Anda di halaman 1dari 20

Negara Sabah atau Negeri Sabah?

Di dalam Malaysia Agreement article 1 ada disebutkan :

The Colonies of North Borneo and Sarawak and the State of Singapore shall be federated with the
existing States of the Federation of Malaya as the States of Sabah, Sarawak and Singapore in
accordance with constitutional instruments annexed to this Agreement and the Federation shall
therafter be called " Malaysia".

Malaysia Agreement bahasa Melayu :


Di dalam Malaysia Agreement bahasa Melayu menyebut :

Tanah2 Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura hendak-lah di-sekutukan
dengan Negeri2 Persekutuan Tanah Melayu yang ada sekarang sa-bagai Negeri Sabah, Negeri
Sarawak dan Negeri Singapura mengikut surat2 perlembagaan yang di-kembarkan kepada
Perjanjian ini dan Persekutuan itu kemudian daripada itu hendak-lah di-namakan <<Malaysia>>.

Jika sekiranya seorang penulis hendak menulis Malaysia Agreement dimana North Borneo, Sarawak,
Singapura dan Malaya yang hendak digabungkan atau disekutukan menjadi empat entiti dalam satu
negara maka penulis itu akan menulis Malaysia agreement Article I itu seperti ini: The Colonies of North
Borneo and Sarawak and Singapore shall be federated with Federation of Malaya as the Countries of
Sabah, Sarawak, Malaya and Singapore in accordance with constitutional instruments annexed to this
Agreement and the Federation shall therafter be called " Malaysia". Tetapi bukan ayat sedemikian yang
tertulis dalam Malaysia Agreement 1963.
Malaysia Act 1963 Part II seperti dalam gambar di atas bertulis dalam bahasa Inggeris:

4. (1) The Federation shall be known, in Malay and in English, by the name Malaysia.

(2) The States of the Federation shall be~

(a) the States of Malay, namely Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negri Sembilan,
Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor ; and

(b) the Borneo States, namely, Sabah and Sarawak ; and

(c) the State of Singapore.

(3) The territorries of each of the States mentioned in Clause (2) are the territories comprised therein
immediately before Malaysia Day.

Terjemahan bahasa Melayu

4. (1) Persekutuan hendaklah dikenali, dalam bahasa Melayu dan Inggeris, dengan nama Malaysia.

(2) Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada ~

(a) Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,
Penang, Perak, Perlis, Selangor; dan

(b) Negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak; dan

(c) Negeri Singapura.

(3) territorries setiap Negeri yang disebut dalam Fasal (2) ialah wilayah yang terkandung di dalamnya
sebaik sebelum Hari Malaysia.

Apa yang dimaksudkan dalam MA 1963 Part II ini ialah Persekutuan Malaysia itu hendak lah terdiri
dari negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri di Borneo (Sabah dan Sarawak) serta negeriSingapura
yang akan disekutukan dalam persekutuan Malaysia.

"Clause (2)" (Fasal 2) yang dimaksudkan - (2) - (a) - (b) - (c) ialah wilayah yang belum bercantum
sebelum Hari Malaysia 1963. Ia disusun sebegitu didalam "clause" (fasal) untuk menunjukkan
bahawa wilayah itu ialah 4 wilayah yang berlainan sebelum disekutukan menjadi 14 entiti pada
hari Malaysia 1963.

Kalau lah penulis itu bertujuan mahu menulis mengenai pergabungan empat entiti dalam
Persekutuan Malaysia, dia akan menulis dengan sejelas-jelasnya seperti berikut:
(1) The Federation shall be known in Malay and in English, by the name Malaysia.
(2) The Federation Shall be ~
(a) Malaya
(b) Sabah
(c) Sarawak
(d) Singapore
(3) The territorries of each of the States mentioned in Clause (2) are the territories comprised therein
immediately before Malaysia Day.
Tetapi bukan artikel ini yang ditulis oleh penulis MA 1963.

Jelas perkataan-perkataan dalam Malaysia Agreement 1963 Article I dan Perkara I seperti yang tertera
dalam gambar diatas sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu menyebut Sabah itu ialah koloni
jajahan British yang hendaklah disertakan / disekutukan dengan negeri-negeri yang sudah ada
dalam persekutuan Malaya semasa perjanjian ini dibuat dan ditandatangani sebelum hari Malaysia
1963. Apa bila Sabah, Singapura dan Sarawak sudah disertakan / disekutukan maka persekutuan
itu dinamakan Malaysia. Ada lah tidak dinafikan juga bahawa North Borneo, Sarawak, Singapura
dan Tanah Melayu ialah 4 entiti yang menjadi penyebab kepada terjadinya gabungan Persekutuan
Malaysia. Persetujuan ini ditandatangani oleh wakil dari kerajaan UK, Ireland Utara, Persekutuan Tanah
Melayu, North Borneo, Sarawak dan Singapura. Sila baca Malaysia Agreement 1963 dalam gambar
diatas. Kata nama bahasa Inggeris "State" dalam MA Article I itu diterjemah dan ditulis untuk
maksud "Negeri" dalam MA Perkara I bahasa Melayu. "States" pula ialah kata nama bahasa
Inggeris untuk maksud "Negeri-negeri" (penjodoh bilangan). States ialah perkataan "collective
noun" yang sama seperti penjodoh bilangan untuk maksud ramai / banyak atau lebih dari satu
negeri. Pada Article (3) dan Perkara (3) ada dinyatakan mengenai menguat kuasakan (giving the
force of law) undang-undang tuboh (constitution) negeri-negeri (States) Sabah, Sarawak dan
Singapura sebagai negeri-negeri (States) di dalam Malaysia.

Jikalau 4 entiti itu disatukan menjadi 4 negara dalam satu persekutuan, maka bendera Malaysia itu
akan diubah reka bentuk dengan 4 jalur bersama bintang pecah 4, diguna pakai sebagai lambang
negara Malaysia untuk menunjukkan 4 negara didalam persekutuan Malaysia. Bagai mana pun itu
bukan lah seperti yang dipersetujui didalam Malaysia Agreement 1963. Apa yang dipersetujui
ialah 3 negeri disekutukan bersama dengan 11 negeri.

Jikalau 4 entiti (Tanah Melayu: Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura) hendak digabungkan menjadi 4
entiti dalam 1 negara kerajaan Persekutuan Malaysia, maka tiap-tiap entiti itu akan mempunyai Dewan
Parlimen atau Legislative Assembly sendiri. Jika Persekutuan Tanah Melayu ialah antara 4 entiti itu maka
Persekutuan Tanah Melayu akan mempunyai Dewan Parlimen sendiri dan diketuai Ketua Menteri
persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Persekutuan Tanah Melayu pula dibawah kuasa Persekutuan
Malaysia yang diketuai Yang Di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. Negeri-negeri dalam persekutuan
Tanah Melayu itu pula akan bertaraf daerah dan Raja-Raja Melayu akan mempertikaikan perkara itu
kerana Persekutuan Tanah Melayu juga ialah perikatan antara negeri-negeri (negara-negara) kerajaan
Melayu di semenanjung Tanah Melayu. Tetapi bukan lah tujuan ini yang menjadi persetujuan dalam
Malaysia Agreement 1963 semasa pembentukan Persekutuan Malaysia 1963.
Bendera yang digunakan pada hari pengisytiharan Hari Malaysia 16 September 1963 ialah yang
berjalur 14, dan bintang pecah 14, bagi menunjukkan 14 negeri baru bagi Persekutuan Malaysia
termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura. Ia berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor
Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Singapura dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja
menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia
hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian
pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14. Sungguhpun Singapura berpisah daripada
Malaysia pada 1965, jalur-jalur dan bintang pecah 14 masih dikekalkan. Kini maksud jalur dan
bintang 14 itu membawa maksud yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan 1 jalur serta 1
bucu bintang yang ke 14 itu simbolik melambangkan Kerajaan Persekutuan.

Pembentukan persekutuan baru yang mengikut persetujuan dalam Malaysia Agreement 1963
dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi
membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Namun beberapa
isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan
pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi
membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat lapuran pungutan
suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Kabinet pertama kerajaan-sendiri Sabah ditubuhkan pada 1963 oleh kerajaan kolonial British untuk
persediaan pembentukan Malaysia 1963. Sebagai persediaan untuk berkerajaan sendiri, maka sebelum
tahun 1963, Ahli Dewan Undangan Negeri dipilih dalam dua cara. Mereka sama ada dilantik secara
langsung oleh kerajaan kolonial British atau dipilih dari Badan Pemilih (electoral colleges) yang dibentuk
melalui pilihan raya untuk majlis-majlis daerah atau lembaga perbandaran tempatan di bandar-bandar
besar seperti Jesselton (Kota Kinabalu). Dalam erti kata lain, beberapa YB (dipanggil Yang Berhormat
pada masa itu) telah dipilih secara tidak langsung tanpa proses pilihanraya. Pilihanraya pertama Sabah
ialah pada 1967, parti-parti politik sabah mula bertanding kerusi-kerusi Ahli Dewan Undangan.

Pada awal sejarah Sabah diperintah oleh beberapa kerajaan kecil dari suku pribumi. Kemudian menjadi
sebahagian empayar Brunei pada abad ke 15. Sebelum itu pernah beberapa kali dipengaruhi kuasa
empayar Srivijaya dan Majapahit. Pada abad ke 17 kawasan timur Sabah menjadi wilayah kesultanan
Sulu selepas dihadiahkan Sultan Brunei. Bagaimana pun peristiwa itu masih menjadi kontroversi
disebabkan tidak ada dokumen bertulis untuk menyokong kesahihan.

Pada tahun 1879, Alfred Dent dan Overbeck, orang-orang yang menubuhkan Syarikat Borneo Utara
British (British North Borneo Chartered Company) telah memohon Chartered of Corporation dari Queen
Victoria Ratu England. Tahun 1881 permohonan itu diluluskan. 1888 North Borneo dijadikan wilayah
protectorate British tetapi masih dalam pentadbiran British North Borneo Chartered Company. Kerajaan
British hanya mengawal keselamatan, pertahanan dan hubungan luar negara. Pada tahun 1946, North
Borneo (Sabah) menjadi koloni jajahan British yang ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan British.

British sama sekali tidak akan memerdekakan North Borneo pada 1963 jika tidak ada ura-ura, rancangan
dan idea pembentukan Malaysia. Perang dunia kedua melumpuhkan ekonomi empayar British. Rakyat
British sudah serik berperang dan tidak mahu rakyat mereka dihantar berperang di tanah asing. Satu
demi satu koloni British di seluruh dunia Seperti di Asia barat, benua Afrika dan Asia bangkit mendesak
untuk dimerdekakan atas semangat nasionalisme. Ditambah dengan ancaman perang antara blok Soviet
di Eropah dan ancaman komunis di Asia. Negara United Kingdom sudah tidak larat menjaga koloni-koloni
jajahan British. Pembentukan Malaysia ialah satu jalan terbaik untuk British melepaskan North Borneo
(Sabah). Mereka tahu sekiranya North Borneo dimerdekakan sendiri tanpa menyertai persekutuan
Malaysia maka North Borneo akan terbabit dalam kancah perebutan wilayah Filipina dan Indonesia
didalam perang skala besar. British berpendapat dengan terbentuknya persekutuan Malaysia, maka
Sabah pun dapat lah dijaga, dibantu dalam hal keselamatan dan kemakmuran serta kesejahteraan oleh
orang-orang Sabah dengan bantuan dan pimpinan kerajaan Persekutuan Malaysia tanpa ada lagi
campur tangan urusan kuasa kerajaan British.

Asal Usul Kata Nama Negara Dan Negeri

Perkataan Negara dan Negeri berasal dari bahasa Sanskrit yang dipinjam bahasa Melayu akibat
pengaruh dari perdagangan dengan pedagang India purba dan penyebaran ugama Hindu-Buddha sejak
2,000 tahun dahulu di Asia Tenggara. "Desa" ialah terjemahan "Negara" dalam bahasa Hindi. Bahasa
Hindi moden juga berasal dari bahasa Sanskrit. "Desa" dalam bahasa Sanskrit pula bererti "tempat". Bagi
bahasa Melayu pula "desa" erti kampung atau kawasan luar bandar. Dalam Sanskrit "negara" maksud
bandar dan "nagari" juga bermaksud bandar. 'Negeri" pula dimaksudkan untuk "Rajya" jika dalam bahasa
Hindi dan Sanskrit. "Rajya" juga boleh bermaksud kerajaan, keputeraan, kerabat raja, negara, empayar,
kedaulatan, jawatan / maruah Raja, "Rajya' juga ialah kata nama Sanskrit yang dipinjam untuk maksud
ke-raja-an. Bahasa Thai "prathes" (asal Sanskrit - pradesh)ialah erti negara / negeri dan bahasa Tamil
pula "natu" untuk negara atau negeri. Bahasa Indonesia tidak menggunakan "kerajaan" untuk merujuk
kepada organisasi pentadbiran tetapi mengguna kata nama "pemerintah". Contoh :pemerintah Amerika,
pemerintah Malaysia atau pemerintah Indonesia. Ini adalah disebabkan Indonesia ialah negara repablik,
sistem kerajaan beraja dan kesultanan sudah dibubar kan sejak kemerdekaan Indonesia.

Sebelum kedatangan pengaruh Sanskrit India, penduduk-penduduk asli rantau Asia Tenggara kita
mungkin juga menamakan kawasan yang diperintah ketua-ketua suku sebagai 'tanaa' seperti dalam
bahasa-bahasa orang asli Semenanjung Malaysia dan pribumi Borneo dan juga kaum asli di Asia
Tenggara. Kaum Hawaii di pulau Hawaii Amerika juga ada nama untuk tanah iaitu "aina" atau "honua".
Begitu juga di Fiji di mana "vanua" punya erti "negara" atau "country". "Menua" ialah benua, kampung
halaman atau tempat asal bagi maksud dalam bahasa Dayak Sarawak. "Benua" pula ialah untuk maksud
"continent" (Inggeris) yang maksudnya tanah besar (daratan yang luas) dalam bahasa Melayu.

Pada masa kerajaan kesultanan dan empayar kerajaan Melayu dulu tidak ada menyebut perkataan
'negara' untuk menggambarkan sebuah kawasan berdaulat. Bahasa melayu hanya menyebut 'negeri"
untuk merujuk pada tempat atau kawasan kedaulatan sesebuah kerajaan yang bebas merdeka. Contoh
negeri Melaka (empayar kesultanan Melaka), negeri Acheh, negeri China, negeri Inggeris, negeri
Belanda, negeri Siam, negeri Brunei, negeri Singapura, negeri Riau dan negeri Johor. Perkataan 'negara'
hanya terdapat dalam bahasa sanskrit purba dan digunakan dalam karya-karya bahasa Sanskrit. Erti
Negara didalam bahasa sanskrit ialah "bandar" atau "kejiranan". Pada masa yang lampau, kerajaan-
kerajaan tamadun awal di India ialah kerajaan bandar atau city state di mana kerajaan itu terhad hanya
dalam kawasan bandar, manakala kawasan luar yang menjadi jajahan ialah empayar atau naungan
kepada kerajaan bandar itu. Salah satu kerajaan melayu kuno juga bernama Gangga Negara, di Beruas,
Perak yang dikatakan bermula pada abad ke 2.
Surat Melayu huruf jawi abad ke 17 dari Bendahara di Brunei
kepada Kapten Inggeris di Jambi Sumatera yang tertera
perkataan "negeri Brunei dan negeri Jambi" yang merupakan
dua kerajaan bebas dan merdeka.

Setelah lama menggunakan perkataan 'negeri' didalam bahasa Melayu, maka apa bila timbul idea
mengenai persekutuan yang diperkenalkan oleh tamadun barat pada abad ke 19, ahli dan pakar bahasa
Melayu mula menggunakan perkataan 'negara' untuk menggambarkan sebuah kawasan pemerintahan
yang mempunyai kuasa dan kawasan yang lebih besar atau pun juga merujuk kepada empayar besar
atau pun sesuatu persekutuan antara negeri dengan negeri atau wilayah dengan wilayah. Pada era
bahasa Melayu modern kata nama Negara ditakrifkan sebagai kawasan yang bebas merdeka dan
berdaulat tidak dijajah, tidak menjadi sebahagian negara lain, yang mempunyai sempadan rasmi,
mempunyai kuasa ketenteraan serta diiktiraf oleh kerajaan negara-negara lain seperti didalam PBB
(United Nation). Negara adalah suatu wilayah di permukaan bumi yang kekuasaannya sama ada politik,
ketenteraan, ekonomi, sosial ataupun budayanya diatur oleh kerajaan yang berada di dalam sempadan
wilayah tersebut.

Di dalam bahasa Inggeris, definisi negara terbahagi kepada 3 perspektif.

- Nation - negara / negeri dari segi budaya, bahasa & bangsa


- Country - negara dari segi geografi & bentuk muka bumi
- State - negara / negeri dari segi politik.

Asal-usul Kata Nama "State"

Perkataan "state" berasal dari bahasa latin: "status" maksud: keadaan, kedudukan atau posisi. Perkataan
"state" kemudian diadaptasi kedalam bahasa perancis untuk maksud yang serupa.

"State" diberi definisi baru pada sekitar tahun 1300 untuk maksud organisasi politik dalam sebuah
negara, atau dalam kuasa awam atau juga dalam kerajaan. Maksud untuk perkataan "state" berkembang
kepada maksud: keadaan sesebuah negara / wilayah, berkenaan dengan kerajaan atau
kemakmuran pada akhir kurun 1300. Dari bahasa latin "status rei publicæ" yang bermaksud keadaan
atau kewujudan republik. Dalam perubahan masa, perkataan state hilang rujukan kepada kumpulan-
kumpulan sosial tertentu dan ia dikaitkan pula dengan perintah undang-undang seluruh masyarakat dan
radas penguatkuasaannya.

Tahun 1590, "state" memberi pengertian "untuk menetapkan kedudukan". Pengertian mengesahkan
"kedudukan" itu diambil dari tanggapan "meletak" (placing) sesuatu ke dalam rekod.

Tahun 1774, pengertian "state" kepada entiti separuh bebas dibawah kuasa federal, atau salah satu
badan politik yang membentuk bersama menjadi repablik persekutuan. Koloni-koloni British di Amerika
Utara sekali sekala dipanggil "states" sejak tahun 1630an. Perkataan "states" itu kemudian diguna pakai
untuk nama negara Amerika "United States of America" sejak tahun 1777. Frasa "State right " atau hak
negeri disahkan pengertian itu dalam suasana politik Amerika pada 1798 dimana bentuk hak negeri itu
telah direkodkan.

Bagi penutur bahasa Inggeris dialek Amerika, state juga bermaksud government (kerajaan). Pada
permulaan koloni-koloni British di Amerika, government (kerajaan pemerintah) di setiap koloni itu
bukan lah diperintah oleh golongan Raja-raja monarki (kingdom) tetapi ditubuhkan dan ditadbir
oleh rakyat biasa yang berasal dari England, Scot dan Ireland untuk mencari kehidupan yang lebih
baik di benua baru. Jadi maka itu "State" diguna untuk merujuk kepada "kerajaan" yang diketuai
Governor di setiap koloni. Ketua-ketua 13 koloni British di Amerika yang asal itu tidak terikat
(tidak bersekutu) antara satu sama lain namun kerajaan-kerajaan disetiap koloni itu adalah
dibawah kuasa empayar British. Apa bila koloni-koloni itu mula memberontak untuk menuntut
kemerdekaan dari kuasa empayar British, maka satu kerajaan persekutuan terawal yang ditadbir
Continental Congress telah dibentuk oleh penduduk koloni di Amerika untuk menyatukan
kesemua 13 koloni asal itu menjadi satu negara Persekutuan Amerika Syarikat semasa perang
revolusi kemerdekaan 1775-1784. 13 koloni itu kemudian menjadi 13 States (13 government /
kerajaan) dalam persekutuan Amerika selepas pengisytiharan kemerdekaan 1776 dan ditadbir
kerajaan berperlembagaan pada 1789. Setiap State mempunyai daerah dan sempadan serta
berkerajaan sendiri (autonomy) tetapi masih dibawah kuasa pusat kerajaan Persekutuan Amerika
Syarikat. Dengan penambahan wilayah terkemudian seperti Louisiana, Texas, California serta
beberapa wilayah lain, wilayah-wilayah itu distrukturkan menjadi State (kerajaan) setiap satu. Hari
ini USA atau United States of America mempunyai 50 States (50 government / kerajaan). Setiap
state (government) mempunyai kawalan ke atas kawasan tanah kepunyaan state tersebut yang
dibatasi sempadan dan rakyat penduduk yang berbeza sedikit budaya dari state yang lain dan dari
pemilikan kawasan itu lah kata nama state dikaitkan dengan maksud wilayah, province atau pun
negeri dalam bahasa Melayu. Kata nama State juga selalu digunakan dalam pentadbiran kerajaan
persekutuan Amerika disebabkan state juga sinonim dengan maksud government. Sebagai
contoh, Presiden Amerika ialah head of state (ketua kerajaan / ketua government). Ada
jawatan Secretary of State untuk pegawai senior, ada Department of State, ada juga State
treasury. Bagaimana pun dialek amerika untuk State yang diguna untuk pentadbiran kerajaan
persekutuan (pusat) akan diterjemah ke bahasa Melayu menjadi makna negara disebabkan
kerajaan Persekutuan Amerika sesuai ditakrifkan dengan kata nama "negara" mengikut
terjemahan modern bahasa Melayu kerana ekonomi, budaya dan kuasa ketenteraan Amerika
diurus kerajaan persekutuan Amerika Syarikat. Manakala 50 states dalam United States of
America diterjemah kepada 50 negeri dalam Amerika Syarikat. Syarikat ialah satu lagi perkataan
Melayu yang dipinjam dari bahasa Arab yang maksudnya persatuan. Amerika Syarikat: Amerika
Bersatu.

Sejak permulaan koloni British di Amerika, mereka sudah mula mengamalkan proses pengundian melalui
kotak-kotak undi walau pun bukan semua penduduk koloni boleh mengundi. Hanya mereka yang
berpangkat dan mempunyai tanah boleh mengundi untuk memilih pegawai penguasa, perkhidmatan
awam mahu pun Governor di sesetengah state / kerajaan dalam 13 koloni itu. Bagimana pun ada
Governor yang dilantik terus oleh Raja Inggeris di London. Proses pengundian demokrasi terawal ini lah
yang menjadi penggerak kepada tertubuhnya persekutuan Amerika dan ia menjadi contoh kepada proses
baru pemilihan ketua dan wakil-wakil didalam kerajaan untuk negara-negara Eropah juga seluruh
dunia.

Pada tahun-tahun terawal kemerdekaan Amerika atau semasa masih dalam jajahan British, belum ada
jalan raya atau media perhubungan di negara Amerika dalam 13 koloni British yang asal kemudian
menjadi 13 negeri Amerika selepas merdeka. Perjalanan dari antara negeri ke negeri lain umpama
bergerak antara negara ke negara lain disebabkan kawasan wilayah Amerika itu yang besar dan luas
hampir seluas benua Eropah. Berita yang mahu disampaikan dari ibunegara mengambil masa seminggu
atau berbulan untuk sampai ke penghujung sempadan negara Amerika.

Negara Persekutuan Amerika itu sebenarnya ialah negeri-negeri Eropah baru di benua Amerika Utara.
Pelbagai bangsa Eropah di Amerika yang menetap di benua Amerika Utara bersatu membentuk negeri-
negeri bersekutu Amerika dalam rupa bentuk pemerintahan demokrasi. Berbeza dengan benua Eropah
lama yang masih diperintah kerajaan-kerajaan beraja (feudal), sering berperang antara satu sama lain
dalam perebutan wilayah di Eropah. Kemerdekaan Amerika 1776 dari penjajahan British dan penubuhan
Persekutuan Negeri-negeri Amerika kemudian menjadi contoh dan inspirasi kepada rakyat France untuk
menggulingkan pemerintahan monarki raja Perancis pada 1789 sekaligus menubuhkan kerajaan
demokrasi Repablik berperlembagaan. France ialah negara repablik pertama di Eropah. Hampir 2,000
tahun sebelum itu Rom purba sudah pun menubuhkan pemerintahan repablik tetapi sekali sekala diganti
pemerintahan monarki.

Beberapa jajahan dan kekuasaan di Dunia Baru (benua Amerika utara, tengah dan selatan) yang terdiri
daripada wilayah autonomi, berubah kepada negeri-negeri persekutuan setelah merdeka (contoh
selepas Kemerdekaan negara-negara Amerika Selatan dari jajahan Sepanyol). Persekutuan yang tertua
masih wujud hingga hari ini, dan menjadi contoh kepada banyak persekutuan berikutnya, adalah Amerika
Syarikat. Ada beberapa persekutuan di benua Amerika yang gagal; seperti Republik Persekutuan
Amerika Tengah. Lain-lain, seperti Argentina dan Mexico, telah beralih antara sistem persekutuan,
confederal, dan kesatuan, sebelum tetap kepada persekutuan. Brazil menjadi sebuah persekutuan hanya
selepas kejatuhan pemerintahan beraja, dan Venezuela menjadi sebuah persekutuan selepas Perang
Persekutuan. Australia dan Kanada juga ialah negara yang berstruktur persekutuan.

Jerman adalah satu lagi negara-bangsa yang telah beralih antara peraturan confederal, persekutuan dan
kesatuan, kerana Gabungan Jerman telah ditubuhkan pada tahun 1815. Gabungan Utara Jerman dan
Republik Weimar adalah persekutuan.

Asal Usul Kata Nama "Country"

Ada kala maksud definisi "state" itu boleh berubah menjadi maksud "country" dalam bahasa Inggeris
tetapi "state" tidak akan bermaksud "negara" dalam terjemahan bahasa melayu sebaliknya ialah untuk
maksud "negeri". Kata nama Inggeris "country" ada pelbagai maksud dan tidak semestinya ia menjurus
kepada maksud "negara". "Country" juga tidak selalunya bermaksud "negara" selain dari segi politik
malah ada juga wilayah mahu pun daerah yang dirujuk sebagai "country" dalam penggunaan bahasa
Inggeris.

Perkataan 'country' berasal dari bahasa perancis 'contree' yang juga daripada bahasa latin 'contrata'
(terra) contrata - tanah berhadapan - atau contra (berlawanan). Perkataan itu dikecilkan maksud pada
tahun 1520 sebagai kawasan luar bandar opposite kepada bandar, menggantikan perkataan 'land' dari
bahasa Inggeris kuno (bahasa Anglo-Saxon).

Orang Norman dari Normandy Perancis menakluk England pada 1066. Orang Norman menggantikan
raja kaum Anglo Saxon dan memerintah England. Hanya lebih kurang 100 orang Norman itu saja yang
berada di England bersama ahli keluarga mereka tetapi mereka menjadi menteri-menteri, ketua daerah
dan penguat kuasa memerintah seluruh England yang diduduki keseluruhan orang-orang Anglo-Saxon.
Danish (viking) dan Celt. Orang-orang Norman itu menjalankan urusan rasmi pentadbiran kerajaan
England dalam bahasa Perancis dan Latin, mengenepikan bahasa Inggeris (Anglo-Saxon) menjadi
bahasa ketiga di England. Orang orang Norman membawa masuk beribu- ribu perkataan perancis ke
dalam bahasa Inggeris termasuk lah perkataan "cuntree". Perkataan "country" itu kemudian digunakan
untuk Scotland, Wales yang kerajaan digabungkan dalam gabungan United Kingdom bersama England
pada 1707.

Nama "country" mula diguna orang-orang Inggeris untuk merujuk pada Scotland dan Wales disebabkan
kerajaan-kerajaan itu terletak di tanah-tanah asing dan ia dihuni penduduk suku kaum bukan Inggeris di
kawasan itu seperti Scot dan Welsh yang bertutur bahasa Gaeidheal (Gaelic) di Scotland dan Welsh di
Wales. Penggunaan itu bermula pada permulaan era Middle English (Inggeris zaman pertengahan) dari
1066 sehingga abad ke 15. Perkataan yang pada awalnya diguna untuk menggambarkan kawasan atau
daerah di luar kota oleh pemerintah Norman yang memerintah England, kemudian beransur-ansur
berubah maksud perkataan itu kepada tanah kerajaan lain di sempadan England.

Bahasa Gael dan Welsh serta Irish Gael ada perkataan untuk country (Inggeris).
Scottish Gaelic ; duthaich (du-heikh), tuath (luar bandar / countryside / rakyat / peasantry / utara)
Welsh : tud (daerah / negara / rakyat) gwlad (gulad) gwledydd (desa / bangsa)
Irish Gaelic ; tir
Bahasa Gael dan Welsh serta Irish Gael untuk ''state" (Inggeris)
Scotiish Gaelic : stait (dipinjam dari bahasa Inggeris)
Welsh : wladwriaeth
Irish Gaelic : stait (dipinjam dari bahasa Inggeris).

Bahasa Gael dan Welsh ialah bahasa Celtic iaitu bahasa puak-puak Breton (Celt) yang sudah wujud
lama sebelum kedatangan puak-puak Germanik dari tanah besar Eropah.

Hari ini masih terdapat perkataan seperti "country home" "yang menggambarkan rumah diluar bandar
atau pedalaman (desa). Orang-orang Inggeris pada abad ke 12 mulai gemar menggelar wilayah lain,
kawasan jauh yang asing, tanah diseberang tanah dihujung daerah dan kadang-kala daerah-
daerah besar dengan kata nama "country" akibat dari pengaruh bahasa Perancis yang digunakan
golongan bangsawan keturunan Norman Perancis iaitu pemerintah England sejak tahun
1066. Maksud perkataan "country" pada era pemerintahan Norman (yang memperkenalkan perkataan
itu) ialah mengenai kawasan kawasan berhadapan dengan bandar iaitu pedalaman, luar bandar atau di
penghujung kawasan pemerintahan, yang mempunyai budaya & bahasa berbeza. Sebelum kedatangan
Norman Perancis di England, orang-orang Anglo Saxon sudah lama mengguna kata nama "land"
(tanah) untuk maksud yang sama dengan "country". Contoh seperti yang terdapat pada nama
England (ing-gluhnd) yang berasal dari bahasa Inggeris kuno (Anglo-Saxon) "Englaland" yang
maksudnya ialah "tanah orang-orang Angles" atau "negara orang Angles". Angles (eng-glus) dan Saxon
ialah puak-puak berbangsa Jerman yang datang menetap di Britain pada awal zaman pertengahan. Puak
Angles dan Saxon berasal dari satu kawasan pada zaman purba dahulu dikenali sebagai Angeln iaitu
satu tempat yang pada hari ini terletak di utara negara Germany.

Pada abad ke 13 England, golongan pemerintah England ialah bangsa Norman Perancis yang rata-rata
golongan elit tinggal di bandar-bandar sebagai pemerintah manakala orang-orang bangsa Anglo Saxon
dan Danes tinggal di luar bandar sebagai petani dan buruh. Orang-orang Perancis Norman menulis
dalam kronikel berbahasa perancis yang menggambarkan petani atau rakyat biasa England yang terdiri
dari bangsa Anglo Saxon sebagai "peasant of the country" yang membawa maksud petani rakyat biasa
yang tinggal di luar bandar atau pedalaman. Orang-orang Norman bertutur bahasa Perancis lama di
istana dan pentadbiran kerajaan manakala orang Anglo-Saxon bertutur bahasa Old English (Anglo-
Saxon) yang dipengaruhi bahasa Dane (Viking). Suasana pertuturan menggunakan bahasa Inggeris
pada abad ke 12 tidak lah sama seperti Inggeris modern abad ke 21 di UK pada hari ini. Penutur
bahasa Inggeris modern amat sukar untuk memahami bahasa Inggeris abad ke 12. Bayangkan
sahaja, pada tahun 1010 di England orang-orang di selatan dan barat England berbahasa Anglo-
Saxon, timur dan utara England bahasa Danes (viking) dan bahasa Norman Perancis di Istana
serta pentadbiran kerajaan. Pada masa itu bahasa Anglo-Saxon masih mirip seperti bahasa Anglo-
Saxon di Jerman dan bahasa Dane (Viking) juga masih ada persamaan bahasa Dane di Denmark
Dan Scandinavia. Ada beberapa contoh dapat dibaca mengenai karya Inggeris abad ke 12 seperti
karya Chaucer The Canterbury Tales dan lagu Sumer Is Icumen In. Pada abad ke 15 pengaruh
Norman sudah semakin meresap dan ber-asimilasi ke dalam budaya dan bahasa kaum asal Anglo
Saxon (English) membentuk bangsa Inggeris yang baru. Bangsa yang akan bergabung dengan
kerajaan Scotland Serta Ireland menjadi negara United Kingdom yang kemudian mempunyai koloni
koloni jajahan serta naungan di seluruh dunia pada abad ke 18. Bahasa Inggeris sebenarnya ialah
bahasa Jerman dari puak Anglo-Saxon dan Frisian yang kemudian dicampur sedikit bahasa Danes
(Viking Denmark) kemudian diperkayakan lagi dengan pinjaman perkataan-perkataan Perancis serta
Latin. Hari ini dialek-dialek tempatan di England masih ada kesan-kesan perkataan bahasa lama yang
mana pada masa dahulu daerah-daerah tertentu itu diduduki pelbagai kaum. Beberapa perkataan dari
bahasa Anglo-Saxon dan Norman Perancis serta Danes masih seringkali digunakan seiring untuk
maksud yang sama dalam bahasa Inggeris modern seperti contoh:
pig/pork, chicken/poultry, calf/veal, cow/beef, sheep/mutton, wood/forest, house/mansion,
worthy/valuable, bold/courageous, freedom (Anglo-Saxon) / liberty (Norman French). Pemerintah
Norman juga memperkenalkan perkataan seperti court, judge, jury, appeal, parliament
untuk diguna dalam mahkamah dan pentadbiran kerajaan. Bahasa Inggeris modern bermula pada abad
ke 15 semasa zaman Shakespeare menulis karya karya drama theatre beliau yang termuka. Era ini
dikenali zaman Elizabethan sempena pemerintahan Ratu Elizabeth I yang memerintah England 1558 -
1603. Bahasa Inggeris Standard ialah dialek bahasa Inggeris modern yang bermula sekitar abad ke 18
bermula di selatan England, digunakan sebagai bahasa peringkat atasan, yang berdarjat tinggi, sekolah-
sekolah, universiti, tentera, pentadbiran kerajaan, mahkamah dan media percetakan sehinggalah media
elektronik TV Radio BBC.

Sebelum wujudnya kerajaan demokrasi repablik moden, nama untuk merujuk pada status sebuah
negara pada masa dahulu dalam bahasa Inggeris ialah "kingdom" disebabkan bentuk kerajaan
pada masa dulu yang berupa sistem pemerintahan beraja dan tanah kawasan termasuk rakyat
ialah milik raja yang memerintah. Perkataan kingdom (kerajaan) berasal dari bahasa Anglo Saxon
(Inggeris lama /purba) "cyningdōm" (kiu-ning-dom) cyning / king: raja,
dom: perintah / penghakiman. Anglo Saxon ialah puak puak penakluk dari Jerman yang menakluk
England pada abad ke 5 menghalau puak asal Breton Celt ke Wales dan Brittany di France. Mana kala
kaum dari puak Celt (Gael) di Eire (Ireland) dan Gael (Pict) di Scotland pula masih mengusai Ireland dan
Scotland semasa penaklukan Anglo Saxon di kepulauan British. Anglo saxon ialah leluhur kepada orang
bangsa Inggeris. "Kingdom" juga diguna dalam bahasa Inggeris untuk merujuk pada negara negara di
luar England. Disebabkan kingdom atau kerajaan di luar England itu (negara-negara Eropah lain) juga
punya budaya dan bahasa berbeza serta berada diluar England, maka perkataan "country" yang diterap
oleh penakluk Norman Perancis di England, mula digunakan dalam penulisan bahasa Inggeris untuk
menggambarkan kata erti "negara" pada kerajaan-kerajaan asing. Ada pada masa tertentu, kadang-kala
kata nama "country" seringkali diertikan seperti maksud "negeri". Adalah lumrah dalam penggunaan
perkataan-perkataan bahasa Inggeris itu selalu mempunyai dua maksud atau pelbagai maksud
untuk satu perkataan tertentu.

Pada masa Eropah kuno dulu yang diperintah kerajaan-kerajaan Feudal, jika seseorang pergi ke satu
wilayah dia tidak akan bertanya nama negara (country) pada orang ditempat itu tetapi bertanya "What
kingdom is this?" atau "what is the name of this land?" (dalam bahasa-bahasa Eropah). Ini adalah
kerana setiap tanah pada masa dahulu dimiliki oleh Raja-raja yang memerintah. Kerajaan Raja
memerintah ialah "pemilik negara" dan Raja atau kerajaan mewakili dari segi keluasan atau kebangsaan
di wilayah milik Raja. Tidak ada sempadan tetap untuk sempadan kerajaan kecuali wilayah wilayah yang
dituntut kerajaan atau pun yang menyatakan taat setia kepada raja.
Belum lah lagi ada semangat kebangsaan atau nasionalisme terhadap negara ibunda pada masa itu
kecuali hanya taat kepada Raja dan suku kaum sendiri. Sebagai contoh France purba. Ada terdapat
pelbagai suku kaum di France seperti Gaul, Belgae, Celt, Breton, Aquitanian, Basque Alan, Ligurian, dan
kaum-kaum Jermanik Visigoth, Franks, Suebi, Saxon, Allemani, Burgundian, kemudian Viking (Norman).
Suku-suku kaum tersebut memerintah wilayah-wilayah mereka sendiri. Suku kaum dan puak itu
disatukan wilayah dan bangsa mereka kedalam satu kerajaan Raja-raja dari puak Franks (bangsa
Jermanik) yang mentadbir dalam bahasa Latin (Gaulish Latin). Warisan kerajaan Franks itu akhirnya
terbentuk lah bangsa Perancis. Peperangan dengan negara-negara lain dan penggunaan bahasa Latin
Franks sebagai Lingua franca (bahasa penghubung) sejak abad ke 13 mula membangkitkan semangat
kebangsaan nasionalisme dan kenegaraan dikalangan rakyat France untuk taat setia pada negara dan
kerelaan menjadi bangsa Perancis. Pada abad ke 15 di France, tidak lah ada lagi rakyat yang mengaku
mereka berasal dari kaum-kaum etnik tertentu tetapi menyatakan bangsa Perancis (French) sebagai jati
diri dan berasal dari sesuatu wilayah di France yang juga ada pelbagai dialek tertentu.

Jika seorang Inggeris atau British abad ke 20 merujuk tanah-tanah jajahan British dulu di seluruh
dunia dengan kata nama "country" seperti contoh "country of North Borneo" atau "country
of Northern Rhodesia and Nyasaland (1953) atau pun country of Iraq (1920), mereka tidak
maksudkan tanah-tanah jajahan British itu sebagai negara-negara yang bebas merdeka, tetapi wilayah
jajahan (yang asing) dan mempunyai budaya dan bangsanya sendiri. Malah sebelum Amerika merdeka
dari penjajahan British ia sering dirujuk secara tidak rasmi sebagai "country of American" dan ada
terdapat kata nama country di utara negeri New York (daerah North Country).

County (daerah) dan Counties (daerah-daerah) ialah kata nama yang tidak mempunyai persamaan
makna dengan Country kecuali ia juga ialah berasal dari bahasa Perancis untuk perkataan Count
(bangsawan) iaitu gelaran yang bersamaan darjat dengan seorang Earl di England. Kata nama County
pada abad ke 11 England sering di guna pemerintah Anglo-Norman untuk daerah yang sebelum itu
bernama Shire (Anglo-Saxon: daerah). Ketua Shire yang dulu digelar Shire (scirr) kemudian diganti
dengan Count dari puak pemerintah Norman Perancis. Dari itu lah nama County timbul untuk maksud
daerah di England dan ia diguna oleh orang British di Amerika untuk daerah-daerah dalam koloni British
di Amerika (masih diguna hingga hari ini). Di Amerika (zaman koloni British) gelaran Shire dari bahasa
Anglo-Saxon juga diguna seiring dengan County. Bagaimana pun Shire diguna khas untuk penguasa
daerah (Shire reeves). Lama kelamaan Shire Reeves berubah jadi Sheriff iaitu ketua polis daerah di
Amerika. Shire reeves yang asal di England era Medieval ialah seorang pemungut cukai dan bertindak
sebagai penguat kuasa keselamatan (polis) bagi pihak ketua daerah (Shire / Count).

Countries Of United Kingdom

Pada tahun 1707 semasa Act of Union dimeterai antara England dan Scotland, belum ada lagi negara
demokrasi repablik atau federasi moden yang wujud di dunia pada masa itu. Parlimen England,
Parlimen Scotland dibubarkan dan digantikan dengan Parlimen Great Britain menjadikan kerajaan
United Kingdom of Great Britain sebagai negara "unitary parliamentary".Disatukan menjadi satu
negara United Kingdom of Great Britain dan diperintah mutlak kerajaan United Kingdom yang terletak di
Westminster London. Walau pun setelah disatukan pada tahun 1707, Scotland, Wales dan North Ireland
tahun 1801 sehingga hari ini masih juga di gelar dan dirujuk sebagai "country " oleh badan organisasi
modern UK seperti British Standard (Royal Charter) dan UK Office for National Statistic. Walau pun
dirujuk sebagai "country" tetapi England, Wales, Scotland dan North Ireland tidak tersenarai
dalam ISO International Standard Organisation of listed countries sebagai Negara tetapi ISO
menakrifkan England, Scotland, Wales dan North Ireland sebagai "province" (wilayah) di dalam
negara United Kingdom.

Scotland dibenarkan semula untuk menubuhkan The Scottish Parliment yang baru pada 1998 apa bila
timbul keperluan bagi rakyat Scot untuk menangani urusan dan kuasa dalam Scotland tanpa perlu
diperdebatkan penggubalan undang-undang dalam Parlimen United Kingdom.
Kuasa-kuasa kerajaan scotland yang dipindahkan (devolved matters) dari kerajaan pusat United
Kingdom ialah dalam bidang
- Pertanian, perhutanan dan perikanan.
- Pendidikan dan latihan
- Alam sekitar
- Kesihatan dan khidmat masyarakat.
- Perumahan
- Undang-undang dan perintah
- Kerajaan tempatan.
- Sukan dan kesenian
- Pelancungan dan kemajuan ekonomi
- Beberapa aspek pengangkutan

Kerajaan pusat United kingdom pula masih punya kuasa (reserved matter) di Scotland seperti
- Manfaat dan keselamatan sosial
- Imigresen
- Pertahanan
- Dasar luar
- Pekerjaan
- Penyiaran
- Perdagangan dan industri
- Nuklear tenaga, minyak, arang batu, gas dan elektrik
- Hak pengguna
- Perlindungan data
- Perlembagaan
Parlimen North Ireland ditubuhkan pada 1921 dengan kuasa yang sangat terhad dan beberapa kali
dimansuhkan kemudian diadakan kembali sebagai North Ireland Assembly dan akhirnya dibubarkan
pada 1988. Tahun 1998 North Ireland Assembly ditubuhkan kembali dengan pemindahan kuasa
(devolution matters) dari Parlimen United Kingdom ke North Ireland Assembly. Pada tahun yang sama
1998 National Wales Assembly juga ditubuhkan dengan kuasa terhad tetapi mendapat pemindahan
kuasa (devolution matters) pada 2013.
Scotland, Wales dan North Ireland masing-masing diketuai First Minister (menteri pertama).

England tidak mempunyai Parlimen atau assembly tetapi ditadbir terus dari kerajaan pusat United
Kingdom yang bersidang di bangunan parlimen Westminster kota London. Walau pun ada idea untuk
menubuhkan parlimen atau legislative assembly untuk England tapi ia tak menjadi kenyataan. Rakyat
England bergantung sepenuhnya kepada wakil parlimen mereka yang bersidang di Parlimen United
Kingdom. Sekiranya rang undang-undang hendak digubal mengenai perkara yang berkaitan England,
ahli parlimen dari England terpaksa berdebat dan bersaing undi di dalam sidang parlimen dengan ahli-
ahli parlimen dari Scotland, Wales dan North Ireland.

England, Scotland, North Ireland dan Wales tidak mempunyai keahlian didalam United Nation
Assembly tetapi "wilayah" home nation itu diwakili negara United Kingdom sebagai ahli didalam
United Nation. United Kingdom juga merupakan ahli tetap dalam security council bersama
America Syarikat, China, France dan Russia. Ahli-ahli dalam security council ini punya kuasa veto
dan juga terdiri dari negara-negara kuat yang mempunyai himpunan senjata nuklear.

United Kingdom bukan negara Federasi (Persekutuan). Negara itu ialah negara kesatuan (unitary)
antara kerajaan-kerajaan Ratu Scot, Raja Eire (Ireland) dan Putera Wales. Ketika digabungkan
Parlimen kerajaan-kerajaan tersebut dibubarkan dan digantikan Parlimen United Kingdom. Hari ini
Scotland dan Ireland dan Wales tidak mempunyai Raja akibat penggabungan itu tetapi diperintah
oleh Ratu England sebagai ketua negara United Kingdom. Pemerintah terakhir Scotland ialah
Queen Anne yang pada semasa penggabungan Act Of Union 1707 telah menjadi Ratu England
dan Scotland. Kerajaan beraja Ireland digabungkan kedalam kerajaan United Kingdom pada 1801.
Kerajaan beraja Ireland sebenarnya juga ialah keturunan Raja England (Norman) yang menakluk
Ireland pada 1177. Wales menjadi sebahagian dari kerajaan beraja England pada 1536 semasa Act
Of Union 1536. Negara kesatuan kerajaan British itu sudah wujud lama sebelum adanya negara
persekutuan moden. Ia diperingkat awal contoh penggabungan wilayah wilayah berdaulat ke
dalam satu tampuk pemerintahan. Hanya selepas tertubuhnya negara persekutuan Amerika pada
1776, maka istilah "state" itu diguna pakai untuk negara-negara (negeri-negeri / wilayah-wilayah)
yang digabungkan ke dalam satu perikatan persekutuan.

Sejak kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia, setiap negeri-negeri dalam persekutuan
Malaysia juga mempunyai Assembly sendiri di setiap negeri (dewan undangan negeri) dan kerajaan
setiap negeri mempunyai ketua menteri atau menteri besar dengan diketuai oleh Raja dan Yang dipertua
negeri. Kerajaan-kerajaan negeri punya kuasa tempatan yang membabitkan hal-hal dalam negeri.
Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan negara yang berdasarkan sistem parlimen
Westminster United Kingdom. Parlimen Malaysia diwakili ahli-ahli parlimen dari seluruh Malaysia yang
dipilih rakyat untuk mewakili kawasan masing-masing.

Parlimen ialah satu kata nama dari bahasa Inggeris yang berasal dari bahasa Perancis diperkenalkan di
England oleh penakluk Norman Perancis. Maksud asal parlimen ialah "perbincangan, perjumpaan,
perhimpunan" dari asal parler (mengatakan), dan ment dari bahasa Latin - mentum. Maksud Parlimen
dalam bahasa Inggeris modern :

1. (politik) Makna yang berkaitan dengan sebuah badan politik yang diberi kuasa untuk
menjalankan kuasa-kuasa kerajaan.
a.Sebuah institusi yang dipilih atau dilantik ahli bertemu untuk membahaskan isu-isu
politik utama dan biasanya untuk menjalankan kuasa perundangan dan kuasa serta
kuasa kehakiman pada masa-masa tertentu.

b.Sekumpulan wakil-wakil rakyat yang dipilih atau dilantik untuk berkhidmat


sebagai parlimen (dalam erti 1 di atas) untuk tempoh masa yang tertentu.

Pasukan Bola United Kingdom

United Kingdom tidak menpunyai badan persatuan bolasepak (Football Association) tetapi pernah
menyertai perlawanan menentang pasukan pilihan Eropah pada 1947 dan 1955. Negara United Kingdom
tidak menpunyai Football Association disebabkan bandar-bandar di England, Scotland, Wales dan
Ireland yang merupakan "home nation" bagi UK telah terlebih awal menubuhkan Football Association
serta Football Club sendiri pada abad ke 19 semasa permainan bolasepak modern itu masih primitif
diperingkat awal perangkaan peraturan dan undang-undang permainan. Pada masa itu belum pernah
ada lagi perlawanan bola sepak antarabangsa. Perlawanan Football Association yang pertama ialah
pada 1870 antara Scotland FA menentang England FA. Apa bila FIFA ditubuhkan pada 1904, semua
Football Association dalam "home nation" mula menyertai sebagai ahli dan ikut bertanding diperingkat
antarabangsa. Peraturan FIFA untuk penyertaan tidak ada menyatakan syarat syarat menyertai
perlawanan mesti lah diwakili kerajaan sesebuah negara tetapi sebaliknya diwakili Football Association
satu badan bukan kerajaan yang mungkin menerima dana dari kerajaan atau memperolehi dana melalui
sumber sendiri. Pada peringkat Olimpik modern hari ini, United Kingdom diwakili pasukan bola Great
Britain Olympic Football Team.

Maksud Negara Dan Negeri Dalam Bahasa Melayu.

Perkataan negeri atau negara itu berlainan maksud dari bahasa melayu kepada bahasa Inggeris
mengikut perspektif atau pandangan yang berbeza. "Negara" yang dimaksudkan dalam bahasa Melayu
moden ialah satu kawasan yang bebas diperintah oleh satu kuasa berdaulat dan tidak ada kuasa lain
yang memerintah negara itu dan juga pemerintah kawasan itu tidak dibawah kuasa negara luar dan juga
segala urusan ketenteraan, budaya dan ekonomi adalah menjadi urusan pemerintah dalam negara
itu. "Negeri" dalam bahasa melayu moden bererti satu kawasan yang ditadbir oleh pentadbiran tempatan
tetapi berada dalam kuasa kerajaan persekutuan dan boleh ditakrifkan sebagai semi autonomous.

Tidak ada perkataan 'state' atau negeri yang digunakan untuk kawasan kawasan pentadbiran seperti di
Philippine atau Indonesia sebaliknya digunakan perkataan province di Filipina dan provinsi di Indonesia
walau pun kawasan itu ialah semi autonomous di tadbir pentadbiran tempatan. Province maksud satu
kawasan yang disatukan ke dalam satu negara atau empayar.

Walau pun Indonesia menggunakan "provinsi" untuk wilayahnya, tetapi didalam bahasa Indonesia
perkataan English "state" dimaksudkan "negara bagian" dan sering kali merujuk negara federasi di luar
negara itu mempunyai negara-negara bagian. Perkataan 'negara bagian' itu bukan bermaksud sebuah
negara yang merdeka berdaulat yang berdiri sendiri, tetapi ialah negeri-negeri yang bergabung didalam
satu federasi (persekutuan). Didalam maksud perkataan "negara bagian" itu ia diertikan sebagai provinsi
sama seperti wilayah provinsi di Indonesia. Media Indonesia sering menulis dalam bahasa Indonesia
mengenai negara Amerika yang mempunyai 50 negara bagian dan Malaysia yang mempunyai 13 negara
bagian.

Sabah Bukan Koloni Jajahan Malaysia

Sabah pada hari ini bukan lah koloni Malaysia tetapi adalah salah satu negeri dalam persekutuan
Malaysia. Sabah mempunyai wakil didalam Parlimen Malaysia. Penduduk Sabah boleh mengadu,
menyuarakan pendapat dan sama-sama membentang rang undang-undang di dalam Parlimen Malaysia.
Berbeza dengan koloni ia tidak mempunyai wakil di parlimen. Sebaliknya koloni ialah jajahan wilayah
yang tidak punya hak dan suara di parlimen atau kerajaan pusat. Satu contoh antara sebab-sebab
Amerika menuntut kemerdekaan dari British ialah kerana tidak ada wakil dari koloni British di Amerika
yang dilantik menjadi wakil didalam parlimen British di London. "No taxation without representation" ialah
satu slogan ringkas asalnya di Amerika semasa dekad 1750an dan 1760an mengenai rungutan
penduduk 13 koloni British di Amerika. Pendek kata, ramai penduduk jajahan British di Amerika percaya,
disebabkan mereka tidak diwakili secara langsung dalam Parlimen Britain yang jauh di London, mana-
mana undang-undang British luluskan yang mempengaruhi wilayah koloni seperti Akta Gula dan Akta
Stem (Sugar Act and Stamp Act) adalah menyalahi Undang-undang Hak 1689 (Bill Of Right 1689), dan
adalah satu penafian hak mereka sebagai orang Inggeris.

Koloni North Borneo (Sabah) semasa pemerintahan North Borneo Chartered Company dan semasa
pemerintahan British tidak mempunyai wakil dalam Parlimen British. Penduduk North Borneo tidak punya
suara dan hak dalam Parlimen kerajaan British. Penduduk North Borneo tidak punya hak untuk mentadbir
tetapi sebaliknya North Borneo di tadbir dan diketuai Governor sebagai wakil kepada Baginda Ratu
England serta barisan kabinet dari rakyat United kingdom sebagai penjajah North Borneo. Penduduk
North Borneo sebagai subjek dibawah kuasa British tidak ada hak untuk mengundi, tiada hak untuk
memilih perdana menteri United Kingdom. Tidak ada hak untuk mengundi parti politik yang akan
memegang tampuk kerajaan Britain. Tdak ada hak untuk menghantar wakil ke persidangan Parlimen
British di London. Tidak ada hak untuk memerintah, mengurus tadbir North Borneo. Semua jawatan
Tinggi ialah dari kalangan rakyat British manakala rakyat North Borneo hanya memegang jawatan
rendah. Borneonisasi ialah antara langkah pertama yang dilaksanakan kerajaan baru Sabah pada awal
kemerdekaan dengan menukar pegawai-pegawai British dengan lantikan pegawai-pegawai tempatan
didalam perkhidmatan awam negeri North Borneo (Sabah) tetapi masih menggalak pegawai-pegawai
British untuk terus berkhidmat sehingga tempat mereka boleh diganti orang-orang yang berkelayakan.
Masih terdapat pegawai British berkhidmat untuk kerajaan baru Sabah walaupun pada selepas 1963
didalam perkhidmatan awam negeri dan sebagai Pegawai Daerah.

British membenarkan koloni-koloni jajahan British di seberang laut untuk menubuhkan jawatankuasa
olimpik masing-masing (Olympic Comittee) bagi menyertai sukan Olimpik seperti yang telah dilakukan
North Borneo Olympic Comittee pada 1956 dengan penghantaran 2 atlet North Borneo ke sukan Olimpik
di Melbourne Australia. Penyertaan ke sukan Olimpik tidak semestinya dari wakil sesebuah negara yang
diiktiraf bebas malah wilayah jajahan pun boleh menyertai dan ada beberapa kes individu-individu
tertentu dibenarkan bertanding sebagai peserta bebas dibawah bendera Olimpik apa bila keadaan di
negara mereka tidak membenarkan penubuhan Olympic Comittee atau memulaukan sukan Olimpik.

Yang Dipertuan Negara

Ayat Yang Di-Pertua Negara itu kalau diterjemah ke bahasa Inggeris akan menjadi maksud "He who
is Lord" atau maksud melayu "Dia yang seorang Tuan". Ayat itu digunakan untuk menggantikan nama
jawatan Governor dari semasa zaman penjajahan British. Yang Di-Pertua Negara adalah ketua
perlembagaan negeri. 'Negara" yang dimaksudkan dalam ayat itu bukan lah menunjukan status
pentadbiran tetapi lebih merupakan satu gelaran istiadat tertinggi yang mengangkat darjat orang yg
dilantik lebih tinggi daripada rakyat biasa sebagai ketua negeri. Perkataan "Negara'' dalam ayat Yang Di
Pertuan Negara ialah sebenarnya mewakili Negara Malaysia. Yang Di-Pertuan ialah orang yang
dilantik Duli yang Maha Mulia Agong untuk mewakili baginda dan kerajaan NegaraMalaysia sebagai
Governor (Head of State) di Sabah, Sarawak dan Singapura pada 1963. Ringkasnya sebagai wakil
kerajaan negara Malaysia untuk menjadi ketua kerajaan negeri.

Di Negri Sembilan nama Yang Di pertuan Besar sudah lama digunakan sebagai gelaran untuk raja yang
memerintah 9 luak (daerah / wilayah) yang bersatu menjadi Negri Sembilan. Luak adalah unit kawasan
pentadbiran dari segi Adat Perpatih. Adat tradisi budaya Negri Sembilan ini unik dan tidak terdapat di
negeri-negeri Melayu lain yang ditadbir kerajaan kesultanan Melayu. Negri Sembilan ialah sebuah
kerajaan merdeka yang bebas sebelum dipengaruhi penjajahan British pada abad ke 19. Dapat kita
fahami bahawa gelaran Yang Di Pertuan Besar itu mempunyai maksud yang sama seperti gelaran Raja
Besar dan gelaran "Besar" itu ialah terjemahan dari pengaruh
Sanskrit; pradhan untuk maksud besar atau utama. Pradhan juga ialah asal kepada perkataan
Melayu: perdana. Maksud kata nama "Besar" dalam gelaran Yang Di-Pertuan Besar hampir setara
maksud dengan "negara" seperti dalam gelaran Yang Di Pertuan Negara". Sebagaimana yang kita tahu
bahawa perkataan "negara' itu baru saja digunakan oleh pakar bahasa melayu untuk menggambarkan
sebuah kawasan yang luas dan kuasa yang besar.

Pada 1957, gelaran Yang Di-Pertuan Besar telah dicadangkan untuk gelaran kepada Raja
Persekutuan Tanah Melayu yang pertama bagaimana pun Majlis Raja-Raja memilih gelaran Yang
Di-Pertuan Agong.

Negeri Melaka yang dijajah British tidak mempunyai Sultan atau raja sejak dikalahkan Portugis pada
1511. Jawatan pentadbir masa penjajahan British ialah Governor yang juga mentadbir Pulau Pinang,
Melaka dan Singapura dibawah satu pentadbiran iaitu Negeri-negeri Selat atau Straits Settlement
dibawah pentadbiran British East India Company. Pada tahun 1867 Singapura menjadi koloni British
(crown colony) yang diperintah terus oleh kerajaan British. Tahun 1948 negeri Melaka dan Pulau Pinang
kecuali Singapura. menjadi negeri di dalam persekutuan Tanah Melayu. Gelaran Governor ditukar
kepada bahasa melayu Yang di Pertuan negeri untuk negeri Pulau Pinang dan Melaka manakala
gelaran Yamtuan Besar atau Yang Dipertuan Besar pula untuk Negri Sembilan. Negeri-negeri lain pula
seperti Johor, Pahang, Selangor, Perak, Terengganu, Kedah, Perlis dan Kelantan masih mengekalkan
gelaran Sultan untuk ketua negeri, gelaran yang sudah sedia ada sejak ratusan tahun dulu untuk ketua
kerajaan negeri melayu Islam di nusantara.

Yang Di-Pertuan Besar juga adalah gelaran kedua Sultan Kedah, Sultan Terengganu, Sultan Kelantan
dan Sultan Perak. Gelaran Yang Di-Pertuan Muda pernah diberikan Sultan Johor kepada pemerintah
keturunan kerabat Raja bugis di kepulauan Riau yang dibawah kuasa kerajaan kesultanan Johor.
gelaran Yang Di-Pertuan Muda juga gelaran kepada Kesultanan Siak dan Kesultanan Inderagiri yang
diasaskan oleh kerabat Raja dari keturunan Kesultanan Johor. Sultan Sambas menggunakan
gelaran Yang Di-Pertuan dan Sultan Sambas yang mengundurkan diri dari kemahkotaan digelar Yang
Di-Pertuan Besar.

Gelaran Yang Teramat Mulia diberikan kepada Sultan Hussein Syah sebagai Sultan Johor-Singapura
pertama yang dilantik British tahun 1819. Johor pada masa itu dilanda konflik perebutan kuasa antara
kerabat raja Johor. Tahun 1819 juga tarikh British menempatkan tentera British di Singapura. Sultan
Hussein Syah bersemayam di Singapura. Baginda menandatangani perjanjian dengan British tahun 1824
untuk menyerahkan Singapura kepada kuasa pemerintahan British. Sultan Hussein Syah turun takhta
pada 1835 digantikan anak Baginda Sultan Ali Iskandar sebagai Sultan Johor-Singapura.

Tahun 1855 Sultan Ali Iskandar menandatangani perjanjian dengan British untuk memindahkan kuasa
baginda di Johor kepada Temenggung Tun Daeng Ibrahim yang menjadi Maharaja Johor. Anak
Temenggung Tun kemudian mewarisi takhta kerajaan Johor sebagai Sultan Johor dari kerabat
Temenggung.

Pada tahun 1959, berikutan semakan kepada Perlembagaan, Singapura yang diperintah British dibenar
membentuk kerajaan sendiri terdiri dari penduduk Singapura. Jawatan istiadat Yang di-Pertuan
Negara menggantikan gelaran Gabenor Singapura sebagai wakil British di Singapura. Governor British
terakhir di Singapura Sir William Allmond Codrington Goode, berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan
Negara dari Jun 3, 1959, sehingga December 3, 1959. Yusof Bin Ishak menggantikan Sir William pada
1959. Walaupun gelaran itu mempunyai pengertian literal sebagai ketua negeri, Yang di-Pertuan Negara
dalam perlembagaan hanya bertindak sebagai (de facto) viceregal (wakil/wizurai) kepada Ratu British di
Singapura, yang serupa dengan Governors-General of Commonwealth realm. Baginda Queen kekal de
jure (hak) sebagai ketua negeri Singapura sehingga September 16, 1963. Gelaran itu kekal semasa
Singapura menjadi negeri dalam persekutuan Malaysia pada 1963 dan pemegang jawatan itu bertindak
sebagai wakil viceregal (wizurai) kepada Yang dipertuan Agong. Gelaran Yang dipertuan negara diubah
kepada President apa bila Singapura Keluar dari persekutuan Malaysia.
Singapura ialah yang pertama memggunakan Yang Di-Pertuan Negara untuk jawatan Governor pada 3
Jun 1959 untuk persediaan Singapura berkerajaan sendiri menjelang 2 December 1959. Sebagai
persediaan, Governor British William Goode telah dilantik terlebih dahulu sebagai Yang Di-Pertuan
Negara yang pertama sebelum jawatan itu diserahkan kepada Yusof Ishak sebagai ketua negeri
berbangsa Melayu Singapura. Atas rasa sentimen nasionalisme yang mahu bebas dari penjajahan
British, gelaran melayu Yang Di-Pertuan Negara digunakan sebagai ketua negeri untuk meraih sokongan
rakyat jelata Singapura dalam usaha Perdana Menteri Singapura Lee Kwan Yew mempotretkan
Singapura sebagai beridentitikan Melayu kearah berkerajaan sendiri. Kata nama "Negara" ditambah pada
gelaran Yang Di-Pertuan sebagai untuk maksud yang sama seperti kata nama "Besar" dalam gelaran
Yang Di-Pertuan Besar dan ia simbolik bangsa-bangsa tempatan di Singapura sudah berkerajaan sendiri,
tidak lagi ditadbir pegawai-pegawai British walau pun secara am masih berada dalam kuasa koloni
jajahan British yang mana Baginda Queen masih punya de jure (hak) sebagai ketua negeri Singapura.

Plak perasmian bangunan mahkamah tinggi Kota Kinabalu pada 1968

Gambar plak ini yang berbahasa Inggeris ada terpampang ayat "Yang Di Pertua Negara of Sabah". Ayat
itu dengan jelas menyatakan bahawa gelaran Yang Di-Pertua Negara ialah satu jawatan dikurnia
daripada DYMM Agong negara Malaysia untuk mewakili kerajaan Negara Malaysia sebagai wakil ketua
kerajaan di Sabah. Perkataan "of" dari bahasa English dimasukkan ke dalam ayat itu bagi membezakan
dua frasa iaitu frasa Yang Di-Pertua Negara dan frasa untuk Sabah. Jikalau frasa Negara itu ialah untuk
Sabah maka lebih baik ayat itu ditulis Yang Di-Pertua of Negara Sabah. Sebaliknya ia tidak ditulis
sebegitu. Bahasa English yang digunakan kerajaan Sabah pada dekad 1960an bukan lah
bahasa pidgin atau creole English (bahasa Inggeris campuran Asia) akan tetapi menggunakan
bahasa English Standard. Yang Di-Pertua Negara ialah gelaran protokol yang rasmi dan sudah tentu
gelaran itu tidak diterjemah ke bahasa Inggeris. Jika di terjemah maka ia akan bermaksud "He (Tun
Pengiran Haji Ahmad) Who Is The Lord Of Sabah". Bukan status "negara" sabah yang mahu
ditonjolkan dalam ayat itu tetapi gelaran Yang Di-Pertua Negara jawatan Governor negeri Sabah yang
disandang oleh Tuan yang Terutama Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae Din Orang Kaya-kaya Pengiran
Haji Omar. (Orang Kaya-kaya OKK ialah gelaran kepada Pengiran Haji Omar ayahanda kepada Tun
Pengiran Haji Ahmad Raffae).

Gelaran Yang Di-Pertua Negara itu sebenarnya bukan lah untuk menunjukkan status "Negara" untuk
Sabah tetapi untuk gelaran protokol istiadat yang menggambarkan taraf status dan keunggulan serta
kehormatan orang yang dilantik sebagai head of state atau ketua kerajaan negeri Sabah dan ia simbolik
untuk menunjukkan yang Sabah sudah bebas dari kuasa British sebagai satu bangsa Sabah. Gelaran
yang juga mewakili kerajaan Negara Malaysia. Gelaran Yang Di Pertua Negara itu sebenarnya ialah
gelaran untuk jawatan Governor dan hampir setaraf seperti raja atau sultan. Gelaran Yang Di-Pertua
Negara ditukar Yang Di-Pertua Negeri pada 1976 untuk keseregaman dengan gelaran Governor lain
seperti di negeri Melaka dan Pulau Pinang serta Sarawak yang tukar kepada Yang Di-Pertua Negeri
pada 1963. Pada tahun 1976 jawatan Yang Di-Pertua Negeri disandang oleh Tuan Yang Terutama Tun
Mohd Hamdan Abdullah (Indan Kari). Pada 1976 juga kata nama "Governor" dimansuhkan penggunaan
dan kata nama itu diganti dengan Yang Di-Pertua Negeri sebagai head of state. Ada lah dipercayai ia
diubah untuk keseragaman kepada gelaran TYT lain seperti di Pulau Pinang dan Melaka. Ia sesuatu
yang mengikut kesesuaian protokol (istiadat) dan kesesuaian maksud dalam bahasa Melayu. Gelaran itu
tidak lagi dimaksudkan wakil Negara Malaysia tetapi sebagai Ketua kerajaan yang mewakili kerajaan
Negeri-nya sendiri. Head of State bukan bermaksud ketua negeri atau ketua negara, maksud yang
sebenar ialah ketua kerajaan.

Walau pun jikalau gelaran Yang Di-Pertua Negara tidak ditukar kepada Yang Di-Pertua Negeripada
1976 sehingga hari ini, ia hanya lah gelaran protokol semata-mata dalam bahasa Melayu dan bukan lah
penunjuk kepada taraf status politik pentadbiran Sabah. Yang Di-Pertua ialah satu gelaran yang diambil
dan dicontohi dari gelaran-gelaran untuk kerabat-kerabat Raja Melayu yang memerintah negeri-negeri
Melayu di alam Nusantara sejak dari masa dahulu dan gelaran itu masih wujud pada beberapa kalangan
kerabat raja dan gelaran kedua untuk beberapa Sultan serta gelaran pertama untuk Raja Negeri
Sembilan. Perbezaan diantara "Di-Pertua" dan "Di-Pertuan" adalah, "Di-Pertuan" (yang menjadi tuan
terhormat) ialah gelaran untuk ketua negara atau negeri manakala Di-Pertua lazimnya adalah untuk
ketua negeri atau ketua majlis tempatan (Yang Di-Pertua : yang menjadi ketua terhormat). Yang Di-
Pertua juga ialah gelaran untuk speaker Dewan Rakyat. Ketua bagi Majlis Perbandaran dibeberapa
Bandar-bandar di Semenanjung juga menggunakan gelaran Yang Di-Pertua. Yang Di-Pertuan (Besar)
adalah gelaran kepada seseorang yang telah diberi kuasa memerintah dan mengetuai kerajaan seperti
apabila ia diberikan Sultan Johor kepada Raja Melewar untuk memerintah Negeri Sembilan yang
sebelum itu ialah negeri dibawah kekuasaan kesultanan Johor. Begitu juga dengan gelaran Yang Di-
Pertuan (Muda) diberi kepada kerabat raja Bugis untuk memerintah Riau di Sumatera yang juga adalah
wilayah kekuasaan kesultanan Johor. Yang Di-Pertuan Muda Riau tidak bermakna negeri Riau itu negeri
muda dan Yang Di-Pertuan Besar Negri Sembilan tidak bermakna Negri Sembilan itu besar luas. Begitu
juga gelaran Yang Di-Pertua Negara Sabah atau Yang Di-Pertua Negeri tidak memaksudkan Sabah itu
ialah negara atau negeri tetapi maksudnya lebih tertumpu kepada kehormatan penyandang jawatan
tersebut.

Yang di-Pertua Negara sebenarnya ialah gelaran untuk orang yang ditauliahkan dan ditugaskan
untuk mewakili kerajaan "besar" di wilayah atau negeri tertentu seperti contoh: Yang Di-Pertuan
Negara Singapura bukan lah bermaksud Singapura itu sebuah negara tetapi Yang Di-Pertuan
Negara itu mewakili kerajaan Negara United Kingdom sebagai Governor British di Singapura pada
tahun 1959 apa bila Singapura diberi berkerajaan sendiri oleh British walau pun tidak merdeka
sepenuhnya.

Yang Di-Pertua Negara juga boleh bermaksud seseorang yang menjadi diantara Tuan-tuan yang
terutama di dalam negara Malaysia dan kata nama "negara" yang dimaksudkan itu ialah untuk
negara Malaysia (pada awalnya). Orang-orang itu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk
menyandang gelaran bagi jawatan itu yang kemudian dengan hormatnya ditugaskan untuk
memimpin negeri-negeri tertentu didalam Malaysia.

Ada juga terdapat beberapa gelaran anugerah diraja Malaysia yang menggunakan kata nama "negara"
pada pengakhiran ayat seperti gelaran untuk Darjah-darjah_Yang_Mulia_Pangkuan_Negara

Malaya ialah nama yang diberikan oleh British kepada negeri-negeri Melayu yang dijajah British atau
dalam pengaruh British sejak mereka mula bertapak dan mengembangkan pengaruh di kawasan
pemerintahan raja-raja Melayu. Disebabkan pelat lidah orang British menyebut "Melayu" maka ia menjadi
sebutan "Malay" (me-ley). Kerajaan -kerajaan Tanah Melayu pula di gelar "Malaya" oleh orang-orang
British. Kalau India dikenali "British India" pada masa penjajahan British (dipengaruhi British dan bahasa
Inggeris dijadikan bahasa penghubung pentadbiran India) kerajaan-kerajaan di tanah melayu pula yang
berada dalam pengaruh dan penjajahan British sejak Perjanjian 1824 mula dikenali sebagai "British
Malaya". Manakala negeri-negeri Melayu di Sumatera, Kalimantan dinamakan Dutch East Indies (jajahan
Belanda) dan itu termasuk pulau-pulau yang dihuni pelbagai suku kaum seperti pulau Jawa, Sulawesi
dan banyak lagi.

Didalam Malaysia Agreement, setelah negeri Sabah, Sarawak dan Singapura disekutukan bersama
negeri-negeri dalam persekutuan Tanah Melayu (Malaya) maka ia akan dinamakan Malaysia. Ramai
yang tidak faham apa kah itu persekutuan Malaysia. Ada yang berfikir persekutuan Malaysia ialah negeri
Selangor atau Johor atau pun Perak yang mentadbir Malaysia. Tanggapan itu salah. Sebenarnya negeri
negeri itu tidak punya kuasa dalam pentadbiran kerajaan Malaysia. Kerajaan Persekutuan Malaysia ialah
satu entiti pemerintahan pusat yang mentadbir perikatan antara negeri negeri dalam Malaysia
dan ditadbir oleh jemaah menteri-menteri persekutuan. Setiap negeri-negeri dalam Persekutuan
Malaysia ialah "equal partner". Kerajaan Malaysia diketuai oleh Yang Di Pertuan Agong dan Perdana
Menteri. Kerajaan persekutuan umpama penjaga atau ketua kepada satu persatuan, penjaga yang
menjaga kebajikan dan memimpin ahli persatuan ke arah kemajuan dan kemakmuran. Ibarat ibu bapa
yang memimpin anak anak dalam satu ikatan keluarga. Parti yang menang majoriti untuk kerusi parlimen
boleh membentuk kerajaan yang akan memerintah kerajaan persekutuan. Di dalam kerajaan
persekutuan kebanyakan Menteri dilantik berasal dari semua negeri seluruh Malaysia.

Persekutuan atau Federasi

Anda mungkin juga menyukai