Anda di halaman 1dari 2

Satu pameran dan jualan hasil pertanian telah diadakan di Stadium Sultan

Muhammad. Pameran tersebut diadakan selama seminggu. Saya telah membuat


tinjauan di pameran ini.
Pameran ini disertai oleh petani-petani dari seluruh Kelantan. Menurut seorang
pegawai pertanian, Encik Ahmad , pameran ini diadakan untuk membantu petani
menjual tanaman mereka terus kepada pembeli.
Seorang peserta pameran ini, Pak Harun menyatakan rasa gembira kerana dapat
menjual hasil kebunnya seperti pisang, nangka, keledek dan sayur-sayuran dengan
cepat dan mudah. Hasil jualannya memuaskan kerana ramai orang yang datang ke
pameran itu.
Pameran ini dikunjungi oleh penduduk dari seluruh Kelantan dan para pelancong
juga. Mereka berpuas hati dengan harga barang-barang di pameran itu.

17 Apakah yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad?


A Pameran dan jualan barangan kraftangan
B Pameran dan jualan hasil pertanian
C Pameran dan jualan hasil lukisan
D Pameran dan jualan kain batik

18 Siapakah yang menyertai pameran ini?


A Para petani dari seluruh negeri Kelantan
B Para pelancong dari seluruh Kelantan
C Para peneroka dari seluruh Kelantan
D Para penoreh dari seluruh Kelantan

19 Mengapakah Pak Harun gembira?

A Dapat menyertai pameran ini


B Dapat membeli hasil pertanian di pameran ini
C Dapat melihat pameran dan jualan hasil pertanian
D Dapat menjual hasil kebunnya dengan cepat dan
mudah

20 Bagaimanakah keadaan sayur-sayuran di pameran itu?

A Segar dan mahal harganya


B Segar dan murah harganya
C Segar dan sederhana harganya
D Tidak segar dan murah harganya

Anda mungkin juga menyukai