Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KERTAS KERJA
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT SEKOLAH RENDAH AGAMA
BERSEPADU (SRAB) DAERAH MUAR (SABK)
1.0 PENGENALAN
Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi
idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan.
Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat,
peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk
mempengaruhi audien. Selari dengan perkembangan semasa yang semakin
mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada
pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri
kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, berdikari dan
berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi selain terdedah kepada arus
perkembangan dan pemodenan tamadun manusia.
Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap murid bagi merealisasikan
Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami
dan dihayati sepanjang lawatan ini. Di samping itu, semua peserta perlu sentiasa
menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan
bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah bulat air oleh
pembentung, bulat manusia oleh muafakat.
Pertandingan pidato peringkat Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar
merupakan aktiviti unit Kurikulum dibawah pengelolaan Panitia Bahasa Melayu dan
diharapkan dapat dijayakan dengan baik dan lancar.
2.0 PESERTA
2.1 Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).
Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding
dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan
mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Ketua Hakim di hadapan semua
peserta sebelum pertandingan dimulakan.
4.3.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah
dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab
dipotong.
PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT SEKOLAH SRAB MUAR
KERTAS KERJA
4.3.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana
satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai
pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.
4.4 TEMA
Panduan Pemarkahan
Panduan Pemarkahan
4.6.1 Peserta pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi / idea,
bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh
dengan reaksi emosi / tepuk sorak penyokong.
4.6.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang
membaca nota / teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan
bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat
kesimpulan (semua kesalahan tersebut / mana-mana satu
daripadanya) sebagai pemenang.
……………………………
(Nurlailam Binti Mustaffa)
Setiausaha Pertandingan Pidato,
SRAB Muar.
Disemak oleh,
………………………
(Lailanizaha Binti Masiran)
Penyelaras Pertandingan Pidato,
SRAB Muar.
Disahkan oleh,
………………………
(Mohd Romli Bin Ali)
Guru Besar,
SRAB Muar.