Anda di halaman 1dari 3

KAEDAH MENGKAJI HUBUNGAN ANTARABANGSA

 Bidang hubungan antarabangsa dianggap sebagai salah satu daripada cabang dalamilmu
sains politik.

 Oleh itu, para pengkaji telah melaksanakan kajian ke atas hubungan antarabangsa
dengan berfokuskan kepada pelbagai aspek termasuklah kajian hubungan antarabangsa
yang bermula dari peringkat individu, negara dan antarabangsa seperti yang disarankan
oleh Waltz & Genest.

 Bidang hubungan antarabangsa dianggap sebagai salah satu daripada cabang dalam
ilmu sainspolitik dan fokus kajiannya ialah individu, negara dan antarabangsa.

Kajian dari sudut individu.

 Mengkaji peranan seseorang individu dalam politik global.


 Menganalisis tindakan dan peranan individu berdasarkan pandangan normatif ke atas
kedudukan semulajadi manusia dan moral politik.
 Mengklasfikasikan tindakan seseorang individu dalam hubungan antarabangsa sama ada
pemimpin atau agung.
 Mengkaji tindakan seseorang individu yang mempengaruhi tindakan yang bersifat
antarabangsa selepasnya.

Kajian dari sudut negara.

 Mengkaji sifat semula jadi dan peranan negara dalam sistem antarabangsa.
 Antara kajian penting mengenai negara dalam hubungan antarabangsa termasuklah
kajian mengenai analisis ke atas sifat semula jadi, sumber-sumber, prosedur-prosedur
dan kesan dasar luar sesebuah negara.
 Perkara-perkara domestik dalam mengkaji hubungan antarabangsa turut dititikberatkan
termasuklah faktor tertentu seperti kuasa, kekayaan, struktur politik,ideologi dan moral.
 Contohnya, para pengkaji boleh mengkaji peranan kepelbagaian kaum di Malaysia dalam
mempengaruhi dasar Malaysia yang menentang Dasar Apharteid di Afrika Selatan.
Kajian dari sudut antarabangsa

 Mengkaji dan menganalisis impak sistem antarabangsa ke atas tingkah laku negara dan
faktor-faktor lain seperti organisasi antarabangsa.
 Mengkaji keadaan semula jadi, peranan dan impak daripada undang-undang
antarabangsa danorganisasi antarabangsa.
 Contohnya, kajian di peringkat ini mengkaji kesan-kesan kuasa yang dimiliki oleh
Lembaga PerlesenanAtom Antarabangsa (IAEA) dalam menyekat usahaIran untuk
melaksanakan pengayaan uraniumsebagai sumber tenaga di negara tersebut.

TEORI-TEORI DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSA

Teori realisme

 Dalam teori realisme, kepentingan keselamatan negara dankuasa diutamakan dalam


melaksanakan sesebuah perhubungan diperingkat antarabangsa.
 Kerjasama antara negara disifatkan sebagai cara meningkatkan keselamatan setiap
negara.
 Oleh itu, negara-negara yang mengamalkan teori realisme dalam hubungan mereka di
peringkat antarabangsa akan sentiasa berhati-hati dan akan melihat implikasi yang
mungkin timbul sekiranya sesuatuhubungan antarabangsa dijalankan.
 Sebagai contoh, ketika era Perang Dingin, terdapat negara-negara yang enggan
menyatakan sokongan ke atas mana-mana blok politik bagi melindungi keselamatan dan
kepentingan mereka di peringkat antarabangsa termasuklah Malaysia melalui pertubuhan
yang dinamakan Non-Alligned Movement (NAM).

Teori liberalisme

 Wujud selepas Perang Dunia Pertama berikutan ketidakmampuan negara-negara


mengawal dan mengelakkan peperangan dalam hubungan antarabangsa mereka.
 Dikaitkan dengan peranan sesebuah hubungan antarabangsa dalam mengawal
keamanan dan keselamatan dunia termasuklah melalui undang-undang yang diwujudkan
bagi mengawal tingkah laku aktor-aktor diperingkat antarabangsa.
 Wilson misalnya mendukung kuat prinsip liberalisme melalui Deklarasi 14 Perkara
Woodrow Wilson selepas Perang DuniaPertama.
 Menurut Wilson, keamanan dunia tidak akan muncul secara sendiri akan tetapi sebaliknya
perlu diusahakan.
 Oleh itu, prinsip keamanan bersama diperjuangkan dalam teori liberalisme kerana konflik
yang melanda sesebuah negara akandikhuatiri turut merebak ke negara-negara
sekitarnya.

Teori kontruktivisme

 Teori Konstruktivisme adalah satu bentuk teori yang dipelopori oleh negara-negara
yang menolak pandangan fahaman liberalisme atau realisme tentang konflik atau
kerjasama dan memberi fokus kepada aspek ekonomi dan material.
 Fahaman ini berkait rapat dengan teori kebergantungan yang mendakwa bahawa
negara maju, dalam usaha mereka mencari kuasa, menyusup ke dalam negara
sedang membangun melalui pensihat politik, pakar dan MNCs untuk menyepadukan
negara membangun ke dalam sistem kapitalis untuk mendapatkan sumber semula
jadi serta menambahkan kebergantungan negara membangun kepada negara maju.