Anda di halaman 1dari 8

LEMPAR CAKERA

Bahagian cakera

 Badan cakera boleh dibuat padu atau lompong dan diperbuat dengan kayu atau bahan

lain yang sesuai dengan bingkai logam dan berbentuk bulat.

 Keratin rentasnya yang dibulatkan berbentuk bulatan mempunyai jejari lebih kurang

6mm

 Setiap cakera mestilah dalam keadaan baik tanpa lekok dan hendaklah rata.

 Kedua-dua belah sisi cakera yang rata hendaklah menirus lurus dari tepi ke bucu

sekeliling.

 Ketebalanya maksimum ini diperolehi kira-kira 25mmhingga 28.5mm daripaksi

cakera di bahagian tengah.

 Cakera termasuk bahagian rimnya hendaklah rata dan tidak kesat dan keadaannya

mestilah licin dan seragam.

 Ia mestilah mematuhi spesifikasi-spesifikasi berikut :

Wanita Remaja/
Lelaki Lelaki Lelaki
Cakera Junior/
Remaja Junior Senior
Senior
1.000 kg 1.500 kg 1.750 kg 2.000 kg
Maklumat Pengeluar

Beraneka jenis alat


1.005 kg 1.505 kg 1.755 kg 2.025 kg
dikeluarkan untuk

pertandingan
Garis pusat luar min 180mm 200mm 210mm 219mm

rim logam mak 182mm 202mm 212mm 221mm


Garis pusat 50mm 50mm 50mm 50mm
lapisan logam min

bahagian rata mak 57mm 57mm 57mm 57mm

di tengah
Ketebalan pada
37mm 38mm 41mm 44mm
bahagian rata min
39mm 40mm 43mm 46mm
di tengah mak
Ketebalan rim 12mm 12mm 12mm 12mm

( 6mm dari tepi ) 13mm 13mm 13mm 13mm

Fasa Melempar Cakera

Pegangan cakera dan lakuan sedia

1. Pegangan cakera

 Cakera diletakkan di atas tapak tangan dan rimnya ( simpain logam ) di paut

oleh ruas pertama jari-jari tangan.

 Ibu jari tangan diletak di atas pemukaan cakera dan jari-jari lain direnggangkan

mengikut keselesaan.

 Pegelangan tangan tidak dibengkokkan semasa memegang cakera dan

pegelangan tangan tidak menyentuh bahagian cakera.


2. Lakuan sedia.

 Pelempar cakera berdiri tegak atau dengan keadaan lutut dibengkokkan sedikit di

bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kearah lemparan.

 Kaki dibuka lebih luas dari luas bidang bahu

 Kedudukan ini seharusnya seimbang dan dalam keadaan releks.

3. Hayuan awal

 Badan direndahkan sedikit dengan keadaan lutut dibengkokkan sedikit

 Cakera digerakkan mengilang badan ke hadapan bahu kiri dan di sokong oleh

tangan kiri

 Selepas iti cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan meluruskan tangan dan

seterusnya dihayun kehadapan semula menghampiri bahu kiri.

 Berat badan berubah kepada berlainan kaki mengikut pergerakan cakera


4. Pusingan

 Pada akhir hayuan kehadapan pelempar mengilaskan badan ke kiri

 Dengan berpaksi atas bebola kaki kiri, badan dipusingkan dengan menggerakkan kaki

kanan mengikut arah jam.

 Seterusnya kaki kiri melangkah ke belakang dan disusuli dengan pusingan badan

 Sebaik sahaja kaki kiri menyentuh lantai kaki kanan digerakkan ke hadapan dan

diikuti dengan pusingan badan.

5. Lemparan

 Fasa ini bermula apabila tapak kaki kanan menapak dibahagian tengah kawasan

lempiran, diikuti dengan penempakan tapak kaki kiri di hadapan bulatan.

 Ketika kaki kanan menyentuh lantai dan sebelum kaki kiri menyentuh lantai,lutut

kaki kanan dan pinggul bergerak cepat dan kuat ke hadapan.

 Tangan yang memegang cakera masih mengekori di belakang

 Tangan kiri bengkok dan rapat di dada

 Dengan menghadap ke hadapan, cakera di gerakkan ke hadapan pada tahap

ketinggian bahu atau 45° kearah lemparan.

 Jari-jari memutar cakera mangikut arah jam


 Kedua-dua belah kaki menolak kuat ke atas lantai.

6. Pulihan

 Selepas cakera dilepaskan, tangan melempar terus mengikut arah lemparan dan

kemudian dibengkokkan serta mengilaskan badan dan dijatuhkan.

 Kaki kanan digerakkan ke hadapan bulatan dan kaki kiri di angkat ke belakang.

 Mata pelempar memandang ke arah cakera

Latihan Ansur Maju


1. Memegang cakera dan menghayukan cakera dengan tangan melempar

2. Melambung cakera dengan lambungan yang tinggi dan rendah

3. Menggulingkan cekera

4. Membuat leretan cakera ( seperti bermain bowling ) secara melutut

5. Melempar cakera secara duduk

6. Melempar gelung getah secara duduk

7. Melempar cakera secara berdiri

8. Berdiri membelakangkan kawasan lemparan, pelempar melempar cakera

dengan melangkah ke belakang.

9. Melempar cakera dengan gaya pusingan.

I. Mula denganmenghadap kawasan lemparan

II. Mula dengan menghadap sisi kea rah lemparan

III. Mula dengan membelakangkan kawasan lemparan

Peraturan Lempar Cakera 182

1. Peluru dilontar dari kedudukan pegun.

2. Lemparan dibuat dari dalam kawasan lemaparan.

3. Pembantalan lemparan boleh berlaku apabila :

a. Jika pelempar menyentuh mana-mana kawasan di luar bulatan.

b. Jika pelempar keluar dari mana-mana bahagian hadapan bulatan selepas

lempar.

c. Jika lemparan dibuat melewati tempoh 1 minit.


Cara Mengukur jarak Lemparan ( peraturan 145 )

 Jarak diukur shingga bahagian dalam bendul bulatan

 Pita mestilah melalui pusat bulatan.

 Jarak direkod 0.01 m terhampir, di bawah jarak diukur.

Anda mungkin juga menyukai