Anda di halaman 1dari 3

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KALI KE-11 TAHUN 2015

SETITIS TINTA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia

Yang berusaha

Encik Mohamad Nazri Bin Omar

Ketua Unit Kokurikulum

IPG Kampus Pendidikan Islam

Yang dihormati

Puan Normah Binti Abd Samad

Ketua Jabatan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

IPG Kampus Pendidikan Islam

Yang dikasihi

Para pensyarah,

Ahli jawatankuasa Kejohanan Olahraga Tahunan 2015 serta siswa siswi IPG Kampus
Pendidikan Islam
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan izin-Nya

Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Pendidikan Islam kali ke-11 ini dapat

diadakan di Stadium Institut Penilaian Negara. Syabas dan sekalung tahniah saya

tujukan kepada Jawatankuasa Pelaksana kerana telah memberikan sepenuh komitmen

bagi menjayakan Kejohanan ini. Saya juga turut berasa bangga kerana jawatankuasa

pelaksana pada kali ini terdiri daripada kalangan siswa pendidik pengkhususan

Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Dengan kejayaan penganjuran pada kali ini

membuktikan bahawa IPG Kampus Islam mampu melahirkan pendidik yang

berkebolehan dalam semua bidang selari dengan visi IPG iaitu peneraju

kecemerlangan pendidikan guru .

Kecemerlangan seseorang guru bukan sahaja diukur daripada tahap pencapaian

dalam bidang akademik dan kompetensi dalam kerjayanya, bahkan melibatkan

keupayaan serta kebolehan seseorang guru dalam menganjurkan dan merancang

untuk satu majlis serta aktiviti besar di sekolah contohnya seperti Kejohanan Olahraga

Tahunan ini.

Saya juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada para pensyarah penasihat

kerana telah berjaya memberikan bimbingan serta tunjuk ajar kepada siswa pendidik

semester 5 dalam menjayakan kejohanan yang berprestij ini. Kejohanan ini merupakan

manifestasi kesungguhan dan kerjasama para pensyarah serta barisan siswa pendidik

IPG Kampus Pendidikan Islam. Saya berharap kepada jawatankuasa yang terilbat agar

menggunakan pengalaman ini sebagai bekalan apabila anda menggalas tugas sebagai

pendidik kelak.. Saya juga berasa amat bangga kerana Kejohanan Olahraga pada

tahun ini telah memecah tradisi apabila buat julung kalinya diadakan di luar kampus.
Seperti yang semua maklum, sukan memainkan peranan

penting dalam kehidupan seharian setiap individu, lebih-lebih lagi bagi seorang guru,

kecerdasan minda serta kecergasan fizikal merupakan elemen penting yang harus

dimiliki oleh setiap guru bagi membina kertrampilan diri. Saya yakin kejohanan ini

dapat mencungkil bakat siswa pendidik di kampus ini melalui acara yang

dipertandingkan . Diharapkan setiap peserta menggunakan sepenuhnya kesempatan

yang diberikan untuk menunjukkan bakat terpendam serta memberikan sepenuh

komitmen agar setiap pihak yang terlibat mendapat manfaat daripada penyertaan

kejohanan kali. Di samping itu kita dapat memilih atlet yang akan mewakili ipg

kampus pendidikan islam dalam kejohanan olahraga di peringkat IPGM nanti.

Saya berharap agar setiap individu yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan

Olahraga Tahunan serta yang mengambil bahagian dalam mana-mana acara

menggunakan sepenuhnya kesempatan yang diberikan untuk menunjukkan bakat

terpendam serta memberikan sepenuh komitmen agar setiap pihak yang terlibat

mendapat manfaat daripada penyertaan dalam Kejohanan Olahraga Tahunan pada

tahun ini. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya merasmikan pembukaan

Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 11 IPG Kampus Pendidikan Islam ini.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

PUAN HAJAH NIK SAMIHAH BINTI N. MOHD MAIDIN

PENGARAH IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Anda mungkin juga menyukai