Anda di halaman 1dari 3

Bil AGENDA TEKS

1. Ketibaan para jemputan Majlis mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Datuk Omar Bin
dan ibu bapa
Osman, Yang Dipertua PIBG Smk Agama Dato Hj Abu Hassan Hj
Sail, dengan diiringi oleh Tn Jamaluddin Bin Yusoff, pengetua Smk
Agama Dato Hj Abu Hassan Hj Sail serta tetamu-tetamu kehormat
untuk masuk ke dalam dewan.

Nyanyian Lagu Sidang Hadirin yang dihormati,


2. Negaraku
Mesyuarat Agung PIBG SEMADAH kali ke-23 tahun 2018 dimulakan
dengan nyanyian lagu negaraku
Hadirin diminta bersedia
……………………
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Kata Alu-aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa


3. Pengacara Majlis Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

‫اعوذباهلل من الشيطان الرجيم‬


‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Yang berusaha Tn Jamaluddin Bin Yusoff, Pengetua Smk Agama


Dato Hj Abu Hassan Hj Sail

Yang berusaha Datuk Omar Bin Osman


Yang Dipertua PIBG SEMADAH

Yang berusaha Tn Hj Radzuan Bin Kamarudin


Naib Yang Dipertua PIBG SEMADAH

Barisan Guru-guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin hadirat yang dirahmati


allah sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, kerana dengan limpah


izin dan inayahnya-Nya dapat sama-sama kita berkumpul di
dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 tahun 2018 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SEMADAH, turut sama


merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
seluruh hadirin dan hadirat kerana sudi meluangkan masa bagi
bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita
rencanakan pada hari ini.
Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah tangan
4. dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Muhammad Farid Afifi Bin Abdullah. Dengan
segala hormatnya majlis mempersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Farid


Afifi Bin Abdullah atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang
amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang
berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin
mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan


ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang
berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik,
kokurikulum, bahkkan sahsiah diri yang cemerlang.

Ucapan Alu-aluan oleh Seterusnya, majlis menjemput Tn Jamaluddin Bin Yusoff, Pengetua
5. Guru Besar Smk Agama Dato Hj Abu Hassan Hj Sail
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan alu-aluan itu


tadi.

Ucapan YDP PIBG Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan
6. yang akan disampaikan oleh Yang berbahagia Datuk Omar Bin
Osman
Yang Dipertua PIBG SMK Agama Dato Hj Abu Hassan Hj Sail

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


………………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih atas ucapan itu tadi. Semoga segala amanat dan
ucapan itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.

Majlis Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada


7. Cenderahati AJK PIBG AJK PIBG sesi 2017/2018. Untuk itu, majlis menjemput Datuk Omar
sesi 2017/2018 Bin Osman , dengan diiringi Tn Jamaluddin Bin Yusoff untuk
menyampaikan cenderahati tersebut.

Dipersilakan....

Penyampaian cenderahati jasamu dikenang :

1. En Nor Iskandar Bin Muhammad

Naib yang dipertua :


1.Th Hj Radzuan Bin Kamarudin
Ketua Kumpulan sokongan Ibu Bapa :
1.Pn Hjh Hairuslina Bt Abd Rahman

AJK Ibu bapa :


1. Tn Hj Ahmad Anuar Bin Abdul Aziz
2. En Awalludin Bin Suboh
3. Pn Maizon Binti Jaafar
4. Pn Rozita Bt Abas
En Mohd Zaffarin Bin Ghaffar

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa


1. En Bedrihisham Bin Shamsudin
2. Pn Hjh Tengku Hapizah Binti Raja Hamzah
3. Pn Ruzita Bt Ramli
4. En Mohd Zuhaidi B Abd Wahab

Seterusnya cenderahati kepada Yang dipertua PIBG Dato Omar


Bin Osman

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Datuk Omar Bin Osman


& Tn Jamaluddin Bin Yusuf atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka


8. selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG
SEMADAH, kali ke-23 bagi tahun 2018.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Seterusnya, kami serahkan kepada barisan AJK PIBG Smk Agama


Dato Hj Abu Hassan Hj Sail untuk meneruskan agenda Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-23 bagi tahun 2018.

Sekian saja, saya sudahi dengan Wabillahitaufik wal hidayah


wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Anda mungkin juga menyukai