Anda di halaman 1dari 2

Undang-Undang Pengakap

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-raja,
pemimpin-pemimpin, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang dibawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong pada setiap masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain
Pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa
berbudi.

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya,
Ketua Patrolnya atau Pemimpin-pemimpin Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan.

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa bersabar dan manis mukanya dalam masa
kesusahan.

9. Pengakap adalah seorang yang jimat dan cermat.

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

LIRIK LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


KAMI PENGAKAP MALAYSIA
HARAPAN NUSA DAN BANGSA
BERIKRAR SETIA
PADA PERTIWI TERCINTA

MELATIH GENERASI MUDA


MENJADI INSAN YANG BERGUNA
PERSETIAAN PENGAKAP
TERAS DIPEGANG BERSAMA

MENOLONG ORANG SETIA MASA


MENABUR BAKTI DI MANA SAHAJA
DEMI TUHAN, RAJA DAN NEGARA

BERBUDI, BERSAUDARA
TAAT, MENURUT PERINTAH
KAMI BANGGA JUNJUNG CITA-CITA
PENGAKAP MALAYSIA

KAMI BANGGA JUNJUNG CITA-CITA


PENGAKAP, PENGAKAP MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai