Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN (LUKISAN MURAL)

TARIKH
5 MAC – 9 MAC 2018
(1 MINGGU)

TEMPAT
PRASEKOLAH SJK (C) GUNTONG

ANJURAN
TEE YIH CHIANN
GURU PELATIH IPG KAMPUS IPOH
PISMP PRASEKOLAH
AMBILAN JUN 2014
1. PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke


arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah
yang kondusif khususnya di prasekolah dapat menimbulkan keselesaan dan
rasa selamat kepada komuniti sekolah khususnya di prasekolah sepanjang
menjalankan aktiviti. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar
bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara
yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria
dan indah. Oleh itu, guru pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan
persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja
dalam kalangan guru.

2. RASIONAL

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi


agenda utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah.
Persekitaran yang perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga
sekolah yang terdiri daripada guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang
terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Justeru, sebagai tempat yang
menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan
dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara
optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan
suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang
mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Mural yang dibina
juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya sekolah.
3. OBJEKTIF

 Untuk menceriakan suasana persekitaran prasekolah khususnya di


bahagian luar.
 Merancang dan melaksanakan aktivti atau projek yang dipersetujui
oleh pihak sekolah.
 Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap
sekolah.
 Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai
menjalani internship di sekolah ini.
 Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam
pengurusan keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan
apabila kami bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan
datang.

4. STRATEGI PELAKSANAAN

Program Keceriaan – Membuat Mural

Tarikh : 5 Mac – 2 Mac 2018

Tempoh Aktiviti : 1 Minggu

Jenis Aktiviti : Individu

5. TEMPAT

Pintu depan Prasekolah SJK(C) Guntong


6. AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi
Pn. Chong Poh Kin
(Guru Prasekolah)

Setiausaha
Tee Yih Chiann

Bendahari
Chin Han Min

AJK Persiapan Bahan


Pn. Yusni Binti Yusuf
(Pembantu Pengurusan Prasekolah)

AJK Pengelolaan Aktiviti


Tee Yih Chiann

AJK Persiapan Tempat


Chin Han Min

7. PELAN TINDAKAN
Langkah Aktiviti
1 Mencari gambar yang sesuai melalui Internet dan buku
pembelajaran
2 Menyediakan bahan dan alat untuk mengecat mural seperti cat
pelaka, berus dan kapur.
3 Melukis mural dan mengecatkannya
4 Memperbaiki lukisan mural
5 Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dihasilkan
8. ANGGARAN PERBENLAJARAN

Bil. Bahan Unit Harga Perbelanjaan


Seunit (RM)

1. Cat Pelaka (biru, merah, kuning) 3 14.50 43.40

2. Berus 2 3.20 6.40

Jumlah keseluruhan : RM 49.80


(Peruntukan
Prasekolah)

9. PERALATAN LAIN YANG DIPERLUKAN

Bil. Item Unit

1. Berus kecil 5

2. Pen marker hitam 1

3. Palet warna 2

10. PENUTUP

Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan


pengurusan yang akan dikendalikan oleh guru pelatih dari Institut Pendidikan
Guru Kampus Ipoh. Kami berharap projek melukis mural ini dapat dilaksanakan
seperti yang dirancang. Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman
secara tidak langsung kepada guru-guru pelatih mengenai pengurusan
keceriaan di luar bilik darjah serta mengeratkan hubungan antara guru-guru
pelatih dengan warga Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Guntong. Semoga
projek ini memberi manfaat kepada semua pihak.
Disediakan oleh,

________________________
(TEE YIH CHIANN)
Setiausaha
Program Keceriaan
Prasekolah SJK (C) Guntong

Disahkan oleh,

________________________
(PN. CHONG POH KIN)
Pengerusi
Program Keceriaan
Prasekolah SJK (C) Guntong

Disokong Oleh,

________________________
(CIK FOO MEI YEE)
Penolong Kanan Kokurikulum
SJK(C) Guntong

Diluluskan oleh,

_______________________________
(PN. FOONG CHOY KHUM)
Guru Besar
SJK (C) Guntong

Anda mungkin juga menyukai