaik-baik kejadian. Pada masa kini, pembedahan menukarkan jantina, lelaki
menjadi perempuan dan sebaliknya semakin berleluasa . Perkara ini adalah dilarang agama. Kita
seharusnya bersyukur kurniaan ilahi.

Kawan-Kawan,
Allah memerintahkan seluruh malaikat sujud memberi penghormatan. Malangnya iblis enggan.
“ Bukankah aku lebih mulia kerana aku dijadikan daripada api?” kata iblis dengan
sombongnya.

َٰٓ
ۡ ۡ٣٤َۡۡ‫ۡمنَ ۡٱل َٰ َك ِف ِرين‬ َۡ ‫يسۡأَبَ َٰى‬
ِ َ‫ۡوٱستَكبَ َۡرۡ َو َكان‬ َ َ‫َو ِإذۡۡقُلنَاۡ ِلل َم َٰلَئِ َك ِةۡٱس ُجدُواۡۡ ِِلَٰٓدَ َمۡف‬
َٰٓ َّ ‫س َجد َُٰٓواۡ ِإ‬
َ ‫َّلۡ ِإب ِل‬
( Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam.
Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan
menjadilah dia dari golongan yang kafir.) Surah Al-Baqarah, ayat 34.)

Disebabkan kesombongan iblis yang bernama Azazil , segala amal ibadahnya , sujud selama 70 ribu
tahun menjadi sia-sia.

Iblis dilaknat sehingga qiamat,


kerinduan syurga dia di hambat ( Pantun)

Ya Kawan-kawan,
Sikap sombong meruntuhkan diri-sendiri. Contohilah mereka yang mempunyai peribadi terpuji
seperti baginda Nabi Muhammad SAW yang terkenal dengan keperibadian yang mulia. Akhlak
terpuji, hidup diberkati.

Kawan-kawan,

Malaikat bimbang kemunculan Adam


Bertumpahan darah di seluruh Alam
Allah yang kuasa telah meyakinkan
Ada tujuan mengapa diciptakan ( Lagu)

Keraguan para malaikat tentang penciptaan Nabi Adam akhirnya terjawap.

Nama benda di alam semesta


Allah ajarkan kepada baginda (Pantun)

Para Malaikat mengkagumi kehebatan Nabi Adam apabila baginda Berjaya menjawap soalan yang
diajukan, sedangkan malaikat tidak mengetahuinya .

َ َ‫ضۡ َوأَعلَ ُمۡ َماۡتُبدُون‬


ۡ َ‫ۡو َماۡ ُكنتُمۡتَكۡت ُ ُمون‬ ۡ ِ ‫تۡ َۡوٱِلَر‬
ِۡ ‫س َٰ َم َٰ َو‬ َ ‫قَا َلۡأَلَمۡأَقُلۡلَّ ُكمۡ ِإنِ َٰٓيۡأَعلَ ُمۡغَي‬
َّ ‫بۡٱل‬
ۡ٣٣
, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala
rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu
sembunyikan?.(Surahh Al-Baqarah , Ayat;33)

Ya Kawan-kawan,
Allah maha mengetahui, banyak ramalan seperti ramalan kaji cuaca, ramalan bulan zodiac adalah
andaian biasa. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala rahsia.

Kawan-kawan,
Biarpun tinggal di syurga tiada tara, namun Nabi Adam berasa kesunyian kerana tiada teman bicara.

Asyiknya melihat burung berpasangan


Tertidur baginda bermimpi menakjubkan
Ketika terjaga teruja kegirangan
Mimpi baginda menjadi kenyataan

Alangkah bahagianya Nabi Adam kerana telah dikurniakan pasangan hidup iaitu Hawa yang diciptakan
daripada tulang rusuk kiri baginda. Mereka bebas menikmati kehidupan, syaratnya jauhi pohon
larangan.
Firman Allah SWT dalam surah Al-A’raf ayat 1
َّ َٰ ‫َاۡمنَ ۡٱ‬
١٩َۡۡ‫لظ ِل ِمين‬ َّ ‫َو ََّلۡتَق َربَاۡ َٰ َه ِذ ِهۡٱل‬
ِ ‫ش َج َر ۡة َۡفَت َ ُكون‬
Maksudnya : dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan
menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.

Ya kawan-kawan,
Perintah Allah mesti dipatuhi. Kes buang bayi semakin menjadi-jadi akibat manusia tidak mengendahkan larangan
jauhi zina. Ingatlah setiap larangan ada hikmahnya.

Kawan-Kawan,
Iblis menyimpan dendam kesumat kerana disebabkan Nabi Adamlah iblis telah diusir dari syurga. Tipu
daya iblis Berjaya memesongkan iman Adam dan Hawa.

Adam dan Hawa


Iblis sesatkan
Sudah termakan buah larangan
Mereka tersedar
Akui kesilapan
Lantas memohon keampunan tuhan ( Syair)
ۡ ۡ٣٧ۡ‫لر ِحي ُۡم‬ ُۡ ‫ابۡ َعلَي ِۚ ِهۡإِنَّ ۡهۥُۡ ُه َوۡٱلت َّ َّو‬
َّ ‫ابۡٱ‬ َ َ ‫فَت‬
Maksudnya : Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan
taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha
Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. ( surah al-baqarah ayat:37)

Kasihan baginda dikeluarkan dari syurga


Berkelana hidup di dunia
Yang penuh pancaroba.

Begitulah kawan-kawan kisah Nabi Adam di syurga.

“ Ingatlah pada Ar Rahman, jadilah beriman”

Sekian wabilahitaufik wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.