Anda di halaman 1dari 4

SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA

JALAN PEKAKA 8/1, SEKSYEN 8


KOTA DAMANSARA
47810 PETALING JAYA

KERTAS KERJA PROGRAM KELAS TAMBAHAN SPM 2016

1.0 RASIONAL

Program Kelas Tambahan SPM merupakan salah satu dari aktiviti Program
Kecemerlangan SPM 2016 yang dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian akademik
murid-murid Tingkatan 5. Program ini akan memastikan peningkatan pencapaian SPM.
Program ini akan dilaksanakan sepanjang tahun yang diaturkan oleh pihak sekolah untuk
mencapai kecemerlangan akademik dari segi kualiti dan kuantitinya.

2.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk :
2.1 Mendapatkan persetujuan daripada pihak pentadbiran dan PIBG SMK Seksyen 8
Kota Damansara untuk melaksanakan Program Kelas Tambahan SPM 2016.
2.2 Pihak sekolah juga berharap agar pihak PIBG dapat memberikan peruntukan
untuk menampung kos pelaksanaan program ini.

3.0 OBJEKTIF
Objektif Program Kecemerlangan SPM 2016 ini adalah untuk:
3.1 Meningkatkan pencapaian akademik murid-murid Tingkatan 5 SMK Seksyen 8.
3.2 Menaikkan nama dan imej sekolah kepada sebuah sekolah yang melahirkan
murid-murid yang cerdas akademik.
3.3 Menyediakan diri murid Tingkatan 5untuk menghadapi SPM hujung tahun ini.
4.0 JAWATANKUASA KECEMERLANGAN SPM 2016
AJK INDUK
Pengerusi : Pn Hjh Zaharah bt Yaacob Pengetua
Naib Pengerusi : Tn Hj Roslan bin Ismail Penolong Kanan
Setiausaha : Pn Romashitah Abdul Rani Penyelaras Ting 5
AJK ; Semua GKMP
Kaunselor
AJK PELAKSANA
Semua guru Tingkatan 5 SPM

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Tingkatan 5 SMK Seksyen 8 seramai 133 yang akan menduduki
peperiksaan SPM 2016

6.0 MAKLUMAT PROGRAM


6.1 Program Kelas Tambahan
Tempoh : SPM – Februari hingga Ogos
Tiada kelas tambahan pada cuti sekolah dan diganti dengan Program Cuti Terancang.
Hari : Jumaat dan Sabtu
Masa : Jumaat ( 3 – 5 Ptg )
Sabtu ( 8 – 10/ 10.30 -12.30 )
Subjek : Semua mata pelajaran SPM (14 subjek)

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA RM
1 Bahan Edaran RM 4468.80
RM 0.20 (4 muka surat) x 12 kali perjumpaan x14 mata pelajaranx133
murid
2 Sumbangan Insentif RM40 x 23 orang guru RM 920
JUMLAH BESAR RM5388.80
8.0 Sumbangan murid Tingkatan Lima
1. RM 20 setahun X 133 murid RM2660
2. Sumbangan PIBG RM2728.80

8.0 PENUTUP
Program Kelas Tambahan ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu murid
meningkatkan serta memantapkan kecemerlangan akademik mereka dan sebagai
persediaan untuk menghadapi SPM pada hujung tahun ini. Diharap usaha murni dapat
meningkatkan peratusan dan gred purata SPM kepada yang lebih baik.

Disediakan oleh

(ROMASHITAH BINTI ABDUL RANI)


Penyelaras Tingkatan 5
SMKSeksyen 8, KD

Disemak oleh

(ROSLAN BIN ISMAIL)


GPK Kurikulum & Pentadbiran
SMKSeksyen 8, KD

Disahkan oleh

(ZAHARAH BT YAACOB)
Pengetua
SMK Seksyen 8, KD