Anda di halaman 1dari 14

Kombinasi Wang

Bahan – bahan:
1. Duit syiling
2. Carta wang / kad jawapan
3. Marker pen

Manual Penggunaan:
a. Setiap murid akan diberikan jadual kombinasi wang dan sejumlah duit syiling 5sen,
10sen, 20sen dan 50 sen.
b. Murid akan mengumpulkan sejumlah duit syiling yang diberi supaya jumlahnya
bersamaan dengan RM1.
c. Murid menyenaraikan jumlah setiap syiling yang diperolehi untuk menjadikannya RM1.
d. Murid akan meneruskan aktiviti sehingga tidak ada lagi gabungan wang syiling yang
berjumlah RM1.
Puppy Race x3
Bahan-bahan:
1. Jadual puppy race.
2. Puppy/ patung
3. Kad nombor

Manual Penggunaan:
a. Aktiviti puppy race x3 ini dijalankan secara berpasangan.
b. Murid akan diberikan dadu dan kalkulator untuk memastikan jawapan yang diperolehi
adalah betul.
c. Murid akan menulis nombor secara berurutan sehingga nombor 9 di bahagian pertama
secara selang seli.
d. Murid kemudian mendarab nombor pertama dengan nombor dadu yang diperolehi
kemudian menyelesaikannya . murid memeriksa jawapannya dengan menggunakan
kalkulator.
Calculator Multiples
Bahan – bahan
1. Kad jawapan
2. Marker pen
3. Dadu
4. Kalkulator

Manual Penggunaan:
a. Murid menyelesaikan soalan secara berpasangan.
b. Murid akan diberikan dadu dan kalkulator untuk memastikan jawapan yang
diperolehi adalah betul.
c. Murid akan menulis nombor secara berurutan sehingga nombor 9 di bahagian petak
pertama.
d. Murid kemudian mendarab nombor pertama dengan nombor dadu yang diperolehi .
Kemudian mencari jawapan.
e. Murid memeriksa jawapannya yang diperolehi dengan menggunakan kalkulator dan
membandingkan jawapan yang diperolehi secara manual.
Pop – Kiraan straw
Bahan – bahan
1. Kad jawapan
2. Straw
3. Getah
4. Dadu

Manual Penggunaan:
a. Aktiviti ini dijalankan secara individu.
b. Murid diberikan kad rumah nombor dan dadu
c. Murid mengambil bilangan straw berpandukan kepada nombor dadu yang diperolehi.
d. Straw yang diperolehi akan disimpan di rumah sah sehingga jumlahnya menjadi sepuluh
atau lebih.
e. Apabila bilangan straw melebihi sepuluh, murid akan mengikat straw tersebut dan
diletakkan dirumah puluh.
f. Murid menambahkan jumlah straw yang tinggal sehingga menjadi 10 dan diletakkan di
tempat puluh.
g. Murid akan meneruskan aktiviti.
h. Murid seterusnya mengira bilangan straw yang diperolehi secara gandaan 10.
Garis Nombor
Bahan – bahan:
1. Kad soalan
2. Kad garis nombor
3. Marker Pen

Manual Penggunaan:
a. Aktiviti ini merupakan aktiviti perseorangan.
b. Murid diberikan kad garis nombor.
c. Murid memahami garis nombor yang diberikan.
d. Setiap murid akan diberikan soalan tambah.
e. Murid menyelesaikan soalan tambah dengan menggunakan garis nombor dengan kiraan
gandaan 10, berpandukan kepada nombor yang hendak ditambah.
Nama Ahli : Emily Antalik
No. Matriks : CT10210184

Refleksi

Bahan bantu belajar merupakan perkara yang penting dalam proses pengajaran. Ini kerana bahan
bantu belajar ini dapat menarik minat murid untuk belajar atau mengetahui sesuatu kemahiran
yang akan diajarkan. Bahan bantu mengajar ini sangat menarik dan memudahkan murid untuk
memahami konsep pengajaran dan pembelajaran yang akan disampaikan. Daripada pemerhatian
bahan bantu yang menarik dapat mendorong murid untuk menumpukan sepenuh perhatiannya
kepada pengajaran yang akan disampaikan dan seterusnya menguasai kemahiran pembelajaran
yang diajar. Murid-murid

Bahan-bahan bantu belajar matematik ini sangat perlu bagi murid-murid yang mempunyai
masalah pembelajaran matematik atau diskalkulia mahupun pelajar biasa kerana ini akan
meningkatkan kefahaman murid dan seterusnya mengingati kemahiran yang telah dipelajari
dalam jangka masa yang berterusan. Semasa menjalankan pengajaran dengan bahan bantu
belajar ini, murid menunjukkan minat untuk belajar dan tidak sabar untuk menggunakan bahan-
bahan yang telah disediakan. Bahan bantu ini seharusnya dipelbagaikan lagi mengikut topik
pembelajaran yang diajarkan agar dapat membantu murid memahami dan seterusnya
memperluaskan pengetahuan sedia ada murid.

Murid-murid dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh guru berpandukan kepada
bahan-bahan yang telah disediakan. Murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran ini tidak
jemu untuk belajar dengan adanya bahan pembelajaran yang mencukupi. Bahan maujud ini
sangat membantu murid untuk memahami, menguasai, mengingati dan seterusnya meminati
pembelajaran matematik tersebut yang dianggapnya sukar sebelum ini terutamanya bagi murid-
murid yang menghidapi kesukaran belajar matematik atau Diskalkulia. Murid-murid ini akan
memahami kemahiran yang di ajar secara perlahan-lahan mengikut kemampuan pelajar tersebut.
Sungguh pun demikian, murid-murid ini memahami konsep pengajaran yang diajarkan,
contohnya dalam kemahiran kombinasi wang yang diajarkan, murid telah membina beberapa
kombinasi wang syiling dengan betul.

Oleh itu bahan bantu belajar ini seharusnya diaplikasikan di dalam setiap proses pengajaran di
dalam kelas perdana mahupun kelas pendidikan khas agar objektif pembelajaran yang akan
disampaikan akan tercapai.

Anda mungkin juga menyukai