Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PEMBINAAN ITEM
1
KATA ALU-ALUAN PENGARAH PELAJARAN PERAK
Syabas dan tahniah saya ucapkan khususnya kepada Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pelajaran Perak kerana berjaya menerbitkan Buku Panduan Pembinaan Item
bagi tahun 2013. Tahniah kepada para pegawai yang telah merealisasikan impian ini.
Pentaksiran merupakan suatu alat yang bersistem yang bertujuan untuk melihat tahap
pencapaian pembelajaran murid serta tahap keefektifan pengajaran guru.Maka, ianya
harus dibina mengikut peraturan-peraturan tertentu, manakala prosedur di dalam
mentadbirkannya harus ditentukan.Buku Panduan Pembinaan Item yang dihasilkan
dapat memberi panduan kepada guru-guru terhadap langkah-langkah yang perlu
diambil perhatian dalam penyediaan item ujian objektif dan ujian esei.
Secara keseluruhannya, prosedur yang di pertunjukkan oleh manual ini amat baik dan
dicadangkan agar ianya menjadi satu peraturan yang khusus dalam pembinaan ujian.Ini
menunjukkan bahawa produk yang dibangunkan adalah bersesuaian untuk digunakan
sebagai panduan para pendidik atau pembina ujian (test constructor). Dengan
penghasilan panduan dalam merekabentuk struktur ujian atau penilaian ini, adalah
dijangkakan ianya akan dapat membantu para pendidik di dalam menyediakan
instrumen ujian dengan masa yang lebih singkat serta mempunyai tahap kualiti yang
baik serta ujian yang dilakukan mencapai matlamat atau objektif seperti yang telah
ditetapkan serta mempunyai kesahan serta kebolehpercayaan yang tinggi.
Akhir kata, saya mengucapkan tahniah sekali lagi kepada seluruh warga kerja Sektor
Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak yang berganding bahu menerbitkan
Buku Panduan Pembinaan Item bagi tahun 2013 ini.
Sekian.
2
Pengarah Pelajaran Perak
KATA ALU-ALUAN KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
Setinggi –tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya,
Buku Panduan Pembinaan Item Tahun 2013 , Jabatan Pelajaran Perak telah berjaya
diterbitkan.
Syabas dan tahniah kepada semua warga Sektor Pengurusan Akademik atas
kesungguhan dan kegigihan mereka menghasilkan Buku Panduan Pembinaan Item ini.
Tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan motivasi serta
kerjasama sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
penerbitan bahan ini.
Buku Panduan Pembinaan Item ini diterbitkan sebagai satu usaha meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran guru-guru membina item yang merupakan harta intelek
yang tidak ternilai untuk panduan dan rujukan kepada semua guru. Bahan terbitan ini
juga, sebagai suatu inisiatif Sektor Pengurusan Akademik untuk membantu guru-guru
di seluruh negeri Perak agar dapat membina item yang berkualiti selaras dengan
keperluan sistem pendidikan di negara ini. Diharapkan, item yang berkualiti yang
mampu dihasilkan oleh guru-guru dapat membantu perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Semoga Buku Panduan Pembinaan Item ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-
baiknya oleh generasi guru kini dan akan datang
3
Jabatan Pelajaran Perak.
4
PENGENALAN
Pentaksiran juga merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor, dan mengintepretasikan
maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan.
5
Proses pentaksiran sememangnya perlu dititik beratkan oleh para pendidik. Pentaksiran
mempunyai banyak tujuan dan kepentingannya. Pertama, pentaksiran adalah proses
bagi mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid di dalam
pembelajarannya. Kedua, pentaksiran adalah untuk menilai segala macam aktiviti yang
dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pentaksiran juga
penting bagi mendapatkan maklumat secara berterusan berkaitan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan.Pentaksiran ini penting bagi guru untuk memperbaiki
segala kelemahan yang ada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
pentaksiran penting bagi seseorang guru dalam merancang segala aktiviti bagi tujuan
proses pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian
dengan tahap keupayaan seseorang murid itu. Pentaksiran juga adalah penting bagi
guru melibatkan semua atau sebahagian besar murid di dalam kelas secara efektif.
Guru juga boleh merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul dengan berkesan
dengan proses pentaksiran ini.
6
PEMBINAAN ITEM
Penulisan item yang bermutu memerlukan penguasaan isi kandungan mata pelajaran
dan kefahaman yang tinggi terhadap konsep pengujian agar item yang dihasilkan
sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran yang hendak diukur. Justeru Bab ini akan
menerangkan tentang proses penulisan item.
Definisi Item
Item bermaksud perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan eviden yang
boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran sesuatu konstruk serta cara pemberian
skornya.
Definisi Konstruk
Konstruk adalah perkara yang hendak ditafsir yang melibatkan dimensi manusia dalam
bentuk konkrit seperti tinggi dan berat atau yang berbentuk abstrak seperti
pengetahuan, kemahiran dan sikap. Ia dibangunkan melalui hasil pembelajaran sesuatu
mata pelajaran dan mesti berpandukan kurikulum. Konstruk diklasifikasi kepada 3 iaitu:
Komponen Item
Komponen item terdiri daripada empat iaitu rangsangan, tugasan, arahan dan skema
penskoran.Berikut adalah huraian komponen tersebut.
7
Tugasan – Pernyataan tentang apa yang perlu dipersembahkan atau diberikan
oleh calon sebagai respons kepada item.
Arahan – Pernyataan yang menunjukkan bagaimana harus respons itu
disampaikan.
Skema Penskoran – Panduan tentang bagaimana harus skor diberikan kepada
pelbagai respons yang diberikan.
i. Keakuran
Akur Kurikulum - perkara yang ditaksir (konstruk) mestilah merupakan
sebahagian daripada kurikulum.Aspek ini sangat penting agar kesahan
kurikulum item itu tidak dipertikaikan.
Akur Peluang-peluang boleh dirujukkan kepada kelengkapan (fasiliti) ,
kehadiran pengajar dan kepakaran pengajar dalam menyampaikan ilmu yang
ditaksir kepada calon / pelajar. Item perlu mencakupi kandungan kurikulum
yang telah dipelajari.
Akur Spesifikasi–item yang dihasilkan mesti mematuhi spesifikasi yang
disediakan untuk mengawal ujian dari segi idea dan kandungan.
8
tidak mereka mungkin tidak dapat memberikan respon yang memuaskan
bukan kerana konstruk tetapi kerana konteks yang asing bagi mereka .
Jelas- penyusunan perkataan dan ayat atau gambar / rajah memberi isyarat
yang jelas tentang apa yang harus dilakukan oleh calon serta bagaimana
harus perlakuan itu dipersembahkan. Item yang ditulis itu mempunyai darjah
kebolehan berkomunikasiyang tinggi dari segi :
a) Keboleh bacaannya -kandungan item mestilah mempunyai idea asal
atau asli bukan dipalagiat dan mudah untuk difahami oleh semua .
b) Kejelasan ekspresi-sesuatu item itu mestilah jelas dari segi
persembahan dan mudah difahami oleh semua .
c) Ketekalan bentuk – sesuatu item itu hendaklah mempunyai bentuk
persembahan yang sama diantara satu item dengan item yang lain .
iii. Kesesuaian
Sesuai kesukaran – berdasarkan kepada tahap pencapaian pelajar.
Sesuai penting – pastikan bahawa idea, isi, kandungan atau hal –hal yang
diketengahkan dalam item merupakan perkarapenting dalam pembelajaran
calon / pelajar.
Sesuai adil – Sesuatu item yang ditulis itu memberi faedah secara
sistematik kepada golongan/ kelompok / kaum tertentu dalam masyarakat
mengikut ras, jantina, tempat tinggal .
9
Tugasan itu mestilah boleh menghadirkan respons yang berkemampuan
membezakan pelbagai tahap pencapaian pelajar.
Perkara yang disoal mestilah yang penting dalam pembelajaran pelajar bukan
sesuatu yang remeh temeh.
Prihatin dengan keadilan –tiada golongan tertentu dalam masyarakat mendapat
faedah secara sistematik .
Elakkan penggunaan rangkai kata atau ayat dari buku teks secara langsung .
Pastikan perkara yang diuji adalah terkini .
Setiap item perlu pendek dan padat di samping mengutamakan kejelasan item.
Elakkan penggunaan istilah yang kabur.
Penulisan stimulus/rangsangan
Penulisan stem/tugasan
Jenis-Jenis Item
Item objektif
Item subjektif
10
Item Objektif
Item objektif ialah item yang mempunyai keobjektifan yang tinggiterhadap respon yang
diharapkan dan hanya satu jawapan yang boleh diterima untuk sesuatu item.
i. Jenis Bekal (SupplyType) – item yang terdiri daripada ayat atau penyataan yang
perlu dilengkapkan dengan satu atau beberapa perkataan ditempat yang
dikosongkan. Item ini memerlukan calon mengemukakan respon sendiri.
ii. Item jenis pilih– memerlukan calon memilih berdasarkan jawapan yang disediakan
Arahan : Isikan tempat kosong dengan memilih jawapan yang betul yang
telah disenaraikan di bawah.
11
Arab Jahiliah kerana tidak mengikut .................................. nabi sebelumnya. Zaman
Jahiliah juga dianggap sebagai zaman ............................. kerana tidak
............................. Allah Yang Maha Esa dan menyembah ............................ serta
mempercayai amalan ..................................
3.9.2
12
a. Item BENAR atauPALSU
13
Contoh item BENAR atau PALSU
State whether the following statements are T for „True‟ or F for „False‟.
b. Item PADANAN
14
c. Contoh item PADANAN
15
Tugasan
Tugasan dinyatakan dengan jelas, tepat dan ringkas, tiada
pembaziranperkataan sebagai hiasan (window dressing).
Tidak mengambil terus frasa daripada buku.
Tidak memberikan bayangan kepada jawapan seperti penggunaan pertalian
perkataan (words association).
Elakkan menyatakan tugasan dalam bentuk negatif, sekiranya
perlu,penggunaannya perlu ditegaskan (bold).
Idea utama item perlulah dinyatakan pada tugasan bukan pada stimulus atau
pilihan jawapan.
Elakkan item berasaskan pendapat.
Pilihan Jawapan
Semua pilihan jawapan harus bebas antara satu sama lain. Elakkan pilihan
jawapan yang saling bercanggah atau mempunyai makna yangsama.
Semua pilihan jawapan mestilah homogen dan selari dengan pilihan jawapan
yang lain.
Elakkan pengulangan perkatan yang serupa dalam semua pilihan jawapan.
Elakkan pilihan jawapan negatif.
Susun pilihan jawapan dalam susunan yang logik berdasarkan:
Urutan nombor.
Kronologi peristiwa;
Pilihan jawapan yang serupa dalam pasangan dansusunan huruf ikut putaran
jam, atas ke bawah atau kiri ke kanan.
Semua pilihan jawapan dinyatakan dengan tatabahasa yang selaras dengan
tugasan terutamanya jenis pelengkap.
Gunakan bilangan pilihan jawapan yang sesuai bagi mengurangkan calon
mendapatkan “skor nasib” dengan meneka secara rambang.
Elakkan menggunakan perkataan penentu seperti selalu, sangat, lebih
kurang, hanya dan lain-lain.
16
Jawapan
Tepat atau paling sesuai dan tidak boleh dipertikaikan.
Homogen dengan pilihan jawapan yang lain dan tidak menonjol
sebagaijawapan seperti sentiasa panjang atau diiringi dengan penjelasan.
Distraktor/pengganggu
Gunakan hanya distraktor yang berfungsi berdasarkan ciri:
Munasabah.
Tidak terpencil.
Salah konsep yang biasa.
Maklumat yang biasa (familiar) tetapi bukan jawapan.
Elakkan distraktor yang tidak logik.
Gunakan pernyataan yang betul tetapi bukan sebagai jawapan (salah
konsep).
Elakkan menggunakan pernyataan yang melucukan.
Elakkan menggunakan perkataan pelbagai maksud.
RANGSANGAN/
STIMULUS
Diagram 3
Rajah 3
17
JAWAPAN /KEY
A 2.05 a.m
B 2.05 p.m PILIHAN JAWAPAN
PENGGANGGU/
C 10.05 a.m /OPTION
DISTRACTOR
D 10.05 p.m
18
Soalan Objektif berbentuk Melengkapkan
Item ini memerlukan calon memilih jawapan yang betul.Jawapan itu terdiri daripada
gabungan pernyataan.
19
d. Contoh item ANEKA GABUNGAN
Rajah 3
A I , II dan III
D II , III dan IV
20
ITEM SUBJEKTIF
Definisi
Item subjektif bermaksud item yang mempunyai respon terbuka, iaitu yang tidak spesifik
seperti jawapan kepada item objektif. Item subjektif ini membenarkan subjektifdalam
jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk calon mempamerkan kedalaman
pengetahuan yang dimiliki.Justeru, item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang
lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis, membuat
pertimbangan,menilai dan membuat keputusan, yang memerlukan kemahiran berfikir.
Item subjektif juga memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan
jawapan dan juga panjang atau pendekjawapan tersebut.Item subjektif membolehkan
calon mempamerkan keupayaan mengemukakan pandangan, hujah dan lain-lain
kemahiran berfikir.
Contoh-contoh item:
1. Baru-baru ini, anda bersama-sama ahli Persatuan Bahasa Melayu telah mendaki
Gunung Kinabalu.
Tulis pengalaman anda semasa mendaki gunung tersebut.
21
2. Remaja lelaki dan perempuan masa ini sering terjebak dengan pergaulan bebas.
Huraikan dua kesan pergaulan bebas terhadap kehidupan masyarakat.
Contoh-contoh item:
Item BERSTRUKTUR
Soalan yang dikemukakan secara berperingkat dan terdapat perkaitan antara
satu sama lain.
Jenis item ini mengandungi stimulus (bahan rangsangan), stem soalan
(pokok soalan) dan set soalan.
22
Contoh- contoh soalan berstruktur:
a. Apakah yang patut kamu lakukan sebaik sahaja kamu melihat kejadian
tersebut?
________________________________________________________
23
Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka struktur
yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.
Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk
memudahkan penyediaan skema jawapan.
Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek daripada soalan berjawapan
panjang supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.
Guru membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk mengetahui aras dan
konstruk yang diuji.
Guru membina item berbentuk esei dengan arahan yang jelas dan jawapan item
sama ada pendek atau panjang.
Kata tugas soalan hendaklah jelas dan lengkap.
Pemilihan perkataan hendaklah sesuai dengan tahap calon.
Item yang dibina mestilah berlandaskan sukatan pelajaran.
Item mestilah mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.
Setiap item mestilah mempunyai markah yang khusus.
Sediakan skema jawapan dan pemarkahan.
Kata tugas ini berfungsi untuk membantu calon memberikan jawapan yang
dikehendaki oleh item. Pemilihan kata tugas yang sesuai untuk sesuatu item
adalah sangat penting. Kata tugas yang tidak tepat akan menyebabkan calon
gagal memberikan jawapan yang dikehendaki.
24
Berikut adalah beberapa contoh kata tugas
Item subjektif boleh dibina dalam semua aras kemahiran di bawah bidang kognitif
mengikut Taksonomi Bloom :
a. Pengetahuan
b. Kefahaman
c. Aplikasi
d. Analisis
e. Sintesis
f. Penilaian
25
Bina Item Subjektif
Bentuk
Tahap Ciri Contoh Soalan
( Kata Tugas )
1.Soalan memerlukan pelajar menggunakan proses Siapa 1. Apakah nama ibu negeri Perak ?
Pengetahuan
mental untuk mengingat pengetahuan yang Apa __________________________
Aras Rendah diminta. Di mana
2. Pengetahuan yang diminta hendaklah sama Bila 2. Senaraikan tiga faktor kejatuhan Kerajaan Melaka
dengan pengajaran guru. Terangkan ke tangan Portugis ?
3. Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah Beri definisi i. __________________________
pengetahuan dalam bentuk baru. Senaraikan ii. __________________________
4. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama iii. __________________________
ada betul atau salah.
3. Siapakah nama Perdana Menteru Malaysia yang
pertama ?
_____________________________
1.Soalan memerlukan penggunaan proses mental Huraikan 1. Huraikan kepentingan membaca dalam
Kefahaman
berkait dengan kefahaman misalnya terjemahan, Bandingkan kalangan pelajar
Aras tafsiran dan estrapolasi ( andaian) Bezakan
Sederhana 2. Pengetahuan atau malumat asas telah Nyatakan 2. Mengapakah kita perlu menghormati orang
diajar/diberi kepada pelajar. Mengapakah yang lebih tua daripada kita ?
3. Memerlukan bahan untuk diterjemah, ditaksir Terangkan
atau diektrapolasikan. 3. Terangkan cara-cara bertayamum ?
4. Pelajar menyatakan kefahaman mereka dalam
ayat atau perkataan mereka sendiri.
1. Soalan menggunakan proses mental aplikasi Gunakan 1. Anda ialah setiausaha Persatuan Bahasa
Aplikasi
2. Soalan melibatkan penggunaan prinsip, Selesaikan Melayu di sekolah anda. Anda dikehendaki
Aras menyelesaikan masalah yang baru. Kelaskan
26
Sederhana 3. Soalan hendaklah berkaitan dengan masalah Pilih menulis sepucuk surat kepada guru besar
dalam situasi baru yang tidak sama dengan Buat sekolah kamu untuk memohon kebenaran
masalah yang dibincang dalam bilik darjah. Kira melawat ke tempat-tempat menarik. Tulis
Tulis
surat itu selengkapnya.
2. Bina ayat dengan menggunakan simpulan
bahasa khabar angin
3. Selesaikan 40kg + 200g
4. Kirakan luas segi tiga bersudut tegak yang
mempunyaipanjang sisi 4cm , 5 cm dan 6 cm
.
1.Soalan menggunakan proses mental analisis Kenapa 1. Bezakan maksud taksir dengan tafsir
Analisis
sama ada analisis unsur, hubungan atau prinsip Kenalpasti sebab 2. Bandingkan kelebihan tinggal di kampung
Aras Tinggi organisasi. Rumuskan dengan tinggal di Bandar
2. Situasi masalah mestilah baru, tidak biasa atau Tentukan 3. Apakah perbezaan antara haiwan karnivor
berbeza dengan situasi semasa pengajaran. Buktikan dengan herbivor ?
3. Situasi, dokumen atau bahan yang hendak Apakah faktor
dianalisis perlu ada pada pelajar. Kenapa
4.Soalan memerlukan fikiran kritis, bukan Mengapa
mengulang pengetahuan yang dipelajari Bezakan
Bandingkan
1. Soalan sesuai dengan proses mental sintesis. Selesaikan 1. Bincangkan warna-warna yang digunakan
Sintesis
2. Masalah, tugas atau situasi hendaklah baru (Jawapan betul untuk menghasilkan warna hijau?
Aras Tinggi kepada pelajar atau berbeza semasa pengajaran. lebih dari
2. Ramalkan impak pertambahan penduduk
3.Memberikan kebebasan kepada calon menjawab pada satu )
sama ada dari segi isi atau masa Ramalkan dunia terhadap keluasan kawasan hutan.
Hasilkan 3. Ramalkan apakah yang akan terjadi
Tuliskan sekiranya haiwan pemangsa pupus dalam
Cadangkan apa sesebuah populasi.
akan berlaku
27
1. Soalan menguji proses mental peringkat Nilaikan “Kedatangan Islam ke Melaka telah disambut
Penilaian
penilaian. Pilih dengan baik oleh pemimpin dan rakyat
Aras Tinggi 2. Situasi perkara yang hendak dinilai mestilah baru Membicarakan Melaka”.
dan tidak pernah disentuh semasa pengajaran. Menaksirkan
3.Soalan penilaian dibentuk berdasarkan apa yang Pertahankan 1. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah
hendak dinilai, arahan tindak balas dan kriteria Tentukan kesannya kepada kerajaan Melaka pada
yang digunakan. kurun ke-15 ?
28
Kelebihan Item Subjektif
Soalan mudah dibina dan ditadbir secara tepat.
Boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran ataupun semua mata pelajaran.
Soalan diuji merupakan cara mudah untuk mengetahui sejauh mana seseorang calon
dapat menerangkan ideanya,
Calon dapat diuji kebolehan menyusun, menganalisis dan membuat sinteksis idea-idea
atau dalam erti kata yang lain ialah mengintegrasi data.
Peluang untuk meneka jawapan adalah kurang.
Soalan subjektif menggalak calon menyediakan diri menghadapi sesi menjawab.
Peluang untuk menipu dan meniru jawapan dikurangkan calon, calon juga sukar untuk
meneka jawapan.
Soalan bentuk ini juga dapat mengukur hasil pembelajaran yang kompleks.
Berguna untuk mengesan punca kelemahan salah tafsiran, konsep-konsep yang
samar-samar.
27
PENILAIAN ITEM
Penilaian Item ialah satu proses membuat pengadilan terhadap item-item berdasarkan
sistem 9 poin seperti berikut :
v) Kepentingan
Sebelum diterima sebagai ujian, aliran proses penilaian item adalah seperti rajah di bawah.
ITEM
(MENTAH)
dibaiki
KIV TOLAK
NILAI
TERIMA
28
Sesuai Aras Kesukaran
Item yang ditulis harus membawa bersama aras kesukaran yang dihasratkan.Ia digunakan
untuk menunjukkan sama ada soalan yang dibina terlalu sukar, sederhana atau terlalu
mudah. Item yang baik adalah mempunyai aras kesukaran yang sederhana. Indeks
Diskriminasi menunjukkan sama ada tiap-tiap satu soalan atau butiran itu membezakan
pencapaian antara murid-murid yang baik dengan yang lemah.
R Aras rendah
S Aras sederhana
T Aras tinggi
Contoh :-
Guru telah melakukan satu ujian ke atas 20 orang murid. Setelah menyemak kertas
tersebut, guru telah membahagikan murid kepada dua kategori iaitu 10 orang pada tahap
tinggi dan 10 orang lagi adalah tahap rendah.Berikut adalah item ujian 1 yang disemak. Item
Ujian 1 pilihan A,B,Cdan D. Jawapan yang betul ialah B. Berikut ialah jadual yang
menunjukkan jawapan yang diberi oleh murid mengikut tahap.
Di sini kita dapat melihat perbezaan jawapan yang diberi oleh dua kumpulan murid yang
telah dikategorikan.
29
Menilai Item
Menilai item ialah proses membuat pengadilan terhadap mutu item dengan mengambil kira
setiap ciri item yang baik. Proses ini harus berakhir dengan ketetapan sama ada item itu :-
i) Diterima
ii) Ditolak
Item dalam perhatian (KIV) bila satu atau lebih tajuk wajib tidak dipenuhi
Jelas
Sesuai aras kesukaran
Sesuai penting
Sesuai adil
Item yang ditolak – jika terdapat satu atau lebih tajuk rukun tidak dipenuhi
Akur Kurikulum
Akur Spesifikasi
Akur Peluang
30
Tepat Konstruk
Tepat Tajuk
Spesifikasi Item
Tajuk/ Komponen
Konstruk Kesukaran Penting Adil Kurikulum Spesifikasi Peluang
Konteks item
⁄ ⁄ ⁄ ⁄ ⁄ ⁄ ⁄ ⁄ ⁄
31
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) juga dikenali sebagai Jadual Penentuan Ujian (JPU) /
Jadual Spesifikasi Item (JSI).
Jadual Spesikasi Ujian merupakan satu senarai/blueprint/kerangkayangmenghuraikan
aspek pencapaian yang hendak diukur.
JSU digubal sebagai panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JPU (Test Specification Table) adalah carta dua
hala yang mengaitkan kandungan pengajarandengan objektif pengajaran. Lajur carta
ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran yang perlu dicapai oleh murid,
sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan
ingin diukur.
Ujian yang hendak ditadbir sebaiknya mewakili keseluruhan Sukatan Pelajaran yang
mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah
ditetapkan.
i. menjadi panduan kepada guru tentang Sukatan Pelajaran yang perlu diajar dan objektif
pelajaran yang perlu dicapai murid.
ii. memastikan ujian yang dibina adalah setara dari segi aras kesukaran dari setahun ke
setahun walaupun item dibina oleh pembina lain.
iii. mengenalpasti dan menetapkan jenis dan ciri item yang perlu dibina
32
Langkah Pembinaan JSU
Anda perlu mengambil lima langkah apabila hendak membina JSU, iaitu
Guru perlu meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk dalam Sukatan Pelajaran
untuk menentukan kepentingannya dari beberapa aspek seperti;
Kelas yang terlibat dengan peperiksaan awam pula menuntut guru agar mengkaji
soalan-soalan beberapa tahun kebelakangan untuk mengenalpasti taburan soalan
mengikut tajuk.
33
Mata pelajaran
Tajuk-tajuk yang dinilai
Peringkat kebolehan murid yang dinilai
Wajaran aras kesukaran
-sukar, sederhana, mudah
Aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh
Bloom dan rakan-rakannya. Lazimnya JSU mengandungi dua paksi utama seperti
berikut :
34
Penilaian
Sintesis
Analisis
Aplikasi
Kefahaman
Pengetahuan
Pengetahuan
Pengetahuan merupakan hasil pembelajaran yang rendah dalam aras kognitif
kerana hanya mengingati semula perkara yang telah dipelajari dan mengingati fakta-
fakta spesifik hingga teori-teori yang sukar.
Komponen Pengetahuan
Pengetahuan boleh dibahagikan kepada beberapa komponen kecil iaitu:
Pengetahuan tentang fakta
Pengetahuan tentang terminologi
Pengetahuan tentang kelaziman/konvensyen
Pengetahuan tentang urutan
Pengetahuan tentang pengkelasan
Pengetahun tentang kriteria
Pengetahuan yenteng metodologi /kaedah
Pengetahuan tentang teori dan struktur
Pengetahuan tentang prinsip dan generalisasi
35
Kefahaman
Kefahaman bermaksud kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan
pengetahuan tanpa situasi baru. Tiga kemahiran kognitif yang boleh dikaitkan
dengan kefahaman ialah penterjemahan, interpretasi dan ekstrapolasi.
(i) Penterjemahan
Penterjemahan ialah kebolehan menyatakan sesuatu konsep yang diketahui
dengan menggunakan simbol atau perkataan yang lain. Antara aktiviti
penterjemahan yang melibatkan kefahaman adalah :
Menterjemah secara literasi dari satu bahasa ke bahasa lain.
Menukar dari bentuk simbol kepada bentuk verbal atau sebaliknya
Membaca skor muzik
Membaca Al-Quran
(ii) Interpretasi
Interpretasi boleh dilaksanakan dengan membuat hubungkait dan
menyatakannya dalam bentuk lain seperti verbal atau grafik. Antara aktiviti
yang terlibat adalah;
a. Menyatakan suatu penyataan,peristiwa lalu atau konsep dengan
menggunakan ayat atau olahan bahasa yang tersendiri, mengubah susun
atur konteks sebenar atau meringkaskannya tanpa mengubah maksud
asalnya.
b. Menginterpretasi graf, carta, peta, jadual, kartun ke bentuk verbal atau
sebaliknya.
c. Menjelaskan maksud perkataan dengan konteks penggunaannya dalam
suatu puisi.
(iii) Ekstrapolasi
Ekstrapolasi ialah kemahiran meramal, membuat inferens atau membuat
anggaran berdasarkan pemerhatian, pengalaman, pola, corak atau suatu
urutan berkala.
36
APLIKASI
Aplikasi ialah kebolehan menggunakan prinsip dan generalisasi pada satu masalah dan
situasi baru.Idea, konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan sebagainya yang telah
dipelajariperlu digunakan dalam masalah dan situasi baru itu.
a. Tingkah laku pelajar semasa menjawab soalan berbentuk aplikasi biasanya melakukan
perkara berikut :
Mengenal pasti tugasan soalan dengan;
c. Melakukan penyelesaian masalah. Antara aktiviti yang melibatkan aplikasi prinsip dan
generalisasi dalam penyelesaian masalah ialah :
37
ANALISIS
Analisis ialah kebolehan memisahkan suatu set komunikasi kepada elemen atau bahagian-
bahagiannya sehingga suatu bentuk pertalian antara elemen-elemen atau bahagian-
bahagian yang membina set komunikasi itu dapat dilihat dengan jelas. Bloom bersama
rakan-rakannya membahagikan kemahiran menganalisis kepada tiga peringkat, iaitu analisis
elemen, analisis perkaitan dan analisis organisasi .
a. Analisis Elemen
Analisis elemen ialah kemahiran mengenalpasti perkara pokok yang terdapat dalam
suatu set komunikasi, seperti anggapan, pandangan sifat, fungsi, nilai dan sebagainya.
b. Analisis Perkaitan
Analisis perkaitan ialah kemahiran memperlihatkan saling kaitan antara elemen atau
bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi seperti perkaitan hipotesis dengan
pemerhatian, anggapan dengan hujah, sebab dengan akibat dan sebagainya.
38
c. Analisis Organisasi
Analisa organisasi ialah kemahiran mengenalpasti susunan yang sistematik, perkaitan
mengikut urutan, struktur dan sebagainya yang mengorganisasikan suatu set
komunikasi.
SINTESIS
Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan set komunikasi yang unik ialah:
39
Mengemukakan idea melalui penulisan atau ucapan dengan organisasi yang baik.
Menulis cerita, karangan, cerpen atau puisi.
Melukis dan membina bahan grafik.
Mencipta lagu.
Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan penghasilan suatu pelan
kerja atau cadangan untuk melakukan suatu aktiviti terancang. Antara aktiviti yang
melibatkan kemahiran penghasilan cadangan suatu set operasi ialah :
Peringkat ini berkaitan dengan kemahiran yang melibatkan pembinaan suatu rumusan
bagi suatu set perkara yang abstrak untuk menerangkan suatu set data atau fenomena.
Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran penghasilan suatu set pertalian perkara-
perkara abstrak ialah :
40
PENILAIAN
Penilaian merupakan kemahiran intelek yang paling tinggi dalam takosonomi bloom.
Bloom dan rakan-rakannya membahagikan kebolehan untuk membuat penilaian kepada dua
peringkat iaitu penilaian berdasarkan eviden dalaman dan penilaian berdasarkan eviden
luaran.
Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menilai berdasarkan eviden dalaman ialah :
Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran menilai berdasarkan eviden luaran ialah :
41
3. Menentukan Jenis Soalan ( Domain Kognitif)
Penentuan jenis soalan dibuat berdasarkan kepada mata pelajaran, tajuk, aras
Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom yang akan digubal sama ada dalam bentuk
item objektif , subjektif atau esei.
Misalnya jika mengukur domain kognitif untuk mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk
“Struktur Ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah;
soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau “memilih struktur
ayat yang betul”.
Soalan jenis “Subjektif”pula berbentuk “menggubal ayat-ayat”.
Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya adalah seperti yang telah dijelaskan
sebelum ini.
kandungan pengajaran
aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar
kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar
Jumlah masa
x Jumlah soalan
Jumlah masa keseluruhan
42
Pengiraan jumlah soalan mengikut topik :
Bil. Bidang/ Topik/ Topik kecil Anggaran Jumlah
Masa Belajar
Jumlah Item Item
1. Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
(BM) 5 x
5 4
Asal usul BM, BM sebelum merdeka dan 40
3232
selepas ,merdeka
2. Linguistik BM
15 x 32
Pengenalan Linguistik 15 12
40
Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif
3. Fonologi
Definisi alat artikulasi, cara penghasilan 20 x 32
20 16
Fonem Segmental 40
Fonem suprasegmental
Jumlah 40 32
Aras kesukaran soalan dibahagikan kepada 3 iaitu mudah, sederhana dan sukar
dengan pemberatan 20% hingga 80% mengikut keperluan dan matlamat sesuatu ujian
atau peperiksaan yang hendak dilaksanakan.
43
Contoh Borang Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Contoh 1 :
TARIKH UJIAN/PEPERIKSAAN SUBJEK
TAHUN
UJIAN
KELAS
KONSTRUK
Bil TOPIK PENGETAHUAN KEFAHAMAN APLIKASI ANALISIS SINTESIS PENILAIAN JUMLAH
R S T R S T R S T R S T R S T R S T
JUMLAH
Contoh 2 :
Mata pelajaran Sains dan lain-lain mata pelajaran yang sesuai
TOTAL NUMBER OF QUESTIONS ACCORDING TO THE CONSTRUCTS AND LEVEL OF DIFFICULTIES
YEAR/THEME/
KNOWLEDGE UNDERSTANDING APPLICATION
LEARNING TOTAL
AREA/ LOB/LO FACTS TERMINOLOGY CLASSIFYING SEQUENCE METHOD PRINCIPLES TRANSLATING INTERPRETING EXTRAPOLATION APPLICATION
E M D E M D E M D E M D E M D E M D E M D E M D E M D E M D E M D
TOTAL
44
BANK SOALAN
Definisi
Himpunan item-item soalan yang diklasifikasikan mengikut kategori yang telah
ditetapkan. Contohnya mengikut : -
Tahun/ Tingkatan
Mata pelajaran
Tajuk/ Konteks
Konstruk
Aras kesukaran
Penyimpanan bank soalan sekolah akan diurus, diselia dan dikemaskini oleh
panitia sekolah.
Bank soalan boleh disimpan dalam bentuk sistem perisian atau sistem fail
berbentuk softcopy.
Bahan disusun dalam folder mengikut kategori
i. Tahun
ii. Subjek
iii. Tajuk
iv. Konstruk
v. Aras
Mudah diakses, jika melalui portal sekolah ianya perlulah mudah di muat turun
& muat naik.
46
POST-MORTEM
Definisi:
Post-mortem secara umumnya bermaksud pemeriksaan sesuatu rancangan yang
gagal untuk mengetahui sebab kegagalannya. Ianya juga bermaksud perbincangan
terhadap punca kegagalan sesuatu perkara. Dalam konteks pendidikan, post-
mortem digunakan untuk menganalisis keputusan peperiksaan. Aspek kelemahan
dan kekuatan dikenalpasti bagi menentukan strategi penambahbaikan.
47
Item boleh dianalisis secara empirikal berdasarkan jawapan yang diberi untuk
mengetahui kekuatan dan kelemahan item. Hasil analisis item boleh digunakan
untuk memperbaiki kualiti item berkenaan. Sesuatu item objektif aneka pilihan dan
ujian subjektif boleh dianalisis untuk mendapatkan maklumat Indeks Kesukaran.
Indeks Kesukaran
mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula iaitu apabila guru mendapati
soalan-soalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar
(soalan sukar).
mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian
kurikulum iaitu yang boleh dikuasai pelajar dan yang tidak boleh dikuasai
pelajar.
memberi maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan
mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji.
mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan seperti
kandungan yang ditekankan semasa pengajaran.
48
Contoh pengiraan:
p = 30= 0.75
40
Bagi item subjektif ( esei ) yang markah mengambil nilai 0 , 1, 2, 3...., indeks
kesukarannya boleh dikira sebagai nisbah markah purata ( markah min )
kepada julat markah penuh seperti berikut :
49
Indeks Kesukaran Item (p) = Markah Purata
Julat Markah Penuh
Sebagai contoh: Suatu item ujian esei berjawapan pendek diberi markah
minimum 0 dan maksimum 10. Sepuluh orang pelajar (p) telah menjawab
soalan ini dan mendapat markah seperti dalam jadual di bawah. Jumlah
markah bagi sepuluh orang pelajar ialah 63.0. Pengiraan indeks kesukaran
item seperti di bawah.
50
Post Mortem – Pencapaian Murid
Post mortem
51
Senarai semak dan tindakan:
52
CARTA ALIRAN PELAKSANAAN
HEADCOUNT POST-MORTEM
MULA Kenal pasti pencapaian
murid
Ujian/Peperiksaan
PENILAIAN
Program pengukuhan
dan pemulihan Pelajar membina
GPD graf prestasi diri
53
LAMPIRAN
MAKLUMAT TAMBAHAN
PENGENALAN
Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kemahiran berfikir
aras rendah (Lower order thinking skills – LOTs) dan kemahiran berfikir aras tinggi
(HOTS) berdasarkan taksonomi Bloom. Aras pemikiran Bloom yang rendah terdiri
daripada pengetahuan dan kefahaman, manakala aras pemikiran tinggi ialah
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian..
Taksonomi Bloom telah ditambah baik oleh Anderson dengan menggunakan kata
kerja dan meletakkan „menilai‟ dan „mencipta‟ sebagai pemikiran aras tinggi.
MENILAI MENCIPTA
SINTESIS MENILAI
MENGANALISIS MENGANALISIS
MENGAPLIKASI MENGAPLIKASI
MEMAHAMI MEMAHAMI
PENGETAHUAN MENGINGAT
BLOOM ANDERSON
HOTS (Kemahiran berfikir arastinggi) merupakan salah satu komponen utama dalam
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ianya merupakan aras yang paling tinggi
dalam hieraki proses kognitif dan berlaku apabila seseorang mendapat maklumat
baru, menyimpan dan memeri, menyusun, serta mengaitkannya dengan
54
pengetahuan sedia ada, seterusnya memanjangkan maklumat tersebut untuk
mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Bereiter & Scardamalia
(1987) menyatakan bahawa dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, pelajar perlu
dilatih mengambil bahagian dalam menentukan objektif, mewujudkan wacana,
menentukan tindakan motivasi, analitik dan inferens yang dinamakan „literasi tinggi‟
(highliteracy).
Dalam membina item, guru perlu mengenalpasti tujuan soalan yang ingin
dikemukakan berdasarkan aras kemahiran Taksonomi Bloom dan Anderson.
55
Bagaimanapun guru hendaklah memberi penekanan kepada soalan berunsur HOTS
selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang mensasarkan pada
tahun 2016, soalan Pentaksiran Awam mengandungi 80% soalan HOTS. Ini penting
kerana soalan aras tinggi ini menggalakkan pembelajaran di mana ianya
memerlukan murid untuk membuat aplikasi, menganalisa, membuat sintesis dan
menilai maklumat dan bukan hanya mengingat kembali maklumat yang dihafal.
Selain daripada itu, ianya bertujuan untuk melahirkan modal insan yang cerdas,
kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu
bersaing di persada dunia selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Di antara tujuan penyoalan bagi menerapkan elemen HOTS dalam soalan ialah
untuk:
• Bermatlamat
Diminta untuk mencapai tujuan tertentu.
56
• Ringkas
Dinyatakan dengan beberapa perkataan yang mungkin.
• Memprovokasipemikiran
Merangsang pemikiran dan tindak balas.
• Menyoal siasat
Melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan terperinci.
• Skop terhad
Soalan yang bercapah akan mengelirukan.
Dalam membina item, pemilihan kata kerja adalah sangat penting bagi menerapkan
elemen HOTS dalam soalan tersebut. Berikut adalah contoh kata kerja dan kata soal
yang sesuai untuk digunakan:
57
1. MENGINGAT
memberitahu Apakah yang berlaku selepas...? Buat satu senarai tentang peristiwa-
menyenarai Berapa banyak...? peristiwa utama ...
menggambar Siapakah itu yang...? Buat satu garis masa peristiwa.
menghubung kait Namakan...? Buat satu carta fakta.
mengesan Terangkan apa yang berlaku di...? Senaraikan fakta yang anda boleh ingat.
menulis Siapa yang memberitahu...? Senaraikan kesemua.... dalam cerita ini.
mencari Beritahu kenapa...? Buat satu carta untuk menunjukkan...
menyata Cari maksud bagi...? Buat satu akrostik …
menama Apakah yang...? Deklamasikan satu puisi.
Yang manakah benar dan salah...?
58
2. MEMAHAMI
menerang Nyatakan dalam perkataan sendiri ... Cari atau lukis gambar yang menerangkan
mengintepretasi Beri gambaran ringkas .... peristiwa ...
menggariskan Apakah yang akan berlaku selepas ini Terangkan pendapat anda tentang idea utama.
membincang ...? Sediakan satu jalur kartun yang menerangkan
mengesan Pada pendapat anda siapa..? urutan peristiwa …
meramal Apakah perkara utama ...? Tulis dan lakonkan pementasan berdasarkan
menyatakan semula Siapakah watak utama...? jalan cerita…
menterjemah Apakah perbezaan antara…?
Ceritakan semula dalam perkataan sendiri …
membanding Beri contoh untuk menyokong jawapan
Lukiskan satu aspek yang anda suka …
anda.
menggambarkan
Apakah definisi...? Tuliskan ringkasan …
59
urutan peristiwa …
60
3. MENGAPLIKASI
menyelesaikan Tahukah anda peristiwa lain di mana ...? Bina sebuah model yang akan menunjukkan
menunjukkan Bolehkah perkara ini berlaku ...? bagaimana ia berfungsi.
menggunakan Himpunkan mengikut perwatakan … Bina sebuah diorama untuk menceritakan
membuat ilustrasi sesuatu peristiwa.
Apakah faktor yang anda ubah jika ...?
membina Ambil beberapa keping gambar untuk
meramal Dapatkah anda mengaplikasikan kaedah menunjukkan sesuatu perkara.
melengkapkan ini dengan pengalaman sendiri? Bina sebuah model tanah liat.
menilai Apakah soalan yang akan ditanya...?
Rangka satu strategi pemasaran produk anda
mengklasifikasi
Daripada maklumat yang diterima, bina menggunakan strategi yang diketahui sebagai
menggambarkan satu set arahan untuk ... panduan.
Adakah maklumat ini berguna jika anda
Pakaikan anak patung dengan pakaian
ada...?
kebangsaan / tradisional.
61
Lukis mural berdasarkan perkara yang sama.
62
4. MENGANALISIS
menganalisis Peristiwa manakah akan berlaku ...? Bina sebuah soal selidik untuk mengumpul
membezakan Sekiranya ... berlaku, apakah peleraian yang maklumat.
menilai akan berlaku?
Reka sebuah iklan untuk menjual satu produk.
membanding Apakah persamaan ..dengan ...?
Bina sebuah carta alir yang mempunyai
menyiasat Apakah hasil lain yang mungkin...? peringkat kritikal.
Himpunkan mengikut perwatakan …
mengkategori Bina sebuah jigsaw.
Apakah faktor yang anda ubah jika ...?
mengenalpasti Bina sebuah salasilah keluarga untuk
Kenapa perubahan ini berlaku? menunjukkan perhubungan.
menerangkan
Banding perubahan yang anda kemukakan Tuliskan sebuah biografi seseorang ...
memisahkan
dengan yang disampaikan.
Sediakan laporan ...
mempromosi
Terangkan apa yang sepatutnya berlaku
Anjurkan sebuah majlis lengkap dengan
63
apabila ...? susun atur, langkah, rekod yang diperlukan ...
64
5. MENILAI
mengadili Adakah terdapat satu penyelesaian yang Sediakan satu senarai kriteria untuk
lebih baik untuk ... menilai ... menunjukkan.
memilih
Nilaikan ... Jalankan perbahasan tentang isu
memutuskan kepentingan khas.
Bolehkah anda mempertahankan kedudukan
membenarkan anda tentang ...? Buat buku catatan 5 peraturan anda
Adakah anda berfikir ... adalah baik atau anggap penting.
membahas
sesuatu yang buruk?
Meyakinkan orang lain.
mengesahkan Bagaimana anda akan mengendalikan ...?
Membentuk panel untuk membincangkan
Apakah yang mengubah ...
berhujah pandangan, misalnya "Pembelajaran di
mengesyorkan Adakah anda akan mengesyorkan? Sekolah."
Adakah anda percaya? Tulis sepucuk surat kepada ...
menilai
Adakah anda seorang ... orang? memberi nasihat mengenai perubahan
membincang Apakah perasaan anda jika ...? yang diperlukandi ...
65
mengutamakan Adakah berkesan ...? Sediakan kes untuk membentangkan
Apakah pendapat anda tentang ...? pandangan anda tentang ...
memberi kadar
menentukan
66
6. MENCIPTA
Mencipta Adakah anda boleh mencipta…? Cipta sebuah mesin untuk tugasan tertentu.
Mereka Mengapa tidak mengarang sebuah lagu…? Reka bentuk sebuah bangunan untuk
menempatkan kajian anda.
Mengarang Dapatkah anda melihat penyelesaian jika…?
Cipta sebuah produk baru. Berikan nama
Meramal Jika anda mempunyai akses kepada semua
dan merancang kempen pemasaran.
sumber, bagaimana anda akan berurusan
Merancang
dengan ...? Menulis tentang perasaan anda berhubung
Membina dengan ....
Mengapa tidak anda merangka …?
Mereka bentuk Tulis rancangan TV, rancangan permainan,
Adakah anda mempunyai cara tersendiri… ?
pertunjukan boneka, main peranan, lagu
Mengembangkanimaginasi
Apakah yang berlaku jika ...? atau pantomim tentang ...
Mengusul
Berapa banyak carakah anda boleh cipta Rekabentuk rekod, buku, atau penutup
majalah untuk ...
67
Menjana ..yang baru dan luarbiasa untuk ...? Jual idea. Merangka satu cara
Mencipta formula Bolehkan anda tulis resepi baru untuk untuk ...
hidangan yang sedap?
Reka satu rentak atau meletakkan
Bolehkan anda bina kertas kerja untuk…? perkataan baru kepada melodi yang
dikenali....
68
Menukar Soalan Rutin (LOTS) kepada Bukan Rutin(HOTS)
tinggi.
•Jawapan dan prosedur yang perlu digunakan tidak serta merta jelas.
•Lebih mencabar.
operasi matematik.
69
Contoh 1:
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut
dengan harga RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria?
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut
dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual.Berapakah
bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya
beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen?Terangkan jawapan anda?
Contoh 2:
1. Cari perimeter segi empat tepat yang mempunyai panjang 8 meter dan lebar
17 meter.
2. Cari panjang sebuah segi empat tepat yang mempunyai luas 48 meter
70
Mamat ingin membina pagar bagi reban ayam yang berbentuk segi empat. Dia
mempunyai 20 meter wayar pagar.
Contoh 3:
Contoh 4:
Soalan Rutin
Satu sisiempat mempunyai sudut-sudut 100 , 60 , and 130 .Apakah nilai sudut
yang keempat?
Rajah di bawah menunjukkan 2 blok di dalam 1000 mlair dan jadual di bawah
menunjukkan ketumpatan bahan X dan Y
Bongkah X 8 2 0.25
Bongkah Y 8 16 2
72
1.Apakah ketumpatan bongkah X? (LOTS)
(HOTS)
a) Seorang penjual kereta meletakkan iklan berikut dalam surat khabar: “Kereta
baru dan terpakai untuk dijual, harga berbeza, purata harga RM 50,000.”
Berdasarkan iklan, yang manakah di antara berikut paling tepat?
A car salesman placed this advertisement in the newspaper: “Old and new
cars for sale, different prices, average price RM 50,000.” From the
advertisement, which of the following must be true?
73
Half of the cars would cost less than RM50,000, and half would cost
more than RM50,000.
b) John dan Cathy diminta untuk membahagikan suatu nombor dengan 100.
John membuat kesilapan dengan mendarabkan nombor tersebut dengan 100
dan memperolehi jawapan 450.Cathy membahagi dengan betul nombor
tersebut dengan 100.Apakah jawapan Cathy?
John and Cathy were told to divide a number by 100. By mistake John
multiplied the number by 100 and obtained an answer of 450. Cathy correctly
divided the number by 100. What was her answer?
A. 0.0045
B. 0.045
C. 0.45
D. 4.5
74
b) Berapakah perimeter suatu segiempat tepat yang mempunyai keluasan 100
meter persegi?
a) Dalam benda hidup, molekul yang besar dan kompleks diuraikan kepada
molekul yang lebih kecil dan ringkas. Apakah nama proses tersebut?
In living things, large and complex molecules are broken down into small and
simple molecules. What is this process called?
A. Perkumuhan
Excretion
B. Serapan
Absorption
C. Pencernaan
Digestion
D. Kitaran
Circulation
b) Warna sesuatu objek, contohnya sebiji epal adalah sama dengan warna
gelombang cahaya
The colour of an object such as an apple is thesame as the colour of the light
waves
75
that are reflected by the object
D. yang bergerak mengelilingi objek itu
that travel around the object
Keith had influenza. He played a game with two friends. One of his friends
caught influenza but the other did not. What could have been the reason why
one of his friends did NOT catch influenza?
76
SOP PENGURUSAN PENILAIAN PEPERIKSAAN/UJIAN
B. Keselamatan
77
C. Kelengkapan peperiksaan
Kertas OMR, graf, lajer, buku tunai, kertas lukisan, kertas kajang akan
disediakan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan.
E. Pengawasan
78
F. Ketidakhadiran Muird Semasa Ujian/Peperiksaan
Ujian setara boleh diberi hanya kepada muird yang tidak hadir dengan sebab-
sebab seperti berikut:
G. Pemarkahan
Skrip jawapan yang telah disemak perlu diserahkan kepada murid dan
dibincangkan bagi mengenalpasti kesilapan yang telah dibuat.
79
Rumusan SOP Pengurusan Penilaian Peperiksaan
80
LAMPIRAN B
Mula
Membentuk JSU
Menyemak Item/soalan
setuju
Tidak
Ya
Tamat
81
SEMASA PELAKSANAAN UJIAN
LAMPIRAN C
Mula
Tamat
82
LAMPIRAN D
Mula
Tamat
83
RUJUKAN
6. N.S. Rajendran, (2008). Teaching & Acquiring Higher Order Thinking Skills
Teory & Practise. Tanjong Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
84