Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

ALOR SETAR

PEMBANTU PERUBATAN

MAEM 3212 - PRAKTIS KECEMASAN

KAJIAN KES

TAJUK : APPENDISITIS

NAMA : MUHAMMAD FAIZ BIN NASIR

NO MATRIX : DBMA15-4896

AMBILAN : JULAI 2015


ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

BAB 1: PENGENALAN

1.1 PERNYATAAN MASALAH

BAB 2: PENCARIAN LITERATUR

BAB 3: PERBINCANGAN

3.1 CADANGAN PENYELESAIAN

RUMUSAN

RUJUKAN
Bab 1

Pengenalan

1.0 Pengenalan

Kajian kes ini dilakukan bagi memenuhi syarat bagi Subjek Praktis Kecemasan MAEM

3212. Kajian kes ini akan mendedahkan tentang perkara berkaitan Appendisitis. Tujuan kajian

kes ini adalah untuk memahami pengurusan yang telah dilakukan bagi kes yang telah

dinyatakan. Pesakit telah hadir ke Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah bagi

mendapatkan rawatan segera. Pesakit telah hadir pada 13 Februari 2018.. Semoga penulisan

kajian ini mencapai objektif yang dikehendaki iaitu memahami keadaan dan pengurusannya.

1.1 Pernyataan Masalah

Pesakit adik MAN, lelaki berumur 16 tahun telah dibawa oleh ibunya ke Jabatan Kecemasan,

Hospital Tuanku Fauziah jam 10 pagi 13 Februari 2018 selepas mendapati anaknya

mengalami sakit perut terutamanya di bahagian iliak fosa kanan dan sakit setempat di peri

umbilikal. Sebaik sahaja tiba di triage primer, waris pesakit memberikan kad pengenalan

pesakit kepada petugas di kaunter triage primer bagi proses pendaftaran.

Manakala pembantu perawatan kesihatan menolak pesakit ke kaunter triage sekunder

bagi pengambilan riwayat pesakit sambil memeriksa tanda vital pesakit yang dilakukan oleh

penolong pegawai perubatan (PPP) yang bertugas dikaunter triage sekunder. Setelah itu, PPP

tersebut meletakkan kes ini sebagai kes kuning (yellow zone). Setibanya giliran pesakit

pegawai perubatan bertugas melakukan pemeriksaan fizikal Rebound Tenderness dan

Rovsing Sign Test mendapati keputusan positif. Pesakit ditempatkan di katil sementara

menunggu rawatan berikutnya.


BAB 2

Pencarian Literatur

Appendisitis ialah penyakit di sistem salur gastro usus. ia berlaku keradangan pada appendik.

Salah satu kajian pernah dijalankan pernah menyatakan appendiks mungkin terlibat dalam

sistem imuniti tetapi ianya tidak begitu pasti. Penyakit ini kebiasaannya memerlukan pesakit

bagi menjalani pembedahan pembuangan appendiks. Ini kerana sekiranya appendiks yang

sedang mengalami keradangan, lama kelamaan kantung appendiks tersebut akan pecah. Apa

yang lebih dirisaukan adalah cecair yang keluar daripada kantung adalah boleh menjangkiti

ruangan kaviti abdomen menyebabkan pesakit mengalami peritonitis dan ubatan antibiotik

yang kuat diperlukan bagi melawan kuman yang menyerang tubuh pesakit (Carol, 2017).

Di Amerika Syarikat, penyakit appendisitis adalah tidak asing dimana sebanyak 5

peratus daripada warganegara tersebut mengalaminya. Ianya boleh berlaku pada semua

peringkat umur tetapi kebiasaannya berlaku pada golongan daripada umur 10 hingga 30

tahun. Selain itu, kes appendisitis ini lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding wanita.

Pesakit yang mengalami penyakit appendisitis akan berasa angin terkumpul didalam badan

dan tidak dapat dilepaskan. Selain itu, pesakit juga boleh menunjukkan ciri-ciri seperti

mengadu sakit di kawasan peri umbilikal, kerap menunduk di iliak fosa kanan, kurang selera

makan, loya dan muntah, cirit birit, perut kembung malah berasa demam (Verneda, 2012).
Penyakit appendisitis berlaku akibat daripada sumbatan. Sumbatan tersebut mungkin

berpunca daripada pembesaran folikel limfoid, cacing, trauma ataupun tumor. Apabila

berlaku sumbatan berdasarkan faktor-faktor yang kemungkinan berlaku pembentukan pus

akn berlaku di kantung appendiks. Pembentukan pus yang terlampau banyak akan menekan

salur darah yang terdapat pada organ appendiks tersebut. Lama kelamaan organ tersebut

gangrene. Pelepasan cecair pus tersebut boleh berlaku samada kantung tersebut bocor

ataupun tekanan di kantung appendiks sudah terlalu tinggi. Apabila cecair ini keluar, ia akan

menjangkiti ruangan kaviti abdomen lalu berlakulah peritonitis (Vernada, 2012).


Bab 3

Perbincangan

Appendisitis adalah keadaan dimana appendiks mengalami keradangan disebabkan

berlaku sumbatan samada berpunca daripada pembesaran folikel limfoid, cacing, trauma

ataupun tumor. Jika tidak ditangani komplikasi Peritonitis, demam gred tinggi, sakit teruk di

bahagian abdomen, usus tersumbat dan renjatan septik boleh berlaku kepada pesakit. Jika

dilihat pada pesakit yang hadir pada hari tersebut, ibunya mengadu anaknya sakit perut

bermula di bahagian umbilikal sekejap ada sekejap tiada, selang sejam kemudian baru sakit

dan lama kelamaan berasa demam. Ibu pesakit juga mengadu pesakit kerap menunduk

sebelah kanan. Ini jelas sama seperti yang terdapat didalam kajian semula di bab sebelumnya

dimana dengan simptom seperti ini menunjukkan pesakit berkemungkinan mengalami

penyakit appendisitis.

Sekiranya keadaan ini ditangani segera pesakit hanya perlu menjalani pembedahan

laparaskopi dimana luka diabdomen pesakit cepat sembuh dan pesakit tidak perlu berada di

wad. Sekiranya appendisitis sudah pecah dan menyebabkan peritonitis, pembedahan terbuka

perlu dilakukan dimana boleh menyebabkan pesakit ditahan lama diwad bagi memantau luka

pembedahan dan keadaan pesakit. Kebanyakkan kes boleh ditangani segera sekiranya pesakit

atau waris pesakit tidak memandang rendah akan penyakit yang sedang dialami. Penting bagi

orang yang rapat dengan pesakit menilai dan memerhati keadaan yang berlaku kepada pesakit

supaya komplikasi yang dinyatakan sebentar tadi dapat dielakkan


CADANGAN PENYELESAIAN

Bagi pesakit ini langkah yang diambil bagi melegakan sakit yang dialami adalah dengan

melakukan pembedahan appendisektomi. Pembedahan ini akan dilakukan bawah selia

Jabatan Pembedahan. Sekiranya appendiks dapat dikenalpasti belum pecah, pakar bedah akan

melakukan pembedahan laparatomy iaitu tebuk perut kepada kawasan yang terlibat. Terdapat

3 jenis torehan yang boleh dilakukan samada torehan McBurney-McArthur, torehan Lanz

ataupun torehan Pararectus. Jenis torehan ini bergantung kepada pakar bedah sendiri.

Pesakit akan di tempatkan di wad pemerhatian. Kemudian doktor akan menerangkan

prosedur pembedahan, kebaikan melakukan pembedahan, kesan sampingan dan jangka masa

pulih sepenuhnya. Setelah penerangan dilakukan kepada pesakit dan waris pesakit, doktor

akan minta tandatangan kebenaran melakukan pembedahan, transfusi darah dan komponen

darah, serta kebenaran pemberian anestesia. Pesakit dikehendaki dipuasakan bagi

mengosongkan perut. Jururawat atau penolong pegawai perubatan akan memastikan kawasan

pembedahan yang bakal dilakukan dicukur serta dibersihkan terlebih dahulu. Selain itu,

adalah penting bagi pesakit mengosongkan usus dan pundi kencing bagi mengelakkan pesakit

muntah teruk selepas pembedahan.


Pesakit akan diperiksa tanda-tanda vital seperti tekanan darah, nadi, suhu, skala

kesakitan dan kadar pernafasan bagi memastikan pesakit sesuai untuk melakukan

pembedahan pada waktu tersebut. Ujian investigasi Urine Full electron Microscopic

examination (UFEME), Blood Urine Serum Electrolyte (BUSE), Full Blood Count (FBC),

dan Abdomen Xray, perlu diambil terlebih dahulu bagi menentukan anomali yang terdapat

pada ujian tersebut. Pengambilan darah bagi group cross match perlu dilakukan bagi

menentukan kumpulan darah pesakit bagi memudahkan pemberian darah sekiranya pesakit

tumpah darah banyak. Selain itu, pesakit perlu pastikan gigi palsu, barang kemas dan seluar

dalam ditanggalkan dan memakai pakaian gaun bedah beserta topi. Setelah pembedahan

selesai, pesakit akan disedarkan daripada kesan anestetik. Tanda vital pesakit akan diperiksa

semula. Sekiranya stabil pesakit akan dihantar ke wad bagi penjagaan kejururawatan

manakalan sekiranya tidak stabil pesakit akan di masukkan ke high dependancy unit.
RUMUSAN

Appendisitis ialah penyakit salur gastrousus berpunca daripada penyumbatan yang

boleh terjadi berdasarkan faktor yang telah dinyatakan iaitu pembesaran folikel limfoid,

cacing, trauma, tumor malah fekalith (najis keras). Dengan hanya melakukan pembedahan

appendisektomi, pesakit tidak lagi akan merasa sakit dikawasan tersebut. Pembedahan yang

melibatkan pembuangan appendiks boleh mengelakkan berbagai komplikasi kepada pesakit.

Antara komplikasinya adalah Peritonitis, demam gred tinggi, sakit teruk di bahagian

abdomen, usus tersumbat dan renjatan septik.


RUJUKAN

Carol. (2017). Appendicitis. WebMD. Diperoleh pada 16 Februari 2018,


daripada, http://www.webmd.com/digestive-disorders/digestive-diseases-appendicitis

Verneda. (2012). Everything you need to know about appendicitis. Healthline. Diperoleh
pada 16 Februari 2018, daripada
https://www.healthline.com/health/appendicitis#appendicitis-and-back-pain