Anda di halaman 1dari 2

P

‫نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ باهلل من شرور‬، ‫الـحمد هلل‬


‫أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده هللا فال مضل له ومن يضلله‬
‫ والصالة والسالم على رسولنا األمين وعلى آله‬، ‫فال هادي له‬
. ‫وأصحابه أجـمعين‬
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah
mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Mesyuarat Agong
PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang pada pagi ini .

Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan


menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah
memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .

Ya Allah
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha
kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang ,
sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan
pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Kaya Lagi Maha Bijaksana ,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan


pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas
pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar
yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk
meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik
mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon
daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah
ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar
lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan
menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi
mengharumkan nama sekolah ini.
Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami


, jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan
yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan
masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu
bapa penjaga pelajar di sekolah ini.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan


hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami
dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.