Anda di halaman 1dari 23

Majlis Penyampaian Sijil Hadiah kali ke-46 & Graduasi Prasekolah Sekolah Kebangsaan

Lambir Village Tahun 2016


23 November 2016 – Rabu – 7.30 pagi – Ruang Legar SKLV

ETA Teks Q

+/- 7.30 Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Ukhuwah


Penuh Perpaduan. Fifi
0) Pengumuman
Majlis dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan
tuan-tuan, puan-puan, sidang hadirin yang budiman ke
majlis kita pada pagi ini. Tetamu kehormat dijangkakan
tiba sebentar lagi, justeru majlis mohon perhatian sidang
hadirin terhadap beberapa perkara bagi memastikan
majlis nanti akan berjalan dengan lancar.

Pertama :
Mohon kerjasama sidang hadirin untuk mematikan telefon
bimbit / handphone anda, ataupun tukar kepada mod
senyap dan getar, agar tidak mengganggu kelancaran
majlis.

Kedua :
Apabila pengerusi majlis mengumumkan ketibaan tetamu
kehormat, sidang hadirin diminta berdiri sebagai tanda
hormat dalam keadaan yang senyap.

Ketiga :
Kepada para penerima hadiah dan sijil juga ahli
persembahan, pastikan anda berada di tempat yang telah
ditentukan oleh guru penyelaras lantai (floor manager)
dan guru persembahan (stage manager). Jika terdapat
sebarang masalah, anda boleh berjumpa terus dengan
guru-guru yang berkenaan.

1 Teks Emcee
Fifi & Fidi
Keempat : Rafidi
Para tetamu boleh menggunakan tandas di belakang dan
hadapan ruang legar ini. Tandas lelaki adalah di belakang
ruang legar, manakala tandas perempuan di hadapan ruang
legar.

Kelima :
Makanan untuk para tetamu telah disediakan dan akan
diedarkan selepas majlis kita tamat nanti.

Keenam :
Bagi para tetamu yang ingin mengambil gambar para
penerima hadiah, hendaklah berada berdekatan kawasan
tiang di bahagian kiri pentas. (berdekatan dengan tempat
cikgu Mahly berdiri). Para tetamu tidak dibenarkan
mengambil gambar di hadapan pentas dan menghalang
pandangan tetamu yang lain. Semasa sesi bergambar murid
bersama ibu bapa di atas pentas bagi kategori matapelajaran
terbaik, mohon kerjasama tuan puan untuk bergerak pantas
dan mengambil gambar sekali sahaja utk melancarkan
perjalanan majlis.

Diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan


terima kasih atas keperihatinan yang diberikan.

8.00 pagi: Ketibaan:

1) Ketibaan VIP Yang Berbahagia, Fifi


Yang Dipertua PIBG SK Lambir Village,
Encik Hary Biju anak Melang.

2 Teks Emcee
Fifi & Fidi
Diiringi.........................
...........................................
...............................................

2) Nyanyian Lagu (Sebaik sahaja VIP sampai ke tempat & duduk paluan
Negaraku kompang dihentikan) Rafidi

Hadirin hadirat sekalian,

Sebagai pembuka tirai, majlis mempersilakan sidang hadirin


dimohon berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu
kebangsaan, Negaraku. Dipersilakan.

*************************************
(Setelah tamat Lagu Negaraku)

Terima kasih dan hadirin dipersilakan duduk.

3) Bacaan Doa Bukan lebah sebarang lebah,


Lebah bersarang di tanah merah, Fifi
Tangan diangkat merafak sembah,
Pada yang Esa kami berserah.

Bagi menzahirkan kesyukuran dan menambah keberkatan


majlis kita pada hari ini, majlis menjemput Ustaz Mohd.
Hafiz bin Ahmad Foad untuk membacakan doa.
Untuk itu, dipersilakan.

..................................................................
Amin.Amin Ya Rabbal A'lamin.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hafiz di atas pimpinan
doa itu tadi.

3 Teks Emcee
Fifi & Fidi
4) Protokol Yang Dihormati, Rafidi
& Encik Harry Biju anak Melang,
Sekapur Sirih Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Emcee Sekolah Kebangsaan Lambir Village, Miri.

Yang Berusaha,
Puan Rohani Bt Ismail,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lambir Village

Ketua-ketua kaum dan masyarakat,


Tetamu-tetamu jemputan khas,
para ibu bapa dan guru,
barisan penerima sijil dan hadiah,
serta hadirin yang dihormati sekalian.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan Salam


Ukhuwah Jalinan Mesra.

Merbah dan balam singgah kelmarin,


Burung yang lain tersangkut di jala,
Sembah dah salam kepada hadirin, Fifi
Dimohon izin hendak bermula.

Sembilang, haruan, puyu dan sepat,


Di paya Lambir tempat berenang, Rafidi
Datang kalian pasti berhajat,
Membudaya ilmu memartabat cemerlang

Selamat Datang ke:


Majlis Penyampaian Sijil Hadiah kali ke-46 & Graduasi Fifi &
Prasekolah Sekolah Kebangsaan Lambir Village 2016!!!! Rafidi

4 Teks Emcee
Fifi & Fidi
Bersyukur kita kepada Tuhan, kerana dengan izin-Nya Fifi
jua, pada pagi yang berbahagia ini, kita dapat berkumpul
bersama-sama untuk meraikan dan mengiktiraf kejayaan
generasi masa depan negara dalam menjana dan
menobatkan kecemerlangan ilmu.
5) Ucapan Wakil
Pelajar Sidang hadirin sekalian, Rafidi

Kebun cempedak di luar pagar,


Galah yang satu patah hujungnya,
Enam tahun sudah belajar,
Menimba ilmu pengalaman berharga.

Majlis kita diteruskan lagi dengan ucapan penghargaan


daripada wakil Pelajar Tahun 6. Untuk itu, dipersilakan adik
Alvinna Reen ak Rani untuk mengungkapkan penghargaan,
pembuka bicara. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

................................................
Majlis merakamkan terima kasih di atas ucapan penghargaan
tersebut. Harapan kami, agar semua Pelajar Tahun 6 yang
bakal meninggalkan sekolah ini nanti beroleh kejayaan yang
lebih gemilang dalam apa jua lapangan bidang yang diceburi.

6) Ucapan Alu-
aluan Wakil Warga hadirin sekalian, Fifi
Guru Besar
Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

5 Teks Emcee
Fifi & Fidi
Sebagai sekapur sirih, merangkai ucapan, seterusnya majlis
mempersilakan :

Yang Berusaha, Puan Rohani Bt Ismail,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lambir Village
untuk menyampaikan kata aluan, penyambung bicara.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

...........................................
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Rohani
Bt Ismail di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

7) Ucapan
Perasmian YDP Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin sekalian, Rafidi

Seterusnya, majlis mempersilakan :

Encik Harry Biju anak Melang,


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Lambir Village,

untuk menyimpul kalungan bicara, merasmikan majlis. Dengan


segala hormatnya, majlis mempersilakan.

....................................................
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang
Dipertua di atas ucapan perasmian itu tadi. Semoga Majlis
Penyampaian Sijil Hadiah & Graduasi Prasekolah Sekolah
Kebangsaan Lambir Village kali ini berjalan dengan lancar
dan menjadi kenangan terindah buat kita semua.

6 Teks Emcee
Fifi & Fidi
*SELINGAN 1 Seterusnya, majlis kita akan diserikan dengan persembahan
nasyid dari kumpulan nasyid sekolah, Ar-Rayyan, dengan
tajuk lagunya Rukun Iman Panduan Ummah. Dipersilakan.

..............................................
Begitulah tadi persembahan yang penuh bertenaga dan
alunan merdu suara anak-anak Lambir di bawah pimpinan Puan
Saliyah Bt Drahman. Untuk makluman semua, kumpuan nasyid
itu telah telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan
nasyid Karnival Dakwah Bahagian Miri 2016.

****(Semua penerima hadiah bersedia, floor manager dan pengurus peserta bergerak)****
8) Sijil Tamat
Sekolah Para hadirin yang dimuliakan, Fifi
PraSekolah Saban tahun, sekolah ini mengadakan majlis penyampaian
sijil dan hadiah khusus untuk menghargai dan menobatkan
kejayaan dan usaha gigih warga pelajarnya dalam bidang
kurikulum mahupun ko-kurikulum.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan :

------------------------------------------------------------------

bagi menyempurnakan penyampaian sijil tamat sekolah dan


hadiah bagi Prasekolah tahun 2016.

7 Teks Emcee
Fifi & Fidi
Mendahului senarai ialah pelajar-pelajar kelas Pra Arif.
Dipersilakan:
(rujuk Senarai Nama Murid Pra Arif) Fifi

Diteruskan dengan pelajar-pelajar kelas Pra Bestari,


dipersilakan Rafidi
(rujuk Senarai Nama Murid Pra Bestari)

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil


dan hadiah bagi pelajar-pelajar kelas Pra Cerdik, Fifi
dipersilakan
(rujuk Senarai Nama Murid Pra Cerdik)

Dipersilakan penerima Anugerah Murid Cemerlang Pra Rafidi


Sekolah 2015:

(rujuk Anugerah Murid Cemerlang Pra Sekolah )


.......................................................

# Terima kasih kepada ________________________ di


atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelajar
Pra Sekolah itu tadi.

*SELINGAN 2 Seterusnya, majlis kita akan diserikan dengan persembahan Fifi


Tarian Bunyi Gitar dari murid- murid prasekolah.

..............................................
Begitulah tadi persembahan yang sungguh menawan hati
dari para penari cilik di bawah pimpinan Puan Joy Ak Libat.

8 Teks Emcee
Fifi & Fidi
9) Intro untuk Para hadirin sekalian,
Sesi Anak pianggang menyerang padi, Rafidi
Penyampaian Pipit berhimpun di tanah paya,
Hadiah Murid cemerlang terus menjadi,
Kurikulum Sentiasa tekun pasti berjaya.

Beralih kita ke segmen kedua penyampaian hadiah, menjurus


kepada bidang kurikulum.
Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah tersebut,
dijemput : .............................................................

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

10) Hadiah
Kedudukan Bagi kategori Kedudukan Dalam Kelas Tahap 1. Rafidi
Terbaik Dalam Mendahului senarai penerima, dipersilakan:
Kelas & Terbaik (rujuk Senarai Kedudukan Dalam Kelas Tahap 1 )
MP Teras Dan
Elektif Diteruskan dengan kategori kedudukan dalam kelas bagi Fifi
Tahap 2.
Mendahului senarai penerima, dipersilakn:
(rujuk Senarai Kedudukan Dalam Kelas Tahap 2 )

# Terima kasih kepada ________________________ di


atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid- Fifi
murid itu tadi.

.....................................................

9 Teks Emcee
Fifi & Fidi
Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan Rafidi
hadiah untuk murid terbaik dalam matapelajaran teras
Tahap 1 dan 2.

Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah tersebut,


dijemput : .............................................................

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Mendahului senarai penerima daripada murid tahun 1,


dipersilakan:
Bagi mata pelajaran ................................................
(rujuk Senarai Murid Terbaik dalam Mata Pelajaran Teras)

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah untuk Fifi


murid terbaik dalam matapelajaran elektif Tahap 1 dan 2.
Mendahului senarai penerima daripada murid tahun 1,
dipersilakan:
Bagi mata pelajaran ................................................
(rujuk Senarai Murid Terbaik dalam Mata Pelajaran Elektif)

................................................................

Terima kasih kepada ________________________ di


atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah kepada para
pelajar itu tadi.

#SELINGAN 3 Rafidi

Besar- besar si buah longan,


Kecil- kecil si cili padi,
Persembahan pelajar kita saksikan,
Moga hadirin terhibur hati.

10 Teks Emcee
Fifi & Fidi
Seterusnya, majlis kita akan dihiburkan dengan
persembahan Pentomen dari Kelab Pembimbing Rakan
Sebaya Sekolah Kebangsaan Lambir Village.
..............................................
Begitulah tadi persembahan yang sungguh ceria dan penuh
dengan unsur jenaka dibawah bimbingan Puan Bintang ak
Kuda.
11) Murid
cemerlang kelas Terbang tinggi si burung helang, Fifi
pemulihan Berkicau kenari sambil berterbangan,
(terbaik dalam Insan cemerlang negara terbilang,
matapelajaran Anugerah diberi tanda kecemerlangan.
Bahasa Melayu
dan Matematik) Beralih kita ke anugerah kelas pemulihan.

Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah, pihak majlis


dengan sukacitanya menjemput :
.............................................................

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Anugerah ini diberikan kepada murid yang telah mencapai


peningkatan yang cemerlang dalam kelas pemulihan dan
terbaik dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.

Untuk itu, dijemput adik .......................................


(rujuk Senarai murid mendapat anugerah kelas pemulihan )

11 Teks Emcee
Fifi & Fidi
12) Anugerah
cemerlang Penyampaian hadiah dan sijil diteruskan lagi bagi kategori Rafidi
keseluruhan cemerlang keseluruhan bg tahun 1 sehingga 6. Untuk
setiap tahun makluman hadirin sekalian, hadiah ini diberikan kepada
murid-murid yang mencapai peningkatan ketara dalam setiap
ujian, yakni PKBS 1 hingga PKBS 4.

Bagi murid cemerlang Tahun 1, dipersilakan adik


........................................................................untuk naik ke pentas.
(rujuk Senarai murid cemerlang keseluruhan setiap tahun)

13) Pelajar Kategori hadiah yang seterusnya ialah pelajar terbaik UPKK. Fifi
terbaik UPKK
Murid ini telah mendapat ............................... di dalam UPKK
pd tahun 2016. Murid tersebut ialah Intan Maisara Binti
Mohd Khairul Anwar.
Majlis mempersilakan adik Intan Maisara untuk naik ke
pentas.

14) Kelas bersih Kategori hadiah yang seterusnya ialah kelas bersih dan Rafidi
dan ceria ceria. Untuk makluman hadirin sekalian, sekolah ini telah
mengadakan pertandingan kelas terbersih dan ceria di
sepanjang tahun ini. Pertandingan ini diadakan bagi
mewujudkan suasana yang harmoni dan persekitaran yang
bersih lagi indah di kawasan sekolah ini.

Untuk itu, pemenang bagi prasekolah,


(rujuk Senarai kelas bersih dan ceria)
Bagi tahap 1,
(rujuk Senarai kelas bersih dan ceria)
Bagi tahap 2,
(rujuk Senarai kelas bersih dan ceria)

12 Teks Emcee
Fifi & Fidi
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima
hadiah kurikulum dan kebersihan itu tadi. Gandakan usaha,
tingkat semangat, kuatkan azam untuk tahun-tahun yang
mendatang.

# Terima kasih kepada


.....................................................................................................
di atas kesudian menyampaikan hadiah-hadiah kurikulum dan
kebersihan itu tadi.
#SELINGAN 4 Fifi
Pohon cempaka di tepi pagar,
Akar dani di atas kekisi,
Kini kita berhibur sebentar,
Persembahan pelajar bakal disaksi.

Seterusnya, majlis kita akan diserikan lagi dengan


persembahan Tarian Medley dari Unit Pengawas Asrama
Sekolah Kebangsaan Lambir Village. Dipersilakan.

....................................
Begitulah tadi persembahan yang sungguh comel dan penuh
bergaya dibawah bimbingan Encik James Ruben.

13 Teks Emcee
Fifi & Fidi
16. Sijil
Penghargaan Hadirin hadirat sekalian, Rafidi
Pengawas Sahsiah, sifat kepimpinan dan kesantunan peribadi juga
Harian, turut diterapkan di kalangan murid-murid melalui pelantikan
pengawas pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas.
asrama,
Pengawas Untuk segmen ketiga penyampaian sijil penghargaan ini,
disiplin, majlis dengan segala hormatnya menjemput
pembimbing ............................................................untuk menyempurnakannya.
rakan sebaya,
pengawas pusat
sumber Mendahului senarai penerima Sijil Pengawas Harian Tahun Rafidi
sekolah, ketua 2015, dipersilakan : (rujuk senarai Pengawas Harian)
dan Penolong
Ketua Kelas Diteruskan dengan pengawas asrama, dipersilakan Fifi
2016 (rujuk Senarai pengawas disiplin)

Seterusnya, bagi kategori pengawas disiplin, dipersilakan Rafidi


(rujuk Senarai pengawas asrama)

Seterusnya, bagi kategori pembimbing rakan sebaya, Fifi


dipersilakan
(rujuk Senarai pengawas asrama)

...................................................................

Terima kasih kepada


.....................................................................................................
di atas kesudian menyampaikan sijil penghargaan itu tadi.

14 Teks Emcee
Fifi & Fidi
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan
Rafidi
untuk pengawas pusat sumber sekolah, ketua dan penolong
ketua kelas.

Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah tersebut,


dijemput : .............................................................

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Mendahulu senarai ialah pengawas pusat sumber sekolah.


Dipersilakan:
(rujuk Senarai pengawas pusat sumber sekolah )

Diteruskan dengan ketua dan penolong ketua kelas,


Fifi
dipersilakan
(rujuk Senarai ketua dan penolong ketua kelas)

Terima kasih kepada


.....................................................................................................
di atas kesudian menyampaikan sijil-sijil penghargaan itu
tadi.

17. Sijil tamat


sekolah tahun 6 Dari tiada kepada ada, Rafidi
Dari naif kepada tahu,
Tanpa alpa menimba ilmu,
Buat bekalan di hari muka,
Bakal memimpin masa depan negara.

15 Teks Emcee
Fifi & Fidi
Seterusnya, segmen penyampaian Sijil Tamat Sekolah
Tahun 6.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan :

................................................................
bagi menyempurnakan penyampaian sijil tamat sekolah
tersebut. Dipersilakan.

Dimulakan dengan Sijil Tamat Sekolah Tahun 6 Arif.


Dipersilakan:
(rujuk Senarai Nama Murid Tahun 6 Arif)

Diteruskan dengan penyampaian Sijil Tamat Sekolah Tahun Fifi


6 Bestari, dipersilakan :
(rujuk Senarai Nama Murid Tahun 6 Bestari)

Rafidi
Diakhiri dengan penyampaian Sijil Tamat Sekolah Tahun 6
Cerdik, dipersilakan :
(rujuk Senarai Nama Murid Tahun 6 Cerdik)

Terima kasih kepada


.....................................................................................................
di atas kesudian menyampaikan sijil-sijil penghargaan itu
tadi.

16 Teks Emcee
Fifi & Fidi
Sijil penghargaan Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan Fifi
utk Kumpulan untuk kumpulan sokongan Ibu bapa (KSIB SKLV). Untuk
Sokongan Ibu Bapa makluman kumpulan ini telah banyak membantu pihak
sekolah dan sama-sama menggembleng tenaga dalam
(KSIB)
memastikan setiap program yang dijalankan oleh pihak
sekolah berjalan dengan baik dan lancar.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan :

................................................................
bagi menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan.

Dijemput penerima pertama:


 Rabuyah binti Jamali
 Masnah binti Abdul Wahab
 Margaret Ak Jimbai
 Mirah Ak Mula
 Martina Ak Usit
 Mardhia bte Abdullah
 Jennifer Anak Sebuang
 Santy Ak Sedau
 Saerah bt Yani
 Rohana bt Drahman
 Salinah bt Namit
 Yati bt Seruji

Terima kasih kepada


.....................................................................................................
di atas kesudian menyampaikan sijil-sijil penghargaan itu
tadi.

17 Teks Emcee
Fifi & Fidi
Seterusnya, majlis kita akan diserikan lagi dengan Fifi
persembahan Koir dari murid-murid Tahun 6 Sekolah
#SELINGAN 5 Kebangsaan Lambir Village. Dipersilakan.

....................................
Begitulah tadi persembahan yang sungguh bertenaga
dibawah bimbingan Puan Nur Hidayah Bt Abdullah.

18. Penyampaian Sidang hadirin yang dihormati, Rafidi


anugerah
Tibalah kita kepada segmen penganugerahan Anugerah
Pelajar Cemerlang bagi Tahun 2016 iaitu
Tokoh Akademik & Tokoh Ko-kurikulum

Bagi menyempurnakan penganugerahan ini, majlis dengan


segala hormatnya mempersilakan
...............................................

diiringi
..............................................
bagi menyampaikan anugerah-anugerah tersebut.
Dipersilakan.

Tokoh Akademik Rafidi


(bacakan biodata murid) – .......................................

Tokoh Ko-kurikulum
Fifi
(bacakan biodata murid) – .......................................

18 Teks Emcee
Fifi & Fidi
Terima kasih kepada
.....................................................................................................
di atas kesudian menyampaikan sijil-sijil penghargaan itu
tadi.

19. Cenderamata Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga anugerah-anugerah Rafidi


vvip yang telah diberikan kepada kesemua murid harapan ini
dapat mencetus semangat kepada rakan pelajar yang lain
untuk turut sama menjana kejayaan yang lebih gemilang
demi meniti kehidupan cemerlang pada masa hadapan.

@@@@@@@@@@@@@@@
Hadirin sekalian,
Dan sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, majlis
menjemput.... ........................... .................................................
untuk menyampaikan cenderahati kepada
...............................................................................................
kerana sudi meluangkan masa untuk menyempurnakan majlis
ini.

Atas permatang keladi biang,


Berselang-selang pokok pulasan,
Ketika datang disambut riang,
Diiring pulang sedikit bingkisan.

20. Nyanyian Bagi mengakhiri majlis, sidang hadirin dipersilakan untuk Fifi
Lagu Ibu sama-sama berdiri dan menyanyikan lagu kebesaran negeri
Pertiwiku dan Sarawak – Ibu Pertiwiku.

penutup Majlis
@@@@@@@@@@@@@@
Sidang hadirin yang dihormati,

Maka sempurnalah sudah Majlis Penyampaian Sijil Hadiah


kali ke-46 & Graduasi Prasekolah Sekolah Kebangsaan
Lambir Village 2016.

19 Teks Emcee
Fifi & Fidi
Akhir kata, sambutlah salam puisi dari kami:

Cantiknya sungguh bulu merpati,


Hinggap sekejap di tepi kali,
Andai bicara mencuit hati,
Salah dan silap maafkan kami.

Hinggap merbah di tanah rata, Rafidi


Ikan keli dalam perigi,
Salam berpisah beriring kata,
Lain kali bersua lagi.

21. Jamuan

Fifi
Yang sekejap cantik bahasa,
Yang balik berjumpa lagi,
Yang sesuap sama dirasa,
Yang sedikit sama dibagi.

Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru


Besar, bagi mengiringi tetamu kehormat dan tetamu
jemputan untuk beredar ke bilik jamuan.

20 Teks Emcee
Fifi & Fidi
22. Bersurai Majlis turut mempersilakan para ibu bapa, penerima hadiah Rafidi
dan sijil untuk sama-sama menikmati sedikit jamuan yang
akan diedarkan selepas ini di ............................
Dipersilakan semua hadirin.

InsyaAllah pnjg umur, murah rezeki semoga kita bersua lagi


pada tahun hadapan.....
Sesungguhnya yang baik itu dtg dr Allah S.W.T dan yang
kurang itu dtg dr kami sndiri.

Sekian, majlis bersurai.

Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warah Fifi &


matullahi wabarakatuh. Rafidi

#SELINGAN 6 Sebagai persembahan penutup tirai kita pada hari ini, Fifi
dijemput kumpulan band terunggul masa kini The Empire
untuk mempersembahkan lagu bertajuk Aku Yang Dulu
Bukanlah Yang Sekarang. Sama-sama kita saksikan.

-TAMAT-

21 Teks Emcee
Fifi & Fidi
22 Teks Emcee
Fifi & Fidi
23 Teks Emcee
Fifi & Fidi

Anda mungkin juga menyukai