Anda di halaman 1dari 8

Laporan Sebelum PBS

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan perkara yang


terbaru bagi saya. Oleh sebab itu, saya berasa amat menarik tentang perkara
ini kerana saya diberi peluang untuk ke sekolah selama satu minggu.
Semasa mengetahui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
akan dijalankan pada 23 Mac 2009 hingga 27 Mac 2009, saya telah
mengadakan perbincangan dengan kelurga saya untuk memilih sebuah
sekolah bagi melaksanakan tugasan ini. Selepas perbincangan, saya telah
membuat keputusan untuk menjalankan tugasan ini di sekolah rendah yang
saya pelajari selama 6 tahun iaitu SJK (C) Yuk Min.
Sebelum menjalankan tugasan tersebut, pensyarah-pensyarah telah
memberikan taklimat yang jelas dan terang kepada kami. Sepanjang taklimat
itu, mereka telah menerangkan cara-cara untuk mebuat portfolio ini. Di
samping itu, pensyarah-pensyarah juga memperingatkan kami untuk menjaga
sikap dan disiplin kami semasa melaksanakan aktiviti di sekolah. Selain itu,
pensyarah Falsafah dan Pendidikan di Malaysia kami iaitu Encik Mustafa
Kamal B. Alias juga memberi penerangan yang jelas kepada kami tentang
tugasan PBS ini. Melalui taklimat dan perbincangan tersebut, saya lebih
memahami objektif tentang PBS dan bagaimana melaksana dan menjalankan
tugas di sekolah.
Sebelum pergi ke SJK (C) Yuk Min, saya telah menyediakan nota-nota
dan juga menyenaraikan perkara yang akan saya lakukan di sekolah.
Tambahan pula, saya telah fotostat borang-borang yang diperlukan oleh
tugasan PBS. Borang-borang seperti borang kehadiran, borang refleksi,
borang interaksi dan sebagainya adalah diperlukan sepanjang PBS. Saya
juga membawa digital camera, bahan-bahan tulisan dan juga buku garis
panduan PBS bersama dengan saya.
Begitulah persiapan saya sebelum saya pergi PBS.
Laporan Semasa PBS

23/3/2009 (Isnin)

Pada hari pertama, saya sampai ke sekolah pada pukul 7.00 pagi.
Selepas melaporkan diri dengan Pengetua Sekolah, En. Ng Keng Kuan beliau
pun menjemput saya ke dewan. Saya dijemput untuk melibatkan diri dalam
perhimpunan pagi ini dan saya juga diatur duduk bersama dengan guru-guru
lain di atas pentas sepanjang perhimpunan dijalankan. Saya berasa bangga
kerana ia adalah kali pertama saya mempunyai peluang duduk di atas pentas
semasa perhimpunan. Sebelum itu, pelajar-pelajar diminta untuk melafaz “Di
Zi Gui” sebelum perhimpunan dimulakan.
Apabila tepat pukul 7.30 pagi, perhimpunan dimulakan dengan
nyanyian lagu Negaraku. Pengacara hari tersebut merupakan pelajar Tahun
6. Selepas itu, guru bertugas memberi taklimat yang ringkas dan
pengumuman kepada para pelajar. Selepas itu, Guru Besar memberi ucapan,
beliau memperkenalkan saya kepada para guru dan juga pelajar sekalian
sebelum memulakan ucapannya. Perhimpunan dijalankan dalam masa 30
minit.
Selepas perhimpunan, saya telah mengadakan satu perbualan kecil
dengan Guru Besar. Saya juga menerangkan tujuan PBS kepada beliau dan
beliau berjanji akan memberi bantuan kepada saya sepanjang minggu PBS
ini. Di samping itu, Penolong Kanan Pentadbiran juga telah mengaturkan
saya bagi memerhatikan beberapa orang guru menjalankan P&P mereka
sepanjang minggu ini. Selepas itu, beliau membawa saya berjumpa dengan
mentor saya iaitu Pn. Ding. Pn. Ding telah memberi kerjasama yang cukup
baik kepada saya dan menolong saya dalam minggu ini. Pn. Ding secara
ringkas menerangkan sistem pengurusan sekolah kepada saya. Penerangan
Pn. Ding telah menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang pengurusan di
SJK (C) Yuk Min.
Di samping itu, saya berasa syukur kerana para guru yang saya temui
adalah mesra dan suka menolong. Mereka telah memberi banyak bantuan
kepada saya pada hari pertama. Dengan kemesraan mereka, saya tidak lagi
berasa takut semasa menjalankan tugasan PBS.
24/3/2009 (Selasa)

Pada hari ini, saya melaporkan diri di Bilik Guru Besar pada pukul 7.00
pagi. Selepas itu, saya pun pergi memerhatikan murid-murid yang berada di
kelas. Tiap-tiap pagi, mereka akan menjalankan satu program yang
dinamakan “chen du” iaitu bacaan pagi. Hari ini, mereka membaca tentang
buku yang berkaitan dengan Bahasa Melayu.
Selepas itu, saya menjalankan aktiviti penangkapan gambar tentang
kemudahan-kemudahan yang terdapat di SJK (C) Yuk Min. Saya mendapati
kemudahan dan infrastruktur yang terdapat di sekolah gred A ini adalah
sempurna dan canggih. Misalnya makmal sains, bilik muzik, bilik kemahiran
hidup dan juga bilik komputer mengandungi bilangan alatan yang cukup untuk
menampungkan keperluan murid-murid.
Selain itu, saya juga dipanggil untuk memerhati guru mentor saya iaitu
Pn. Ding mengajar Matematik di kelas 6M. Pengajaran Pn. Ding memang
menarik dan berpengalaman. Oleh sebab tahun ini pelajar Tahun 6 akan
menjalankan peperiksaan UPSR. Jadi, Pn. Ding fokuskan mereka terhadap
latihan. Langkah kerja dalam Matematik juga sangat difokuskan oleh Pn. Ding
terhadap pelajarnya.
Selepas itu, saya pun pergi ke pusat sumber untuk menjalankan tugas
penaipan saya untuk selesaikan tugasan ini.

25/3/2009 (Rabu)

Seperti hari biasa selepas melaporkan diri, saya akan pergi ke kelas
untuk memerhatikan murid-murid belajar buku “Di Zi Gui” iaitu sebuah buku
yang dituliskan oleh Kong Fu Tze (“Standard of being a good student and
child”). Terdapat guru yang akan mengajar pelajar dan menerangkan isi
ataupun erti yang terkandung dalam buku ini.
Menurut Guru Besar, pihak sekolah beriltizam melahirkan insan yang
cemerlang dlam aspek sahsiah, akademik dan ko-kurikulum. Dengan
mengajar buku tersebut, matlamat ini akan dicapai. Kata-kata Guru Besar
dapat dibuktikan pada sikap dan perbuatan murid-murid di sekolah itu.
Mereka merupakan murid yang berpekerti mulia dan hormat kepada guru.
Mereka akan memberi hormat kepada guru ataupun senyum terhadap guru
semasa mereka melalui sisi guru.
Pada hari ini, saya telah mengadakan temu bual dengan beberapa
orang murid tentang pembacaan buku tersebut. Menurut mereka, mereka
berasa dapat mempelajari banyak ilmu baru yang ditinggalkan oleh Kong Fu
Tze dan mereka sangat menyanjungi Kong Fu Tze. Selain itu, melalui
pembacaan buku ini, pelajar-pelajar juga mengetahui bahawa mereka
hendaklah mesra dengan keluarga mereka dan hendak sayang akan keluarga
diri sendiri. Di sekolah, mereka hendaklah menghormati guru-guru malahan
kakitangan dan pekerja di sekolah.
Hari ini saya juga berpeluang untuk masuk kelas 2M memerhatikan Pn.
Ding menjalankan aktiviti P&P beliau. Subjek hari ini ialah Bahasa Cina. Major
saya juga merupakan Bahasa Cina. Semasa P&P, beliau menggunakan
teknik lakonan untuk mempersembahkan isi teks itu. Dengan pengggunaan
teknik ini, para pelajar dapat menumpukan perhatian mereka terhadap apa
yang telah diajar. Di samping itu, murid-murid sangat aktif semasa P&P ini
dijalankan. Mereka tidak akan berasa malu untuk menyuarakan sesuatu
dalam kelas. Pada pandangan saya, ini adalah satu keadaaan yang baik.
Hari ini juga merupakan hari yang luar biasa bagi sekolah ini, iaitu
Penolong Kanan Ko-kurikulum, Pn. Sin bersara. Majlis ini dijalankan pada
pukul 11.00 pagi dan melibatkan semua guru, kakitangan sekolah dan pelajar.
Sebelum itu, satu majlis makanan dijalankan di pusat sumber. Tepat jam
11.00 pagi, semua murid berkumpul di dewan untuk meraihkan majlis
persaraan ini.

26/3/2009 (Khamis)

Pada hari ini, saya juga melapor diri seperti biasa dan hari ini saya juga
menjalankan perbualan dengan murid-murid di sekolah ini. Saya juga
berinteraksi dengan murid-murid pada waktu rehat di kantin. Mereka sangat
sopan dan baik.
Hari ini, saya juga diaturkan untuk memerhati guru Cik Yong mengajar
Bahasa Melayu di kelas 1M. Pelajar-pelajar kelihatan sangat comel dan
mereka banyak menanya soalan.
Petang ini mempunyai aktiviti latihan sukan. Saya juga datang untuk
melibatkan diri dalam aktiviti ini dan mengambil gambar.

27/3/2009 (Jumaat)

Hari ini merupakan hari terakhir saya menjalankan PBS di sekolah Yuk
Min. Saya berasa amat berat hati untuk meninggalkan sekolah ini dan juga
murid-murid di sekolah ini.
Sebelum meninggalkan sekolah ini, saya juga berjumpa dengan guru
besar sekolah ini. Selain itu, saya juga mengambil borang kehadiran daripada
Guru Besar dan laporan perkembangan pelajar. Di samping itu, saya juga
mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, mentor saya dan para guru
yang telah menolong saya dalam tugasan kali ini. Saya juga mengambil
kesempatan untuk mengambil gambar bersama dengan mereka untuk
dijadikan kenangan.
Laporan Akhir PBS

Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada Tuhan kerana saya
dapat menyempurnakan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan oleh
pensyarah. Selain itu, saya juga tidak menghadapi masalah yang sukar
diselesaikan semasa tugasan ini dijalankan. Pada saya, semua ini adalah
bantuan daripada Tuhan. Akhirnya saya telah menyempurnakan tugasan
yang diberikan.
Selepas menyelesaikan tugasan ini, barulah saya dapati bahawa
terdapat cara-cara yang tertentu untuk menangani konflik dan tekanan yang
berlaku di sekolah. Saya memahami bahawa hukuman mungkin tidak
menghasilkan kesan yang diingini kerana hukuman merupakan tindakan
disiplin yang tidak disukai oleh murid. Manakala pujian hendaklah selalu
diberikan kepada murid supaya mereka berasa minat terhadap pembelajaran
mereka.
Dalam tugasan ini, saya telah mengetahui sedikit sebanyak tentang
pengurusan di sekolah. Tambahan lagi, saya juga tahu betapa pentingnya
kemudahan sesebuah sekolah untuk meningkatkan lagi potensi murid-murid.
Ini adalah kerana murid-murid hanya akan belajar dengan berkesan apabila
mempunyai kemudahan yang mencukupi.
Saya juga mempelajari bahawa untuk meningkatkan sahsiah murid-
murid di sekolah, pembacaan tentang “Di Zi Gui” adalah penting. Apa yang
saya mengetahui ialah sekarang sekolah-sekolah di bandar juga giat
mengajar murid-murid di sekolah untuk mengajar pelajar untuk melafaz buku
“Di Zi Gui” ini. Betapa baiknya untuk membelajari buku ini pada zaman ini.
Selain itu, Persatuan Diabolo di sekolah ini juga membanggakan saya.
Diabolo merupakan permainan tradisional bagi orang Cina di negara China.
Kebudayaan ini telah diwarisi ke negara kami iaitu Malaysia dan diwarisi juga
di sekolah Yuk Min ini. Diharapkan persatuan ini dapat dikekal dan
ditambahbaikan selama-lamanya.
Sepanjang PBS ini, saya juga mempelajari cara-cara untuk menjadi
seorang guru yang baik. Sebagai guru yang baik bukan sahaja hendak pandai
mengajar maka guru juga hendaklah mengambil berat serta pandai
memahami murid dan menarik perhatian murid. Mentor saya, Cikgu Ding
telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Saya telah mendapat banyak
pengetahuan semasa menjalankan pemerhatian P&P di kelas Cikgu Ding.
Misalnya cara pengajaran, falsafah hidup, sikap terhadap bidang perguruan,
cara pengurusan hidupan harian dan sebagainya. Kesemua ini merupakan
hasil pengalaman yang sangat berharga dan tidak dapat dibeli dengan wang.
Sebagai guru, kami hendaklah pandai mencungkil bakat-bakat dan
kebolehan murid-murid. Saya mendapati murid-murid yang bukan begitu
cemerlang dalam bidang akademik tetapi mereka aktif dalam bidang sukan
dan mereka mempunyai kebolehan dan potensi yang cukup baik.
Semasa berada di sekolah ini, saya berasa sungguh gembira kerana
dapat bekerjasama dengan guru-guru dan semua kakitangan sekolah
tersebut. Pengetahuan dan pengalaman yang saya dapat daripada para guru
amat saya hargai.
Selain itu, saya mendapat kerjasama yang sepenuhnya dari pihak
sekolah. Pihak yang berkenaan sudi meluangkan masa mereka untuk
membantu dan memberi kerjasama kepada saya. Kerjasama dan bantuan
mereka amat saya hargai.
Pada peringkat akhir rancangan PBS, saya telah mengumpulkan
semua maklumat yang diperlukan dan membuat analisis serta mengasingkan
maklumat yang ada mengikut tajuk yang telah disenaraikan.
Selepas saya balik ke institut, saya membuat perbincangan dengan
rakan dan senior untuk memastikan portfolio saya menepati kehendak ros
dan juga pensyarah pembimbing saya. Saya juga saling bertukar pendapat
dengan kawan-kawan agar kami dapat menunjukkan persembahan yang
terbaik dan cemerlang dalam portfolio kami.
Saya juga dapat mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi dengan
rakan-rakan saya. Sepanjang tugasan ini dijalankan, saya telah mengadakan
perbincangan dengan rakan-rakan yang sama sekolah dengan saya bagi
mengatasi masalah yang kami hadapi. Semasa kami menghadapi masalah,
kami akan mengeluarkan masalah tersebut supaya ia diselesaikan dengan
lebih efektif. Di samping itu, saya juga dapat berkerjasama baik dengan
mereka. Walaupun kadang kala kami ada pandangan yang berlainan tetapi
selepas berkomunikasi, kami dapat mengatasi masalah tersebut.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pihak sekolah dan pihak institut terutamanya pensyarah pembimbing, guru
besar, mentor saya, guru-guru serta rakan-rakan yang berkenaan.
Sekian, terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai