Anda di halaman 1dari 8

Kisah Cinta Zulaikha Dan Nabi Yusuf A.

assalamualaikum....

Ketika aku membaca kisah cinta Zulaikha dgn Nabi Yusuff a.s ini ,mengerti lah aku ,
bahawa cinta yang meresap ke dalam lubuk hati Zulaikha ini boleh menyebabkan dia
sangup dicaci. Alangkah tinginya nilai cinta jika tahap kecintaan manusia kpd Allah seperti
ini.....

Firman Allah swt:


ََ ‫يز ٱمۡ َرأَتَ ۡٱل َمدِينَ َِة فِى نِ ۡس َوةَ َوقَا‬
‫ل‬ َِ ‫شغَ َفهَا قَ َۡد نَّ ۡف ِسِۦهَۖ َعن فَت َٰٮ َها ت َرٲ ِودَ ۡٱلعَ ِز‬
َ َۖ‫ضلَ ٰـلَ فِى لَن ََر ٰٮ َها ِإنَّا حبًّا‬
َ َ‫( ُّمبِين‬٣٠

Maksudnya:Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal


Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan
dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan
hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata." (Surah
Yusuf (12:30)
J0mmm!!!....sama-sama kita hayati kisah ini......mungkin masih ada pembaca yang belum
mengetahui atau pon sudah lupa tentang kisah Zulaikha dan Nabi Yusuf a.s ini...sama-sama
lah kita menilai dan mengambil pengajaran di setiap rentetan cerita supaya dapat
dimanfaatkan dalam kehidupan kita...
insya'ALLAH dengan izin -Nya......

Malam itu terasa sangat panas oleh Ra'il, wanita cantik yang biasa dipanggil Zulaikha. Dia
sentiasa menghias cantik rupa paras, menghiias diri dan sentiasa memakai bau2an.
Kemudian dia berdiri, pagi dan petang di beranda istananya di atas Sungai Nil, dalam
kegelisahan yang tidak jelas puncanya. Angin sepoi2 bahasa bertiup tenang dan halus
seakan2 enggan mengusik ranting2 pepohon bunga yang mengelilingi beranda istana itu.
Zulaikha memandang ke arah sungai dan airnya yang tenang dan sesekali wajahnya
menoleh ke atas melihat bintang2 yg bertaburan di langit mengelilingi bulan dan
sebahagian sinarnya terlindung oleh awan.

Sesaat kemudian, seorang pelayan menghampirinya dengan segelas jus buah untuknya
tetapi dia menolak malah memerintahkan pelayannya supaya kembali. Nafasnya semakin
menyesakkan, seolah2 hampir mencekik lehernya. Dia sendiri tidak tahu apa yang
digelisahkannya. Kecantikan? Bukan! Dia adalah wanita tercantik di seluruh Mesir. Anak?
Mungkin itu benar, kerana sampai saat ini dia masih belum dikurniakan seorang anak.

Sebenarnya Zulaikha boleh sahaja mengambil anak angkat yang disukainya, kerana dia
orang terkaya di negeri itu. Tetapi naluri keibuannya menentang niatnya. Dia ingin
mengandung dan melahirkan puteranya sendiri sebagaimana wanita2 lain, namun takdir
menghendaki sesuatu yang lain krn suaminya tidak mampu mengubah impiannya menjadi
kenyataan.

Fikirannya berkecamuk. zulaikha terlena dlm lamunannya sehingga suara halus suaminya
tiba2 mengejutkannya: "Ra'il isteriku yang cantik, bergembiralah!" Suaminya berkata
sambil menunjukkan sesuatu kepadanya.
Zulaikha menoleh ke arah suaminya, dan betapa terkejutnya dia ketika melihat suaminya
datang bersama seorang anak kecil. "Siapa namamu?" Tanya Zulaikha.
Dengan suara yang hampir tidak kedengaran anak itu menjawab, "Yusuf".
Al-Aziz suami Zulaikha kemudian mengikutnya dari belakang seraya berkata, "Aku
membelinya daripada rombongan yang menemuinya di sebuah telaga di padang pasir.
Berikan kepadanya tempat dan layanan yang baik, boleh jadi dia kan bermanfaat kepada
kita, ataupun kita angap dia sebagai anak kita.

Zulaikha tidak mengetahui takdir apa yang akan berlaku antara dia dan anak itu pada hari2
akan datang. Yang jelas Zulaikha amat menyenangi kedatangannya, hilang sgl kesedihan yg
ditanggung selama ini. Hari2 berlalu pergi. Yusuf semakin membesar dan dewasa.
Wajahnya semakin tampan. Zulaikha tidak mengerti apa perasaan yang meresap di hatinya
setiap kali dia memandang wajah Yusuf. Kesedihan yg dihadapinya hilang apabila setiap
kali memandang wajahnya.

Setiap malam tiba dan Yusuf ke kamar tidur, Zulaikha merasa ada sesuatu yg mengusik
lubuk kalbunya, sehingga kadang kala dia bangun meninggalkan suaminya yang sedang
tidur dan pergi ke pintu kamar Yusuf. Dia berdiri di pintu kamar beberapa ketika. Dalam
hatinya timbul keraguan, apakah sebaiknya dia menghampiri Yusuf seperti yang
diinginkannya, ataupun kembali kepada suaminya. fikiran ini sering mengganggu hatinya
semalaman sehingga sampai matahari pagi terlihat masuk daripada celah2 jendela
kamarnya. Apabila begitu barulah dia kembali ke kamar suaminya.

Setiap kali pandangan matanya bertemu dengan pandangan Yusuf, dia merasakan
keinginan yang kuat untuk selalu berada di samping Yusuf dan tidak ingin berpisah
dengannya buat selama2nya. Namun hati kecilnya berkata Yusuf tidak memendam
perasaan yang sama sepertinya. Pertanyaan yang selalu mengusik kalbunya adalah adakah
Yusuf memendam perasaan seperti yang dipendamnya? Meskipun hati kecilnya berkata
bahawa Yusuf tidak menampakkan sikap seperti itu, dia tidak mahu mendengar jawapan
itu.

Pada suatu petang, Zulaikha sudah tidak berdaya lagi memendam perasaan cintanya kpd
Yusuf. Dia kemudian berdiri di cermin, mengagumi kecantikan rupa parasnya sambil
berkata kepada dirinya sendiri : "Adakah di seluruh Mesir ini, wanita yang kecantikannya
melebihi kecantikanku? sehingga Yusuf menghindari aku? Tidak boleh tidak, wahai Yusuf!
hari ini aku akan menemuimua dgn sgl macam pujukan dan rayuan sehingga engkau
tunduk kepadaku".

Kemudian dia membuka almari dan matanya mengamati ke arah pakaian yang ada di
dalamnya. Dia memilih salah satu gaunnya yang paling indah, berwarna merah dengan
model yang boleh membangkitkan ghairah lelaki apabila memandangnya. Apabila gaun itu
dikenakan di tubuhnya, sebahagian aurat yang seharusnya disembunyikan kelihatan. Itulah
yang dikehendakinya. Kemudian dia memakai minyak wangi-wangian di sekujur tubuhnya
yang menyebabkan seseorang lelaki akan ghairah apabila tercium baunya. Kemudian dia
menyikat rambutnya dan dibentuk seindah-indah pada malam yang sunyi itu.

Selepas menyempurnakan dandanannya, Zulaikah mengamati keadaan sekelilingnya,


sehingga dia benar-benar yakin tidak ada seorang pun pelayannya yang masih
menunggunya di situ; semuanya sudah tidur di kamar masing-masing. Dia juga tahu
suaminya sedang memenuhi undangan seorang hakim MEsir dan sibuk dengan urusan-
urusannya, sehingga tidak mungkin dia akan kembali kepadanya sebelum fajar tiba.

Selesai segala-galanya, dia pergi ke kamar Yusuf. Dilihatnya pintu kamar itu tertutup dan
lampunya sudah dipadamkan. Dengan perlahan dia mengetuk; satu kali, dua kali..dan tiga
kali. Tidak lama kemudian Yusuf bangun dan menyalakan lampu, lalu membukakan pintu
kamarnya. Alangkah terkejutnya Yusuf apabila melihat Zulaikha, isteri al-Aziz sudah
berada di hadapannya. Tetapi baginda tidak berkata apa-apa kecuali diam menduduk.

Tiba-tiba Zulaikha masuk ke dalam kamar Yusuf, mendekatinya dan memgang tangannya
sambil menutup pintu kamar. Zulaikha merasa gelisah, ketakutan serta tidak membalas
pandangan mata Yusuf. Dia berpaling ke arah Yusuf, sedangkan Yusuf berusaha
menjauhkan diri daripadanya.
Zulaikha berkata kepadanya, "Apakah maksud semua ini wahai Yusuf? Janganlah engkau
menjauhkan dirimu daripadaku sehingga menyebabkan aku binasa kerana merinduimu."

Yusuf diam tanpa memberi apa-apa jawapan. Zulaikha mendekatinya lagi sambil berkata,
"Aduhai Yusuf, betapa indahnya rambutmu!"
Yusuf menjawab, "Inilah sesuatu yang pertama kali akan berhamburan daripada tubuhku
selepas aku mati."

"Aduhai Yusuf, betapa indahnya kedua-dua matamu!. Zulaikha terus memujuknya. "Kedua-
duanya ini adalah benda yang pertama kali akan lepas daripada kepalaku dan akan
mengalir di muka bumi!." Yusuf berkata lagi.
Zulaikha terus menggodanya, "Betapa tampannya wajahmu yusuf." "Kelak, tanah yang akan
menghancurkannya," Yusuf membalas.

Kemudian Zulaikha berkata kepada Yusuf, "Tubuhku sudah terbuka kerana ketampanan
wajahmu." "Syaitan menolongmu melakukannya!" Yusuf berkata lagi. "Yusuf, bagaimana
harus aku harus mendapatkan apa yang selama ini kudambakan, dan kini aku datang
kerananya," Zulaikha merayu lagi.

Yusuf membalas, "Ke manakah aku akan lari daripada murka Allah sekiranya aku
menderhaka kepada-Nya?" Sedarlah Zulaikha bahawa Yusuf benar-benar tidak mahu
memnuhi apa yang dia inginkan. Dia mendekatinya lagi, bahkan lebih dekat kepadanya dan
meletakkan badan Yusuf di atas dadanya. Dia berharap Yusuf akan tertarik kepadanya dan
mahu memenuhi keinginannya. Tetapi, di luar dugaannya, Yusuf menolak malah
menghindarkan diri daripadanya dan segera berlari hendak keliar dari kamar itu.
Zulaikha tidak mampu berfikir mengapa Yusuf begitu keras mempertahankan kesuciannya
di hadapan wanita secantik Zulaikha yang sedia melayaninya, bahkan lari menjauhkan diri
daripadanya. Zulaikha mengejar Yusuf dari belakang bagi mmemaksanya. Ketika dia
mendekati Yusuf, dipegangnya bahagian belakang baju Yusuf dan ditariknya dengan kuat.
Dengan rasa marah, Zulaikha melarang Yusuf keluar dari kamar. Akhirnya, bahagian
belakang baju Yusuf koyak.

Pada masa yang sama, al-Aziz sudah berada di hadapan mereka berdua, bersama-sama
sepupu Zulaikha. Dengan serta-merta Zulaikha berkata, "Apakah hukuman bagi orang yang
berbuat jahat kepada isterimu, selain dipenjarakan ataupun dihukum dengan seksaan yang
pedih?"
Zulaikha bermaksud menyatakan Yusuf cuba melakukan sesuatu yang melampaui batas ke
atas dirinya. Al-Aziz berasa sangat marah atas apa yang berlaku. Ini kerana dia tidak
menduga perlakuan itu akan dilakukan oleh Yusuf, seorang anak terlantar yang dibelinya,
dipelihara dan dikasihaninya seperti kasih sayang seorang ayah kepada puteranya sendiri.
Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku?

yusuf sedar Zulaikha berdusta dan menuduhnya dengan tuduhan palsu. Zulaikha segera
berkata kepada al-Aziz, "Dia menggodaku supaya menyerahkan diriku kepadanya".
Ternyata Allah mahu Yusuf bebas daripada tuduhan wanita itu, anak salah seorang ahli
keluarga Zulaikha ketika itu datang ke istana tiba2 berkata, "Sekiranya bajunya koyak di
bahagian depan maka wanita itu berkata benar dan Yusuf termasuk dalam golongan org2
yg berdusta. Sekiranya bajunya koyak pada bahagian belakang, wanita itulah yg berdusta.

Mendgr kata2 itu al-Aziz segera menghampiri Yusuf dan memeriksa bajunya, dan
mendapati baju Yusuf koyak di bahagian belakang akibat ditarik oleh Zulaikha, mengertilah
al-Aziz bhw isterinya itu berlaku khianat kepadanya dan Yusuf bersih daripada tuduhan.
Kemudian dia berkata, "Sungguh, inilah tipu muslihatmu. Sungguh dahsyat tipu
muslihatmu".

Al-Aziz memandang Yusuf sambil berkata, "Wahai Yusuf, pergilah dari sini".
Tujuannya ialah supaya Yusuf tidak menghebahkan perkara aib ini. Kepada isterinya dia
berkata, "Dan kamu, wahai isteriku mohon ampunlah atas dosamu itu, krn sesungguhnya
kamu termasuk dalam golongan org yang berbuat salah".

"Celakalah kamu Yusuf!" Zulaikha berkata dgn nada marah krn Yusuf menolak kecantikan
dan kebesarannya.

"Tidak! Aku tidak akan membiarkanmu, Yusuf. Aku akan mencari jalan lain utk
mendapatkanmu, memperdayakanmu, sehingga engkau memenuhi apa yg aku
kehendaki..".
Hari2 berlalu, al-Aziz yg kalah dlm mengadili kejadian aib itu berusaha memujuk Zulaikha
supaya menghadapi kenyataan, sementara isterinya membantahnya. Dia tahu setiap kali
dia menampakkan kebenciannya kpd al-Aziz, suaminya itu akan benar2 berusaha
mendekati dan memujuknya krn dia sgt mencintai Zulaikha.
Yusuf sendiri akhirnya berdiam diri sepanjang hari di dalam kamarnya krn peristiwa yg
memalukan itu. Dia hanya keluar apabila ada urusan penting yg ditugaskan oleh tuannya
al-Aziz.
Hari2 yg dilalui menghantui Zulaikha. Dia sentiasa menanti peluang utk kembali
menjalankan tipu dayanya terhadap Yusuf, kerana apa yg berlaku itu semakin menambah
cintanya dan keinginnay utk menjalinkan hubungan dgn Yusuf, meskipun secara terang2an
dia mendustakan Yusuf di hadapan suaminya bagi menghilangkan keraguan suaminya
terhadap dirinya.

Hari demi hari dilalui oleh Zulaikha terasa amat lambat berlalu. Di kota, beberapa peristiwa
yg tidak terduga terjadi. Wanita-wanita di Mesir pada ketika itu sentiasa berbicara tentang
peristiwa aib yg berlaku. Sungguh menghairankan bagaimana boleh tersebar hingga ke
kota, pada hal semua pihak di istana al-Aziz telah berusaha merahsiakannya. Mungkin
cerita itu disebarkan oleh pelayan lelaki atau pelayan wanita istana yg ada hubungan
keluarga dengan mereka.

Ibu kota Mesir bergema dgn kisah ini. Dalam setiap kelompok wanita tidak ada perkara lain
yg dibicarakan. Akhirnya berita itu sampai ke telinga Zulaikha. Sudah tentu hal ini
menimbulkan kemarahannya. Namun dia tak dpt menghalang org2 bercerita ttg hal itu. Dia
terpaksa menerima kenyataan yg pahit itu dgn hati yg pedih, "Betapa perjalanan hidupku
seperti sepotong roti yg berada di dalam mulut wanita2 kota yg dipenuhi cemuhan dan
ejekan", keluhnya dalam hati.

Padahal hari2 sebelumnya tiada siapapun yg berani menyebut namaku kecuali dgn segala
penghormatan dan kemuliaan". sambungnya lagi.

Setelah jiwanya goncang dgn kemarahan Zulaikha menjadi tenang semula, lalu berbicara
dgn dirinya, "Aku wanita, dan mereka juga wanita. Mereka harus juga terima penghinaan
sebagaimana penghinaan yg mereka tuhukan kpdku. Sekiranya merekka mempeolok2an
aku dgn lidah mereka, sesungguhnya olok2ku nanti akan lebih keras ke atas diri mereka..".
Zulaikha menuju ke beranda yg menghadap ke Sungai Nil. Di tepi sungai itu, sementara
angin lembut menerpa pepohonan bunga yg mengelilingi istana, mengharumi udara
sekitarnya, dia mulai bermenung dan berfikir.

Tidak lama kemudian wajahnya kelihatan berseri kemudian mulutnya mulai tersenyum.
Dia sudah menemui suatu cara penyelesaian kpd masalahnya. Ya! Mengapa dia tidak
menghentikan cemuhan wanita2 itu kpd dirinya dan Yusuf dalam satu pertemuan terbuka?
Mengapa dia tidak memanggil waita2 itu duduk bercakap2 lalu dia perintahkan Yusuf
keluar menampakkan dirinya di hadapan mereka? Nanti mereka akan sedar mengapa
Zulaikha jatuh hati kpd anak angkatnya.

Zulaikha menjemput semua kaum wanita ke istananya utk bergembira. Mereka


dipersembahkan dgn pelbagai buah2an dan masing2 diberikan pisau sebagai alat untuk
memeotongnya. Zulaikha ingin melihat apakah yg akan terjadi kepada mereka ketika Yusuf
muncul secara tiba2 di tengah2 mereka.
Kebanyakan wanita bangsawan di Mesir berasa hairan dengan jemputan isteri al-Aziz itu.
Mereka menyaksikan suasana berlainan daripada biasa. Ruangan istana dihias indah.
Mereka yg hadir dipersilakan duduk di atas kerusi yg indah. Di hadapan masing2 terhidang
sepinggan buah2an serta sebilah pisau pemotong.
Tetamu memandang kepada apa yang ada dalam ruangan istana, masing2 membisu kerana
tidak berani berbicara dengan jelas. Zulaikha pun membuka acara. Bicaranya hanya
berkisar kepada buah2an yg terhidang dan aturcara majlis tidak sedikitpun menyentuh ttg
peristiwa yg berlaku antara dia dan Yusuf. Dia menyatakan bahawa apa yg dilakukan kpd
mereka ini adalah sebagai kejutan.

Ada di antara tetamu itu menyindir Zulaikha. Dgn cara yg bijak dia bercerita ttg seorg
perempuan yg jatuh cinta dan mati dalam kesedihan krn lelaki yg meminangnya mati
dalam peperangan. Pun begitu Zulaikha lebih bijak. Dia mengalihkan perbicaraan mereka
kpd sesuatu yang lain. Dia berkata kpd Yusuf. "Keluarlah, tunjukkan dirimu kepada
mereka".

Yusuf keluar dari tempatnya menuju ke majlis yg dihadiri oleh kaum wanita yg menjadi
tetamu Zulaikha itu. Betepa terkejutnya mereka apabila melihat ketampanan Yusuf. Merek
atercengang kehairanan. Tanpa disedari, mereka terpotong jari-jari mereka dengan pisau.
Mereka fikir mereka sedang memotong buah padahal darah yg mengalir dari tangan
mereka. Lama-kelamaan mereka sedar apa yg meeka lakukan kemudian berkata. : "Maha
Besar Allah Ini bukanlah manusia. Dia adalah malaikat yang mulia."

Ketika itu wajah Zulaikha berubah krn marah. Dia berkata sambil menunjuk kepada Yusuf,
"Itulah org yg menyebabkan aku dicela krn tertarik kpdnya. Ssghnya aku begitu
menginginkannya tetapi dia menolak. sekarang jika dia tidak mengikuti apa yg aku
perintahkan, dia akan dipenjarakan dan akan menjadi org yg hina".

Yusuf mendgr apa yg dikatakan zulaikha dgn tenang dan tabah. Dia juga tahu keinginan
setiap wanita yg hadir sama spt keinginan Zulaikha kpdnya. sambil berlindung kpd Allah,
Yusuf berkata, "Tuhanku! Penjara lebih kusukai daripada memenuhi ajakan mereka kpdku.
Dan sekiranya Allah tidak hindarkan aku daripada tipu daya mereka pasti aku akan tertarik
kepada mereka. Dan tentulah aku termasuk org2 yang jahil. Sesungguhnya Allah swt akan
meneguhkan iman hamba2NYa ug mukmin yg berpegang dgn kebenaran yg diperintah
olehNya.."

Allah swt memperkenankan doa Yusuf, dan Dia melindungi tipu daya mereka.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui.
Wanita2 itu akhirnya pulang dgn tangan yg berlumuran darah. Akhirnya mereka sedar
Zulaikha terhalang cintanya kpd Yusuf. Yusuf kemudiannya beredar meninggalkan ruangan
itu dan Zulaikha puas kerana dapat membalas penghinaan wanita2 tersebut.

tetapi setelah lama berfikir, dia sedar perasaan yg ditanggungnya selama ini adalah sesuatu
yg berat buatnya. Dia bercakap dgn diri sendiri, "Yusuf menghindarkan dirinya kpdku
sebanyak dua kali; sekali di kamarnya dan sekali di hadapan wanita2 kota. Sesungguhnya
wanita2 kota itu juga mencintai Yusuf sama seperti diriku, tetapi semuanya tidak
memperoleh sesuatu daripadanya. Ancamanku kpdnya pun tidak ditakuti. Celakalah
engkau meskipun aku mencintaimu".

Zulaikha pergi menemui suaminya kemudian suaminya bertanya ttg jamuan yg diadakan.
Zulaikha memberitahu bhw jamuan itu menmbahkan keburukan kpdnya.
"Bagaimana hal itu boleh terjadi?" Tanya al-Aziz.

"Sekiranya Yusuf tidak disembunyikan daripada istana dan kota, dia akan selalu berbicara
mengenai apa yg memburukan akau.." Zulaikha menjawab.
Al-Aziz mendekati isterinya sambil berkata, "Bagaimana engkau boleh merelakan sesuatu
yg memburukkanmu?"
Tubuh Zulaikha gementar. Kemudian dia berkata, "Kalau begitu penjarakan Yusuf, sehingga
semua org melupakannya".

Al-Aziz menyetujui cadangan isterinya itu. Tidak lama kemudian, beberapa org pengawal
istana mebawa Yusuf ke penjara. Tatkala Yusuf keluar dari pintu istana, Zulaikha berdiri di
belakang jendela kamarnya sambil memandang ke arah Yusuf. Dia merasakan seolah2
sebahagian daripada hatinya tercabut, meskipun dia yang mendesak suaminya supaya
memenjarakan Yusuf.

Saban hari, kesedihan mewarnai wajah Zulaikha. Suaminya hanya boleh melihat dengan
sikap diam dan tak boleh berbuat apa2. Wanita itu bertanya kepada dirinya sendiri,
"Salahkah aku ketika aku menyuruh al-Aziz memasukkan Yusuf ke dalam penjara? Ya,
kuharamkan diriku daripada melihat Yusuf.."
Sekali lagi dia berfikir dalam kegelisahannya, "Tetapi, apakah aku bersalah dalam urusan
itu?"
Dia menyalahkan dirinya sendiri untuk melepaskan diri daripada azab, seperti seorang
dermawan yang haus, tetapi tidak sanggup mencedok air yang dipikul di bahunya sendiri.
Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun berlalu tanpa sunyi daripada cerita
Zulaikha dgn Yusuf.

Pada suatu hari utusan raja datang, memerintahkan Zulaikha supaya datang ke istana.
Zulaikha sangat hairan sebab perkara sperti itu belum pernah terjadi sebelumnya. Dia
bertanya kpd suaminya apa yg menyebabkan dia dipanggil ke istana. Al-Aziz menjawab,
"Mungkin ada urusan dgn Yusuf". Mendengar nama itu hilang sgl dugaan, tetapi benarkah
raja mahu berbicara dengannya mengenai Yusuf?

Dgn pelbagai pertanyaan bersarang di benaknya, Zulaikha pergi ke istana. Dia mendapati
wanita2 yg sudah terpotong tanggannya ada di sana semuanya menghadap Raja Mesir.
Baginda memandang kpd semua wanita itu dan bertanya satu persatu, "bagiamanakah
keadaan kamu ketika menggoda Yusuf supaya menuruti kehendakmu?"

Mereka menjawab serentak, "Kami dapati tidak ada satupun keburukan yang ada padanya"
Tiba2 tanpa diminta oleh raja, Zulaikha berbicara. Dia merasakan sudah tiba masanya utk
berterus terang, supaya beban dosa yg ditanggungnya kesan daripada perbuatannya
terhadap Yusuf hilang. Di hadapan wanita2 dan raja Zulaikha berkata, "Sekarang jelaslah
kebenaran itu. Akulah yg menggodanya supaya tunduk kepadaku dan sesungguhnya dia
termasuk golongan org2 yg benar".

Yusuf berkata, "Yang demikian itu supaya al-Aziz mengetahui apa yg sesungguhnya aku
tidak khianat kepadanya di belakangnya, dan bahawasanya Allah tidak akan merelakan
tipu daya manusia yg khianat. Aku tidak membebaskan diriku daripada kesalahan krn
sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yg diberikan
rahmat oleh Tuhanku. sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang".

..........................................................................................................................................................................

Terdapat perbezaan pendapat mengenai kehidupan Zulaikha selanjutnya. Sebahagian org


berpendapat sejak itu Zulaikha hidup dalam kesedihan dan putus asa krn ingatannya kpd
Yusuf. Sebahagian yg lain pula berpendapat Zulaikha akhirnya berpindah ke suatu tempat
yg jauh yg berutanya tidak diketahui sama sekali. Yang jelas kehidupan Zulaikha terganggu
krn cintanya kpd Yusuf.

Namun ada yg mengisahkan selepas peristiwa itu Zulaikha bertaubat kpd Allah swt. Ketika
Yusuf diutus menjadi rasul dan menjadi penguasa menggantikan al-Aziz baginda bertemu
dgn Zulaikha yg ketika itu sudah tua. akhinya Allah swt menjadikan Zulaikha muda remaja
dan dikahwinkan dgn Nabi Yusuf. Zulaikha akhirnya menjadi wanita solehah yg sentiasa
beramal kpd Allah swt.

KISAH NABI YUSUF AS DAN ZULAIKHA INI BOLEH DIRUJUK DAAM AL-QURAN SURAH
YUSUF 12-: 21 HINGGA 53)

Kisah ini dapat dibaca daripada buku 'Bunga Kebahagiaan' terbutan Anbakri Publika Sdn
Bhd.....