Anda di halaman 1dari 2

KESAN SENAMAN DARI ASPEK FISIOLOGI

Daya tahan kardiovaskular merupakan komponen yang terpenting dalam profail


fisiologi manusia. Ia merupakan bentuk daya tahan otot khas tertinggi yang melibatkan
terutamanya jantung, saluran darah, dan paru-paru. Senaman yang tetap dan berterusan
dapat mempertingkatkan sistem fisiologi tubuh badan kita.Senaman dapat menguatkan
otot jantung, kekuatan paru-paru, dan kekuatan otot.
Pertumbuhan saiz jantung akan dapat meningkatkan isipadu tulang jantung yang
boleh diisi dengan darah. Darah beroksigen akan dapat dibekalkan oleh jantung dengan
lebih banyak lagi kegunaan tubuh.Darah beroksigen ini dapat dihantar oleh jantung
dengan cekap dan berkesan kerana dinding jantung telah menjadi tebal. Dinding yang
lebih tebal akan dapat menghasilkan tekanan pengepaman yang lebih kuat. Dengan
keupayaan jantung tersebut dapat membantu lebih banyak darah dihantar ke seluruh
bahagian badan. Pengaliran darah ke otot meningkat kerana jaringan kapilari darah di
otot bertambah. (Shamsudin Mohd. Shariff et. al., 2005 : 8).

Kadar sistem keupayaan respitori akan meningkat ke kadar yang lebih


tinggi. Pernafasan akan dapat dilakukan dengan lebih baik dan kuat. Keupayaan paru-
paru untuk membekalkan oksigen kepada darah akan bertambah. Ia dapat
membantu sel-sel di dalam tubuh bekerja dengan lebih efisen.
Perubahan fisiologi pada tubuh badan akan menambahkan kekuatan
otot. Peningkatan kekuatan otot tidak tertumpu pada otot tertentu sahaja tetapi secara
menyeluruh. Lemak yang terkumpul di sekitar otot di sekeliling organ di bawah
kulit dan di dalam salur darah semakin berkurangan kerana ia digunakan sebagai
sumber tenaga semasa latihan.

Daripada sumber ;
http://ketuajabatanpendidikanjasmani.blogspot.com/2012/08/senaman-joggingstress-
dalam-amalan-gaya.html
Perubahan Fisiologi Selepas Bersenam.

Perubahan-perubahan fisiologi yang berlaku akibat daripada peningkatan kekuatan otot


adalah seperti berikut:

i. Pertambahan jumlah fiber yang aktif.

ii. Pertambahan saiz fiber atau tisu.

iii. Pengurangan lemak.

iv. Perubahan kimia otot.

v. Pengurangan daya rintangan dalam kawalan otot.

Daripada sumber: https://apui.wordpress.com/latihan-litar/

5.3.1 Kesan Senaman dari Aspek Fisiologi


 dilakukan secara tetap dan berterusan akan mempertingkatkan sistem fisiologi
tubuh badan
 permulaan, kadar denyutan jantung akan meningkat kepada kadar kerja
yang ditetapkan.
 Perubahan akan mempertingkatkan kekuatan otot jantung untuk mengepam
darah dalam volum yang banyak melalui kadar denyutan yang paling minimum.
 ketahanan denyutan jantung di mana ia mampu melakukan kerja mengepam
darah dalam satu jangka masa yang lama tanpa kepenatan.
 kadar sistem keupayaan respiratori akan meningkat ke kadar yang lebih
tinggi dan berupaya bernafas dengan lebih baik dan kuat.
 buat kadar pengambilan oksigen meningkat di mana secara langsung akan
meningkatkan bekalan oksigen kepada sel-sel di dalam tubuh badan dan sel-sel
tersebut dapat bekerja dengan lebih efisien.
 kadar tahap kekuatan otot, kuasa, kecergasan, ketangkasan dan koordinasi
bertambah dengan berlakunya perubahan fisiologi pada tubuh badan dan menjadikan
seorang individu cergas dari segi fizikal berbanding individu yang sedentri.

Daripada sumber: http://kiliknote.blogspot.com/2014/06/gaya-hidup-sihat-topik-5-


senaman.html