Anda di halaman 1dari 3

KUALA LUMPUR: Ibu bapa kepada seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak

menyangka anak perempuan mereka secara sukarela memohon untuk menyertai program tersebut.

Pasangan Hasnol Abu Bakar, 49, dan Mahfuzah Mohd Zain, 45, menganggap penyertaan Nur Shahirah,
18, sebagai satu kejutan buat mereka, sekali gus menunjukkan kesungguhan remaja itu untuk menjadi
insan yang lebih berdikari dan bersikap positif.

“Ia merupakan penyertaan anak kami yang kedua dalam PLKN selepas anak sulung. Nur Shahirah
tertarik mendengar pengalaman kakaknya sebagai pelatih.

“Memang ada dia suarakan hasrat nak sertai PLKN tapi kami tak sangka dia betul-betul serius, sehingga
hantar permohonan untuk menyertai PLKN secara sukarela senyap-senyap. Alhamdulillah, kami
sebagai ibu bapa menyokong yang baik-baik buat dia,” kata ibu bapa Nur Shahriah kepada mStar
Online selepas menghantar anaknya untuk melaporkan diri ke kem PLKN, di pusat berkumpul di
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JKLN) di sini, Sabtu.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/03/18/sukarela-sertai-
plkn/~/media/deff1caa586f4eb2a1e58d27e05663d9.ashx?la=en

Hasnol (kanan) bersama isteri, Mahfuzah.

Mahfuzah menyuarakan harapannya agar modul yang ditekankan dalam Program Transformasi PLKN
2.0 itu benar-benar dapat membentuk anaknya menjadi lebih matang.

“Dia tidak pernah belajar di sekolah berasrama. Jadi, harapnya dengan menyertai PLKN ini nanti dia
akan lebih matang untuk membentuk perjalanan hidupnya pada masa depan,” katanya.

Selain itu, sifat hormat terhadap masyarakat dan negara tercinta membuatkan Tan Rou Ying, 18, mahu
menyertai PLKN secara sukarela.

“Sebelum ini, ada yang mempersoalkan kenapa saya mahu menyertai PLKN. Saya cakap banyak faedah
untuk pembentukan jati diri.

“Bagi saya penyertaan dalam PLKN ini tidak sia-sia. Sebagai anak Malaysia, saya mahu tanamkan
semangat patriotisme dalam diri,” katanya.
Ibu Rou Ying, Lau Whee Ching, 54, yang menyokong hasrat anak bongsunya dari empat beradik itu
berharap agar program latihan berwajah baharu itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

"Saya sentiasa menyokong aktiviti anak-anak selagi ia membawa kebaikan, termasuk PLKN," ujarnya.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/03/18/sukarela-sertai-
plkn/~/media/1621d0ce6afe419bbf75c0753c63048d.ashx?la=en

Rou Ying (kiri) bersama ibu, Whee Ching.

Nur Shahirah dan Rou Ying merupakan antara kira-kira 20,000 pelatih PLKN bagi siri 14 2017
membabitkan tiga kumpulan secara berperingkat bermula Sabtu.

Pemilihan pelatih tahun ini dilaksanakan secara sukarela dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
dan tertakluk kepada kriteria-kriteria seperti ujian kesihatan.

Sementara itu, Ketua Pengarah JLKN, Datuk Mohmed Asri Yusof berkata, PLKN menerusi Program
Transformasi PLKN 2.0 akan dijalankan selama lapan minggu dengan mendedahkan pelatih kepada
latihan kemahiran, kecergasan dan nilai-nilai moral.

Beliau berkata, latihan kemahiran yang dilaksanakan dengan kerjasama 10 kementerian di mana
pelatih boleh memilih untuk menjalani latihan kemahiran di 400 institut latihan vokasional selepas
tamat PLKN.

“Berdasarkan tahun-tahun sebelum ini, kemahiran yang akan terus mendapat tumpuan adalah bidang
automotif di mana ia mendapat kerjasama Institut Automotif Malaysia.

“Pada masa sama, bidang-bidang kemahiran lain turut menarik perhatian peserta apabila mereka
bakal menerima sijil dan diploma yang akan memudahkan mereka mendapat pekerjaan dalam sektor
awam dan swasta,” ujar Mohmed Asri.

Sesi latihan Kumpulan Satu Siri 14/2017 akan melibatkan 8,000 pelatih di 27 kem PLKN di seluruh
negara di mana sesi latihan berakhir 16 Mei depan.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/03/18/sukarela-sertai-
plkn/#y3jAW6xLdF3AMYKI.99

2017
IWAN SHU ASWAD SHUAIB

Anda mungkin juga menyukai