Anda di halaman 1dari 2

Terjemahannya:

.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
s.a.w yang semulia-mulia rasul dan juga ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Ya Allah! Wahai Tuhan pentadbir seluruh keadaan; Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Tinggi kedudukannya,
dengan limpah dan kemurahanMu tukarkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan. Berkatilah kami dan
seluruh umat Islam dengan keberkatan bulan Syawal.

Ya Allah! Wahai Tuhan sebaik-baik tempat permohonan, perkenankanlah doa kami ini dan berikanlah lagi peluang
kepada kami menemui bulan Syawal di tahun-tahun akan datang dan berkatilah Tuan rumah ini ………… (nama tuan
rumah) dan seluruh ahli keluarganya serta panjangkanlah umur mereka dengan iman dan kurniakanlah kepada mereka
rezeki yang halal dan jauhkanlah mereka daripada rezeki yang haram; Dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan dan keselamatan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan juga
ke atas keluarga dan para sahabat Baginda. Segala pujian bagi Allah s.w.t Tuhan pentadbir seluruh alam!

Imam Syafie r.a telah nyatakan di dalam kitabnya Al-Umm: “Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan,
sesungguhnya doa itu sangat mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Fitrah,
awal malam Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”
LAFAZ TAKBIR RAYA