Anda di halaman 1dari 13

PUSAT TUISYEN PUNCAK JAYA

UJIAN BULAN FEBRUARI 2018

TAHUN 2

BAHASA MELAYU

MASA : 1 JAM

100
NAMA :
BAHAGIAN A (PEMAHAMAN)

A.Bulatkan jawapan yang betul. (5 markah)

1. Kami tidak dapat bermain di padang ( tetapi, kerana ) hujan.

2. Sampah hendaklah (disimpan, dibuang ) ke dalam tong sampah.

3. Telefon berguna untuk ( berhubung, berkelah ) antara satu sama lain.

4. Badan saya sihat kerana selalu ( berkembang, bersenam ).

5. Salim ( terjatuh, mendaki ) dari pokok.

Bahagian B: Tulis jawapan berdasarkan pilihan jawapan dibawah.(10 markah)

Bilakah wah jangan di kerana

6. _________________, mahalnya harga rantai ini!

7. _________________ pijak rumput itu.

8. _________________ hari jadi kamu?

9. Tangan Ridzuan patah ________________ terjatuh dari basikal.

10. Kanang tinggal ________________ rumah panjang.


C.Lengkapkan ayat di bawah menggunakan perkataan sendiri.( 10 markah)

11

Emak sedang ________________________ di dapur.

12

Datuk ______________________________ ikan di dalam


akuarium.

13

Abang Amin seorang______________________.

14

Ini gambar ______________________________ saya.

15

Nenek suka makan _______________________donut.


D. Pilih dan bulatkan jawapan yang tepat. ( 5 markah)

16. Tugas posmen menghantar_________________

A. makanan

B. berita

C. Surat

Soalan 17 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

17. Mereka sedang bermain _________________.

A. bola sepak

B. hoki

C. bola jarring
Soalan 18 berdasarkan gambar 2

Gambar 2

18. Kami suka bermain _______________ di padang.

A. gasing

B. layang-layang

C. guli

19. Lembu-lembu itu sedang meragut __________________ di padang.

A. dedaun

B. rerumput

C. bebawang

20. Kita hendaklah berpakaian _________________ ke sekolah.

A. cantik

B. basah

C. kemas
Soalan 21 hingga 25 berdasarkan petikan di bawah.(10 markah)

Zhafree murid tahun dua telah Berjaya menjadi juara dalam kejohanan
‘Formula Future’ di Itali baru-baru ini. Beliau sangat seronok kerana dapat
mengharumkan nama Malaysia ke peringkat dunia.

Beliau mendapat tunjuk ajar daripada Syed Abdul Hamid. Setiap hari dari
jam 4.00 hingga 6.30 petang Zhfree akan menjalani latihan di kuala Ibai.
Walaupun sibuk dengan latihan, Zhafree tidak pernah lupakan pelajarannya.

Zhafree bukan sahaja Berjaya dalam bidang sukan bot laju tetapi juga
beliau adalah salah seorang murid yang cemerlang di sekolahnya.

Pilih dan bulatkan jawapan yang betul.

21. Apakah kejayaan Zhafree?

A. menjadi murid kesayangan Syed Abdul Hamid

B. menjadi murid terbaik di sekolahnya

c. menjadi juara di dalam kejohanan ‘Formula Future’

22. Di manakah kejohanan itu berlangsung?

A. Itali

B. Kuala Ibai

C. Malaysia
23. Berapakah umur Zhafree?

A. sepuluh tahun

B. sembilan tahun

C. lapan tahun

24. Berapakah jumlah masa Zhafree berlatih dalam sehari?

A. dua jam

B. dua jam setengah

C. empat jam

25. Siapakah jurulatih Zhafree?

A. Syed Abdul Hamid

B. Syed Halim

C. Syed
Soalan 26 hingga 30 berdasarkan petikan di bawah.(10 markah)

Aku sebiji gasing jantung. Aku mendapat nama gasing jantung kerana
bentuk aku seperti jantung. Badan aku keras dan kuat. Aku diperbuat daripada
sebatang pokok nangka. Sebatang besi dibenamkan ke dalam badanku.
Tujuannya supaya badanku menjadi lebih seimbang.

Pemain menggunakan tali yang panjang untuk bermain gasing. Tali itu
diperbuat daripada nilon. Pemain melilitkan tali pada badan aku. Aku berasa
susah bernafas kerana tali itu melilit badan aku dengan kuat.

Setelah lilitan tali di badan aku kemas,aku dilemparkan ke tanah dengan


pantas. Aku tergamam kerana dilemparkan secara tiba-tiba. Pada masa itu,tali
tidak lagi melilit badan aku. Aku berpusing dengan ligat pada satu tempat.
Lama-kelamaan pusingan badan aku menjadi semakin perlahan. Akhirnya,aku
keletihan dan berhenti berpusing.

Bulatkan jawapan yang betul.

26. Aku diperbuat daripada batang…………..

A. pokok ubi

B. pokok nangka

c. pokok bunga

27. Apakah tujuan besi dibenamkan ke dalam badan ku?

A. supaya badan ku menjadi lebih besar dan cantik.

B. supaya badanku lemah.

C. supaya badanku menjadi seimbang.


28. Ke manakah aku dilemparkan?

A. ke tanah

B. ke dalam dulang

c. ke dalam kotak

29. Siapakah yang melilitkan tali di badan gasing?

A. Aku sendiri

B. Orang ramai

c. Pemain

30. Mengapakah ‘Aku’ diberi nama gasing jantung?

A. diperbuat daripada jantung

B. mempunyai jantung

c. bentukku seperti jantung


BAHAGIAN B (PENULISAN)
1. Tulis lima (5) ayat berdasarkan gambar dan perkataan yang
diberikan. (10 markah)

1.

___________________________________________________

memasukkan ___________________________________________________

2.

___________________________________________________

___________________________________________________

membuang habuk

3.

___________________________________________________

___________________________________________________

mengemas

4.

___________________________________________________

___________________________________________________
memasukkan

5.
___________________________________________________

menyodok
2. Isikan tempat kosong bagi melengkapkan cerita di bawah.
(20 markah)

pulang pergi hadir mandi gotong-royong

berada makan minum memungut bangun

Salam sejahtera, Cikgu Ahmad dan kawan-kawan. Pada hari


ini, saya hendak bercerita tentang aktiviti saya pada pagi hujung
minggu.
Saya (1)____________________ daripada tidur pada pukul 6.00
pagi. Selepas bersenam, saya (2)___________________.
Pada pukul 7.45 pagi, saya ( 3) ________________ ke sekolah.
Semasa saya (4) __________________ di sekolah, aktiviti
(5)_______________ hampir bermula. Banyak kawan saya
(6)_____________________ pada pagi itu.
Kami patuh pada arahan guru untuk (7)______________________
sampah di sekitar padang. Pada waktu rehat, saya
(8)_____________________ roti dan (9)______________________ susu.
Saya (10) _________________ pulang ke rumah pada pukul 12.00
tengah hari. Walaupun letih, saya gembira kerana kawasan sekolah
bersih.
3. Lengkapkan ayat dengan jawapan yang betul. (10 markah)

dan gunting kain di kedai itu.

alat jahitan dan kraf tangan.

ke kedai untuk membelinya.

sudah hilang.

skirt, balus dan pakaian.

1. Mak Usu hendak menjahit ___________________________________

2. Skru mesin jahit Mak Usu _____________________________________

3. Mak Usu mengajak Adam ___________________________________

4. Kedai itu khusus menjual _____________________________________

5. Mak Usu membeli skru mesin jahit ____________________________

_____________________________________________________________
4. Tulis cerita pendek berdasarkan gambar dan perkataan yang
diberi. (10 Markah)

hari keluarga - pelbagai makanan - tempat makan - diatur


- semangkuk gulai - buah tembikai - sungguh meriah

Hari Keluarga

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

**************************************************************************************************************

Anda mungkin juga menyukai